Tun Dr. Mahathir.... Siasat dari zaman Tengku |
Status Penduduk Cina Dan India
Zaman Pra-Merdeka
HAH! tahu bahasa kelam kabut bila mantan
perdana menteri, Tun Mahathir mencadangkan supaya diadakan Suruhjaya Diraja (RCI)
menyisat semula status pemberian taraf kerakyatan warga asing di negara ini
bagi zaman selepas kemerdekaan. MCA dan MIC adalah antara yang melompat gila.
Lebih-lebih lagi Vell Paari anak Samy Vellu.
Itulah
dia! Apabila membaca tulisan Tun Dr Mahathir, ada perenggan-perenggannya kita
kena baca balik terbalik dari hujung ke pangkal. Kalau mendengar ucapannya pula,
kita kena pandang dan selam dari pelbagai sudut.
Walaupun
nampaknya bahasa Tun itu bersahaja dan 'simple'
tetapi setiap bait ayat-ayatnya penuh dengan kiasan, sindir dan lawak mengena!
Tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu berbahasa macam Tun. Malah, dalam bahasa
Inggeris pun ucapan Tun sebegitu.
Sebab
itu, orang Inggeris bila baca tulisan Tun atau dengar ucapan Tun mereka akan
mati angin. Mati angin dengan maksud susah hendak cari silap di mana. Oleh
kerana orang Inggeris (macam Amerika dan England la) menguasai bahasa itu
dengan mahir maka jalan mudah mereka buat adalah memutar belitkan sahaja
kata-kata Tun. Kemudiannya akan timbul polemik dan selepas itu lancarlah 'pemberitaannya'.
Orang
di Malaya ini, usahkan orang Cina dan India, yang Melayu pun terutama generasi
hari ini hanya faham bahasa searah atau selapis sahaja. Pertama kerana mereka
memang lemah penguasaan bahasa melayu itu sendiri (peringkat, jenis dan susur-galur
serta larasnya) dan kedua kerana kurangnya membaca. Apabila kurang membaca, maka
mereka iaitu si-pendengar dan si-pembaca tulisanTun Mahathir tidak terjangkau
ruang lingkupnya untuk mengkaitkan maksud tersirat yang mendalam daripada
tulisan atau ucapan Tun itu.
Tun
Mahathir tidaklah sehebat mana ilmunya. Seperti yang umum sedia maklum, beliau adalah
seorang doktor biasa. Macam doktor-doktor yang ada pada hari ini juga. Tetapi
beliau memiliki akal yang luas, lebar, panjang dan keras berikutan pengalaman
membacanya yang luas.
Justeru,
bila beliau kata siasat juga kes pemberian taraf kerakyatan zaman pra-merdeka,
maka kita kena baca menyongsang barulah tahu apa yang sebenar dimaksudkan
beliau. Dengan kata lain, sebelum menyalak sana menyalak sini menyalahkan
kerajaan bab tersebut, bertelanjanglah depan cermin dan renunglah diri
masing-masing!
Jagindas: Masih tak
faham lagi? Memang nak kena laaaa....