Rabu, 1 Ogos 2012

Cadangan Tun Zaki Perlu DiTeliti Rapi..

Gambar Hiasan:  Polis Trafik bertugas dan Tun Zaki Azmi

SARANAN  Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA), Tun Zaki Azmi,  supaya kerajaan melaksanakan sistem saman dan bayar serta-merta terhadap pesalah lalu lintas bagi mendidik pemilik kenderaan mematuhi peraturan jalan raya perlu dipandang serius oleh semua pihak. [berita di sini]
            Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan meletakkan kenderaan di lokasi tidak sepatutnya. 
            Selain itu, kerajaan juga diminta memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengunci tayar dan menyita kenderaan yang mempunyai saman tertunggak.
            Beberapa pemilik kenderaan yang ditemui berkata, kerajaan perlu mengakaji saranan itu dengan penuh teliti berikutan ia dikhutairi akan memburukkan lagi gejala rasuah di kalangan penguat kuasa.
            "Kita bimbang kuasa ini akan memudahkan lagi berlakunya korupsi dikalangan rakyat khusunya antara pemandu dengan pihak berkuasa bagi mengelak dikena saman," kata mereka.

Jagindas:   Selalu lupa renew roadtax...


SENDA GURAU HARI INI..

DATIN SAHAJA YANG TAHU...


Dah penat dok cerita pasal politik dan jenayah dalam negara, apa kata kita releks sekejap tonton klip video ni dan jawab soalan bonusnya:

Takkan nak tanya Datin kut? Kalau begitu, mari kita pakat-pakat teka apa dia satu 'P' yang lebih dimiliki Datuk tu haa??

Jagindas:   mulakanlah dulu...hehehe..

SARANG MAKSIAT BERLELUASA DI SELANGOR


PBT Kenyit Mata, Kerajaan Pusat Merah Mata!

GAMBAR HIASAN ... Rumah Urut Batin dan Mesin Judi

Exco Kerajaan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu, kata Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini tidak berupaya untuk mengambil tindakan tegas termasuk menyekat mana-mana pusat judi, urut atau pub daripada beroperasi secara haram berikutan bidang kuasa serta perundangan dimiliki oleh PBT adalah terbatas.
            Namun, pihaknya tidak pula menyatakan kekesalan atas kejadian tersebut malah jauh sekali melarang 'orang-orangnya' terus melakukan operasi perniagaan seperti di negeri berkenaan.
            Sebelum ini, saya ada menulis di blogg ini bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) khususnya DAP akan terus memejamkan sebelah mata terhadap urusniaga harap seumpama itu di negeri Selangor kerana ianya akan dijadikan modal kepada pengundi-pengundi cina. (17/7/2012 - keharaman hari ini modal untuk esok yg ditulis dlm. 2 bhg).
            PAS sudah tidak bermaya untuk menghalang malah, di Kedah dan Kelantan juga dikhabarkan semakin rancak tumbuhnya tempat-tempat maksiat cuma bezanya sama ada beroperasi secara berlesen atau tidak.
            Kalau hendak dikatakan DAP mengikut rentak Singapura, kerabat PAP-nya, yang kita lihat di negara itu tidak pula berlaku perniagaan haram seumpama itu secara berleluasa dan terbuka. Barangkali, DAP mahu jadikan negara ini seperti Thailand.
            Barangkali, mereka berpendapat dengan tumbuhnya pusat-pusat seperti itu, pengaliran wang maksiat ke luar negara dapat dikurangkan berikutan kemampuan negara ini membekalkan kemudahan tersebut.
            Yang pasti, pengundi cina akan dimomokkan: "Kalau BN mmerintah, lu orang tidak dapat bikin ini macam. Jadi jangan kasi dia orang menang, ada faham?"
            Apa yang jelas, orang cina semakin naik kepala, orang india semakin mengada-ngada! Orang MELAYU??!!
            Justeru, di negeri-negeri lain, Menteri Besar kenalah semak balik benda-benda macam ini. Jangan nanti kita asyik mengata negeri orang pada hal negeri kita pun sama! Perak macam mana?
           

JagindasLaluan sukar...


Selasa, 31 Julai 2012

MARI MELANCONG KE PERAK

MUZIUM TAIPING

Lokasi Belum Bersedia Terima Pengunjung

SEORANG rakan lama saya datang dari Johor dan bermalam beberapa hari di Ipoh atas urusan kerja. Dia menelefon saya dan kami sempat berbual-bual sambil mengenang kisah lama. Seronok juga dapat berbuka bersama-sama sekali gus menostalgiakan kembali masa-masa kami di kolej dulu.
            Dia bertanya saya, dimanakah di Perak ini tempat-tempat menarik yang bagus untuk dilancungi selain dari pantai dan bandar-bandar. Katanya, kalau nak ke pantai, di negeri dia pun ada malah menyusuri Melaka dan Negeri Sembilan pun banyak pantai dan cahalet yang cantik-cantik. Kalau nak ke pusat beli belah, lebih baik ke Kuala Lumpur, banyak pilihan dan gadang-gadang lagi.
            Saya cuba menyarankan Hutan Belum dan hulu Perak yang tercatat dalam sejarah dunia sebagai penempatan orang tertua di dunia. Namun, dia mencelah, takkan lah semata-mata datang ke Perak nak situ sahaja dan lepas tu duduk di botel makan, tidur dan balik!
            Saya sebutkan juga, Teluk Intan dengan lagenda bangunan pagodanya, Kampung Gajah dengan muzium kepahlawanannya, Tanjong Tualang dengan lagenda kapal korek bijih timahnya atau  Gopeng dengan lagenda klasik Gua Tempurungnya. Saya katakan juga, tidak kurang antiknya kalau dia menghabiskan masa sehari di bandar bersejarah Taiping.
            Dia cuma tersenyum dan mengatakan semua tempat yang disebutkan tadi telah dilawatinya bersama keluarga sebulan yang lalu sebelum ini. Lama kami terdiam sebentar. Saya mengharapkan dia memberikan komen yang bagus-bagus sempena tahun melawat Perak ini. Tiba-tiba dia bersuara:
            "Perak ni kena belajar dengan Melaka kalau betul-betul nak jadikan negeri ini intresting untuk dilawati. Tidak perlu banyak benda tetapi yang penting memikat hati. Kalau banyak benda sekalipun jika tidak digarap dengan sebaik-baiknya ia tidak memberikan apa-apa kredit. Membosankan lagi adalah.."
            Lihat Kelantan, apa sangat yang ada di negeri itu tetapi setiap hari bandar Kota Bharu sentiasa sibuk malah jalan-jalannya jem. Macam-macam orang kata tentang Kelantan termasuk masalah air bersih dan kekotoran bandarnya, namun dia masih mampu memikat orang berkunjung. Bukan sahaja dari dalam negara malah dari Singapura dan Brunei juga," katanya.
            Menurutnya, banyak benda yang boleh dikomersilkan menerusi pelancongan di negeri ini tetapi pihak berkenaan gagal memanfaatkannya mungkin disebabkan kurang kepakaran. Komennya lagi, kerajaan Perak beria-ia membuat promosi pelancongannya tetapi apa yang didapatinya lokasi-lokasi pelancongan tersebut belum bersedia untuk menerima pelawat termasuklah di Hulu Perak.


JagindasMalu juga bila kena bedal macam tu. Tapi difikir-fikirkan balik, ada betulnya cakap rakan saya itu. Pihak yang bekenaan nampaknya bercakap banyak tapi kurang follow-up. Komen dia Perak kena belajar dengan Melaka, itu dah lama ada dalam benak saya !!

KU LI, TOLONG JANGAN BUAT HAL! (BHG. 2)


MENGHALUSI SOKONGAN KU LI TERHADAP TUNTUTAN ROYALTI MINYAK DAN GAS ASLI KELANTAN  (bhg. 2)
KU LI...menyaksikan perjanjian royalti
KEGAGALAN KELANTAN mengurus hasil mahsulnya malah memporak perandakan sumber pendapatan negerinya itu sudah cukup membuatkan kerajaan pusat 'amat ngeri' untuk melepaskan royalti tersebut, kalaupun kerajaan ada bercita-cita berbuat demikian dalam tempoh ini.
            Namun begitu, sebagai kerajaan yang perihatin, telah teralu banyak yang kerajaan BN curahkan kepada negeri itu sebagai langkah untuk memendekkan jarak atau jurang tahap hidup rakyat negeri berkenaan berbanding negeri-negari lain.
            Justeru, pada PRU13 nanti, sepatutnya rakyat kelantan menggunakan masa emas tersebut untuk mempamerkan keikhlasan mereka sebagai benar-bernar berterima kasih kepada kerajaan pusat dan percaya bahawa nasib mereka akan lebih terbela jika BN di beri peluang memerintah kembali.
            Nah, di sinilah sepatutnya Ku Li berdiri. Ku Li sewajarnya berusaha meyakinkan rakyat Kelantan untuk memberi keyakinan kepada BN kerana sebarang tuntutan atau penambaikan untuk kemajuan rakyat di negeri itu seharusnya disuarakan apabila BN sudah menggenggamkan kukunya semula di negeri berkenaan.
            Dengan tindak tanduk Ku Li,  yang adakalanya semacam flip-flop antara BN dan PAS, jelas menggambarkan beliau juga tidak jujur meletakkan dirinya dalam BN sealiran dengan majoriti rakyat Kelantan yang ada sekarang. "Demo bui kito ambek, undi tok soh dapak kat demo wei". Itu pegangan rakyat Kelantan sejak PAS memerintah!
            Tentunya, kalau dikatakan Ku Li sekarang bagaikan api dalam sekam atau laksana duri dalam daging bagi UMNO, beliau bukan sahaja akan menafikan malah akan marah dan berkecil hati. Namun, Ku Li juga harus memikir sebelum mengucapkan sesuatu yang ada hubungan dengan kepentingan BN. Memang benar, semua rakyat berhak menyuarakan apa sahaja dalam era dunia tanpa sempadan dan dalam wajah baru politik negara yang lebih bersifat terbuka. Tetapi, apapun natijahnya, suara-suara tersebut seharusnya jelas serta tegas dan tidak bersifat bagai pisau dua mata.
            Ku Li harus sedar, jika beliau mengikuti jejak Lajim Ukim dan Wilferd Bumburing sekalipun di saat-saat ini, sebenarnya bagi saya (barangkali juga khalayak lain), UMNO tidak merasakan kehilangan apa-apa. Tindakan tersebut mungkin menambahkan kesukaran lagi BN untuk menawan Kelantan dalam PRU13 ini, namun BN juga sebenarnya sudah bersedia menghadapi kekealah di negeri itu  dalam PRU13 ini.
            Jadi, nasihat saya kepada Ku Li, kalau nak senyum, senyumlah selebar-lebarnya tetapi jangan menguntum persis ada sesuatu yang terlindung. Kalau nak bersuara, berkatalah dengan sejujurnya, jangan pula telunjuk lurus kelingking berkait!
            Sementara masih ada penghormatan khalayak terhadap kita, maka peliharalah martabat dan keprofessionalisma kita sebagai orang politik dan ahli UMNO. Atau, pilih sahaja jalan berehat panjang...
Jagindas:   ada sesetengah orang politik takut keluar UMNO dikhuatiri cerita-cerita lampunya menjadi mainan media maya tanpa sempadan...




KU LI, TOLONG JANGAN BUAT HAL!


MENGHALUSI SOKONGAN KU LI TERHADAP TUNTUTAN ROYALTI MINYAK DAN GAS ASLI KELANTAN

BUKAN sekali, bukan dua kali malah sudah berulang kali Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). [berita lanjut di sini]
            Tingkah laku Ku Li itu menyebabkan ada yang berprasangka beliau menyokong kerajaan PAS meskipun badan dan jasadnya dalam UMNO. Sehingga, ada yang beranggapan seolah-olah, jika kerajaan mengikut petunjuk Ku Li, maka semudah itu Kelantan akan dapat ditawan. Makna katanya, hanya dengan mengembalikan royalti minyak seperti yang dintuntut kepada Kelantan sahaja jalan terbaik dan termudah untuk BN menawan semula negeri itu.


KU LI....Serahkan segera royalti
Apakah sebenar yang tersirat dalam nubari Ku Li sehingga pegangan kuatnya terhadap isu itu  kenegerian yang begitu utuh sehingga Ku Li tidak lagi dapat membezakan kepentingan politik global berbanding dengan sayangkan anak negeri?
            Kalaupun Ku Li amat bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar setelah hasrat menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian, wajarkah isu ini disekongkolkan dengan PAS dalam keadaan BN belum pasti dapat menawan Kelantan?
            Memang Ku Li orang lama dan berpengalaman luas dalam politik bukan sekadar dalam negara bahkan juga di peringkat antarabangsa. Namun, Ku Li seharusnya mengekalkan martabatnya sebagai ahli politik yang professional dengan tidak memberikan tindakan tanduk yang boleh mengelirukan rakyat apa lagi merunsingkan pemimpin BN.
            Bagi saya, rakyat Kelantan memang sukar untuk dipulihkan lagi minda, persepsi dan halatuju mereka walau dengan apa cara sekalipun untuk tempoh terdekat ini. Ini bermakna, jika kerajaan meluluskan tuntutan royalti minyak yang didakwa tidak menepati perjanjian itu sekalipun, BN tidak akan dapat menawan Kelantan, sekurang-kurangnya untuk PRU13 ini. Pada pandangan saya, minda set orang Kelantan majoritinya semacam terkena pukau PAS!
            
Jagindas:   (bersambung ke bahagian 2)..


Isnin, 30 Julai 2012

PERANG PSIKOLOGI PRU13 BERMULA SATU PERSATU...

Harap Senjata Tak Makan Tuan!
DARI KIRI: .. Anwar, Lajim dan Wilfred

SEPERTI yang saya tulis semalam, perang psikologi pilihan raya jelas semakin memainkan peranannya tidak lain tidak bukan untuk memberi tekanan kepada Barisan Nasional (BN) atas hasutan Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekali gus memperlihatkan masih ada pemimpin BN yang kelabu mata dan rendah marwah meskipun setelah berjuang dalam BN begitu lama!
            Macam Yahudi, corak permainan Anwar adalah dengan memekakkan telinga terhadap apa juga yang khalayak katakan tentangnya sebaliknya seperti api dalam sekam, gerakerja beliau akan tetus membara dan menjalar tanpa kenal erti jemu dan kandas. 
            Inilah suatu prinsip kerja Yahudi yang memang diwarisi oleh Anwar yang sedikit sebanyak mampu memberi kredit kepada PR terutama kepada pemimpin BN yang lemah fikiran dan kuat nafsu.
           Katalah apapun, kerana dia tahu sampai masanya khalayak akan keletihan, jemu dan muak. Dan akhirnya orang akan menerima apa sahaja yang jahat sebagai lumrah! 
         Memang stretegi Yahudi adalah memikat mereka yang bernafsu tinggi kerana orang yang semacam itu memang mudah untuk dilentokkan berikutan fokus kepimpinan mereka tertumpu atau berpusat kepada kepentingan peribadi.
            Dan, Yahudi tahu, mereka yang mempunyai kepentingan peribadi yang tinggi mengatasi kepentingan negara dan bangsa apatah lagi agamanya (Islam) adalah target utama yang perlu diberi perhatian kerana orang yang seperti ini mudah dijadikan bom jangka untuk memusnahkan apa sahaja yang Yahudi mahukan.
            Dengan pengisytiharan terbuka Datuk Seri Wilfred Bumburing (UPKO) dan Datuk Seri Lajim Ukin (UMNO) masing-masing dari Sabah keluar dari menyokong BN, bagi PR mereka adalah aset yang paling bernilai kerana pada diri Lajim dan Wilfred ada sesuatu yang boleh digunakaan atau dimanipulasikan sebagai bahan kempen bagi meraih simpati undi dari kalangan pengundi-pengundi Sabah. Seperti yang kita tahu Lajim dan Wilfred bukan orang baru dalam arena politik tanah air.
            Barangkali, Sabah adalah sebagai 'bench-mark' dan 'signal' untuk Sarawak. Saya percaya, kekuatan ini akan digunakan oleh PR bagi menjalarkan kembali gelombang pengaruhnya di Sarawak berikutan kedua-dua negeri itu memang menjadi aset bagi BN.
            PR tahu, pengundi di semenanjong semakin berpecah dan BN mahu tidak mahu terpaksa mengakui bahawa Sabah dan Sarawak akan menjadi pengimbangnya. PR juga tahu serta maklum perkara yang sama, maka sebab itu kedua-dua negeri itu kini menjadi serangan psikologi bagi menggoyah kekuatan BN dalam PRU13 nanti.
            Mungkin tidak tercapai dalam PRU13 nanti, namun cukup sekadar meninggalkan kesan positif, ianya mampu memberi tekanan pemerintahan selama lima tahun selepas PRU13 sekiranya BN masih menang. Apatah lagi jika menang sekadar menang!
            Dan, seperti yang dikatakan sebelum ini, tindakan Yahudi yang tidak pernah kenal erti kalah dan jemu itu tentunya menyasarkan pilihan raya seterusnya adalah masa yang diharapkan akan menyebelahi mereka.
            Cakap-cakap pemimpin BN bahawa apa yang berlaku sekarang tidak sedikitpun menggoyahkan BN, barangkali sekadar memujuk hati yang lara. Namun, itulah satu signal yang amat bermakna untuk BN manfaatkan bahawa tiada lagi ruang untuk leka mulai sekarang, jika benar mahukan BN memperolehi majoriti lebih dua pertiga pada PRU13 nanti!


Jagindas:   berhati-hatilah....BN masih punyai kekuatan lain untuk menawan hati rakyat!

DAH MASUK SAYANG..


Sembang Konotasi Di Siang Ramadhan

MASAK memasak dan siap. Cuma tunggu masuk waktu berbuka sahaja. Pasangan suami isteri ini berehat dan barangkali ada satu dua perkara dibuat mereka. Yang jelas perbualan mereka:

Isteri:  Masukanlah bang...tolongla

Suami: Yalah, nak masuk la ni. Susah sikit sebab hujungnya lembik.

Isteri: Guna air liur sikit bang, nanti dia keras la..

Suami: Ha..a..... Alamak..... keciknya lubang..

Isteri: Pelan-pelan bang..Pelan-pelan, Ok, Ok.. terus, terus, terus bang..

Suami: Uhhh... masuk dah sayang....

Isteri: Tarik bang...tarik! Oraaitttt! Terima kasih bang.., nanti abang masukkan lagi ye.. Sayanggg abang!


(melampau depa ni! Nak tengok apa kerja tak senonoh dibuat oleh pasangan itu pada siang-siang puasa ni, KLIK SINI.)


Jagindas:   letih..

MOREH MODEN

SUASANA BERBUKA DI MASJID ... Gambar Hiasan

Untuk Jemaah Masjid Sahaja, Yang Lain Tak Boleh!

Selepas sembahyang taraweh, malam tadi saya sempat berborak-borak sebentar dengan beberapa rakan sambil meneguk teh tarik di sebuah warong berhampiran masjid.
            Tidak ada isu yang nak disembangkan cuma seorang rakan menceritakan tentang gelagat tukang masak moreh tahun ini di masjid berkenaan.
            Katanya, pada puasa-puasa yang lalu, dalam lingkungan pukul lima petang ke atas, akan datang beberapa orang ke masjid, biasanya kanak-kanak, membawa sebuah bekas plastik (taperware) untuk mengambil sedikit lauk atau juadah yang dimasak pada petang itu untuk dibawa ke rumah.
            Apa yang menjadi kekesalan rakan saya itu adalah apabila anaknya datang pada petang kelmarin, di suruh balik oleh penyedia makanan berbuka dengan alasan semua makanan tersebut sudah dikhaskan untuk jemaah yang berbuka di masjid sahaja.
            Soalnya, takkanlah sedikit lebihan pun tak ada. Berdasarkan tahun-tahun sebelumya, masakan moreh di masjid itu biasanya ada lebih dan ia memang diagihkan kepada ahli kariah yang datang untuk mengambilnya.
            Katanya, selepas pukul lima petang, biasanya tukang masak sudah siap mengasingkan sejumlah bahagian untuk jemaah dan selebihnya akan diberikan kepada sesiapa yang datang untuk dibawa pulang ke rumah.
            "Apa salahnya bagi sesenduk dua gulai tu, bebudak nak makan. Tak kesian ke tengok budak tu datang dengan penuh harapan untuk mendapatkan gulai kari buat berbuka bersama adik beradiknya di rumah petang itu, tiba-tiba di suruh balik dengan tangan kosong..." , katanya dengan sayu hati.
            Rupa-rupanya tahun ini moreh di masjid itu hanya dikhas untuk mereka yang berbuka dan bersembahyang di masjid sahaja manakala jika ada lebihan hanya akan diagih-agihkan kepada jemaah berkenaan. Dengan kata lain, ahli kariah yang lain yang tidak berbuka dan sembahyang di masjid tidak dibenarkan mengambil makanan moreh walaupun sisanya.
            Ada pulak yang kata, tahun ini orang luar pun boleh dapatkan makanan moreh itu walaupun tidak ke masjid  asalkan mereka adalah 'kroni'.


Jagindas:   MASYAALLAH, apa dah jadi ni yop? betulkah begitu prinsip dan konsep moreh yang diamalkan oleh jemaah masjid tahun 1433H ni? atau, ada hal-hal berkaitan parti politik ke? kacaulah macam ni yop...

Ahad, 29 Julai 2012

PERANG PSIKOLOGI BERMULA

NAJIB...banyak sudah dicurahkan

Jangan Senjata Makan Tuan!

Perang psikologi telah bermula! Setelah mengumpan beberapa lama dan pihak pembangkang tidak lagi dapat mengagak apa yang mahu Najib (PM) lakukan sebelum pilihan raya (PRU13) bagi meraih undi rakyat, kini pakatan pembangkang / pakatan rakyat (PR) beralih kepada perang psikologi.[sini]
            Sebagai permulaan, mereka menggunakan kajian daripada Merdeka Center (MC) yang mendakwa kononya Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan bahaya berikutan dikatakan sokongan undi orang melayu terhadap BN lebih buruk berbanding tahun 2008 manakala undi daripada kaum-kaum lain dijangka akan terus beralih arah kepada pembangkang.
            Seperti biasa, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Pengarah Strategi PR, Rafizi, yang yakin terhadap kajian itu berkata sokongan pengundi melayu merosot kepada 75 peratus berbanding 79 peratus manakala pengundi india pula menjunam dari 72% ke 69% berbanding tahun 2008 (PRU12).
            Dengan tidak memberikan angka sokongan dari kalangan pengundi cina, PR yakin Najib tetap dalam keadaan bahaya pada bila-bila masa pun jika melakukan pilihan raya sekarang kerana PR yakin majoriti pengundi cina akan memberikan sokongan padu kepada PR.
            Walaupun kenyataan-kenyataan seperti ini adalah satu bentuk provokasi kempen dan lebih berbentuk perang psikologi di saat-saat akhir, namun BN terutama UMNO yang menguasai lebih 60% pengundi melayu tidak harus memandang remeh hasil kajian MC itu kerana ada beberapa perenggan dalam alasan-alasan yang diberikan terdapat logik dan munasabah sama ada dari mata kasar mahupun secara halus.
            Antaranya, dakwaan sikap muak dan bosan rakyat terhadap blog pro-kerajaan dan pemimpin kalangan UMNO yang dikatakan keterlaluan memainkan isu moral pemimpin pembangkang sebagai senjata untuk mempertidakkan keupayaan PR.
            Tinjauan rambang terhadap dakwaan ini mendapati kalangan orang ramai semakin tidak ambil kisah terhadap isu berkenaan dan ia tidak lagi menjadi topik hangat sembang-sembang politik setempat berikutan isu itu sudah terlalu lama dimainkan dan ia secara tidak langsung telah dianggap sebagai perkara biasa yang tidak lagi mampu menimbulkan sebarang 'keghairahan' yang mengejutkan.
            Apabila isu moral pemimpin sudah terlalu lama dimainkan meskipun dilengkapi dengan audio dan visual sedangkan mahkamah masih samar-samar membulatkan keputusan, maka isu berkenaan kini menjadi seperti bahan lawak jenaka yang tidak lebih daripada sekadar hiburan.
            Selain itu, langkah PM mencurahkan pelbagai insentif kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) turut disifatkan seperti mencurah air ke daun keladi berikutan dakwaan program berkenaan hanya bersifat sementara dalam usaha BN menarik minat rakyat menyokong kerajaan.
            Menyentuh isu ini, pernah beberapa penyokong PAS yang menerima BR1M dengan selambanya memberitahu bahawa apa sahaja yang kerajaan sekarang beri tidak akan dilepaskan namun untuk mendapatkan undi mereka itu adalah sesuatu yang mustahil.
            Sehubungan itu, semua pihak hendaklah berhati-hati memainkan isu ini kerana dikhuatiri ia bukan sahaja membuang masa malah akan memporak perandakan lagi undi Melayu kepada BN. Dan akhirnya, ia akan menjadi umpama 'senjata makan tuan!'
            Dalam BN, kita ada MCA, MIC, Gerakan dan beberapa kompenan lain lagi. Dan kalau kita masih ingat, Datuk Seri Chua Soi Lek, yang terang-terang telah mengakui perbuatannya terhadap salah laku seks tidak lama dulu, namun kini beliau adalah sebagai presiden parti MCA.
            Kepada Datuk Seri Najib, berhati-hatilah mencurah budi jangan sampai nanti kita 'tumbang berdiri'. Demikian juga kepada mereka yang memperjuangkan kerajaan sekarang bagi memastikan BN terus unggul dan diterima rakyat dalam PRU13 nanti, tugas kita hari ini adalah menghalusi hati pengundi dan elakkan  mereka daripada membenci akibat luahan dan tinta kata-kata kesat yang berlebih-lebihan.
            Memadailah rakyat diberitahu buruk dan baiknya dan selebihnya halusilah jiwa pengundi supaya timbul insaf mereka untuk memberi peluang kepada BN terus berbakti kepada rakyatnya sebagaimana yang dirasai hari ini.
            Kita bercakap tentang berhemah, ayuh kita praktikan rukun berhemah itu!

  
Jagindas:   tulisan saya di blogg ini pada 13 Julai, 2012 (dua siri)  ada menyentuh tentang kebimbangan sokongan rakyat terhadap BN terutama kalangan orang melayu.

TAZKIRAN RAMADHAN KE 9

ALLAH, TOLONG HINDARKAN KAMI DARIPADA KEKEJAMAN SEPERTI INI...






Jagindas:      Ya Allah, dengan kebenaran fatihah dan dengan rahasia yang terkandung dalam fatihah, Ya Allah Tuhan Yang melapangkan kedukaan dan yang menghilangkan kesedihan, Ya Allah Tuhan Yang Maha Kasih Sayang kepada hambanya, Ya Allah Tuhan Yang menghindarkan bala, Ya Allah Tuhan Yang Pengasih Yang menolakkan bala, Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang Yang menjauhkan bala, tolaklah dari kami malapetaka, bala bencana, kekejian dan kemungkaran, sengketa yang beraneka, kekejaman dan peperangan, yang tampak dan yang tersembunyi, dalam negara kami khususnya dan dalam negara kaum muslimin umumnya, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Sabtu, 28 Julai 2012

BERAMBUS SAHAJALAH...

LAJIM UKIN..... letak semua jawatan dalam UMNO

DATUK SERI LAJIM UKIN UNDUR!

SEORANG lagi pemimpin UMNO peringkat tertinggi menjadi duri dalam daging. Hari ini beliau sudah meletakkan semua jawatan tertinggi dalam parti kecuali sebagai ahli UMNO dan jawatannya dalam kerajaan sebagai Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Sabah.
            Apa sudah jadi ni Datuk Seri Lajim? Apa masalahnya? Kenapa tidak letak semua termasuk ahli UMNO. Kalau you keluar sebagai ahli UMNO kan senang kerajaan padam terus jawatan kamu itu? Wayang apa yang sedang you mainkan ini di saat-saat UMNO memerlukan kekuatan bagi menyambut pilihan raya ke 13 nanti! 
            Negeri Sabah memang banyak halnya sejak dulu lagi. Sejak zaman Tun Mahathir lagi Sabah kerap mengelirukan dan menaikan darah pemimpin pusat. Macam-macam hal dia buat dan selalunya apabila masa nak pilihan raya.


Jagindas:   Sesiapa pun, tidak perlu main wayang la.., kalau nak keluar, keluar sahaja lah tak payah nak keluar sekerat-kerat! Sekarang bukan masanya nak tunjuk rajuk. Porrrrrahhhh!

LOGO KEMERDEKAAN 55 DAN LAGU JANJI DITEPATI


Seniman Kehausan Ilham ATAU Penciptaan Yang Rakus!



Senikata: lemah dan tak bermaya
Rentak: hambar, klise' dan tak bermaya
Logo: ini bukan hari kelurga beb, tetapi sambutan KEMERDEKAAN NEGARA!

Apa pula komen anda?

Jagindas:   .. jangan paksa khalayak menyukai karya kita!

SUU KYI LUPA DIRI

AUNG SAN SUU KYI..... Lupa diri

Tiada Pembelaan Terhadap Rohingya!

1. Bila berhadapan dengan masalah orang Islam, tidak ada mana-mana pemimpin bukan Islam yang sejujurnya mahu membela kaum itu.

2. Aung San Suu Kyi, yang pernah terpenjara di rumah sendiri, sebelum di bebas dan akhirnya mengepalai parti politik, turut tidak mampu membela masalah keperitan lebih 800,000 etnik Rohingya (majoriti  beragama Islam) yang kini di zalimi oleh pihak berkuasa Myanmar.[di sini]

3. Ketika Suu Kyi dalam tahanan dan dikunci mulutnya, hampir seluruh pemimpin dunia termasuk pemimpin negara Islam memberikan sokongan moral terhadapnya malah mahu beliau dibebas dan bebas berpolitik.

4. Kini, Suu Kyi sudah lupa keperitan lalu setelah mendapat nikmat kebebasan dunia dan Rohingya akan terus terhina, dihina dan diseksa.

5. Lihat siapa di sekeliling kita. Justeru, kukuhkanlah persaudaraan umat Islam dan janganlah kita berpecah belah!

Jagindas:    di mana-mana Islam mudah menjadi mangsa!

GELABAH TERCURI KERETA

KUNCI..... sepadan

AKIBAT MAMAI PUASA, TAK SENGAJA CURI KERETA

PETANG SEMALAM, Zaini keluar dari bank terus masuk ke kereta proton saganya. Dia yakin itulah keretanya: proton saga berwarna putih lusuh dengan plat XYZ.... Dia tergesa-gesa memandu terus ke mahkamah atas suatu urusan peribadi.
            Selesai sahaja urusan itu, dia kembali mencari keretanya untuk pulang ke rumah tetapi tidak jumpa. Namun sebuah kereta proton saga putih lusuh berplat XYX.... masih ada di tempat parking. Tapi dia amat pasti itu bukan keretanya sebab nombornya tidak sama.
            Dia menelefon polis memberitahu keretanya telah di curi. Dalam masa sama polis menyatakan kereta yang dilaporkannya hilang itu ada di hadapan sebuah bank yang mana dia telah pergi sebentar tadi.
            Dia membelek-belek kunci di tangannya dan cuba menghidupkan kereta di hadapannya. Ternyata, injin kereta proton itu boleh hidup... Dia mula menggelabah dikhuatiri disyaki sebagai pencuri kereta.!



Jagindas:   Kes selesai dengan campur tangan pihak berkuasa di mana kes itu dianggap sebagai kecurian tidak sengaja. Namun, dia terpaksa menukar kunci keretanya berikutan kejadian itu....

Jumaat, 27 Julai 2012

PANDUAN SEKS DALAM ISLAM:

Kelab Seks Atau Kelab Pimpinan Seks


Firman Allah s.w.t bermaksud:
” Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu dan datanglah kepada ladang kamu mengikut yang kamu suka dan kehendaki”
(Surah Al Baqarah ayat 223)




HAHAHA...KAH KAH KAH...
"...asal jangan liwat",  minit ke 1.41 tu...



Dan ini pula kata bekas mufti Perlis: Dr. MAZA





Jagindas:   macam-macam.. apa kata para isteri? komen la sikit..... hehehehe

BAZAR RAMADHAN 1433H MALAP

PASAR RAMADHAN SUATU KETIKA DULU........
sekarang tidak lagi penuh sesak

RAKYAT AMBIL LANGKAH ELAK PEMBAZIRAN
kesedaran terhadap kawal perbelanjaan meningkat

 SUASANA pasar ramadhan tahun ini nampaknya tidak sebegitu meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Selain daripada kurangnya penyertaan peniaga-peniaga di pasar berkenaan, sambutan daripada orang awam juga turut muram.
            Selama seminggu berpuasa, tinjauan kulukelio.blogspot,com ke beberapa kawasan perniagaan pasar tersebut mendapati suasana agak muram dan tidak seceria sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
            Tahun ini, dipercayai ramai yang memilih untuk menyediakan makanan dan juadah berbuka secara sendirian bagi mengelakkan pembaziran dan mengawal perbelanjaan.
            Orang awam yang ditemui berkata, kebanyakan mereka datang ke bazar hanya membeli ala-kadar manakala selebihnya adalah sekadar untuk mengisi masa lapang sambil menunggu waktu berbuka.
            Sementara itu, beberapa peniaga yang ditemui mengakui sambutan orang ramai terhadap pasar ramadhan kali ini amat merosot menyebabkan banyak peniaga yang terpaksa membawa balik lebihan barangan jualan berikutan kurang laku.
            Peniaga juga mendakwa tahun ini juga sambutan daripada kaum-kaum lain terutama orang cina terhadap pasar itu agak pelik berikutan kurangnya kaum itu datang membeli berbanding tahun-tahun lalu.
            Selain itu, mereka berkata jumlah peniaga juga berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan dakwaan pihak kerajaan tempatan mengenakan sewa tapak yang agak mahal.
            "Perniagaan Ramadhan ini sebenarnya tidaklah seuntung mana. Sepatutnya pihak kerajaan tempatan mengenakan sewa yang murah bawah RM100 untuk tempoh sebulan. Bukan banyak untung, kebanyakannya berniaga secara suka-suka sahaja. Jadi tak payahlah nak kenakan sewa tapak sampai beratus ringgit", kata peniaga-penaiaga yang ditemui di salah sebuah pasar ramadhan di sekitar Batu Gajah dan Kampar.
            Seorang suri rumah, Zurinah 49, berkata tahun ini beliau memilih menyediakan makanan sendiri sebagai langkah berjimat cermat dan untuk mengelakan pembaziran.
            "Daripada pengalaman lalu, membeli memang seronok, namun bila sampai masa berbuka, banyak makanan yang tidak habis," katanya.

Jagindas:   suka berbuka dengan capati dan kari kambing.

PUISI RAMADHAN:

Puisi: Doa Orang Lapar
Oleh: WS Rendra


Jagindas:   sudah seminggu kita berpuasa, Alhamdulillah, sgalanya mencukupi..

TAZKIRAH RAMADHAN


Perbanyakkanlah Astaghfar...



KALAU dikutip-kutip cerita orang tua-tua, suatu masa dulu orang melayu pernah mengalami nasib seumpama ini. Namun sekarang kita hidup dalam mewah malah aman dan damai..

Sempena Ramadhan al-mubarak ini, ketika merenung makanan di meja sambil menunggu waktu berbuka dan kemudian menjamahnya, ingat-ingatlah mereka yang tidak senasib dengan kita. Betapa bertuahnya kita hari ini di negara ini.

Dan, air mata sudah tidak bernilai lagi...

INSAFLAH, betapa besarnya nilai sebuah keamanan, kemakmuran dan kemerdekaan!

Jagindas:   Jangan membazir makanan... orang tua-tua kata, biar tak cukup sedikit asal jangan menambak bumi...

Khamis, 26 Julai 2012

RAIKAN BULAN MERDEKA


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


MALAYA MERDEKA - Zaharah Agus


Sempena sambutan bulan merdeka kali ke 55 ada baiknya orang melayu menghayati lagu ini sekurang-kurangnya marilah sama-sama kita menghalusi kembali bagaimana siksanya pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air membebaskan negara (malaya ketika itu) daripada cengkaman penjajah - British, Jepun dan Komunis.

Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini saya mengajak saudara-saudari menghadiahkan sepotong Fatihah buat pejuang-pejuang tersebut yang telah terkorban demi tanah air bumi bertuah ini yang kemudian dimasyhurkan sebagai Malaysia.

Sesungguhnya, mereka telah menggadaikan nyawa demi marwah bangsa, negara dan agama Islam, apalah sangat dengan sedekah Fatihah untuk mereka tanda syukur dan terima kasih kita yang mengecap nikmat kemerdekaan hasil daripada perjuangan mereka itu...

AL FATIHAH...


Jagindas:   Semoga negaraku aman dan sentosa kekal selama-lamanya. Hidup MELAYU!!