Melayu Rela Jadi Barua Komunis
YB,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
Memang sudah dijangka YB akan berkata
demikian. Oleh kerana YB adalah Ketua Penerangan PAS, maka sumpah itu adalah
juga sumpah PAS apabila YB menjawab gesaan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairi
Jamaluddin, supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) berikutan
sohabat-sohabat PAS dari kalangan DAP secara terang-terang tidak bersetuju
dengan prinsip perjuangan parti itu malah sehingga berani mencela Islam dalam
kes demonstrasi bantahan terhadap penerbitan filem Innocence of Muslims oleh Sam Bacile yang menghina Nabi
Muhammad (SAW) di
sini.
Bagi
saya, orang-orang macam YB ini, tahap
pemikiran dan kesedarannya adalah seperti yang pernah saya papar dalam blog ini
beberapa kinggu lalu di
sini
Khairi
mungkin menyuarakan gesaan itu secara jelas mengkaitan kes yang dilakukan oleh
Ahli Parlimen Bruas (DAP), Datuk Ngeh Koo Ham, melalui laman twitternya.
Bagaimanapun,
insiden-insiden lain yang dilakukan oleh sohabat-sohabat PAS sebelum dan
selepas peristiwa itu pun jelas tidak menghormati PAS sebagai rakan kongsi.
Kalau
tidak kasarlah saya katakan, bagi DAP, PAS laksana hidung tak mancung pipi tersorong-sorong...Maknanya apa? Baca
baliklah tulisan saya seperti di
sini
Jagindas: "Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis
dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah
mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)....."