Isu Kecil di Gege Gegok
MENURUT Tuan Guru Nik Aziz,
malangnya nasib Nurul Izzah Anwar kerana dia adalah pembangkang lalu
keceluparannya terus mendapat cemuhan isunya di sini.
Dengan kata lain, kalau Izzah di pihak kerajaan tentunya kata-katanya (kes
keceluparannya) itu tidak menjadi kesalahan. Begitukah Tuan Haji Nik Aziz?
Antara lain Nik Aziz berkata:
“Bagi
saya dalam isu ini, Izzah tidak bernasib baik kerana dia pembangkang, apabila
buat benda sikit walaupun perkataannya boleh menjadi celaru juga tetapi ia
menjadi ‘gege gegok’ (diperbesarkan),”
“Izzah lain surat khabar lain...yang Izzah bercakap
mestikah serupa yang akhbar siarkan? Sebab itu kali pertama saya tengok benda
ini disiarkan akhbar saya rasa bukan dia,” katanya ketika menyampaikan Kuliah
Mingguan di sini, semalam.
Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas Kuliah
Mingguan, Nik Aziz yang juga Menteri Besar menyalahkan laporan media dan
katanya, tidak semestinya apa dikeluarkan media serupa dengan kenyataan Ahli
Parlimen Lembah Pantai itu.
Jagindas: Pun
tumpang Qasian sama ....