Ahad, 21 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (34) - SALAM TAHNIAH BUAT KAMILIA


Ikutkan Rasa, Binasa; Ikutkan Hati, Mati!

SEMALAM, penulis belum pasti lagi sama ada Kamilia meletakkan jawatan dan kmeletakkan jawatan dan keahliannya dalam Umno sebaik sahaja eahlian Umno atau mengesahkan pertandingan terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.
            Akhbar pagi ini jelas mengabarkan bahawa Kamilia meletakkan jawatan dan keahliannya dalam Umno sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima borang pencalonannya.
            Bermakna, tiada syak dan waham lagi bahawa Kamilia juga penderhaka dan pembelot seperti rakan-rakannya lainnya yang tamak dan tak sedar dek untung kerana menghantar bornag pencalonan atas tiket Bebas dalam keadaan dia masih ahli Umno!
            Dan, khabar dari ibu pejabat Umno pula dengan tegas memberitahu pada Isnin ini (esok) Kamilia dijangka akan menerima surat pemecatan keahlian Umno. Alhamdulillah..
            Penulis ucapkan salam tahniah buat Kamilia dan rakan-rakan atas perbuatan dan kehendaknya sendiri. Kepada rakan tolan dan penyokong tegar Kamilia, berpada-padalah kalau bersimpat sekali pun. Tak perlulah ikut Kamilia sama-sama terjun lubuk apatah lagi kalau tuan-tuan semua tak pandai berenang. Kalau tidak sangup melihat Kamilia tercungap-cungap lemas, larilah dari tebing lebuk itu dan kembalilah ke khemah BN sebenar.


Jagindas:  Sendiri buat sendiri tanggung, jangan libatkan orang lain apatah lagi yang tak tahu apa-apa...

Sabtu, 20 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (33) - PELUANG TERAKHIR JADI YB

"Dulu, tunggulpun boleh jadi YB..."

Biarpun atas Tiket Bebas

SEPERTI yang dijangka ramai pihak, pilihanraya umum (PRU) kali ini bakal mengukir sejarahnya tersendiri berikutan ia merupakan satu titik peralihan (turning point) dari sudut kuasa dan arah tuju pengundi masa akan datang. Berdasarkan umur hayat purata rakyat di negara ini,  ada kemungkinan pengundi veteran akan kehilangan lebih 30 peratus pada PRU akan datang. Bermakna, PRU kali ini adalah titik peralihan orang muda yang bakal mengisi ruang-ruang mengundi akan datang.  Penulis pernah menghurai perkara ini sebelum ini di sini.
            Sekali gus, ramai pula terutama golongan veteran yang merasakan PRU13 ini adalah peluang terakhir untuk merebut gelaran Yang Berhormat (YB). Maka, tidak hairanlah ramai yang mencuba nasib bertanding atas tiket Bebas sama ada kerana suka-suka melihat tuah diri atau sebab diheret oleh rasa kecewa dan dendam kesumat yang sudah tidak boleh dirunding lagi. Barangkali juga, disebabkan sudah lenguh menununggu giliran untuk bergelar YB makanya jalan pintas adalah mengadu nasib di pentas "Parti Bebas" - isu inilah yang penulis ulas di sini.

CAKAP-CAKAP PRU13 (32) - JIKA MEMANG BENAR ITU BUKAN MUSTAFA


Pas Tidak Perlu Bimbang Masalah Imej

PENULIS seboleh-bolehnya tidak mahu lagi membincangkan masalah isu video seks yang pelakunya dikatakan mirip wajah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. Muak dah.. Tetapi secara kebetulan petang tadi penulis sempat berbual-bual dengan seorang kenalan yang menghadapi masalah kaki dan lutut selepas mengalami satu kemalangan setahun lalu. Namun setelah sihat doktor mengesahkan kecederaan kekal bahagian kaki dan lutu yang dialaminya itu tidak mengganggu aktiviti seksnya.
            Jadi, secara tiba-tiba penulis teringat dakwaan Presiden Pas, Datuk Hadi Awang, ketika menafikan Mustafa Ali sebagai pelaku dalam video seks itu berkata bahawa Mustafa tidak mampu 'melakukannya' kerana beliau sakit lutut. Dalam perkembangan sama pula Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Thamby, memberi komen bahawa sakit lutut tiada kaitan dengan gangguan aktiviti seks lelaki.

CAKAP-CAKAP PRU13 (31) - MAMPUKAH PARTI BEBAS KELIRUKAN PENGUNDI

Pembangkang Dijangka Serang Isu 'Pribadi' Calon Barisan Nasional
SEMANGAT... Salah satu suasana sempena penamaan calon sebentar tadi
 (gambar ihsan Utusan Malaysia) 

JAM 10.00 pagi tadi, selesailah proses penamaan calon di semua pusat-pusat penamaan calon di seluruh negera. Yang jelasnya, esok dapatkanlah akhbar-akhbar tempatan bagi melihat senarai keseluruhan calon-calon yang bertanding pada Pilihanraya Ke 13 (PRU13) ini. Setakat ini tiada yang menang tanpa tanding. Seorang calaon pun tidak ada yang 'foul' ketika mengisi borang penamaan mereka. Namun, ada kawasan yang berhadapan dengan enam penjuru apabila ramai calon bebas menawarkan diri bertanding.
            Bahkan, ada kawasan di mana Pas dan PKR atau DAP berentap 'sesama' sendiri. Sebenarnya, tidak ada apa yang pelik kerana perkataan Pakatan Rakyat (PR) hanyalah pakatan 'friendly' atau atas dasar persefahaman sahaja. Di mana ia bukanlah terdaftar secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN). Justeru, selagi ia belum diiktiraf sebagai sebuah parti bergabung yang sah, maka di mana-mana pun dan dalam pilihanraya apapun, ketiga-tiga mereka boleh bertanding serentak di satu tempat yang sama.