Bank Rakyat, PNB dan LTH |
Tetapi Taklah Seberapa
Sangat..
SEJAK pertengahan tahun 2012 sesuatu yang
nampak ketara bagaikan dienjut-enjut adalah penguman kadar dividen yang tinggi
bagi saham-saham amanah (ASB), bonus Lembaga Tabung Haji (LTH) dan terbaru dividen Lembaga Tabung
Angkatan Tentera dan Koperasi Tentera (LTAT). Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) juga mengikut jejak yang sama di mana semalam ia mengumumkan
kadar keuntungan sebanyak 6.15%.
Kebetulan
pula tahun ini pilihanraya umum (PRU13) akan berlangsung. Dengan pengumuman ini
tentulah antara lain bermaksud menggambarkan keadaan ekonomi negara bertambah
baik sehingga insutitusi berkenaan mampu membayar dividen dan bonus yang tinggi
berbanding tahun-tahun sebelumnya. Begitu juga, kemampuan kerajaan melaksanakan
pelbagai sumbangan kepada rakyat seperti BR1M dan banyak lagi.
Tahniah
kepada kerajaan dan badan pengurusan institusi kewangan yang lain jika benar
itulah hakikatnya. Maksudnya bukan sahaja diberi-beri untuk ambil hati rakyat
lebih-lebih lagi pendeposit supaya mereka bertambah yakin dengan kerajaan sedia
ada.