|
NIK AZIZ:....demo macey mnatey |
Nik Aziz Kata Langkah BN itu
Bukan Cara Islam
ALHAMDULILLAH, sejak Tuan Guru Haji Nik Aziz
menjadi Menteri Besar (MB) Kelantan, rezeki beliau (barangkali juga termasuk
ahli kelarganya) nampaknya mencurah-curah. Beliau dilihat mampu melancong ke
beberapa negara dan selalu berulang alik ke Madinah dan Makkah sama ada
menunaikan umrah mahupun menunaikan haji.
Barangkali,
antara lain agenda peribadi beliau ketika berada di Makkah dan Madinah tentulah
merafakkah doa setulus permohonan kehadrat Ilahi supaya beliau akan terus sihat,
dipelihara daripada nyanyuk, terus kekal menjadi mursyidul am Pas dan
memerintah negeri Kelantan sehingga akhir hayat.
Beliau
juga tentunya yakin dengan kehendak Allah, bahawa ketika di tanah suci itu Allah
telah memberikannya taufik dan hidayah yang setulus-tulusnya. Maka, apabila
beliau kembali ke tanah air, apa sahaja yang diucapkannya atau difatwakannya adalah
setelah mendapat petunjuk Allah.
Sebab
itu, dia dengan yakin berkata: "Penerima Bantuan Umpama Haiwan". [lanjut di sini]. Maklum, Nik Aziz adalah
juga antara ulamak Pas yang terus mata atau bahasa kitabnya qashaf.
Tentunya,
dia merujuk kepada pelbagai pemberian dan isentif yang dilakukan oleh kerajaan
Barusan Nasional (BN) kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak tanpa memilih
bulu.
Ketulusan
BN itu bukan sedikit sebanyak tetapi memang impaknya amat besar terhadap Pas
dan Pakatan Rakyat (PR) terutama ketika menghadapi pilihanraya umum kali ini.
Pada
masa sama pelbagai isu yang melanda Pas dan PR juga turut merenggangkan kepercayaan
'penganut' Pas daripada parti agama
Islam itu. Namun, penulis percaya sebagai seorang tok guru, mursyidul dan
ilmuan Islam yang qashaf, tentulah Nik Aziz tidak akan melepaskan peluang yang
amat berhaga ketika berhadapan dengan Kaabah baru-baru ini.
Dan,
apabila penerima bantuan daripada kerajaan BN diumpamakan binatang oleh Nik
Aziz, maka pada pendapat penulis mereka terbabit hendaklah SEGERA meninggalkan
Pas (kalau masih dalam Pas) dan PR kerana jika terus berada dalam kelompok itu,
anda semua tetap dianggap binatang. Paling malang jika anda disamakan dengan
anjing dan babi!
Justeru,
sebelum terkeluar 'fatwa' sedemikian, ayuh kita pakat ramai-ramai undi BN dalam
PRU13 nanti. Dah dekat sangat dah.....
Jagindas: Sepatutnya
semakin nampak bala' kita semakin insaf, bertaubat dan berdoa diselamatkan,
bukannya semakin merapu dan membanyakkan dosa! Subhanallah....