Isnin, 24 Februari 2014

ELAK TERDEDAH CUACA KEMARAU

Bahang Boleh Sebabkan 'Strok Haba'


PERINGATAN yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar), supaya orang ramai terutama kanak-kanak supaya tidak mendedahkan diri terlalu lama kepada bahang kemarau ketika ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Berita lanjut baca di sini.
            Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diharapkan segera mengeluarkan arahan supaya semua pengurusan sekolah menggunakan budibicara masing-masing untuk membuat pilihan sama ada menghenti atau tidak sebarang aktiviti luar bilik darjah seperti kokurikulum pada sebelah tengah hari dan petang.
            Tak payahlah tunggu sehingga berpuluh murid masuk hospital akibat renjatan kemarau barulah kelam kabut nak keluarkan pekeliling. Kalau itu yang berlaku ramai nanti pegawai yang perasan muka masuk TV...

  

Jagindas:  Di rumah econd, dalam kereta econd, di pejabat pun econd. Agaknya itu sebab langsung tak perasan yek ?...

KASSIM AHMAD BUAT HAL LAGI..

Pemikiran Kassim Membahayakan Umat Islam

BARU-BARU ini, penulis tersohor tanah air, Saudara Dr.Kassim Ahmad, kembali merimaskan umat Islam di negara ini apabila terus bertegas hanya Al-Quran sahaja wajib dijadikan sumber rujukan dan ilmu bagi orang Islam sekali gus menolak apa sahaja yang disebut dan diajar oleh hadis. Lontaran pemikirannya itu dibuat dalam satu seminar khas yang membicarakan tentang "Pemikiran Kassim Ahmad" yang berlangsung baru-baru ini.

Jumaat, 14 Februari 2014

BANK PALSU MASIH AKTIF CARI MANGSA

Gambar Hiasan
Pelanggan Diingat Jangan Layan Panggilan Telefon, e-mail

BARANGKALI semua sudah maklum bahawa sebarang maklumat akaun peribadi anda di bank adalah teramat rahsia. Hanya anda dan pihak bank sahaja yang perlu tahu dan mengetahui. Selain itu, mungkin orang atau pihak yang diberi amanah secara undang-undang.
            Ini bermakna, sebarang permintaan dari pihak ketiga yang kononnya mahu membuat pengesahan akaun dan sebagainya menerusi telefon atau media maya seperti e-mail adalah tidak perlu dilayan sama sekali. Jika anda mendapat panggilan seperti itu, anda hanya perlu menutup telefon. Kerana, jika anda terus melayannya mungkin anda akan terperangkap dengan kata-kata manisnya.
            INGAT! apa-apa urusan bank adalah di kaunter bank berkenaan. Jika benar ada masalah pihak bank akan menghantar surat supaya anda merujuk ke kaunter bank yang berdekatan - sama sekali tidak menerusi telefon atau e-mail atau lain-lain pesanan.
            Meskipun, baru-baru ini kerajaan telah memberi jaminan bahawa semua maklumat akaun pelanggan bank akan terpelihara daripada sebarang manipulasi, nampaknya 'kerja-kerja' menjual maklumat masih berlaku dan kepada mereka yang lemah pasti akan terperangkap!
            Bagaimanapun, jika pihak bank menelefon anda untuk mengesahkan cek yang anda keluarkan, barangkali itu adalah benar. Dan anda hanya perlu merujuk nombor cek, tarikh, amaun dan penerimanya.
            Agak lucu, apabila pihak berkenaan yang membuat panggilan menerusi telefon (tetapi tiada nombor dipaparkan) dan meminta bercakap dengan orang lain (anak misalnya). Konon katanya, kalau tidak ada respon akaun tersebut akan diblok. Dan lagi katanya, pelanggan terpaksa ke Putrajaya jika mahu mengaktifkan semula akaunnya. Pelik kan? Sedangkan ibu pejabat utama Maybank adalah di Menara Maybank di Kuala Lumpur!
            Ini yang berlaku kepada penulis baru-baru ini. Tetapi penulis tidak melayannya. Dan, apabila anak penulis menyemak akaunnya dengan pegawai di bank terbabit, didapati tiada sebarang masalah timbul. Malah, pihak bank memuji tindakan tidak melayan panggilan tersebut dan mengingatkan sekali lagi bahawa pihak bank tidak akan membuat sebarang urusan akaun pelanggan menerusi telefon dan e-mail.
            "Kalau ada pun kami akan meminta pemegang akaun itu datang ke pejabat (bank) bukannya menyelesaikan masalah akaun itu melalui talian," katanya.

           

Jagindas: Sekadar berkongsi maklumat dan sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan...  

Selasa, 11 Februari 2014

BANYAK MASALAH MENGEKANG

Menteri Pelajaran
PBS  Ditangguh! - Muhyidin Yasin.

(Sebelum itu baca dulu di sini.)

AWAL-AWAl lagi penulis sudah ingatkan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) jangan terlalu terburu-buru untuk membuat keputusan semata-mata kononya hendak bagi tahu betapa majunya kita dalam 'mempergunakan' teknologi moden terutama dunia maya (IT).
            Ini kerana, menerusi pengalaman lalu telah banyak mengajar yang KPM telah banyak 'membazirkan' wang ketika melaksanakan pelbagai program terbarunya tetapi kebanyakannya hanya berjalan sekerat jalan. Bermula zaman 80an lagi hingga sekarang.. Cuma, samaada nak mengaku atau tidak, itu sahaja!
            Bermula dari peringkat kajian, lawatan, kertas kerja, kursus, cuba jaya, hinggalah ke peringkat pelaksanaannya kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk satu-satu program namun hasilnya amat kecil malah ada program yang terpaksa berkubur begitu sahaja. [baca juga tulisan saya sebelum ini di sini]
            Nasib yang sama nampaknya menimpa kepada program Pentaksiran Berasaskan Sekolah....
            Kan dulu lagi penulis dah ingatkan "....jangalah berlunjur sebelum duduk.."



Jagindas: Awat la degil sangat ni......oi! 

Ahad, 19 Januari 2014

ISLAM ATAU TUDUNG?

Gambar Hiasan
Apa Sebenar Yang Tersirat...

KES seorang guru wanita muaallaf yang diarahkan membuka tudung jika mahu bertugas di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina di Johor, baru-baru ini, menarik perhatian saya untuk dibincangkan sedikit. Bukan untuk mengapi-api perkara yang sudah dianggap selesai tetapi elok untuk semua rakyat Malaysia insafkan kembali dimanakah sebenarnya isu tersebut berselindung.

Sabtu, 18 Januari 2014

BANGLA AMAL ADAT KURANG AJARNYA DI SINI...
Bangla Kurang Ajar..


SEMALAM, topik bersembang dengan beberapa rakan dari kaum tionghua di sebuah kedai kopi lebih menumpu kepada sikap pendatang kaum Bangla di negara ini. Ramai yang komen, kata orang Bangla yang datang ke Malaysia cuma sebulan dua sahaja nampak baik, takut dan kecut. Masuk bulan berikutnya mereka mula tunjuk taring malah semakin berani bersikap kurang ajar dan biadap; terutama terhadap kaum wanita tak kira sama ada anak dara, janda hatta bini orang sekalipun!

Isnin, 30 Disember 2013

BUAT KERJA MENYAKITKAN HATI...

Ada Akal Tak Diguna

BARU-BARU ini seorang rakan memaklumkan bahawa jabatan penerangan menerusi JASA telah mengagihkan beberapa beg sekolah untuk murid sekolah rendah yang akan menduduki persekolah tahun 2014 ini. Ianya adalah khusus bagi murid yang berada dalam keluarga yang kurang berkemampuan.
            Beliau tidak terbabit dengan kes itu kerana rakan penulis itu tiada lagi memiliki anak yang bersekolah sama ada rendah mahupun menengah. Dan, peristiwa itu dirakam secara perbualan lebih kurang begini:

Lokasi: di sebuah kedai kopi

Pegawai JASA: Awak datang ni ada surat
                             jemputan ke?

Rakan Penulis: Surat apa?

Pegawai JASA: Kami hanya bagi beg kepada
                             yang dapat surat saja..

Rakan Penulis: Ini kedai kopi la encik..,
                             siapapun boleh datang,
                             tak perlu surat

....... tooot, tooot......

Mengapalah bodoh sangat budak penerangan atau JASA tu (maaflah, terpaksa guna juga perkataan ini)? Mengapalah orang macam ini yang MB atau menteri lantik menerajui JASA dan penerangan? Tak ada pasal, cari pasal. Tak ada angin di bagi naik angin....Memang bodoh la..


Jagindas:  Dewan orang ramai,  ada. Balai penghulu, ada. Mengapa kedai kopi yang dipilih?


Khamis, 26 Disember 2013

DIVIDEN & BONUS ASNB MENGECEWAKAN

Orang Kuat PNB..
Masih Gagal Melepasi 10 sen seunit


KUMPULAN amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan dividen ASNB 2013 adalah 7.7 sen manakala bonusnya adalah 1.0 sen. Kecil sedikit daripada tahun lalu (2102).
            Munasabahkah? Itu kata pelabur-pelabur bumiputera terhadap pengurusan ASNB itu yang mereka anggap mengecewakan.
            Penulis tidak mahulah komen apa-apa sebab pada pendapat penulis pun memang tidak berbaloi. Nanti, kalau dikata ada unsur kapitalis.., marah pulak. Kalau begitu, buatlah apa yang kamu fikir baik untuk rakyat..


Jagindas:  Berdasarkan pelaburan yang dilakukan oleh PNB dan nilai matawang hari ini, bilakah dividen ASNB akan melepasi 10 sen seunit manakala bonusnya 2.5 sen seunit? Bila?  

Rabu, 25 Disember 2013

PERKENALKAN PEK MINI BARANGAN ASAS

Indonesia perkenalkan tong gas mini pek 
3kg bagi membantu rakyat kurang mampu..

Bantu Rakyat Mudah Berbelanja

DALAM sehari dua lepas kecoh sedikit di sebuah negeri kononya berlaku kekurang bekalan gas memasak. Rentetan daripada itu, berlakulah kenaikan harga bahanapi itu dimana kononnya pembekal mengenakan pelbagai caj yang tidak munasah. Sehingga, ada sesetengah kawasan satu tong gas memasak 15kg boleh mencecah RM39.00  Bahkan, caj RM10 juga dikenakan jika pengguna menukar tong dari jenama lain. Wauu!!!

Sabtu, 21 Disember 2013

RAMAI RAKYAT DIJANGKA MERANA MULAI TAHUN 2014

Gambar Hiasan
Kenaikan Haga Minyak & Tarif Elekrik Beri Kesan Ketara

TAHUN 2014 belum menjenguk lagi namun, sekarang pun sudah terasa bahang panasnya. "Barang sudah mula naik! Apapun sudah naik!". Itu adalah antara lontaran suara rakyat marhaen hinggalah kepada peniaga-peniaga. Kerajaan sudah memulakan kempen penerangan agar rakyat benar-benar faham maksud caj 'cukai perkhidmatan kerajaan' (GST) dengan jaminan bahawa rakyat tidak akan ditindas malah ia lebih menguntungkan. Namun, sebelum GST dilaksanakan, barang-barang sudah mulai naik secara perlahan-lahan dan berpilih-pilih. Wallah huallah!

Khamis, 19 Disember 2013

TNB PERKENAL CARA BARU BAYAR BIL TAHUN DEPAN

Pengguna Terpaksa Bayar Lebih

KHABARNYA, kira-kira dua bulan lagi, Tenaga Nasional Berhad (TNB), tidak lagi mengurus penerimaan bayaran bil-bil elektrik di kaunter pejabat urusannya termasuk di dikaunter-kaunter pejabat pos.

Rabu, 18 Disember 2013

BERSUNAT DAHULU DAN SEKARANG

Dulu Takut, Sekarang Syok

ZAMAN dahulu, masuk jawi atau bersunat atau berkhatan rata-rata dilakukan secara tradisi iaitu dipotong oleh Tok Mudim. Kira-kira 40 - 50 tahun lalu. Sama ada kecil atau besar majlisnya, upacara penyunatan itu tetap dilakukan oleh tok mudim dengan orang-orangnya mengikut langkah-langkah tertentu. Duduk atas batang pisang adalah satu perkara yang mesti...

Sabtu, 7 Disember 2013

MESTI ADA MAJLIS JIKA MAHU YB HADIR

Zainuri...rendahkan protokol
Itupun Kadang-Kadang Wakil Saja Yang Hadir

MEMANG banyak ucapan yang menarik semasa berlangsungnya perhimpunan agung umno ke 67 (mulai 2 hingga 7 Disember, 2013). Demikianlah kalau sudah matang. Perempuan dulu-dulu, berkahwin semuda usia 13 dan 14 tahun bahkan ada yang berkahwin seusia 12 tahun. Itu dulu.. Tetapi beranak pinak bercucu cicit mereka. Kalau tidak dek semuda itu, tidaklah kita secepat ini membiaknya, bukan kah?

Khamis, 5 Disember 2013

RAKYAT TIDAK PERLU RUNSING SEMUA BENDA NAIK...

Satu Cara Menyumbang Untuk Negara Tercinta

KITA ada banyak program yang sedang, akan dan telah dilaksanakan bagi membantu dan menaiktaraf hidup rakyat miskin dan termiskin d negara ini. Target negara sebelum menjelma suria tahun 2020, semua rakyat sewajarnya telah maju. Maju pendidikan, maju pembangunan, maju kekayaan harta benda dan budaya. Pendek kata maju segala-galanya. Cuma kita amat berharap jangan pula yang buruk-buruk pun turut maju sama!

Isnin, 2 Disember 2013

BILANGAN MELAYU DALAM PROFESIONAL MASIH KECIL

JUMLAH GOLONGAN PROFESIONAL IKUT NISBAH (:)
PROFESION
BUMIPUTERA
BUKAN BUMIPUTERA
AKAUNTAN
15.90
84.10
AKITEK
28.90
71.10
DOKTOR PERUBATAN
36.70
63.30
DENTIS
34.80
65.20
DOKTOR VETERINA
42.60
57.40
JURUTERA (SEMUA)
26.50
73.50
JURUTERA SIVIL
47.80
52.20
PEGUAM
31.30
68.70

Apa Peranan Sekolah Berasrama Penuh?

Dalam sistem pendidikan kebangsaan di negara ini,  kerajaan telah menyediakan banyak sekolah berasrama penuh termasuk sekolah yang berteraskan pendidikan Agama Islam. Antaranya, Sekolah-Sekolah Menengah Sains, Maktab-Maktab Sains Mara, dan Sekolah-Sekolah Menengah Aliran Agama yang ditempat di seluruh negara dimana boleh dikatakan hampir setiap negeri memilikinya. Tidak terkecuali juga sekolah-sekolah berasrama penuh yang diurus di bawah kerajaan negeri sendiri.

Isnin, 25 November 2013

"WEDDING OF THE YEAR"

Kos Perkhawinan Che Ta & Zain Cecah RM1.21 juta
  
ANTARA tajuk akhbar melayu yang 'agak' menarik semalam adalah tentang kos pembiayaan majlis perkahwinan artis Rozita Che Wan,39, dengan pasangan terbarunya Zain Saidin, 29, dianggrakan menelan belanja kira-kira RM1.21 juta.
            Dari jumlah itu, menurut artis yang lebih dieknali sebagai Che Ta, RM900k merupakan sponsor manakala sebelihnya adalah dikeluarkan oleh beliau sendiri.

Ahad, 24 November 2013

FIKIR SEBELUM MAKAN UDANG GALAH DI TG TUALANG

Status Halal Restoran Di Situ Diragui

SEJAK TV3 menyiarkan satu slot mengenai keistimewaan restoran udang galah di pekan kecil Tanjong Tualang, Perak berikutan pekan itu di sebut dalam dairi pelancongan negeri Perak sebagai 'Pekan Udang Galah', tidak dinafikan ramai peminat makanan masakan berasaskan udang galah datang bertamu ke sana. Terutama setiap hujung minggu dan hari cuti umum.

Sabtu, 23 November 2013

TOLONGLAH SAMA-SAMA JAGA TANDAS AWAM KITA

Gunakan Tandas Dengan Berakal

BARU-BARU INI, akhbar tempatan keras sekali gus berkempen supaya pengguna tandas awam di negara sama-sama berusaha menjaga tahap kebersihannya. Menjaga kebersihan tandas awam secara umumnya adalah tanggung jawab semua pihak tida sahaja terletak di atas bahu agen-agen yang diberi amanah menjaga dan menguruskan penyenggaraan tandas tersebut.

Khamis, 21 November 2013

TANPA BANGLA, INDON, MYAMMAR DAN INDIA

Malaysia Tidak Semeriah Sekarang ?

AKHBAR tempatan semalam melaporkan penafian kerajaan Bangladesh terhadap pembabitan kira-kira 40,000 rakyatnya yang berada di negara ini yang didakwa oleh sesetengah pihak kononnya telah menjadi pengundi hantu dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) yang lalu. (baca di sini).
            Dipendekkan cerita, bagi penulis kerajaan Bangla wajar menyaman pihak yang bertanggung jawab terhadap fitnah itu demi menjaga nama baik serta maruah negaranya. Apa lagi sebagai sebuah negara miskin dan sedang membangun, Bangladesh tidak seharusnya membiarkan mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya mengkotak-katikan mahu pun memanipulasi negara dan rakyatnya itu demi kepentingan pihak lain. Pendapat penulis itu pernah dipaparkan di blog ini beberapa bulan lalu di sini.

Rabu, 20 November 2013

APA SUDAH JADI, ZAHID PUN DAH TAHU TAKUT KE?

Garang Bagai Hangat-Hangat Tahi Ayam
                  
SEPERTI yang kita semua maklum, sebaik sahaja Datuk Seri Zahid Hamidi mengambilalih Kementerian Dalam Negeri (KDN), banyak 'benda' yang sangat-sangat dihajati rakyat yang sepatutnya sudah lama dilakukan oleh kerajaan akhirnya berlaku di tangan Zahid. Tidak perlulah disebut satu persatu kerana kesemua aktiviti itu masih dan barangkali akan terus dilaksanakan tanpa jadual atau musim.
            Di sesetengah negeri, banyak peremis yang menjalankan aktiviti perjudian mesin berkomputer di tutup operasinya. Rakyat dari setiap lapisan, kaum dan agama amat gembira dan bersyukur. Meski masih ada yang beroperasi tetapi rakyat yakin, mesin judi berkomputer akan dilenyapkan zamannya.