Jumaat, 14 September 2012

PENAMBAHBAIKAN DISIPLIN MURID


KPM PERLU BERI PENEKANAN DAN JAMINAN YANG MEYAKINKAN GURU

GAMBAR HIASAN
BARU tiga hari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajarannya, Tan Sri Muhyidin Yassin, selasa lalu pula berlaku kisah 15 pelajar membantai guru disipilin di salah sebuah sekolah menengah di Alor Setar hanya kerana mengarahkan mereka untuk hadir ke perhimpunan pagi di sini.
          Itu (masalah disiplin) adalah kekurangan yang saya dapati kurang penekanan yang disentuh dalam PPPM tersebut. Jika diamati, dalam sebelas (11) anjakan menerusi pelan berkenaan, tiada satu perenggan khas yang menyebut langkah, usaha atau tindakan-tindakan bagi meningkatkan tahap disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar.
          Kalau adapun pada anjakan ketiga (iaitu: Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai). Namun, frasa ini tidak begitu jelas memperkatakan masalah itu  atau tidak menampakkan pengkaedahan secara khusus dan tepat menangani masalah disiplin pelajar sekolah.
          Oleh kerana secara umumnya pendidikan di sekolah sangat bergantung kepada kebertanggungjawaban guru terhadap tugasnya, maka jika masalah disiplin tidak diberikan perhatian khusus serta serius adalah dijangkakan pengoperasian sistem pendidikan itu mungkin akan tercalar atau tidak dapat berjalan dengan lancar. Sekali gus impian mencapai kejayaan 11 anjakan PPPM mungkin akan berlaku di luar time-frame yang dipateri.
          Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sewajarnya memberikan penekanan jelas terhadap masalah ini serta memperaku perlindungan yang meyakinkan golongan guru untuk melaksanakan penguatkuasaan disiplin murid-murid di sekolah-sekolah.
          Masalah disiplin murid di era ini bukan sahaja membabitkan murid dan guru malah juga membabitkan ibu-bapa dan penjaga murid. Campur tangan golongan orang politik, NGO termasuk pejuang Hak Asasi Manusia serta mereka yang bersikap menangguk di air keruh turut menserabutkan lagi masalah berkenaan.
          Seperti kisah paparan akhbar semalam, di mana rumah seorang pegawai kastam di Johor, musnah akibat dilempar dengan bom buatan sendiri dipercayai malatov, tidak mustahil padah yang sama akan berlaku kepada golongan guru pada masa akan datang.
          Nampak menakutkan. Namun, apakah kita mahu menunggu ianya menjadi realiti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perediaan kemas?
          Sebab itu, dikatakan tadi, sistem operasi dan pelaksanaan PPPM mungkin tinggal nama dan gah sahaja kerana tanpa jaminan perlindungan yang  meyakinkan pihak guru-guru akan melaksanakan tugas secara berhati-hati dengan mengenepikan masalah disiplin murid dalam tugas mereka.
          Apa kan terjadi? Mungkin, pertama kita dapat mencapai sasaran seperti yang terhasrat dalam 11agenda PPPM yang dilancarkan tetapi kumpulan pelajar yang dilahirkan kurang bernilai dari segi sahsiah dan kemanusiaan. Dan, jika ini terjadi, apakah corak kepimpinan negara akan datang? ; kedua, barangkali juga tidak tercapai berikutan pihak pelaksana (sekolah) "terhalang" untuk merealisasikannya.


Jagindas:  Ada guru kata, jangan pening-pening kepala, janji ajar sudah! Cukup bulan ambil gaji....

RELEKS SEKEJAP


NADA DERING CANGGIH

Ambo raso penat dah menuleh. Lo ni maghi kito dok pakat tengok pakat denga klip animasi ni. Molek sungguh. Ambo nak ucap tahniah dan syabas kepada demo yang buat klip ni. Kretif. Ambo suko bena..hehehe..


                                                           sumber: Youtube


Jagindas:  ada makna tu...

Khamis, 13 September 2012

AMERIKA ISYTIHAR BALAS DENDAM


EKORAN KEMATIAN CHRISTOPHER

MEMANG sudah dijangka, peristiwa kematian Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya, Christopher Stevens dalam satu serangan roket ke atas pejabat konsul di Benghazi, baru-baru ini, pasti akan menimbulkan tindak balas dendam daripada   Amerika Syarikat (AS).
          Negara itu tidak akan berdiam diri, malah seperti biasa dia akan tunduk dibawah sergahan yahudi untuk membalas dendam apatah lagi pelaku jenayah tersebut adalah orang Islam di sini.
          Laporan kemarahan Presiden AS, Barack Obama, tidak pula menyebut kekesalannya terhadap penerbitan filem yang menghina Nabi (saw) yang menjadi punca kemarahan umat Islam di negara berkenaan yang juga turut dibantah oleh penduduk Mesir.

AWAK SOKONG SIAPA?


Bila Nasha Berentap Dgn. Karpal

Jumpa di mahkamah.... kata Nasharuddin
KES anggota jemaah Syura PAS, Nasharuddin Mat Isa, boleh dikatakan sudah selesai. Pelbagai spekulasi terhadap beliau sebelum ini menjelang mesyuarat Syura tempohari sudah terjawab dengan jelas. Malah, ada yang berkata, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz, semacam merajuk terhadap kes berkenaan apabila beliau didapati meninggalkan dewan mesyuarat lebih awal.
          Desas desus juga mengatakan puak anwaris dalam PAS turut terkeciwa berikutan mesyuarat tersebut langsung tidak membincangkan hal Nasha. Dengan kata lain, bising-bising sebelum ini akibat kenyataan Nasharudin menyanggah sekutu PAS, Karpal Singh, buat ketika ini dan semasa itu, bagi PAS seolah-olah ia tidak bersalahan langsung dengan peradaban parti berkenaan.
          Apakah masa depan Nasha akan terus cemerlang dalam PAS atau dia akan dibuli selepas ini sehingga pusing pening, itu soal dalaman mereka. Biarlah mereka dan Nasha selesaikan sendiri. OK Nasha, selamat maju jaya!
          Nah, ada satu lagi yang Nasha kena hadapi iaitu terhadap saman yang akan di buat oleh Karpal Singh yang titik tolaknya berkaitan dengan keceluparan mulut Karpal yang kemudiannya di sambut Nasharudin bagi mempertahankan maruah, prinsip dan kesucian Islam. Nasha kata bukan kepentingan parti mahupun peribadi tetapi atas nama kesucian agama Islam!
          "Saya  tetap dengan pendirian seperti itu. Jika Karpal terus memfaikan saman, saya bersedia berjumpanya di mahkamah", itu jawapan ringkas Nasharudin ketika ditemui wartawan di KLIA sebelum dia berangkat ke Mesir semalam.
          Bila ini terjadi nanti, ke manakah pendirian sokongan umat PAS? Menyebelahi Nasharuddin tanpa berbelah bagi demi prinsip agama Islam atau Karpal demi kepentingan sokongan terhadap parti?


Jagindas:   fikir baik-baik, jangan sampai terkeliru!

Rabu, 12 September 2012

SAMPAI BILA ASYIK KENA HINA


AKhirnya Diplomasi Tidak Bererti Lagi!

SECARA PERIBADI, sebagai orang Islam saya memang tidak bersetuju malah marah amat jika ada pihak yang mengkaitkan Islam dengan pengganas atau apa-apa sahaja sebutan yang bermaksud seperti itu.
            Sebaliknya, kita amat menyokong kepada sesiapa sahaja yang berusaha untuk menyelesaiakan sebarang pertelingkahan atau mendamaikan konflik di dunia ini menersui pendekatan kesederhanaan, diplomasi serta dalam penuh rasa tanggungjawab dan hormat menghormati sesama insan, meski berlainan agama, fahaman dan budaya.
            Pun begitu, setelah berulang kali diingatkan supaya tiada pihak yang memainkan isu agama dan kepercayaan, namun masih ada juga yang berdegil dan dengan sengaja serta secara sedar menggunakan isu berkenaan untuk mengusik, mencuba atau memprovokasi perasaan sesetengah pihak.

KALAU DAH TAK FAHAM BAHASA


USAHLAH BERSILAT DIGELANGGANG POLITIK
INILAH contoh di mana orang cerdik pandai tapi tidak faham bahasa melayu yang berbagai larasnya.

sumber: IHSAN UTUSAN MALAYSIA 12 SEPTEMBER, 2012
Jagindas: dalam sebuah teks klasik, "Hikayat Malim Deman", di satu bab tu terdapat kisah watak Si Kembang Cina datang mengadap sultan sebaik sahaja dia dipanggil oleh baginda:

"..... maka datanglah Si Kembang Cina itu lalu menyembah dengan kemaluannya.."   Yang ini macam mana pulak agaknya fahaman mereka yang songsang bahasa?

SUSAHLAH KALAU TAK FAHAM BAHASA!


Dangkalnya Komen Izzah Terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan 

MEMANG benar, mana-mana kerajaan negeri yang di ketuai oleh pembankang, sekolah-sekolah di negeri berkenaan telah diingatkan supaya tidak menjemput pemimpin terbabit hadir dalam sebarang majlis rasmi anjuran sekolah berkenaan.
            Bahkan, ada juga pihak pengurusan sekolah yang diberikan surat tunjuk sebab hanya kerana pemimpin pembangkang tersebut datang tanpa dijemput. Ini disebabkan pemimpin berkenaan tidak faham bahasa sekali gus menyusahkan orang lain. Dalam pada itu tidak dinafikan juga ada pihak pengurusan sekolah yang main kenyit mata dengan pemimpin pembangkang di tempat masing-masing. Itu soal lain!
            Apa yang hendak saya perihalkan di sini adalah maksud "jangan mempolitikkan isu pendidikan".

Selasa, 11 September 2012

PATUTLAH CINA MALAS AMBIK MELAYU


SUKA LAYAN TELEFON DARIPADA PELANGGAN!

KATA KERAMAT?
PETANG tadi saya di ajak oleh anak ke sebuah kedai menjual peralatan komputer untuk membeli satu unit alat yang diperlukannya. Kamipun masuk ke kedai berkenaan di mana seorang pekerja, perempuan Melayu sedang duduk sambil berbual menerusi telefon bimbitnya (hp).
            Dia nampak jelas kami sedang mencari-cari dalam kedai itu yang bermaksud untuk membeli sesuatu. Dia masih tersengih-sengih dan sesekali menghilai ketawa menerusi hp-nya. Kami menunggu juga sehinga lebih kurang sepuluh minit. Namun dia masih meneruskan minatnya melayan suara daripada hp-nya itu. Mendengarkan corak perbualannya, percakapan itu bukan urusan bisnis tetapi lebih kepada sembang rakan-rakan (boyfriend kut..). Maka, kamipun berlalu kerana tidak mahu mengganggu ketenteramannya.

PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN


PAS, Janganlah Menyalak, Nanti Masuk Angin!

DARI KIRI:.... Nasharudin Isa dan Tuan Ibrahim Man
Masih angkuh lagi rupanya. Barangkali Tuhan dah benci benar kepada PAS ini sehingga sikap angkuh, sombong dan riak PAS masih belum menampakkan tahap menurun.  di sini
          "Syaitan yang dikenali" yang membawa maksud musuh PAS dengan kata tepatnya UMNO dikatakan menangis kerana dalam mesyuarat Syura kelmarin langsung tidak membicarakan hal Nasharudin. Kununnya UMNO amat mengharap sesuatu yang negatif berlaku!
          Menurut Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, musuh PAS sememangnya mengharap pemecatan Nasharuddin yang mana dengan itu  dikatakan akan bertambah bergolak atau berpecah.
          Mengucap dan berastghfarlah Tuan Ibrahim. Kita sentiasa mendoakan yang baik-baik. Kalau Nasaharudin dipecat jawatan atau dibuang terus dari PAS pun, UMNO tidak akan berhajat apatah lagi tergesa-gesa "membeli" Nasha seperti mana yang UMNO pernah buat mempelawa Anwar Ibrahim masuk UMNO dulu walaupun ketika itu Anwar tidak menyertai dan menyokong mana-mana parti secara jelas. Lainlah kalau Nasha mengending-negending, itupun belum tahu juga. UMNO pun lagi banyak pengalaman dalam bab ini.
          Kalau adapun kita berdoa semoga PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR), sebab kita bimbang dan kesian PAS kelihatan jelas sekarang menjadi tunggangan DAP. Malah, PAS juga yang membawa imej dan perjuangan Islam dilihat merelakan agama Islam ditunggang sama oleh rakan-rakan karibnya sekarang. Bukankah satu doa yang bagus jika mendoakan PAS keluar dari PR?
          Itu yang kita sedih, kesian dan kesal. Tentang Nasharudin tu, you orang buatlah apapun kami tak kisah. Cuma, jadilah pejuang yang unggul, pejuang yang bermatlamat dan bemarwah. Pejuang yang memelihara kesucian, martabat dan keagungan agama Islam - agama seru sekelian alam!
          Bubarkan PAS? Itu lagi bagus, dan marilah kita bersatu dalam gelanggang UMNO yang pudat melayu dan bumiputera. Jika mana-mana di antara tuan-tuan memang berkelayakan dan Tuhan mengkehendakinya, maka tiadalah siapa yang dapat melawan taqdir itu, melainkan akan jadilah tuan-tuan sebagai Perdana Menteri. Duduklah di Putrajaya selama manapun, selagi demokrasi mengizinkan!
          Sudah-sudahlah menjadi pak turut Anwar. Sudah terang lagi bersuluh, Anwar memang tidak layak menjadi pemimpin. Jika dia juga tuan-tuan pilih maka ingatlah Allah telah firman: jika kamu memberikan kuasa kepada mereka yang bukan selayaknya maka tunggulah masa kehancurannya..
          You all pun tahukan? Tapi saja-saja buat bodoh kerana nafsu telah mengatasi kesucian fikiran!
          Jangan marah, tak salah saya menasihati dan mengingatkan sesama Islam kan?
         
Jagindas: Itukah yang tuan-tuan ya-muallim mahukan? Jangan tepuk dada dan berbicara selera, Tuhan memberikan kamu ilmu dan akal bukan? 

AKAL ITU PELITA HATI


GELAPLAH ILMU TANPA AKAL YANG SEMPURNA!

KELMARIN, saya kurang sihat. Jadinya berehat saja di rumah. Dengan tidak di sangka-sangka, saya didatangi seorang muda lelaki. Dia masih belajar di universti tempatan ditahun tiga.
            Dalam perbualan kami itu, dia lebih banyak meminta pendapat saya khususnya terhadap beberapa peristiwa yang berlaku dalam negara sekarang terutama yang menyentuh tingkah laku orang muda terhadap negaranya sendiri.
            Antara soalan yang diajukan yang menarik perhatian saya adalah:
            (1) mengapa anak muda sekarang terlalu bebas melaksanakan kehendak                    hati?,
            (2) mengapa generasi sekarang terlalu merasakan hidup mereka selesa                       terutama anak Melayu?
Agak lama juga saya bersedia memberikan jawapannya. Bukan kerana soalan itu terlalu umum untk dijawab tetapi memikir apakah "budak" ini memahami apa yang akan saya jelskan nanti. Namun, melihat dia mengharap jawapan daripada saya maka saya gagahkan juga menerangkan kepadanya: Maka, Saya pun berkata;

DEMIKIANLAH MULUT AZNIL....


SEMOGA BERJAYA DAN TIADA KONTROVERSI!
AZNIL, KINI LEBIH POPULAR DENGAN NAMA PAK NIL
Wah, wah, wah Aznil, belum apa-apa dah naik tocang beb! Amati kenyataan akhbar beliau:

          "Saya inginkan agama menjadi sesuatu yang konvensional dan relevan, dan tidak mahu rancangan agama hanya dipelopori oleh mereka yang berkopiah, berjanggut dan berserban,"      
          "Cara penyampaiannya juga haruslah disenangi ramai dan tidak memperkecilkan penonton. Yang penting ialah saya juga mempelajari banyak ilmu agama. Itu tuntutan saya bukan untuk televisyen sahaja, tetapi juga sebagai bekalan di akhirat kelak kerana ianya sudah menjadi tanggungjawab saya." demikian kata Aznil dalam satu sidang media di Royale Bintang Damansara baru-baru ini. laporanpenuh baca di sini

          Apa maksud Aznil sesuatu yang konvensional dan relevan? Apakah agama yang ada sekarang ini sudah tidak konvensional dan tidak relevan lagi? Apa pula kaitannya dengan pakaian - jubah, serban dan kopiah?
          Saya agak setuju dengan komen awak terhadap meningkatkan mutu cara penyampaian namun itu adalah hal ke dua atau ketiga. Yang penting adalah perkara yang hendak disampaikan itu harus wajar, tepat, betul, bernas dan tidak tersasar. Kalau tidak nanti silap-silap jadi sasau amacm Guru Yahya pulak!
          Aznil, kita hormat hasrat dan cita-cita murni saudara, apalagi ia berkaitan agama Islam. Namun, agak-agaklah kalau nak buat komen. Janganlah belum apa-apa lagi sudah yang terbaik, kununnya kitalah pencetus pembaharuan di era serba moden dan global ini.
          Mereka yang pernah menuntut di Mekah dan Madinah selama tujuh tahun pun tidak berani mengatakan sudah memiliki ilmu yang mantap, takkanlah kita yang baru sehari dua berjinak-jinak di lapangan itu tup-tup sudah mencanak ilmunya! Bukan tidak percaya Nil, apapun logik dan rasionalnya kenyataan saudara itu memualkan.
          Memanglah, Allah akan memberikan apa sahaja dan kepada sesiapa sahaja jika dia mengkendakinya. Tiada yang mustahil bagi Allah. Barangkali saudara sudah terpilih. Alhamdulillah..
          Pun begitu, semua umat Islam wajib berjuang dan berjihat dalam urusan agama (Islam). Bahkan tiada batas waktunya. Namun, jangan terlalu ghairah!
           Bukan marah Nil, nasihat..


Jagindas:  ...masih berguru belajar Fatihah A to Z, masih banyak bab lagi beb!

Isnin, 10 September 2012

MENYESAL KONON!


BANYAK CANTIK MUKA KO
ANAK JANTAN AYAH

YA, YA sangat-sangat!  Jagindas setuju amat! JANGAN LAYAN! [baca di sini]


Betul tak? Lain kali siapa-siapa nak jumpa Perdana Menteri, salam, peluk, nangis style filem hindi mudah saja: buat kelaku kurang ajar di khalayak lepas tu minta maaf, menyesal dan mohon nak jumpa sebab tak puas minta maaf secara lisan tak berdepan dengan orangnya!

Tak gitu?









Jagindas:   GPMS ni pun suam-suam kuku, flip flop... "ganas"  la sikit terhadap setiap isu-isu nasional..    


KERAJAAN NEGERI KENA BLAJAR


KALAU MAHU INDUSTERI PELACONGAN PERAK MERIAH

DARI KIRI: Hamidah Othman dan Zambry Kader

HASRAT kerajaan Melaka untuk menubuhkan Institut Arkeologi bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang pemuziuman negara wajar di sokong dan direalitikan di negara ini.[di sini]
          Dengan kewujudan badan itu nanti, ia diharap akan menjadi pusat latihan bagi membantu negeri-negeri lain membangunkan secara terancang, kondusif dan komersil dalam bidang pengisian, lokasi serta bahan-bahan untuk industri pelancongan masing-masing.
            Ini kerana, secara umumnya banyak negeri di negara ini yang memiliki bahan-bahan bersejarah bernilai tinggi yang boleh menggamit pelancong dalam dan luar negara namun ianya tidak diurus dengan sempurna yang akhirnya bahan tersebut lesap begitu sahaja di telan usia dan pembangunan moden.
          Misalnya, negeri Perak sebenarnya memiliki pelbagai bahan dan lokasi berkaitan sejarah lampau tetapi tidak diurus dengan baik dalam kontek industri pelancongan menyebabkan negeri itu kurang mendapat sambutan kunjungan pelancong meskipun pelbagai usaha mempromosi negeri itu telah di buat.

ANWAR, ANDA TAK PERLU TAKUT..


DEDAHKAN SEKARANG, BN SEDIA HADAPI
MAHATHIR: Jangan beri peluang PR... ANWAR: Benar, PR akan buka segalanya...
MENGULAS kenyataan Tun Mahathir Jumaat lalu bahawa negara mungkin tidak dapat melihat BN memerintah lagi jika PR berjaya menawan Putrajaya, dengan berkata pembangkang akan “lakukan apa sahaja” untuk kekal berkuasa, Datuk Seri Anwar berkata kata-kata Tun itu adalah benar.
            “Dia kata, sekali kalah, akan hilang selamanya — itu adalah benar. Ini kerana, segala rasuah dan ketidakcekapan kerajaan BN akan didedahkan,” katanya. [baca di sini]
            Soalnya, mengapa Anwar mahu tunggu bila dia duduk di Putrajaya baru bertindak mendedahkan semua kudis dan tokak BN? Mengapa tidak sekarang? Bukankah kalau dikeluarkan sekarang rakyat akan tahu busuk dan hanyirnya BN dan sekali gus memberikan laluan mudah kepada Pakatan Rakyat (PR) akan menang dalam Pilihan raya ke 13 nanti?
            Adakah Anwar tidak mempercayai pihak berkuasa seperti polis dan Sururuhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta meragui sistem kehakiman sedia ada?
            Atau, apabila dia memerintah nanti, pentadbirannya akan memanipulasi bukti dakwaan dan sekali gus akan dapat mempengaruhi sistem kehakiman bagi memastikan dendamnya akan terbalas! Begitukah?
            Sesungguhnya kenyataan sinis Anwar itu menampakkan kecenderungan dendam dan niatnya yang tidak baik terhadap kerajaan BN sekarang. Kalau Anwar ikhlas untuk mendedahkan salahlaku BN sama ada yang sekarang mahupun yang terdahulu, dia tidak perlu untuk menunggu ketika dia menjadi Perdana Menteri (PM) atau bila kerajaan PR memerintah untuk bertindak.
            Padahal, sekarang adalah masa yang amat sesuai malah kebenaran dakwaannya itu nanti pasti sekali membantu kemenangannya! Ayuh Anwar, segera heret kerajaan BN dan semua pemimpin-pemimpinnya termasuk yang terdahulu yang masih hidup seperti Tun Mahathir dan lain-lain.
            Saya fikir, kalau ibarat main daun terup 400 atau terup keling, Anwar takut kena "spring kod" atau "kod tani". Dengan kata lain takut terbalik court . Barangkali itulah sebabnya dia tidak berani mengemukakan pendakwaan sekarang.


Jagindas:... masa jadi Menteri Pelajaran dulu pun, Anwar memang pandai mengugut dan memaut, sebab itu, masa itu boleh dikatakan 100% guru di seluruh negara meletakkan dia macam raja! Itulah kebolehan semulajadi Anwar... dia pemidato tetapi bukan pentadbir!


SYUKURLAH ...


KERANA ALLAH MERESTUI SANGGAHAN KAMU SEBELUM INI

NASHARUDIN MAT ISA
ALHAMDULILLAH..(segala puji-pujian bagi Allah).

Nampaknya Pemimpin PAS sudah semakin bijak menilai dan bertindak.Saya percaya, Allah telah memberikan taufik dan hidayahNya kepada golongan pentadbir parti itu di mana dalam mesyuarat Ahli Majlis Syura malam tadi, isu Nasharudin langsung tidak di sentuh sekali gus meletakkan Nasharudin kekal dalam ahli jemaah berkenaan.
            Syukurlah, ini barangkali langkah permulaan pemikiran dan pendirian baru kepimpinan PAS dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan agama Islam. Kita harap, pemikiran PAS akan terus diterangi dengan nur hidayah dalam urusannya memperjuangan politik berlandaskan agama agar tidak tersasar daripada landasan yang sebenar. Allah huakbar! Allah huakbar! Allah huakbar!
            Seterusnya saya berdoa agar PAS akan meleraikan diri daripada Pakatan Rakyat (PR) yang jelas menghancingkan hasrat dan matlamat PAS malah telah membuatkan PAS menjadi kelam kabut dan serba salah dalam memastikan meraih sokongan pelbagai pihak termasuk DAP dan PR sehingga adakalanya PAS bagaikan menyongsang daripada hakikat perjuangan Islam yang dilaung-laungkannya selama ini.
            Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, saya amat hormat jika PAS keluar daripada PR dan bergeraklah bersendirian kalaupun tidak mahu menyertai Barisan Nasional (BN).
            Mungkin, jika bergerak seperti itu maka hasrat untuk menduduki Putrajaya tidak akan tercapai, namun yang demikian itu PAS akan bertakhta sebagai pembangkang yang terhormat dan dihormati. Bagi saya, itu lebih baik daripada mengheret manusia ke ruang dosa menggadaikan agama demi kepentingan politik.
            Tidak perlu lagi kafir mengkafir sesama kita. Perjuangkanlah apa yang tersebut dalam al-quran dan al-hadith berdasarkan sunnah dan jamaah dalam konteks mazhab Shafie yang dianuti majoriti rakyat di negara ini yang juga sebagai agama Islam yang diterakan dalam perlembagaan negara.
            Memang ramai yang menjangkan keputusan PAS malam tadi. Ada yang menuding sebagai PAS tidak berani menyentuh Nasha demi kepentingan politik parti itu apa lagi saat-saat menjelang pilihanraya umum yang akan datang tidak lama lagi. Namun, bagi saya, iyu bukan falsafahnya. Bagi saya, demikianlah susunan Allah swt. Dan semua pihak terutama orang Islam harus rasional dari sudut Islam dalam konteks kes Nasha ini.
            Allah Huakbar!

Jagindas: Berdoa semoga semua umat Melayu terus bersatu padu..ibarat seberkas lidi penyapu amatlah sukar untuk dipatahkan berbanding sebatang lidinya.

Ahad, 9 September 2012

PROGRAM REALITI NEGARA: SEMAKIN RAMAI CALON HERO MALAYA


Juri Semakin Pening Untuk Memilih

ATAS: Raja Ratnam.
BAWAH: B. Kalainavar
Nasib baik hero sangkut PKR, Pengerusi Warga Aman, Raja Ratnam Arumugam (RRA), mendedahkannya, kalau tidak tak tahu pulak gambar Nik Aziz dan Lim Guan Eng kena kencing! hahahahaha... di sini
            Nik Aziz ada membuat komen menyanggah perbuatan kebiadapan rakyat memijak dan menghina gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib, sempena sambutan merdeka lalu, namun tidak pula dia menyebut tentang gambarnya kena kencing. Agaknya dia sendiripun tak tahu kut...
            Syabaslah RRA atas keperihatinan menjaga idola Warga Aman. Syabas juga kerana memberi amaran dan notis kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan sama seperti yang PDRM buat terhadap penghina Najib dan bendera Malaysia.
            "Raja Ratnam, Nik Aziz dan Guan Eng tu sapa ha? Lu punya amaran bikin Ketua Polis Negara dan Datuk Hishamuddin kecut teloq wo! Lu Tak kesian ke?"
            Lain pulak dengan Gerakan Efisyensi India Malaysia di mana NGO ini mengutuk PKR dan membuat demonstrasi secara aman di hadapan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.
            Pengrusinya, B. Kalainavar, mendakwa PKR telah banyak melakukan pelbagai tindakan dan isu politik yang memporak perandakan keharmonian kaum di negara ini. Katanya, sebelum ini rakyat pelbagai kaum hidup aman bahagia namun sejak bertapaknya PKR keharmoniam kaum nampak terjejas.
            Malangnya, kumpulan NGO ini dibaling telor dan dihina oleh puak-puak PKR. Kalainavar, menjelaskan Anwar Ibrahim bertanggung jawab dalam memanipulasi keharmonian negara berikutan ia tidak berlaku sedakad yang lalu malah perpaduan rakyat di negara ini terus dicemburi oleh nagara luar.

Jagindas:  saya nak tanya Raja Ratnam ni India hindu ke ATAU India Shikh? hehehe...

KERAJAAN WAJAR IKUT LANGKAH SULTAN JOHOR


Berikutan Pembatalan Pojek Mersing Laguna

PROJEK TERBATAL DGN SENDIRINYA.... Sultan Ibrahim


TITAH  SULTAN JOHOR, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, membatalkan projek mega Mersing Laguna berikutan kegagalan pemajunya memathui syarat-syarat yang di tetapkan adalah satu tindakan yang bijak, adil dan bertepatan bagi mengajar sikap pemaju yang suka mengambil jalan mudah mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan dan impaknya kepada negeri terbabit mahupun nama baik negara. [di sini]
            Malah, langkah sultan Johor itu juga wajar diikuti oleh negeri-negeri lain dan negara sendiri supaya tidak berlaku keadaan di mana pemaju mengongkong kerajaan sehingga membawa kepada pandangan serong rakyat kepada pemerintah.
            Barangkali, jika sejak dulu tindakan seperti ini dilaksanakan kerajaan terhadap pemaju-pemaju, mungkin tidak akan berlakunya banyak projek terbengkalai terutama skim-skim perumahan yang akhirnya kerajaan terpaksa menanggung kos pembangunan semula demi menjaga kepentingan rakyat.

Sabtu, 8 September 2012

TIU NAMA PUNYA ADAM ADLI


TEGASKAN KEBIADAPAN AMMAR TIDAK SALAH
bingai lagi bangang!
ADAM ADLI yang pernah menimbulkan kontroversi berikutan tindakannya menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika perhimpunan haram pada 17 Disember tahun lalu, sewajarnya ditangkap dan didakwa di bawah akta hasutan.
            Ini kerana sokongannya terhadap kebiadapan Muhammad Ammar A Rahman, yang melondehkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri, dengan mendakwa perbuatan tersebut bukan satu kesalahan atau tidak menyalahi undang-undang  di sini.
            Jelas, bahawa kenyataan "budak bodoh" ini boleh dikategorikan sebagai hasutan literal sekali gus memperlekeh dan mencabar tindakan pihak berkuasa serta undang-undang negara.
            Memang benar, negara kita mengamalkan kebebasan bersuara terhadap rakyatnya. Namun kebebasan itu adalah dalam ertikata sehingga tidak melanggar kedaulatan perlembagaan dan rukun negara. Demokrasi kita adalah demokrasi terpimpin bukan demokrasi beraja di hati!
            Oleh kerana masih ramai yang tidak faham bahasa, maka golongan ini perlu diajar secara amali. Tangkap, bicara dan sumbat ke dalam! Kalau tak timbul akal juga, maknanya dah gila lah tu....


Jagindas: ham kaa chan!

HASUTAN PKR...


YANG ITU, YANG ITU JUGA LA..

itu sajalah idea yang ada....
PUSING punya pusing dia pergi ke situ juga. Orang utara kata, dok mai pi mai tang tu jugak! Bahan cetak ini mudah didapati di kedai-kedai kopi. Ada beberapa macai akan datang menyebarkannya.
            "Encik, kita kasi ubah ha... Soli ha,  tak boleh cakap manyak, itu melayu malah (sorry ha, saya tak boleh cakap banyak nanti orang melayu marah)" hanya itu yang macai tu kata sambil meletakkan bahan cetak berwarna warni.
            Bila dibaca, itu sahajalah isunya.... Itupun ada jugak yang percaya habis. Mengentak-ngentak meja mengiakan dakwaan yang tercetak di kertas tersebut. Bergoncang juga meja kedai kopi! Bodoh betul mamat tu..
            Tapi, saya kadang-kadang rasa sangsi juga, adakah macai tu cina Malaysia atau cina pendatang? Dia ni takut nak bercakap ke atau memang tak tau nak cakap Melayu. Jangan-jangan dia cuma hafal skrip yang itu saja..
            Hah,Tak boleh jadi ni! Barangkali di segi undang-undang kerja-kerja macam tu tak salah kut. Sebab itu polis buat tak kisah saja.
           

Jagindas:  Ah lantaklah, suka hati kome ler..!

WARIS MINTA ROYALTI



RM55 JUTA

Ir. Mohamed Hamzah .... pereka jalur gemilang
dulunya dikenali sebagai Bendera Malaysia

PULAK DAH....... baca di sini


Jagindas:  No comment