KPM PERLU BERI PENEKANAN DAN JAMINAN YANG MEYAKINKAN GURU
GAMBAR HIASAN |
BARU tiga hari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dilancarkan
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajarannya, Tan Sri
Muhyidin Yassin, selasa lalu pula berlaku kisah 15 pelajar membantai guru
disipilin di salah sebuah sekolah menengah di Alor Setar hanya kerana
mengarahkan mereka untuk hadir ke perhimpunan pagi di
sini.
Itu (masalah disiplin) adalah
kekurangan yang saya dapati kurang penekanan yang disentuh dalam PPPM tersebut.
Jika diamati, dalam sebelas (11) anjakan menerusi pelan berkenaan, tiada satu
perenggan khas yang menyebut langkah, usaha atau tindakan-tindakan bagi
meningkatkan tahap disiplin dan sahsiah pelajar-pelajar.
Kalau adapun pada anjakan
ketiga (iaitu: Melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai). Namun, frasa ini tidak begitu jelas
memperkatakan masalah itu atau tidak
menampakkan pengkaedahan secara khusus dan tepat menangani masalah disiplin pelajar
sekolah.
Oleh
kerana secara umumnya pendidikan di sekolah sangat bergantung kepada
kebertanggungjawaban guru terhadap tugasnya, maka jika masalah disiplin tidak
diberikan perhatian khusus serta serius adalah dijangkakan pengoperasian sistem
pendidikan itu mungkin akan tercalar atau tidak dapat berjalan dengan lancar.
Sekali gus impian mencapai kejayaan 11 anjakan PPPM mungkin akan berlaku di
luar time-frame yang dipateri.
Justeru,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sewajarnya memberikan penekanan jelas
terhadap masalah ini serta memperaku perlindungan yang meyakinkan golongan guru
untuk melaksanakan penguatkuasaan disiplin murid-murid di sekolah-sekolah.
Masalah
disiplin murid di era ini bukan sahaja membabitkan murid dan guru malah juga
membabitkan ibu-bapa dan penjaga murid. Campur tangan golongan orang politik,
NGO termasuk pejuang Hak Asasi Manusia serta mereka yang bersikap menangguk di
air keruh turut menserabutkan lagi masalah berkenaan.
Seperti
kisah paparan akhbar semalam, di mana rumah seorang pegawai kastam di Johor, musnah
akibat dilempar dengan bom buatan sendiri dipercayai malatov, tidak mustahil padah
yang sama akan berlaku kepada golongan guru pada masa akan datang.
Nampak
menakutkan. Namun, apakah kita mahu menunggu ianya menjadi realiti terlebih
dahulu sebelum membuat sebarang perediaan kemas?
Sebab
itu, dikatakan tadi, sistem operasi dan pelaksanaan PPPM mungkin tinggal nama
dan gah sahaja kerana tanpa jaminan perlindungan yang meyakinkan pihak guru-guru akan melaksanakan
tugas secara berhati-hati dengan mengenepikan masalah disiplin murid dalam tugas
mereka.
Apa
kan terjadi? Mungkin, pertama kita dapat mencapai sasaran seperti yang
terhasrat dalam 11agenda PPPM yang dilancarkan tetapi kumpulan pelajar yang
dilahirkan kurang bernilai dari segi sahsiah dan kemanusiaan. Dan, jika ini
terjadi, apakah corak kepimpinan negara akan datang? ; kedua, barangkali juga
tidak tercapai berikutan pihak pelaksana (sekolah) "terhalang" untuk merealisasikannya.
Jagindas: Ada guru kata, jangan pening-pening kepala,
janji ajar sudah! Cukup bulan ambil gaji....