Khamis, 26 Julai 2012

JANGAN MAIN MERCUN!

GAMBAR HIASAN: gelap masa depan remaja ini

ELAK JADI O.K.U BUATAN SENDIRI

BIASANYA, masuk sahaja bulan puasa, pada hari pertama puasa sudah ada yang putus jari, pecah kepala dan macam-macam kecederaan lagi akibat bermain mercun buatan sendiri. Malahan ada yang sehingga meragut nyawa.
            Selalunya, peristiwa ngeri ini banyak berlaku di kawasan pantai timur. Namun pada puasa kali ini setelah enam hari berpuasa belum lagi ada berita seumpama itu berlaku dilaporkan. Alhamdulillah, baguslah. Nampaknya ibu bapa, orang dewasa, remaja dan kanak-kanak semakin faham akan bahaya dan bahana mercun.
            Harap-harap kesedaran seperti ini biarlah beterusan dan bukan sahaja sepanjang bulan puasa malah biarlah sampai bila-bila. Kalau nak mati atau cacat sekalipun biarlah dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan dan bukan penyakit yang sengaja ditempah-tempah.
            Justeru, langkah polis mengetatkan kawalan kemasukan, penjualan dan pemilikan mercun di negara ini amatlah dialu-alukan. Bukan raya melayu sahaja, semua perayaan pun jangan bagi peluang. [sini] Jangan pulak ada tapi-tapinya...
RAMPAS....pelbagai mercun yang dirampas 
            Kalau boleh, semak balik undang-undang kita, kut-kut ada yang boleh kita jadikan hukuman mandatori kepada penjualnya kalau tidak pun hukuman mati, kenakan dia penjara 15 tahun ke atas! Kalau dia berniaga, batalkan lesen niaganya seumur hidup. Kalau dia berkenderaan, batalkan lesen memandunya seumur hidup dan rampas kenderaannya.
                  Kenakan denda sehingga 10kali nilai barang rampasan atau RM20,000 mana yang tertinggi.
          Nampak macam zalim. Pada mula-mula menguatkuasakan undang-undang memang orang akan kata begitu, tapi bila dah lama-lama dan nampak kesan positifnya, rakyat akan suka dengan hukuman semacam itu. Tapi, jangan masukan unsur politik, sudahlah..., mesti tak jadi punya!


Jagindas:       .... sebab ada yang jual, maka itu sebab ada yang beli! Jadi yang jual tu kita balun cukup-cukup dulu,  baru dia akai!   Tapi ingat.. jgn pulak anak penguatkuasa mewah bermain mercun.!

RUMAH MAMPU MILIK


Harga Rumah Di Perak Terkawal (?)

RAKYAT di negeri ini berpendapat harga rumah yang dibangunkan di beberapa kawasan perumahan baru agak tidak munasabah dan ia tidak membantu golongan berpendapatan sederhana khususnya orang melayu untuk memiliki rumah sendiri berbanding pendapatan dan tanggungan mereka sekarang.
            Menurut mereka, pemaju lebih cenderong membina rumah mewah dan separa mewah yang harganya pada jurang RM250,000 dan 450,000 seunit sedangkan kawasan perumahan tersebut berada dalam lingkungan penempatan orang melayu.


Sehubungan itu, mereka bimbang akan berlaku ketidak seimbangan pemilikan rumah di kalangan rakyat di negeri ini atau kouta bumiputera akan terlepas kepada orang lain berikutan orang melayu tidak mampu untuk memilikinya.
            "Meskipun ada kouta, namun pada tempoh tertentu kouta itu juga akan dilupuskan dan ia akan menjadi milik orang lain yang akibatnya akan berlaku tidak ada orang melayu mendiami di satu-satu kawasan perumahan baru berikutan harga rumah yang mahal.
            "Kita percaya, kaedah membina rumah mewah dengan harga yang mahal adalah satu taktik halus pemaju untuk memonopoli sesuatu kawasan penempatan atau perumahan baru supaya orang melayu tidak mendiami kawasan berekenaan,"
            "Kita sibuk bercakap tentang negeri lain seperti Pulau Pinang yang mengekang orang melayu tinggal dibandar dengan meninggikan harga rumah, namun pada masa sama kita rasa Perak juga semakin hampir dengan keadaan seperti itu," Kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mat Kuntan.
            Mereka melahirkan kebimbangan demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kader, baru-baru ini, sebagai berkata negeri Perak sentiasa mengawal harga rumah dan hartanah bagi mengelak ia dimanipulasi oleh pemaju dan memastikan rakyat di negeri ini mampu memiliki rumah sendiri.
            Sehubungan itu, penduduk mahu kerajaan negeri melihat semula secara realiti semua kawasan penempatan baru dan pembangunan baru di negeri ini terutama di kawasan yang berhampiran dengan penempatan majoriti orang melayu supaya golongan itu tidak terpinggir untuk memiliki rumah sendiri di situ.
           
              
Jagindas:   Datuk Seri, ye ke apa yang Datuk cakap tempoh hari tu, dan benarkah pula apa yang rakyat kata ni? Kena semak balik Datuk Seri. Kerahkan semua pegawai daerah buat 'home-work' sikit jangan dok syok sign surat jer weh..!


NASIB KEDAI RUNCIT DI DESA


Pasaraya Malapkan Masa Depan Pekedai Runcit

ANTARA PASARAYA yang popular sekarang


KALANGAN pekedai runcit di kampung-kampung dan pekan-pekan kecil mengeluh berikutan  perniagaan mereka merosot sejak akhir-akhir ini berikutan wujudnya beberapa  pasaraya besar yang menawarkan pelbagai pilihan serta harga yang lebih murah seperti Pasaraya Maidin, Tesco dan Giant.
            Menurut mereka, kesedaran pengguna terhadap dasar berjimat cermat dan nilai wang semasa berbanding barangan keperluan yang hendak dibeli menyebabkan mereka kini lebih berminat memilih pasaraya besar seperti itu untuk membuat stok di rumah masing-masing berbanding membeli barangan keperluan secara harian di kedai runcit tempatan.
            Sehubungan itu, mereka berkata sejak kebelakangan ini perniagaan pekedai runcit mengalami penurunan ketara namun belum sampai ke peringkat kerugian besar.
            "Pada awal bulan orang ramai lebih gemar membeli borong barang keperluan harian di pasaraya seperti itu untuk simpanan kerana ia lebih murah berbanding membelinya secara harian di kedai-kedai runcit.
            "Manakala kami pekedai runcit tidak mampu menandingi harga yang ditawarkan oleh pasaraya berkenaan kerana adakalanya kami juga mendapatkan bekalan daripada pasaraya terbabit apabila ia menawarkan harga yang lebih rendah pada satu-satu masa," katanya.
            Tinjauan kulukelio.blogspot.com ke beberapa kedia runcit sekitar Batu Gajah, Manjoi, Kampar, dan Bota, mendapati keadaan kedai runcit di situ tidak sesibuk tahun-tahun lalu terutama pada musim bulan puasa berikutan ramai kalangan penduduk menumpu ke pasaraya pada awal dan pertengah bulan bagi mendapatkan stok barangan keperluan.
            Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Mamat, berkata dia sekarang tidak perlu lagi membuat buku kira-kira harian disebabkan perniagaannya kini amat merosot berbanding sebelum wujudnya pasaraya besar di sekitar tempatnya berniaga.
            "Sebagai contoh, bayangkan pada satu-satu ketika harga sebiji epal boleh mencecah lima sen sebiji...", katanya yang bimbang pendapatan hariannya sekarang dikhuatiri tidak mampu membayar balik pinjaman bank.
           

Jagindas:   Inilah yang dinamakan menang-menang. Kerajaan memikirkan kepentingan rakyat secara keseluruhan, namun pada masa sama peniaga-peniaga marhain juga diharapkan tidak gulung tikar. Syyyyyyy..... jangan lupa bayar zakat ye!

HUDUD PAS


PEMIMPIN PAS ORANG PERTAMA PATUT DIHUDUDKAN

CEH!..
Tak habis-habis dok usung kulu kilir pasal hudud. Kelantan yang sekecik itu pun tak mampu demo nak ughuih, lagi nak cakap ha yang besa-besa... alah weh.. demo gilo becakap, gilo buat fatwo, gila hukum la nampoknyo..
            Mu dah tuo dah ajih ho. Dulu dok sebok kato Mahathir nyanyok, la ni mu tu idok ko..? Mu tu pun patut dah rehat dah, tobat semulo! dak gitu weh..



Jagindas:   jangan marah ha.. ini dugaan bulan Ramadhan..?

TERIMA KASIH KERAJAAN BN

BONUS.... duit raya dari kerajaan BN
Aku Dah Kata, Memang Dapat Punya..


Terima kasih la Datuk Seri Najib atas kesudian memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan sempena sambutan raya puasa tahun ni...(sini)


Jagindas:  nak kata apa lagi....

Rabu, 25 Julai 2012

ALAHAI BOLA NEGARAKU...


KALAU MACAM NI..
Sampai Bila Pun Takkan Ke depan!


DUNIA sukan Malaysia taklah sebesar mana, tetapi kemelutnya macamlah ranking antarabangsa. Ingatkan dah selesai dah... [klik sini]


Jagindas:   itulah dia.....


AKANKAH SELANGOR JADI BEGINI?

Lawak, Lawak Juga...



Siapa-siapapun, jangan main-main lah masalah air ni. Bodoh punya kerja la kalau ada negeri di Malaysia ni mengalami masalah air. Anak kera di seberang jambatan tu pun kita bagi sebersih-bersih ayo, tak kan rakyat kita pula merana tak berayo! Tak ke BAGHAL namanya tu..?

Kelantan tu pun satu hal! Dok cakap hudud hudud hudud... Dah nampak hukum saja ke, yang lain tu tak payah yek? Agak-agak le weh, berikan kesempurnaan dulu kepada rakyat jangan asyik nak menghuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuukum saja kojernye!

Jagindas:   Kalaulah ini bernar-benar terjadi di Selangor nanti...PAKATAN RAKYAT SELANGOR BERPOLITIK BODOH!

13569

Atau.., Adakah DAP Masih Belum Puas Dengan Tragedi Ini!



Jagindas:   berpantang maut sebelum ajal, bersedia membeli jika beria-ia benar menjual!

SYABAS TUNKU AZIZ

INILAH RUPA PEMBANGKANG YANG KITA CARI BUKAN MACAM KIT SIANG DAN ANAKNYA.... SETANNNN


Ihsan TV3 - Buletin Utama 24/7/2012

"JIKA kesalahan yang kita cari maka kesalahan yang dijumpai"

  
Jagindas:   Parlimen kita memang perlukan pembangkang, tapi pembangkang macam inilah bukan pembangkang gila babi!



Selasa, 24 Julai 2012

RAGAM ATLET OLIMPIK 2012

Gambar Hiasan

Atlet olahraga wanita India dituduh merogol


Hah! apahal pulak ni?? [klik sini]






Jagindas:   lelaki pun dah tak selamat nih, macam mana?

Isnin, 23 Julai 2012

JENAMA 1M

Gambar Hiasan

JANDA SATU MALAYSIA

ERA Datuk Seri Najib memerintah banyak menggunakan kata kunci 1M (Satu Malaysia). Sudah bermacam program 1M dilancar dan dilaksanakan. Semua sukses. Semuanya dilakukan bagi merealisasikan slogan kepimpinan Najib - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
            Nampaknya majoriti rakyat gembira. Boleh dikatakan semua pihak dan peringkat merasa tempias dan nikmatnya. Memang betul-betul 1M. Pembangkang pun sapu semacam juga! Halal tidak ada satu pun yang haram tapi dalam hati pembangkang masing-masing mesti kata BN haram jadah kan?
            Namun, biasalah bukan senang nak memuaskan hati semua orang. Itu adalah hakikat hidup. Siapa-siapapun yang menjadi ketua, pasti akan menghadapi masalah itu. Paling tidak, bagi mereka yang sudah berumah tangga dan punyai beberapa anak, sebagai ketua keluarga adakah kita berani jamin yang kita telah memuaskan hati seisi rumah tanggungan kita?
            Jadi, dalam soal ini kita kena ambil suara majoriti. Yang lain-lain tu nanti kita akan touch-up kemudian.
            Cumanya, petang tadi sambil-sambil bertemu rakan tolan di tapak jualan pasar ramadhan, ada pula yang bertanya: sebagai orang yang bertangung jawab terhadap hal ehwal pembangunan wanita, tidakkah Najib mahu melancarkan J1M ? Bunyinya JIM. Tapi bukan Jemaah Islamiah Malaysia. Maksud rakan saya itu adalah JANDA 1 MALAYSIA.
            Kata rakan saya itu, ada dua golongan janda. Pertama, janda muda (bawah 55 tahun) dan kedua janda emas (55 tahun ke atas).
            Mengarut betul!  Tapi, Tak apa, rakyat bebas bersuara. Mana tahu entah-entah sudah ada dalam kepala Najib.

Jagindas:    Hehehe, macam perli jer.. Kalau  J1M  ni dilancarkan, agaknya nak bagi apa yek?

TEKA TEKI

Bila Agaknya Pilihan Raya?

1.         ADA yang kata September ini, ada yang kata tahun depan [di sini]. Datuk Seri Najib hanya tersenyum saja. Masih bermain dengan teka-teki. Pihak lawan semacam dah mati akal nak menjawab teka-teki ini. Yang penting gerak gempur terus berjalan. Masing-masing dengan caranya untuk menawan hati pengundi.

2.         Mengapa September 2012? : barangkali selepas sambutan merdeka 31 Ogos, parlimen akan dibubarkan, bermakna Oktober pilihanraya. Tak mungkin, sebab masa tu sekolah-sekolah sibuk dengan peperiksaan awam. Bangunan sekolah banyak yang nak digunakan untuk PRU nanti. Yang pasti bulan ini ada kejutan kalau bajet dibentangkan. Mahu tak mahu kena mengaku bahawa bajet kali ini adala bajet pilihan raya. Kerajaan, swasta, badan berkanun, NGO dan yang lain-lain juga akan terima sesuatu. Bukan mengumpan, tapi itulah kemampuan BN kalau dia memerintah.

3.         November, Disember 2012? : Pun tidak mungkin. banyak halnya. Biasanya waktu itu musim banjir terutama pantai timur. Banyak pulak kerjanya nanti. Kos beb. Lagipun, tak ada pasal buat apa cari pasal!

4.         Bagaimana dengan firasat Tan Sri Aziz Tapa, 2013?: Mungkin tak kungkin, tahun 2013 adalah sempadan terakhir. Mahu tak mahu kena buat juga. Tapi Bila? Bila? Bila? Teka teki semakin hampir menemukan jawapannya:
5.         Agaknya, Mac, 2013:  sebab, bulan itu bulan bertenang di negara ini. Raya Haji dah lama selesai, Sambutan Tahun Baru dah selesai. Pembentangan dan pembahasan bajet pun dah selesai, Hari Raya Cina juga dah selesai. Pendek kata, Mac bulan bertenang. Selepas Raya Cina, parlimen di bubarkan dan Mac kita memilih semula kerajaan.

6.         Tidak kiralah bila-bila pun Najib nak buat, yang penting pastikan Barisan Nasional (BN) menang. MENANG BESAR!
                                                                                                               

Jagindas:   Jangan main-main. Pilihan raya bukan untuk eksperimen. Sekali dalam tempoh lima tahun, jika tersilap buat lawak, merana seumur hidup. Serius beb! hadapi PRU13 dengan SERIUS!


Ahad, 22 Julai 2012

ARTIS DAN PAS (ll)

 "Tiada Guna Masuk PAS Kalau Berhenti Berkarya", Kata Zunar.


ABBY ABADI
BOB LOKMAN


DAYANGKU INTAN
HAIRIE



KARTUNIS terkenal Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan. [sini]



Jagindas:   yang lain bila lagi! lekas, lekas, pilihanraya dah nak sampai dah...









ARTIS DAN PAS


PAS Mampu Insafkan Artis


AKHIR-AKHIR ini dunia politik tanah air dikejutkan dengan pembabitan artis-artis tempatan menyertai parti PAS sekali gus turut menjalankan aktiviti kempen dengan menghiasi beberapa siri ceramah parti itu dan parti Pakatan Rakyat.
            Bagi saya berita itu tidaklah menghairankan sangat. Ini kerana alangkan para bijak pandai, pegawai-pegawai atasan kerajaan dan swasta serta alim ulamak pun terjebak dengan kekelabuan PAS inikan pula artis kita! Pelakon kita! Penyanyi kita! Hah..!
                Suatu masa dulu, ketika gerakan Al-Arqam sedang bermaharaja lela di Malaysia, ada juga artis yang masuk Arqam. Kahwin, cerai dan pusing-puisng dalam jemaah mereka. Huyoo! Macam-macam cerita insaf di paparkan di media. Sekarang apa jadi? Ada juga yang langsung tak dapat di kesan. Bukan hilang, tapi tak ada faedahnya mengesan mereka tu, hahaha..
            Kepada semua artis Malaysia, silakanlah, pintu PAS dan PR terbuka luas. PAS jamin anda syurga, PR berikan anda dunia. Lengkap beb!

Jagindas:   si luncai terjun dengan labu-labunya......




ADEGAN HARI INI: MENGINTAI

Gambar Hiasan...

CELAKA HAMPA!

SUATU hari, tiga sahabat ni, Mamat, Abu dan Rani sedang dalam perjalan pulang dari pekan ke rumah masing-masing. Mereka melalui laluan yang menempatkan banyak rumah kampung di sebuah perkampungan tersusun.
            Tiba-tiba mereka terdengar suara perempuan mengerang. Yang pasti rumah itu didiami sepasang india yang baru 3 bulan berkahwin. "Ayo pa, ayo ma, emmm, emmm.... amma.. ayo, ayo...aacchhoh", lebih kurang macam tulah bunyinya. Berterusan, kadang-kadang kuat, kadang-kadang perlahan..
            Niat jahat tiga sahabat mula menghampiri rumah berdinding papan itu lalu mencari-cari ruang yang boleh mereka intai ke dalam. Ah, dah jumpa, bertepatan pula dengan bilik pasangan berkenaan.
            MAMAT yang mula-mula memekapkan mata kanannya ke lubang dinding itu. Lama juga dia menenangnya. Penuh khusyuk. Kemudian dia memberikan isyarat ibu tangan kepada dua rakannya. Hu! Best la.. bisiknya.
            Melihatkan itu, Abu menarik tangan Mamat. Dia hilang sabar dan terus memekapkan matanya ke lubang yang sama. Lama dia terpaku di situ. Kira-kira seminit kemudian perlahan dia melepaskan lubang itu sambil berkata kepada Rani: "Halamak, klasik la..."
            Rani yang tak sabar dikhuatiri adegan akan berakhir, terus menerpa lubang dinding itu. Terpekap bagai penembak tepat. Tak sampai 10 saat, diapun bingkas dari lubang itu dan terus berlalu dengan menyumpah-menyumpah rakannya yang berdua tadi: "Celaka hampa! celaka! Naya sungguh!"
            Mamat dan Abu ketawa menutup mulut menahan suara ketawa melihatkan Rani yang terputus harap.
            Tahu kenapa Rani marah-marahkan kawannya tu? Adegan dah habis? Takkk ... aii..
           


Jagindas:   Isteri pasangan India tu sedang demam. Dia mengerang kesejukan. Suaminya sedang memicit kepalang isterinya yang tersayang. Tahu sajalah orang demam mengerang, pompuan muda pulak tu... cuba suruh isteri buat... hahahaha

Sabtu, 21 Julai 2012

CATATAN PERISTIWA Vlll

SEJARAH NEGARA ..... merdeka!merdeka!merdeka!

sambungan dari cerita 7
CERITA 8:  Bhg. Akhir

DALAM bahagian akhir catatan memori ini saya tuliskan satu peristiwa yang berlaku di pondok usang di mana saya dibesarkan. Peristiwa itu berlaku kira-kira 40 tahun lalu..
            Ketika itu musim durian. Saya menjemput seorang guru mata pelajaran Fizik, bernama Joe Keller. Dia orang Amerika berasal dari Idaho. Dia suka benar makan durian. Malah sambal belacan juga dia suka. Sebelum makan durian, keluarga saya menjamu dia makan nasi berlaukkan gulai lemak pisang emas muda dan sambal belacan.
            Selesai makan, kami bersembang-sembang tentang Malaysia dan Amerika. Secara tiba-tiba, bapak saya datang dari dapur dan terus bertanyakan kepada Joe:
            "Mr, Joe, apa pasal Amerika suka kacau Palestin?", pendek saja soalannya tapi agak kasar. Saya yang masa itu baru berusia lingkungan 16 tahun, hanya gelak-gelak saja sebab masih belum memahami masalah dunia. Maklum, media masa ketika itu amat terhad. Surat khabar pun tak mampu nak beli. Radio dan TV pulak tidak ada di rumah.
            Tahukah anda apa yang dijawab oleh Mr Joe? Ringkas, padat dan penuh amaran!
            "Hei, mesti mengingat, saya orang Amerika!", itu jawapannya. Maknya, dia memberi amaran kepada bapa saya supaya jangan bertanya soalan-soalan yang menyentuh sensitiviti orang Amerika!
            Cuba teliti betul-betul. Dia bercakap di rumah saya. Dia hanya seorang orang putih yang mendagang dan dijemput dengan terhormat. Tapi, lihat bagaimana kental semangat dan kenegeriannya serta kekebangsaannya. Dia tidak kira di mana dia berada, namun AMERIKA tetap dipertahankan. Itulah yahudi!
            Nah, cantumkan semua catatan saya itu (CATATAN PERISTIWA 1-Vlll), adakah rakyat Malaysia sekental itu hati dan nalurinya? Adakah orang-orang Islam di negara ini benar-benar mampu menjadikan agama itu sebagai pendinding yang dapat melindungi mereka daripada segala ancaman musuh sama ada yang nyata mahupun sebaliknya.
            Fikir-fikirkanlah..

           
Jagindas:      Melayu itu Islam. Rosak Melayu rosaklah Islam. Tolong jangan jual agama dan negara ini..

CATATAN PERISTIWA Vll

'HOME GUARD'...banyak berjasa kepada negara

sambungan dari cerita 6
CERITA 7:  Mengapa CP, CD
(Ching Peng, Che Dat)


DALAM siri cerita dari 1 hingga 6, espisod ini memaparkan cerita yang tak pernah ditulis oleh sejarah, hanya saya kutip daripada memori lama ketika bertemu sumber-sumber yang disebutkan dalam pengkisahan tersebut.
            Saya juga tidak menceritakan kisah Rashid Maidin, kerana saya tidak mempunyai rekod secara peribadi terhadap pemimpin kanan komunis itu yang juga berbangsa Melayu. Seperti saudara, saya hanya tahu tentang beliau menerusi catatan buku sejarah.
            Saya juga akui, tidak ada pengesahan dari mulut pihak satu lagi iaitu Che Dat, Rashid Maidin mahupun Ching Peng. Namun, pengkisahan dari mulut Cikgu Alias semacam menjawab kemusykilan apabila beliau menunjukkan bukti bergambar yang saya amat yakin gambar-gambar tersebut adalah sahih.
            Himpunan daripada cerita-cerita itu  apa yang mahu saya khabarkan kepada rakyat Malaysia terutama orang Melayu, bahawa perjuangan komunis sebenarnya tidak pernah padam. Bezanya ketika ini senjata tidak digunakan kerana senjata lidah lebih berkesan, cekap dan murah.
            Kita kena akui bahawa orang melayu hari ini terutama generasi baru, memang sudah banyak yang terkeliru dengan rupa bentuk ideologi komunis dan yahudi sehingga ada yang sanggup memfitnah secara tanpa perikemanusiaan, memutuskan persaudaraan dengan menghukum sesama sendiri sebagai kafir dan sebagainya.
            Di negara ini, oleh kerana Melayu itu adalah Islam, maka memecah belahkan Melayu itu samalah juga memecahkan Islam. Memang sudah amat jelas apa yang berlaku namun, kekeliruan menyebabkan manusia Melayu itu tidak dapat menerima hakikat agamanya sendiri.
            Percayalah, orang lain (musuh Islam) mengkaji Islam yang rujukannya adalah quran dan hadis untuk mencari kelemahan umat itu. Dan, dengan menggunakan maklumat itulah mereka dengan senang melagakan sesama Islam. Tidak sahaja di Malaysia malahan di negara-negara Islam lain taktik ini sudah lama berlaku dan sudah meragut banyak mangsa.
            Sebab itu, pada hari ini terlalu banyak berlaku pertelagahan pendapat sesama ulamak dan cendikiawan Islam kerana gerakan  tersebut amat senang direncanakan berdasarkan konsep memecahkan Melayu bererti memecahkan agama, adat dan budaya secara serentak.
            Namun, ada satu yang perlu dijadikan teladan ialah semangat, iltizam serta pegangan yang ada pada Che Dat dan Rashid Maidin hingga ke akhir hayat tidak mapan dengan apa jua pujukan dan tawaran dunia, melainkan tetap kekal perjuangan komunis untuk Malaya.
            Orang-orang melayu, pegawai-pegawai melayu terutamanya UMNO hari ini adakah memiliki ketulenan semangat perjuangan seperti itu?? Sukar untuk ditelah. Alangkan pemimpinnya sendiri pun ada yang goyah, inikan pula anak buahnya..
           
Jagindas:      sejauh mana sumpah Hang Tuah, 'Tak Melayu Hilang Di Dunia' menjadi kenyataan yang keramat, menjadi sukar untuk dipercayai lagi kalau beginilah seterusnya Melayu menghormati agama mereka iaitu Islam.

CATATAN PERISTIWA Vl

SAMI SUJUD BERSAMA MUSLIM..... ..

sambungan dari cerita 5
CERITA 6:  Perang Psikologi dan Ideologi

MEMAHAMI BAHAWA orang melayu tidak boleh diusik hal-hal berkaitan agama dan budayanya, maka agama Islam telah dijadikan medium yag paling berkesan oleh PKM untuk menyalurkan idealoginya itu yang mana ramai cendikiawan Islam turut tidak menyedari bahawa mereka telah dihasut dan diresapi oleh ideologi Parti Komunis Malaya (PKM).
            Akhirnya, langkah pertama yang diharapkan telah berjaya di mana orang Melayu semakin berpecah. INGAT, di negara ini sebut Melayu adalah Islam. Bermakna, impian pertama PKM untuk memecahkan Islam di Malaysia pada dasar sudah berjaya dengan apa yang kita lihat sekarang iaitu dengan memecahkan komuniti Melayu.
            Sebab itu, Ching Peng kata, PKM tidak surrender atau berdamai pun tidak. Apa yang berlaku pada 1993 adalah perletakan senjata yang bersifat sementara dengan mengekalkan tindak tanduk ideologi serta pengaruhnya. Semua ini tidak tertulis atas kertas tetapi terpaku kekal dalam hati nubari pemikir PKM.
            Walaupun kini, Ching Peng tidak lagi di katakan aktif manakala dua orang kuat Melayunya, Rashid Maidin dan Abdullah CD sudah mati, namun tahun-tahun sebelum ini semua taktikal dan ilmu mengenai perang psikolgi ideologi komunis sudah diperturunkan sepenuhnya kepada kader-kader yang kini bergiat aktif dalam politik tanah air.
            Justeru, pemikir PKM berkepala batu, namun mereka tidak sesekali mengabaikan perkembangan sezaman dan antara teknik yang digunakan oleh yahudi dalam meracuni pemikiran umat dunia menjadi pilihan komunis juga.
            Sebab itu, sama ada kaum Cina, Melayu mahupun India, iban atau apa saja bangsa yang menjadi warganegara ini yang sudah termakan dengan santau komunisme ini adakalanya kita lihat mereka berwajah dua. Sekali wajah dan suaranya macam yahudi, sekali pula gerak geri dan tindak tanduknya macam komunis. Dan antara langkah-langkah itu, mereka akan masukan nilai-nilai kekeliruan bagi memudahkan berlaku proses berantakan sesama Melayu.
            Oleh kerana pada pendapat pemikir PKM senjata sebegini lebih mudah, murah dan selamat, makanya mereka menggunakan saluran tersebut dalam tindakan menyerapkan ideologi dan psikologi komunis ke dalam jiwa rakyat di negara ini.
            Era perang dan bunuh sudah tiada lagi kecuali berlaku kebangkitan. Kebangkitan itu adalah tidak lain tidak bukan kebangkitan golongan Melayu yang masih bersih daripada hasutan pemikir PKM dan yahudi termasuk mereka yang sudah insaf setelah menyedari mereka sedang berlari ke neraka.
            Dan, mereka memang mahukan perkara sebegini berlaku bagi memudahkan tuduhan bahawa orang Melayulah yang membina perkauman sebenar dan menyebabkan berlakunya huru-hara.
            Bila itu terjadi, maka ketika itulah kuasa asing akan masuk dan seperti yang kita lihat di negara-negara luar di sekeliling kita hari ini, apakah yang terjadi selepas itu?


Jagindas:      ada yang masih tidak terungkai.. mengapa Nabi (saw) bersabda tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China!

CATATAN PERISTIWA V

CHING PENG DAN RASHID MAIDIN

sambungan dari cerita 4
CERITA 5:  Komunis Letak Senjata

MENGIKUT takrifan Ching Peng, meletak senjata bukan bererti surrender bukan juga berdamai tetapi hanya memberhentikan serangan dalam tempoh tertentu manakala ideologi, semangat perjuangan dan iltizam tetap tidak akan pudar.
            Sebab itu, peristiwa tahun 1993 bukanlah bererti berakhirnya gerakan parti komunis Malaya, ia hanyalah sekadar berhenti seketika. Barangkali, sementara dalam masa bertenang itu, mereka akan memikirkan cara atau kaedah lain mengembangkan ideologi mereka itu supaya bersesuaian dengan peredaran semasa.
            Peristiwa itulah juga amat menyayat hati rakan saya yang saya ceritakan sebelum ini, Cikgu Che Alias Che Mat. Katanya, hasil keputusan awal pemuafakatan awal mereka, pada dasarnya pihak komunis Malaya bersetuju menyerahkan kawasan (keseluruhan kem) berserta alatan perang akan dibuat terlebih dahulu sebelum perletakan senjata dilakukan.
            Bermakna, Che Alias memang tahu yang Ching Peng akan meletakkan senjata. Maklumat yang ada dalam fail Che Alias sama dengan maklumat yang ada pada polis dan pihak komunis.
            Che Alias dan kumpulannya memang sudah tahu lebih awal gerakan kerajaan Malaysia ketika itu yang mahu menamatkan pengaruh Ching Peng (komunis Malaya) di Malaysia melalui proses perdamaian atau peletakan senjata.
            Bagi saya pula, berita perletakkan senjata parti komunis Malaya itu cukup melegakan. Ini kerana, saya dapat bayangkan keadaan negara khususnya negeri-negeri di zon utara pasti tidak akan aman berikutan gerakan baru yang mahu menuntut hak otonomi. Malah saya juga percaya ketika itu bukan sahaja gerakan pelampau Islam yang akan bertindak malahan mungkin juga amukan komunis atau saki-bakinya akan turut memburukkan lagi keadaan.
            Syukur, Alhamdulillah, Allah Taala sekali lagi menyelamatkan negara ini daripada kancah huru-hara selepas peristiwa 13 mei, 1969 atau kira-kira 24 tahun selepas itu.Selepas termaterainya perletakan senjata itu, kawasan seperti Sungai Siput Utara, Perlop, Lasah dan beberapa kampung orang asli di  situ bebas daripada peraturan 'perintah berkurung'. Lepas dan bebas hingga ke hari ini.
            Selepas peristiwa itu juga, saya berazam untuk menemui pejuang-pejuang komunis tersebut terutama Ching Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin bagi mengenali secara dekat apa sebenar yang diperjuangkan dan pelbagai cerita-cerita lain.
            Satu persatu juga orang rujukan saya seperti Pak Abu dan Pak Lop meninggal dunia. Saya semacam putus harapan dan akhirnya hasrat tersebut terkubur begitu sahaja. Pun begitu, saya tidaklah kesal kerana semuanya itu berlaku mungkin ada hikmahNya!



Jagindas:      Bulan lalu, kita dikhabarkan yang Ching Peng sedang bertarung sakit tenat. Sampai ke tarikh blogg ini ditulis tidak pula diketahui nasibnya. Entahkan mati, entahkan hidup atau  tenat memanjang menerima siksaan Tuhan.

CATATAN PERISTIWA lV

KEM KOMUNIS.............Keadaan
dalam kem bawah tanah di Betong

sambungan dari cerita 3
CERITA 4:  Cikgu Alias - entah masih hidup atau tidak?

CIKGU ALIAS. Kalau tak silap saya naman penuhnya Cikgu Che Alias b Che Mat atau bin Nikmat. Dia orang Kelantan dan saya berkenalan dengannya sewaktu dia menjadi Penolong kanan disalah sebuah sekolah menengah di Daerah Perak Tengah. Orangnya baik, sentiasa senyum dan lemah lembut. Saya suka sikapnya yang santun dan tidak pernah menyakitkan hati. Atau begitukah agaknya orang Kelantan??
            Secara tiba-tiba dia begitu rapat dengan saya dan kami selalu berbual-bual. Tidak menyentuh soal politik tetapi lebih kepada masa depan hidup terutama di alam barzah. Sehinggalah pada suatu hari seorang SB (polis cawangan khas) bertemu saya, dimana ketika itu Cikgu Alias tahu walaupun hanya melihat dari jauh.
            Cikgu Alias juga tahu bahawa saya memang penyokong kuat kerajaan sebab saya tidak pernah sembunyi-sembunyikan identiti naluri saya! Namun, naluri saya mengesyaki dia orang parti PAS.
            Esoknya, Cikgu Alias memanggil saya dan dia terus bercerita terus terang pada hal dia tidak bertanya dan sayapun tidak menceritakan apa-apa kepadanya tentang pertemuan saya dengan SB itu.
            "Saya tahu yang jumpa awak semalam adalah SB dan dia mahukan maklumat tentang saya daripada awak kan? Tak apalah... Saya sebenarnya memang diikuti polis sebab mereka sudah tahu saya adalah salah seorang ahli gerakan pemisah bawah tanah Islam Patani Selatan Thai. Tentu dia orang bimbang kalau-kalau saya mengembangkan pengaruh..." Begitu ceritanya kepada saya.
            Sambil-sambil bercerita, dia mengeluarkan dua buah album gambar dan menerangkan setiap gambar yang terakam di album itu. Gambar-gambar foto itu yang turut memuatkan foto beliau adalah dirakam di kem Ching Peng dan Che Dat.
            Daripada gambar itulah baru saya dapat menyelami keadaan tempat yang dilawati oleh Pak Lop yang saya ceritakan pada siri 3 yang lalu. Memang lengkap tetapi semuanya dalam gua berdindingkan tanah. Keadaannya kemas dan teratur.
            Menurut Che Alias, kumpulanya sedang berbincang dengan kumpulan Ching Peng bagi mengambilalih kubu mereka itu berserta peralatan dan senjatanya sekali kerana ketika itu kumpulan Ching Peng dipercayai sedang bersiap-siap untuk meletakkan senjata hasil persefahaman yang dicapai dengan pihak keselamatan Malaysia.
            Katanya, kalau pemuafakatan ini berlaku dengan jayanya, Kelantan mungkin bersatu dengan Wilayah Selatan Thai lalu membentu sebuah negara berotonomi. Agaknya, inilah yang disebut sekarang gerakan Jemaah Islamiah (JI) yang didakwa oleh risikan cawangan khas, sedang meresapi ke dalam arena politik tanah air.
            Saya yang hanya menjadi pendengar dari awal hingga akhir, merasakan sedikit seram dan kebingungan kerana mengapa rahsia sebesar itu diceritakan kepada saya sedangkan dia tahu, saya akan melaporkannya kepada SB!
           

Jagindas:      secara nakal, saya cuba minta sekeping gmbar untuk kenang-kenangan, namun ditolaknya permintaan saya dengan ketawa kecil dan senyum menguntum!