CHE DAT, CHING PENG DAN RAKAN-RAKAN |
sambungan dari cerita 2
CERITA 3: Che Dat Halimunan?
Izinkan saya
meneruskan catatan ini:
SUATU masa, saya
pernah menemuramah anak saudara Che Dat yang hanya saya kenali sebagai Pak Lop.
Arwah Pak Lop berkerja sebagai pembawa teksi di kampung.
Menurut Pak Lop, dia pernah sampai
ke perkampungan (maksud saya kem) Che Dat dan rakan-rakannya di Selatan Siam.
Ketika itu, perjuangan komunis Malaya masih berterusan. Beliau di bawa masuk
secara 'gelap' ke sana pada suatu malam oleh orang-orang Che Dat atas jemputan beliau.
Di sana dia sempat bertemu an bermesra dengan Ching Peng dan Rshid Maidin.
"Muka saya di tutup. Saya
dipimpin masuk dan tahu-tahu sudah sampai ke lokasi itu berkenaan. Saya cuba
juga cari-cari jalan keluar masuk tapi tak jumpa. Cukup teliti kerja mereka.
Apa yang saya dengar, sepanjang perjalanan pelabagi 'kod laluan' digunakan bagi
mengesahkan kehadiran mereka", katanya.
Dengan Pak Lop ini juga saya masih
ingat beberapa rangkap dialog antara dia dengan Che Dat ketika di sana.
Antaranya, Pak Lop bertanyakan apakah Che Dat masih menganut dan menghormati
Islam, benarkah orang kata Che Dat kebal dan boleh ghaib, tidak kah Che Dat
berhasrat pulang ke kampung hidup bersama keluarga seperti biasa.
Menurut Pak Lop, Che Dat begitu
tenang menjawab soalan-soalan itu malah dia sentiasa tersenyum. Che Dat Kata,
dia masih Islam dan menunjukkan kepada anak saudaranya itu bilik sembahyang
berserta peralatan dan kelengkapan ibadah seperti sejadah, tasbih, lebai, kain
dan lain-lain.
"Kalau saya boleh ghaib dan tak
lut senjata (kebal) buat apa saya tinggal di atas bukit dalam hutan tebal ini,
lebih baik beroperasi di bandar...", itu jawapan mudah Che Dat kepada bapa
saudaranya.
Che Dat juga turut menayangkan video
(masa tu guna tape VHS) dia dan orang-orangnya menyambut hari raya korban
termasuk majlis korban menyembelih lembu.
Namun, apabila tiba waktu
sembahyang, Pak Lop mengajak dia dan yang lain bersembahyang bersama-sama
tetapi mereka enggan menyertainya dengan alasan mereka tidak boleh sembahyang
atas sebab-sebab 'darurat'.
Selepas beberapa hari Pak Lop di
sana, dia kemudiannya dihantar semula pulang ke Malaysia. Sekali lagi, seperti
mana dia dijemput datang demikian juga dia dihantar pulang, Pak Lop tidak
dibenarkan sama sekali mengetahui jalan masuk dan keluarnya meskipun Che Dat
adalah anak saudaranya sendiri.
Jagindas: Pak Lop juga kata kelengkapan di kem mereka
tu amat lengkap. Ada generator, parabola, siaratan radio dan tv, ada hospital
dan doktornya sekali. Dia kagum!