Sabtu, 18 Ogos 2012

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN


MAAFLAH, KERANA KAMI MASIH KAMI YANG DULU..
SATU UMMAT, SATU TEKAD, SATU HATI
INSYAALLAH, barangkali jika puasa tahun ini hanya 29 hari, maka Ahad ini, 19 Ogos akan berhari rayalah umat Islam menyambut 1 Syawal, 1433H.
            Sepanjang puasa kali ini, kita disajikan pelbagai berita, kisah dan citra dari dalam mahupun luar negara. Daripada perkara-perkara yang menyeronokkan hinggalah kepada yang menyedihkan. Dari hal yang menggembirakan kita juga disajikan dengan berita-berita yang mengerikan. Demikian, kehendak Tuhan dan demikian juga hukum alam.
            Belumpun reda riwayat rakyat Palastin yang tak habis-habis dikunjung malang, Syria pula mengkocakkan keharmonian satu lagi negara Islam selepas Mesir dan Libya menggegarkan revolusi rakyatnya. Kita dilimpahi rezeki berbuka puasa dan bersahur, ada saudara kita bercatu makan dan kita tidak sedikitpun terasa kelaparan mereka.
            Dalam negara, selain kemalangan di sana sini, iklim politik tanah air juga turut mewarnai pembacaan rakyat. Sehingga, adakalanya terasa begitu muak untuk mengikuti perkembangannya berikutan sikap bodoh membodohkan diri antara pemimpin-pemimpin politik yang rakus dengan matlamat masing-masing.
            Ada pemimpin yang melayan mimpi terlalu asyik sehingga kehidupan mereka menjadi seperti orang hayal tidak ubah laksana pemabuk dengan arak, ganja dan morfinnya. Tidak kurang juga ada yang begitu lena dibuai mimpi bagaikan diulit seribu bidadari lantas tidak lagi mengenal mana siang dan mana malam.
            Apapun, nampaknya kehadiran Ramadhan bagaikan gagal menginsafkan umatnya. Bercakap bohong, memfitnah dan mengadu domba tiada batas dan silunya bagaikan keberkatan bulan yang diangkat sebagai al-mubarak itu hanya terucap sebagai pemanis dibibir sahaja.
            Yang keliru, akan semakin keliru dan terus terkeliru. Yang tersasar, belum pasti entah kemana pula akan terdamparnya. Namun permainan terus berpesta sehingga menghilangkan bayang-bayang derita di luar sana yang sepatutnya memberikan petunjuk kepada hati dan fikiran untuk lebih mengenal betapa besarnya keagungan Tuhan, Allah swt. Apa benarkah kita telah bersyukur terhadap nikmat Allah?
            Manusia, seperti sudah hilang pertimbangan dan akal budi disebabkan kerakusan nafsu yang menguasai diri dan naluri demi kepentingan peribadi, kalaupun setidak-tidaknya untuk kelompok tersendiri.
            Orang-orang yang belajar agama akan bercakap mempertahankan tafsirannya. Yang belajar ekonomi pula menggariskan untung dan rugi. Mereka yang berselimut dengan politik terus menebalkan gebar masing-masing sentiasa mengkhuatiri musim sejuk akan melanda.
            Yang kaya tidak jemu-jemu membicarakan aset dan harta manakala yang miskin terus mengharap kehidupan akan terbela. Dan, bagi yang tidak pernah ambil tahu apa-apa, mereka mengandaikan hidup dan mati adalah sama sahaja.
            Ada yang berdoa siang dan malam mohon dilimpahkan rezeki yang halal, namun pada masa sama terus menerkam apa sahaja lubuk tanpa mengira putih atau hitam. Apakah ertinya doa itu?
            Meski, yahudi dan nasroni jelas diperkatakan dalam quran dan hadis nabi (saw), namun semakin tua usia nampaknya semakin pula mereka tidak mengenalnya bahkan ada yang sudah tidak sedar mereka sebenarnya telah pun tidur sebantal dengan yahudi. Kebijaksanaan tafsiran demi tafsiran, membantu mereka untuk menafikannya.
            Dan, syaitan semakin menampakkan dirinya kerana manusia sudah tidak lagi mempedulikan harga diri!

-JAGINDAS-

Jumaat, 17 Ogos 2012

TAJUK AKHBAR DI AKHIR RAMADHAN


13 MEI, HUDUD DAN SAMAN!
DARI ATAS KIRI: Karpal, Fathul Baari, Soi Lek dan Kit Siang

1.    LIM KIT SIANG (LKS) sudah mula meraban [klik di sini].      

2.    KARPAL SINGH juga sudah tidak berapa lena tidur [klik di sini].

3.    SOI LEK, hati-hati bila bercakap tentang Islam [di sini] dan [di sini]


Jagindas:  habis! Mari kita lihat siapa yang kena....

MAAF ZAHIR DAN BATIN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, 1 SAYAWAL, 1433

kulukelio.blogspot.com mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin kepada semua pelayar blog ini umumnya kepada semua umat muslimin dan muslimat. Semoga Allah mencurahkan rahmatnya yang berterusan kepada kita semua.



Jagindas:   mungkin berehat tiga hari...sebab nak raya sakan dengan anak bini!


TERIMA KASIH TELEKOM


SEGERA ATASI KEROSAKAN

 MALAM tadi, lebih kurang pukul 1.00 pagi tiba-tiba sahaja black-out. Pada masa sama pula server TMnet jem. Internet tidak dapat di akses. Nasib baik ada sim kad prabayar maxis, maka dapatlah juga melayari internet.
            Pukul 11 pagi esoknya barulah masalah elektrik selesai setelah kira-kira 11 jam sengsara. Manakala masalah internet TM pula selesai lebih kurang pukul 4 petang. Ini kerana kabel utama telekom di kawasan taman perumahan berkenaan telah dicuri orang malam tadi iaitu serentak dengan waktu black-out semalam.
            Seorang pegawai telekom menghubungi saya untuk memaklumkan masalah tersebut berkata, kecurian kabel selalu berlaku tatkala menjelang hari raya. Untuk malam semalam sahaja katanya, berlaku kecurian kabel di dua tiga tempat sekitar Batu Gajah, Tg Tualang dan Changkat Tin.
            Walaupun kerosakan disebabkan kes kecurian atau vandelisme, namun pihak telekom nampaknya bertindak segera mengatasi keadaan demi kepentingan pelanggan. Syabas dan terima kasih. banyak-banyak!

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA SAYA.

Jagindas: setan betoi pencuri tu!

ASNAF ZAKAT FITRAH


Agihkan Dengan Seadil-Adilnya...


MALAM tadi selepas solat taraweh, seperti biasa beberapa orang rakan datang ke rumah saya untuk bersembang-sembang sambil-sambil merehatkan minda. Adakalanya, kami bergerak ke kedai mamak menikmati roti canai dan teh tarik.
            Tiba-tiba, datang pulang seorang lagi rakan yang pada mulanya kami rasakan dia tidak hadir. Dia terlewat sedikit. Ada hal katanya. Dia terus duduk dan bertanya kepada kami semua: "Kamu semua dah terima duit zakat ke?" Nampak macam nada perli. Lalu kami bertanya, apa masalahnya?
            Katanya, dia begitu musyhkil dan teramat musykil terhadap pengagihan wang zakat fitrah di kariahnya berikutan janda yang kaya raya layak sebagai penerima manakala janda dan orang tua yang miskin tidak pula tersenarai dalam penerima zakat fitrah!
           

Jagindas:   ada sesiapa yang boleh tolong jelaskan kemusykilan rakan saya itu?

KAKI PUKUL AWASI UMAT ISLAM


JIKA LAMBAT KERJAKAN SURUHAN ALLAH TAALA
GAMBAR HIASAN... Latihan pukul memukul

KALAUlah benar seperti apa yang dilaporkan [berita di sini], saya nak ucap tahniah kepada kaki pukul serta ostad-ostad, ostazah-ostazah di Sekolah Menengah Agama Rakyat Maahad Al-Islah Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak .
            Orang Islam di negara ini memang sudah lama memerlukan kaki pukul yang semacam itu sebab ramai sangat ummat yang tidak mengerja atau memandang ringan suruhan Allah Taala.
            Kalau boleh, apabila balik bercuti ke rumah nanti, jika ada adik berdik hatta mak bapak kamu juga (sikaki pukul) yang lewat atau terlewat mengejakan solat, maka hendaknya kamu pukul dan deralah mereka itu supaya dia menjadi insan yang berguna dan mulia.
            Dan, kepada mangsa kena pukul, samanlah secukup-cukupnya. Jangan jadikan aidilfitri yang akan tiba dalam sehari dua lagi sebagai pembiak kaki pukul tidak bertauliah ini. Kepada mak bapak kaki pukul (termasuk pihak sekolah) cari-carilah dana untuk memperkukuhkan empayar kaki pukul.
            Kepada kaki pukul, masa depan kamu memang cerah sebab di luar sana ramai sedang menunggu hari-hari dewasa kamu. Mereka sudah tidak sabar menjemput kamu mengganggotai jemaah mereka. Lekaslah besar sayang....
            Namun, kalau cerita ini memang direka-reka, memang anak nerakalah budak tu, biar dia seksa sampai ke tua!
            BABI!

Jagindas:  lima pukul satu!


MAT SABU EHEM EHEM!


RISAU DIA KALAU NASHA MASUK UMNO - maka cepat-cepat dia cover, hehehe ...

MAT SABU...bukan pandangan PAS
Maknanya, Nasharudin Mat Isa tu adalah aset besar PAS-lah!  Risau juga kamu Mat Sabu, ye??  [klik di sini]








Jagindas:  Nasharudin tak gila macam depa tu...dia masih berakal..

AKIBAT KHALID NGAJI TAK HABIS....


Gusar Dengan Istilah ‘kafir harbi’ 
Dari Kiri: Khalid, Abdullah Saamah : Bila orang tak berilmu bercakap tentang
bukan bidangnya...maka jadilah sesat lagi menyesatkan!
"SHAH ALAM, 16 Ogos — Penggunaan istilah “kafir harbi” dalam laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia minggu lalu yang menyifatkan adalah haram menyokong DAP jelas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad, adalah sangat berbahaya kerana ia diibaratkan menghalalkan darah orang DAP.
        “Istilah ini sangat bahaya kerana ia seumpama menghalalkan darah orang DAP,” jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu kepada pemberita di pejabatnya hari ini. “Ini kerana kafir harbi ini adalah golongan kafir yang menentang Islam.” [cerita lanjut di sini]

Inilah akibatnya kalau mengaji tak habis. Belajar ikut-ikutan. Ramai lagi kah yang macam Khalid ni... Kalau ramai, betullah, ramai yang kata PAS memang dah sesat larat!

Jagindas:  Khalid, kalau tak faham, kalau tak reti, jangan cakap. Siapa yang BODOH sebenarnya sekarang?? Siapa? BERTAUBATlah Khalid, sebelum Allah menjemput ajalmu. Kafir Harbi dan Zimmi itu amat jelas dijelaskan oleh ALLAH... Subhanallah... apa nak jadi kamu ni!

NASHARUDIN TAK PERLU MASUK UMNO


TOLONG BETULKAN FATIHAH ULAMAK PAS, ITU YANG AMAT PENTING!


"Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah." [Nasharudin Mat Isa - klik di sini]

Jagindas Kata:  Mengikuti arahtuju politik Nasharudin ini, saya teringat Datuk Ahmad Nakhaei (dan beberapa yang lain). Semoga ramai lagi ahli PAS yang diberikan ALLAH taufik sepertinya demi untuk kebaikan ummah dan menjaga martabat Islam sebagai agama suci dan agama rasmi di negara ini. Syabas, saudara Nasharudin. Soal masuk UMNO atau tidak bukan masalahnya. Yang penting adalah perjuangan yang berhala tuju, jelas dan tegas. Jadilah pembangkang, tidak mengapa. Tetapi pembangkang yang berakal budi, berilmu dan berjati diri!

Jagindas: Tuhan akan memberikan taufik dan hidayah serta rahmatnya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki. Dan, Nasharudin adalah antara yang Allah perkenankan..


Khamis, 16 Ogos 2012

15 NOVEMBER, 2012


TANDA PUTERA TEMUI KHALAYAK


AKHIRNYA, filem TANDA PUTERA arahan Datin Paduka Suhaimi Baba, akan ditayangkan juga mulai 15 November ini. [ di sini]        

1.    Mengapa 15 November 2012?
2.  Mengapa perlu ada pihak tertentu pula mesti tengok dan nilai dulu khususnya pemimpin pembangkang?
3.    Mengapa takut tak tentu arah ni?!

Jagindas:  Budak cina Namewee tu dia balun saja apa dia nak buat, sapa pun tak kisah! Ada UMNO kisah? Ada Kerajaan kisah?  Perrrghhhhhh!  Takut! Bimbang!Takut!Bimbang! Taaaaaaak habis-habis!

AMANAHKAH KAKITANGAN BANK KITA?


BAFIA gagal bendung kebocoran
DI SINI BERMULANYA TEMELANG BAFIA PECAH...
            KUALA LUMPUR 14 Ogos - Kebocoran maklumat peribadi daripada institusi kewangan negara sebenarnya berlaku setiap hari tanpa disedari oleh rakyat melalui pelbagai cara.[BERITA DI SINI]

Bila kes membabitkan orang berprofail tinggi barulah terdedah apa yang sepatutnya tak terdedah. Kalau tidak, nampaknya orang awam sentiasa menjadi mangsa penipuan dan manipulasi pihak berkepentingan. Begitukah?

Soalnya, perkara ini dikatakan sudah lama berlaku malah ada agensi yang sepatutnya tidak wajar wujud tetapi wujud dan beroperasi seperti tidak ada apa-apa yang bersalahan selama ini membabitkan pecah amanah berkaitan dokumen sulit pengguna bank. 

Dan sekarang, terdedah pula bahawa operasi itu sebenarnya tidak wajar!
Justeru, apa sebenarnya yang berlaku ni???

Jagindas:   Seraba salah, namun yang pasti semakin hilang kepercayaan....

Rabu, 15 Ogos 2012

TG TUALANG PEKAN UDANG GALAH

TIADA SATU PUN BERSTATUS HALAL!



AWAS! Kalau berkunjung ke Tanjong Tualang, anda akan dapat bertemu dengan papan tanda yang menunjuk: TANJONG TUALANG, PEKAN UDANG GALAH (seperti dalam gambar).
            Memang sejak akhir-akhir ini pekan kecil ini dikenali dengan nama timangan itu kononnya di kawasan ini banyak terdapat udang galah jenis air tawar (sungai) dan sejajar dengan itu juga di kawasan ini terdapat lebih 10 restoran makanan yang menyajikan asas masakan udang galah.
            Anda akan dapat melihat kesesakan pekan kecil ini pada setiap hujung minggu dan cuti umum sehingga menyebabkan kesesakan trafik berikutan ramai pelancong dari luar dan dalam negara datang bertumpu ke situ semata-mata untuk menikmati masakan udang galah. Dari Utara, SElatan, Timur, Tengah dan Singapura. Taiwan dan China pun ada.
            Namun, daripada tinjauan yang kulukelio.blogspot.com lakukan, adalah diingatkan bahawa TIDAK ADA SATU PUN di antara restoran-restoran tersebut yang berstatus HALAL. Oleh itu, orang-orang Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan tarikan udang galah di pekan kecil ini melainkan membelinya di pasar dan masak di rumah sendiri.
              Mudah betul pihak berkuasa tempatan meluluskan papan tanda berkenaan!
           
Jagindas:   Ramai beb,  orang Islam yang datang makan di restoran yang besar-besar di sini. Kebanyakan pegawai-pegawai kerajaan pulak tu!Eeee Geli!...buta ke deme tu???

OKU KIAN BERTAMBAH


KERAJAAN PERLU KAJI SEMULA INSENTIF SARA HIDUP
KEPRIHATINAN kerajaan terhadap kebajikan orang kelainan upaya (OKU) yang antara lain memberikan mereka insentif bulanan saraan hidup memang banyak memberikan manfaat kepada golongan itu.
            Namun, sampai masanya kerajaan perlu mengkaji semula kemudahan itu supaya ia benar-benar diberikan kepada OKU yang disebabkan faktor semulajadi (sejak dilahirkan misalnya) dan disebabkan faktor alam atau kecuaian yang tidak disengajakan.
            Ini kerana, sejak akhir-akhir ini golongan itu kian bertambah berikutan OKU yang disengajakan atau disebabkan kedegilan sendiri. Misalnya, penyalahgunaan bahan letupan sehingga cacat anggota dan kemalangan-kemalangan yang pada mahkamah adalah disebabkan kesalahan yang dilakukannya sendiri. Tepatnya, OKU buatan sendiri!
            Justeru, bagi kes-kes seperti ini, kerajaan harus tidak menimbangkan mereka untuk menerima sebarang bentuk kemudahan seperti mana yang sewajarnya di terima oleh golongan OKU.
            Meskipun, cadangan ini nampak kasar, namun untuk jangka panjang ia difikirkan boleh mendisiplinkan rakyat negara ini terhadap beberapa perlakuan jenayah tertentu.

Jagindas:   Rakyat semakin manja dan turut mendorong kurang berdisiplin...


SHABERY CHEEK MINTA MAAF

AHMAD SHABERY CHEEK.... Minta maaf

GAGAL DAPAT SATU EMAS PUN DI OLIMPIK 2012

APAHAL pulak ni Datuk Shabery? Tidak nampak perlunya ucapan maaf daripada Datuk untuk rakyat Malaysia perihal Olimpik 2012 yang baru lalu. [ di sini]
            Rakyat tahu kemampuan atlet kita. Rakyat boleh terima apa juga keputusan yang diperolehi. Harapan memanglah tinggi menggunung. Kalau kita masuk bertanding tetapi siang-siang dah pasang tiada harapan, lebih baik tak payah masuk bertanding. Yang macam itu memang menyakitkan hati.
            Dalam kes Olimpik ini, atlet sudah berlatih bersungguh-sungguh, sudah lakukan dengan bersemangat dan tekad serta berselimutkan azam "Malaysia Boleh". Kerajaanpun sudah buat dan beri macam-macam. Nak apa lagi? Okla tu...
            Justeru, kenapa mesti minta maaf? Rasa tak kenalah Datuk! Kalau ya pun nak merendah diri, agak-agaklah mediumnya..


Jagindas:  cumanya, kalau dah kalah janganlah pula beri alasan "kecederaan lalu masih belum pulih"... Dah tahu cacat buat apa hantar juga! Ha, yang itu Datuk kena minta maaf!

AKTA 114A


JANGANLAH GELOJOH MEMBUAT SEBARANG PEMBAHARUAN
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Kabinet agar membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang diluluskan baru-baru ini, ekoran bantahan dan kritikan pelbagai pihak - pemimpin Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan"

Inilah akibatnya kalau gelojoh membuat keputusan. Berfikir sebelah pihak atau sehala. Kadang-kadang dipengaruhi "self centered".
            Orang tua-tua kata, sebelum membuat keputusan hendaklah menimbang dengan semasak-masaknya terlebih dahulu. Ibarat memanggang ikan, hendaklah dibalik-balik supaya tidak gangus sebelah selain memastikan ransangan bara apinya.
            Kalau hangus sebelah, di situlah orang tahu kita cuai melakukan kerja membakar ikan. Makna kata,  dalam hal membuat keputusan, dapatlah dibaca bahawa yang membuat keputusan itu, kalaupun cerdik dan bijak tetapi cetek pertimbangannya!
            Berhati-hatilah, dah banyak benar pengajaran yang diberi dan diterima, mengapa masih tidak mahu belajar daripada pengalaman lalu?

Jagindas:  Relekslah beb, apa yang nak digopoh gapahkan...



BODOHNYA LKS


GAGAH JUGA NAK CAKAP BAB ISLAM
LKS... tengin
APALAH  BODOHNYA  Lim Kit Siang (LKS) ni. Yalah, dia, sekutu dan kerabatnya memang bodoh bab-bab agama Islam pun. Siapalah LKS nak berbicara tentang Islam. Dia memang bahalul membezakan antara kempen menggunakan agama dengan pendapat atau ulamat atau majlis fatwa. [ di sini]
            UMNO tidak memperagakan agama ke hulu ke hilir (kulu kelio) demi mendapatkan simpati naluri pengundi. Tidak semacam PAS berkata halal dan haram, kafir dan kufur, masuk syurga dan neraka secara terus dengan niat menakutkan ummat Melayu. Ingat.., Melayu itu Islam!
            Ulamak bebas dan majlis fatwa bukan bercakap atas nama parti, tetapi atas kejelasan hukum menurut Islam secara global tidak kira siapa dan apa anutan partinya. Haram adalah hukum. Orang Islam makan babi hukumnya haram (selagi tidak terdesak). Namun ada juga orang Islam yang makan babi.
            Maknanya, kalau MCA dan MIC serta parti kompenan lain dalam Barisan Nasional (BN) pun perangainya sama macam DAP yang terus-terus menentang Islam, maka orang UMNO juga haram mengundi calon dari parti berkenaan. Faham ke tidak ni?
            Orang Islam yang tidak sembahyang, berdosa. Tetapi ramai juga yang tidak bersembahyang. Demikian juga berpuasa dan sebagainya. Hukum haram maksudnya orang Islam ditegah melakukannya, kalau dilakukan juga maka dapatlah dosa.
            Makna kata, terpulanglah kepada sesiapa (Islam itu) sama ada hendak mematuhinya atau tidak. Dosa tanggungan sendiri-sendiri!
            Shafie dan rakan-rakan perjuangan UMNO tidak mempergunakan hukum ini dalam menjana kempen. Kalau adapun ia sebagai peringatan kepada sesama Islam. Dan dalam Islam, ingat mengingat itu adalah di tuntut, namun tidak pula sehingga sampai memaksa apatah lagi menggunakan kata-kata ungutan. Di situlah wasatiyah-nya!
            LKS, kalau lu tak faham bahasa kitab (quran, hadis dan fatwa), lu jangan sentuhlah bab-bab agama ini. Lu Cina Kafir apa tahu?
            Setakat hari ini, lu punya saudara (MCA dan lain-lain) belum sampai ke tahap lu punya busuk hati. Kalau dia orangpun nanti jadi sama macam lu, itu jam dia orang pun kita kasi tendang habis! Sebab, haram hukumnya bersekongkol dengan mana-mana manusia yang terang-terang menentang Islam! Kalau tak percaya, cuba lu pakat MCA ikut lu punya rentak.
            Hallo LKS, you got it? Nak tanya balik, lu faham ke WASATIYAH tu apa ha?? hahaha.. tengin la lu ni... Ada satu lagi soalan bonus, lu bila nak masuk Islam? Ada berani ka?


Jagindas:  PAS juga yang bodoh... sudah terang lagi bersuluh, tak nampak-nampak juga lagi!.aduhai, nak buat macam mana? Dah kehendak Allah!

Selasa, 14 Ogos 2012

TAHNIAH PANDELELA


TAHNIAH DAN TERIMA KASIH SEBESAR-BESARNYA KERANA MENGHARUMKAN NAMA NEGARA!




Chong Wei dan janda Loganathan (Alleycats) dah OK dah, sekarang giliran anda pulak... syyyyy, berapa yek? 

Jangan kecik hati ye sebab agak terlambat ucapkan tahniah... bukan apa, gua tak berapa minat sukan, hehehe..

Jagindas:  pening nak cari duit raya....

CAKAP BILA PERLU SAHAJA


TAJUK-TAJUK AKHBAR HARI INI:

1.  Jangan pertikai ganjaran kepada Chong Wei: Razali [SINI]

JAGINDAS KATA: Kenapa pulak tak boleh pertikai? Sesiapa sahaja berhak bercakap terhadp apa sahaja yang kerajaan buat sebab negara kita mengamalkan kebebasan bersuara. Adakah suara mempertikai atau bercakap-cakap mengenainya boleh mengancam keselamatan negara atau menyesakkan nafas politik tanah air?  Tapi, kepada yang gatal nak bercakap, agak-agak ler yek, jangan pulak main sedap mulut ajer!

2.  Pilihan raya umum tidak mungkin pada Oktober: Tengku Adnan [SINI]

JAGINDAS KATA: Tarikh pilihanraya atau tepatnya tarikh pembubaran parlimen memang sudah menjadi teka teki khusus di kalangan ahli politik tanah air. Benda ini memang menjadi hak mutlak Perdana Menteri (PM). Kenapa orang lain mesti sibok?

Kalau tidak ada isu yang hendak diperkatakan, lebih baik diam sahaja. Atau, teruslah buat kerja-kerja untuk parti dan negara. Semua pihak sepatutnya tidak bercakap bila dan bila pilihan raya. Ia adalah hak PM. Khalayak dah kisah dah, lantak ler bila pun!

3.  Harga ayam tahun ini lebih murah: Ismail Sabri [SINI]

JAGINDAS KATA: Tunggulah sehari dua sebelum raya sampai. Jangan terburuburu buat kenyataan Datok Seri. Kalau dibuatnya hari Jumaat ni tiba-tiba harga ayam naik, apa pulak Datuk Seri nak cakap?

Releks dan pantau sahaja...

4.  Kaji semula kerjasama PR, Hasan Ali gesa Pas

JAGINDAS KATA: Ini seorang lagi, buat apa nak dirayu-rayu lagi. PAS ni ibarat orang cerdik tak dapat nak diikut, bodoh tak dapat nak diajar. Orang Perak kata "tengin". Siapalah kamu di sisi PAs nak bercakap soal kaji mengkaji ni!

PAS tu lagi tinggi dan kehadapan kajiannya. Buat cerita lain lah Pak Hassan, kalau tak nanti orang kata mike (awak) tu orang kata mabuk publisiti pulak!

Jagindas: Banyak cakap akan banyaklah berlaku salahnya, banyak salah akan banyak pulak dosanya....Itu yang kena hati-hati tu, bukan apa...






Isnin, 13 Ogos 2012

GEMPA DI IRAN


Ya Allah, Lindungilah Kami Daripada Sebarang Kecelakaan..
MANGSA GEMPA DI IRAN SEMALAM
SYUKUR, ALHAMDULILLAH. Maha suci Allah, Allah yang maha besar dan tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
            Setelah 23 hari berpuasa, umat Islam di negara ini begitu mudah menunaikan fardhu rukun Islam ke tiga dan empat itu tanpa sebarang kacau ganggu mahupun musibah yang melanda negara. Kalau adapun, di sana sini berlaku kemalangan yang disebabkan kecuaian manusia selain ditaqdirkan kejadiannya itu. Kebakaran rumah, tanah dan ladang serta beberapa kemalangan jiwa di sana sini adalah lumrah.
            Namun, saudara kita di Iran, terpaksa menghadapi Ramadhan selari dengan ujian getir Allah Taala dimana bukan sahaja berlaku banyak kehilangan jiwa malah mereka juga beribadah dalam keadaan yang amat getir, menakutkan serta penuh kepayahan apabila buminya dilanda gempa bumi.[ di sini]
            Kepada mereka (Islam) yang meninggal dunia, apalah salahnya kita sedekahkan Al- Fatihah di samping mendoakan semoga yang lain dilindungi serta dipelihara Allah.
            Syukurlah, Allah masih memberikan belas dan belum lagi meletakkan getir ujiannya kepada umat Islam di sini. Justeru, marilah bersama-sama kita memanjatkan syukur ini berterusan supaya kita akan terus dapat mengecapi dunia ini dengan aman dan daripadanya kita berusaha mencurahkan ketaatan kepadaNya.
            Banyak benar durhakanya kita kepada dunia dan isinya, masyarakat bahkan terhadap Allah Taala sendiri. Semoga setiap musibah yang berlaku di luar sana dapat memberikan keinsafan kepada kita semua. Allah huakbar!

Jagindas: Di luar ketika ini hujan lebat, kilat dan guruh sesekali menghias hening dinihari. Apakah malam ini Malam Lailatulqadar? Ya Allah, berikanlah aku taufik dan hidayahMu serta rahmatMu, Amin.

JANGAN TUNGGU LAGI, MASUKLAH PAS SEKARANG!


DEMI MEMPERJUANGKAN ISLAM
"DI WAJAHMU KULIHAT BULAN....."
ALHAMDULILLAH, sudah jelaslah Tamrin Ghafar menyertai PAS. Lega! Ada sesiapa lagi orang BN yang nak masuk PAS? Bertindaklah segera sebelum pilihan raya umum tiba. Hanya PAS parti yang memperjuangkan Islam. Tamrin amat pasti natijah itu!

Buatlah keputusan dengan cepat dan tepat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Setiap yang hidup akan mati. Akan dihisab. Syurga dan neraka itu sahajalah pilihan yang ada. Tentunya kita berkehendakkan syurga.

Ingat, hanya PAS menjajikan syurga dengan nyata. Undi PAS masuk syurga! Apakah anda lupa akan mati dan kehidupan selepas mati?

Jagindas: Penat belajar dan mengaji, rupanya ada jalan short- cut untuk ke syurga.....Lega!