Rabu, 23 Januari 2013

TUN M: SIASAT SEMULA PEMBERIAN KERAKYATAN

Tun Dr. Mahathir.... Siasat dari zaman Tengku

Status Penduduk Cina Dan India Zaman Pra-Merdeka

HAH! tahu bahasa kelam kabut bila mantan perdana menteri, Tun Mahathir mencadangkan supaya diadakan Suruhjaya Diraja (RCI) menyisat semula status pemberian taraf kerakyatan warga asing di negara ini bagi zaman selepas kemerdekaan. MCA dan MIC adalah antara yang melompat gila. Lebih-lebih lagi Vell Paari anak Samy Vellu.
            Itulah dia! Apabila membaca tulisan Tun Dr Mahathir, ada perenggan-perenggannya kita kena baca balik terbalik dari hujung ke pangkal. Kalau mendengar ucapannya pula, kita kena pandang dan selam dari pelbagai sudut.
            Walaupun nampaknya bahasa Tun itu bersahaja dan 'simple' tetapi setiap bait ayat-ayatnya penuh dengan kiasan, sindir dan lawak mengena! Tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu berbahasa macam Tun. Malah, dalam bahasa Inggeris pun ucapan Tun sebegitu.
            Sebab itu, orang Inggeris bila baca tulisan Tun atau dengar ucapan Tun mereka akan mati angin. Mati angin dengan maksud susah hendak cari silap di mana. Oleh kerana orang Inggeris (macam Amerika dan England la) menguasai bahasa itu dengan mahir maka jalan mudah mereka buat adalah memutar belitkan sahaja kata-kata Tun. Kemudiannya akan timbul polemik dan selepas itu lancarlah 'pemberitaannya'.
            Orang di Malaya ini, usahkan orang Cina dan India, yang Melayu pun terutama generasi hari ini hanya faham bahasa searah atau selapis sahaja. Pertama kerana mereka memang lemah penguasaan bahasa melayu itu sendiri (peringkat, jenis dan susur-galur serta larasnya) dan kedua kerana kurangnya membaca. Apabila kurang membaca, maka mereka iaitu si-pendengar dan si-pembaca tulisanTun Mahathir tidak terjangkau ruang lingkupnya untuk mengkaitkan maksud tersirat yang mendalam daripada tulisan atau ucapan Tun itu.
            Tun Mahathir tidaklah sehebat mana ilmunya. Seperti yang umum sedia maklum, beliau adalah seorang doktor biasa. Macam doktor-doktor yang ada pada hari ini juga. Tetapi beliau memiliki akal yang luas, lebar, panjang dan keras berikutan pengalaman membacanya yang luas.
            Justeru, bila beliau kata siasat juga kes pemberian taraf kerakyatan zaman pra-merdeka, maka kita kena baca menyongsang barulah tahu apa yang sebenar dimaksudkan beliau. Dengan kata lain, sebelum menyalak sana menyalak sini menyalahkan kerajaan bab tersebut, bertelanjanglah depan cermin dan renunglah diri masing-masing!


Jagindas: Masih tak faham lagi? Memang nak kena laaaa.... 

SEBAB PULUT SANTAN BINASA....


Bank Islam Mungkin Tendang Azrul

KITA bukan sengaja nak menutup periuk nasi sesiapa tetapi yang hendak kita beritahu adalah sesiapun kenalah tahu diri di mana mereka berada. Kalau kita sudah tidak serasi dengan sesuatu tempat, budaya mahu pun karenahnya, maka adalah lebih baik keluar sahaja secara terhormat daripada nanti kita akan di sepak-tendang macam kertas bungkus belacan.
            Mudah sahaja kan? Buat apa nak sakit-sakitkan hati orang. Yang hendak disakit hatikan itu pun bukan orang lain. Kaum kerabat kita juga. Apatah lagi tempat kita mencipta harta.
            Jadi, elok benarlah Bank Islam gantung kerja budak ini. Kalau memang cukup bukti dia tu bacul, maka eloklah Bank Islam tendangkan saja Ketua Ekonminya itu iaiitu si Azrul Azwa yang bacul tak bertempat. Awas Bank Islam, jangan pulak main wayang mahu kasi orang keliling syok sekejap. Macam inipun ada juga..
            Kesediaan Si Azrul menganggotai parti pembangkang secara terang-terang itu pun sudah mencabar kredibaliti Bank Islam kemudian ditambah pula dengan kebaculannya membuat ramalan negatif terhadap Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 13 (PRU13) nanti [ceritanya di sini dan di sini]
            Inilah jadinya kalau; (1) bacul tak bertempat  (2) Diri tak tahu dek untung (3) ilmu tinggi tapi akai tak pakai   (4) perasan hebat padahal pengalaman pun baru setahun jagung   (5) perasan semua orang gerun kat dia konon melayu pakar...    (6) paling malang, kalaulah perbuatannya itu bersebabkan diupah oleh pihak ketiga...
            Ini bukan soal sokong kerajaan atau tidak. Atau ampu sana ampu sini. Ini soal masa depan negara. Kalau ya sekalipun, apa salahnya meyakinkan ramalan yang positif. Atau tdak perlulah dijadikan hebahan media. Bukankah lebih baik lapor terus kepada pihak berwajib. Itu makna Azrul memang nak lihat ekonomi merudum supaya dengan itu satu pihak lain akan ambil kesempatan untuk memijak BN. Kalaulah Azrul kata dia tidak berniat begitu, maknanya memanglah budak ini ngaji tinggi tapi kurang guna akal!
            Jadi orang macam ini tidak perlu ada dalam sektor-sektor koperat yang besar-besar. Ini bukan kes tikam dari belakang tetapi memang melejang lembing berhadap-hadapan.  
             Itupun, kalaulah benar seperti apa yang dilaporkan akhbar dan media-media. Kalau tidak benar atau fitnah songsang, alamat kenyanglah Azrul menyaman  pihak yang membocorkan periuk nasinya. Lawan Azrul, jangan tak lawan kalau memang kamu difitnah.
            


Jagindas: Tak suka nikah gantung...

Selasa, 22 Januari 2013

BETUL TU TOK HIM, TERUSKAN AMBO SOKONG 1000%

Naik Tocang Pulak Puak-Puak Ni!
Nak sangat ke?

PENULIS menyokong amat amaran daripada Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, yang mahu pengikutnya tidak memberikan sokongan (undi) kepada calon MIC dan MCA dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13) nanti.
            Amaran itu dibuat disebabkan prmimpin kompenan Barisan Nasional (BN) itu menempelak dan meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap Perkasa berikutan NGO itu mengajak umat Islam membakar kitab Injil (dengan maksud: dalam versi melayu dan menggunakan perkataan Allah).
            Ibrahim mendakwa pemimpin parti kompenan itu sengaja menyalah tafsir maksud Injil yang diucapkan olehnya sebagai Injil yang sebenar atau kitab asal [selanjutnya di sini].

Isnin, 21 Januari 2013

KALAU TAK FAHAM BAHASA LEBIH BAIK DIAM

Pooooooraahhhhhh!


Jika Tidak, Anda Sebenarnya Mengundang Bala'

APABILA Tun Mahathir atau mana-mana pemimpin melayu yang bercakap tentang hak-hak tertentu orang melayu, itu bukannya percakapan perkauman. Kerana pada masa sama mereka juga tidak menafikan hak-hak orang bukan melayu. Kalau mereka menafikan hak orang lain, barulah dikatakan perkauman.             
              Lagipun, kalau hak kaum lain dinafikan, tidaklah golongan berkenaan hidup mewah seperti yang dinikmati sekarang. Dari segi pendidikan misalnya, nama sahaja sekolah jenis kebangsaan (bantuan modal), tetapi tarafnya sudah sama dengan sekolah kebangsaan kerajaan (berbantuan kerajaan sepenuhnya).            
             Habis sudah apa-apa yang terakru dalam perlembagaan dan dasar pendidikan negara di rombak sepenuhnya demi menjaga kaum-kaum lain. Sekali gus ini bermakna bukan sahaja hak kaum lain dijaga dengan rapi malah sebahagian yang tidak sepatutnya diserah telah diserahkan dengan reda dan rela hati orang-orang melayu. Bak kata orang melayu, yang dalam mulut pun diluah dan diberikan kepada orang lain. Nak macam mana lagi baiknya orang melayu di Malaysia ini!

Ahad, 20 Januari 2013

PENYAKIT NEGARA MAJU MENULAR KE MALAYSIA

GAMBAR HIASAN


Akibat Ramai Melupakan Gaya Hidup Sihat

DARIPADA The Malaysian Insider  penulis dapati bahan ini elok dikongsi bersama. Tidak keterlaluan kalau dikatakan ramai kalangan kita memang kurang menghargai nilai kesihatan dan masa depan usia kita sebenar-benarnya:

YANG PENTING ADALAH KESELAMATAN RAKYAT

Menteri mana yang tak gembira
kalau semua rakyatnya selamat


Indeks-Indeks Ni Tak Main laa wehh...

ITULAH dia Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri. Kerana setiap indeks yang dinyatakan ada sahaja yang disangkal oleh pihak lain dan secara tidak langsung tindakan mereka itu mencalar reputasinya sebagai Menteri Dalam Negeri, mana lagi nak jaga nama baik Ketua Polis Negara, maka akhirnya beliau mengambil jalan pintas ikut atas udara: INDEKS JENAYAH TIDAK PENTING. [baca di sini]
            Lega! Yang penting, kementerian telah mengatur tugas polis dengan penuh siapsiaga dan bersedia memastikan apa juga bentuk jenayah mesti dikurangkan.
            Tapi, beliau tidak pulak menafikan dakwaan bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa antara sebab sukarnya menghapuskan jenayah kerana terdapat orang-orang atasan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai hubungan rapat dengan kepala-kepala kongsi gelap. Hey! mulut. Tak ada insurance langsung lah Musa Hasan ni!
            Lantaklah. Penulis pun peduli apa. Barangkali, Tan Sri Musa Hasan gatal mulut kut...sebab itu Hishamuddin dan Ketua Polis Negera, Tan Sri Ismail Omar, buat selamba saja...
            Yang penting rakyat selamat!


Jagindas: Mata asyik gatal-gatal. Ingatkan resdung mata rupa-rupanya cacing dah naik ke mata!

APABILA ORANG SUDAH SETUJU, ANDA BANTAH

DARI KIRI: Dr. Maza dan Jahya Iskandar

Apabila Orang Keliru, Anda Seru! 

SECARA PERIBADI, saya tidak berminat lagi untuk membicarakan hal-hal berkaitan penggunaan kalimah Allah dalam kitab-kitab dan media-media dakwah lain bukan agama Islam terutamanya penganut kristian yang berlandaskan al-kitab atau kitab Injil. Kerana, isunya amat jelas dan sudahpun diperakui oleh segenap umat Islam di negara ini hatta rantau asia pun. Fokusnya, kita bercakap Islam dalam konteks negara Malaysia yang kelompok manusianya adalah majmuk. Majmuk budaya, agama dan sosialnya.
            Namun, apabila membaca ulasan daripada Paderi Jahya Iskandar .(Indonesia), penulis teringat akan kandungan ceramah Dr Maza (Ustaz Asri- bekas mufti Perlis) yang dipapar oleh The Malaysian Insider pada 17 Jan lalu
            Penulis pun kadang-kadang naik tidak faham akan Ustaz Asri ini. Dalam banyak hal, beliau menampakkan sebagai orang yang berkecuali dan dan semata-mata berpegang kepada ketetapan yang terkandung dalam Quran dan Hadis. Sifatnya yang begitu bagi penulis adalah sesuatu yang jelas dan tidak boleh dipertikai. Alhandulillah!
            Pun begitu, ada ketikanya pula kenyataan beliau seperti mengelirukan atau lebih tepat penulis anggapkan beliau sengaja mencipta kekeliruan yang dengan itu barangkali membolehkannya berpolemik lebih jauh sekali gus menonjolkan dirinya adalah orang yang mengetahui segala-galanya. Teringat penulis sebuah sajak karya Latif Muhidin berjudul "Songsang" - '...orang duduk, aku berdiri....' (dengan izin)
            Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk orang Islam, cuba baca dengan teliti kandungan kedua-dua laporan media tersebut. Apa kata Jahya Iskandar di sini dan bagaimana pula kata ilmuan Dr Maza (ustaz Asri) di sini.
            Umumnya yang dahulu itu, dahululah. Dan kitab Al-Quran adalah penutup segala kitab-kitab terdahulu.
            Sebelum ini Uztaz Asri mempertkaikan penggunaan kata "Allah" dalam lagu-lagu patriotik negeri dan kebangsaan. Atas isu itu, katanya senikata lagu tersebut juga perlu digubah semula atau orang bukan muslim perlu ada senikata lagu lain yang tidak ada perkataan Allah di dalamnya. Kita bercakap tentang kitab dan media-media dakwah bukannya lagu atau lencana-lencana uniform dan sebagainya. penulis pernah komen pandangannya itu di sini.


Jagindas: Fikir sendirilah!

PAK MAT MILIKI ANUGERAH AJAIB

PAK MAT.... sedang membaiki televisyen
(Gambar Ihsan Utusan Malaysia)

Buta Tetapi Celik Akal

DALAM sesuatu pengisian di majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negara mahupun negeri, selalunya kita akan di pamerkan dengan kehebatan orang-orang tertentu bagi meraih anugerah khas Maal Hijrah. Antara lain tokoh agama, tokoh koperat dan beberapa orang yang diambilkira dari segi pencapaian akademik, sosial ataupun perniagaan.
            Tetapi, bagi penulis orang seperti Pak Mat (Mohd Jaafar Saidin), 59, yang buta sejak lahir tetapi berkemampuan membaiki peralatan elektrik tanpa mendapat sebarang pendidikan formal mengenainya adalah sepatutnya terbaris dalam penerima anugerah berprestej seperti itu dalam kalender Islam [cerita lanjut di sini]
             Namun, ia tidak berlaku begitu kerana kita terfokus menilai kecemerlangan nilai hijrah seseorang itu kepada pencapaian akademik atau kecermerlangan peribadi dalam pelbagai bidang yang berlandaskan formaliti pendidikan atau permerolehan pencapaian peribadinya.

Sabtu, 19 Januari 2013

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI....

Allahyarham Datuk Seri 
Megat Junid


Matilah Dengan Tenang Dan Aman...

JADIKANLAH pengalaman ini sebagai teladan. Kalau boleh, biarlah bila kita sudah menjadi tanah, orang akan menyebut benda-benda yang baik-baik yang pernah kita lakukan semasa hidup di dunia. [contoh kisah di sini]
            Apa lagi perkara yang berkait dengan negara, kalau benda tidak elok, bermacam-macam fitnah akan di sebut orang. Bahkan, barangkali ada benda-benda yang kita buat itu boleh menyusahkan orang lain yang masih hidup atau orang terkemudian dan negara sendiri.
            Memanglah kita sudah mati, apa yang dikirakan lagi. Tetapi, kesan tempiasnya juga kena kepada anak cucu cicit dan bangsa kita sebagai penyambung generasi negara.
            Yang masih bertugas, jalankanlah tugas dengan sempurna serta amanah. Ingatlah kita juga akan mati dan kalau boleh hendaknya selepas kematian kita, hanya yang manis-manis sahaja disebut orang...


Jagindas: Buat baik sehabis boleh..

KALAULAH 40 TAHUN YANG LALU....


Dah lama Terbarai dah....

DALAM program Bicara Minda yang dihoskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, baru-baru ini, terdapat sepatah ayat diucapkannya berbunyi: beralah-beralah, lama-lama kalah! Tun, mungkin bercakap atas kapasiti politik dan tentunya ia menjuruskan kepada sikap kepimpinan Melayu agar tidak terlalu mengalah kerana dikhuatiri sikap yang sedemikian akan membawa kepada kekalahan.   Dalam erti kata lain, beralah pun hendaklah ada batas dan tempatnya. Demikian juga bila kita marah atau naik angin, perlu juga berpada-pada dan sesuai dengan tempat dan ketikanya.
            Perbuatan menyebarkan kitab Bible dalam bahasa Melayu yang berlaku di Pulau Pinang, semalam bagi penulis memang sudah amat melampau. Kalau ianya sebagai perbuatan 'test market", ini sudah melebihi daripada tahap yang sepatutnya. Tindakan puak ini bukan sahaja disifatkan sebagai cari pasal tetapi sudah menjurus kepada mencabar terhadap kesabaran serta tolak ansur orang-orang  Islam.
            Beberapa pihak, masyarakat, NGO dan kalangan politik UMNO segera memberikan reaksi masing-masing dan mengutuk perbuatan tersebut. Langsung, meminta polis dan pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggung jawab itu. MCA, Gerakan dan MIC tidak juga! Apa salahnya sokong suara UMNO dan NGO-NGO yang membantah perbuatan biadap itu?!
            Pas dan sekutunya, sehingga hari ini senyap sepi! Tidak hairanlah sebab mereka ini segala-galanya lembab dan bersikap "lambat siang". Dalam isu penggunaan kalimah Allah pun mereka memerlukan banyak masa barulah nak bertaubat! Atas kelemahan-kelemahan orang Islam seperti inilah yang menyebabkan semakin ramai yang berani bertindak biadap serta keterlaluan terhadap orang Islam di negara ini.
            Hari ini pula, Karpal Singh menyanggah keputusan Majlis Syura Pas sehingga dengan biadap dan beraninya meminta Pas menukar keputusan untuk membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah termasuk terjemahan kitab bible dalam bahasa Melayu.
            Nak sehingga macam mana lagi?


Jagindas: Nampak jelas Islam sedang diperkotak katikkan oleh bukan Islam, dan orang Islam.....

ADA PIHAK BUAT SOAL SELIDIK

MB Perak Jadi Taruhan..




SATU puak pengendali khidmat pesanan ringkas (SMS) menguna nombor 0193056954 menamakan mereka sebagai Pusat Penyelidikan Bebas (NGO), bertanyakan soalan Tokoh yang manakah menjadi pilihan anda sebagai MB Perak (1) Dato' Nizar Jamaluddin (2) Dato' Zamry Abdul Kader (3) Dato' Ngeh Koo Ham.
            Penulis percaya ramai yang telah menerima sms tersebut. Barangkali ramai juga yang memberikan respon dan barangkali juga ramai yang masukkannya ke bakul sampah.
            Begitulah kalau dah tak ada kerja... Tidak kiralah sama ada ianya datang daripada puak kerajaan (BN) mahupun sebaliknya, bagi penulis soalan "test market" macam ini kerja tak berfaedah. Pendek kata kerja orang tidak bijak sana.
            Nasib baik pilihanraya tidak berapa lama lagi. Kalaulah lagi setahun dua agaknya, ramai yang sewel! Pun, timbul masalah juga!


Jagindas: Sama ada BN atau PKR menang nanti, apakah kesudahannya nasib saya? - tanya diri macam tu lahh...

Khamis, 17 Januari 2013

PANDANGAN KHOO KAY KIM DISANGKAL

NUTP: Guru Sejarah Kita Memang Handal

Prof. Koo Kay Kim dan Hashim Adnan

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan,  wajar menerima teguran daripada Prof. Emeratus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim secara terbuka dan tenang terhadap dakwaan sejarawan negara itu bahawa ramai guru hari ini kurang memahami atau kabur sejarah secara mendalam dan mata pelajaran itu hanya diajar untuk lulus peperiksaan sahaja. [berita di sini dan di sini]
            Kenyataan ringkas Prof. Kay Kim itu perlu diliat dari pelbagai sudut "erti kabur" yang didakwanya itu. Ini kerana, menyampaikan citera sejarah bukan sekadar menerangkan apa yang terkandung dalam teks rujukan tetapi mereka yang bercakap tentang sejarah hendaklah mampu menghuraikan sesuatu topik itu secara ilmiah supaya jalan cerita bagi sesuatu sejarah itu tidak tergantung.
            Kay  Kim juga menekankan tentang asas pembentukan negara ini (Malaysia) yang disebutnya sebagai kompleks dan unik memerlukan pengetahuan yang luas dan tepat. Nasihat penulis, Hashim atau sesiapa sahaja yang berkaitan janganlah terlalu ghairah membuat ulasan atau komen sebelum memahami kandungan sesuatu isu itu dari pelbagai sudut luar dan dalam (yang terang dan yang gelap, yang tersurat dan tersirat).
            Sebelum bincangkan bab-bab mata pelajaran sejarah, ada baiknya di renungkan sejak bilakah subjek sejarah dalam sistem pendidikan negara kita menjadi kucar kacir? Cuba ingat, dan bermula dari situlah pelbagai jawapan akan anda temui sekali gus menjawab pelbagai kisah dan karenah genarasi hari ini.


Jagindas: Janganlah cepat melatah, yop. Orang tua tu cakap berisi, jangan baca selapis saja yop. Dan..., jangan mabuk publisiti ye..!

Rabu, 16 Januari 2013

NIZAR BERBOHONG LAGI...


Jepun: Kes RM207 bilion Tidak Wujud

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun, Takaharu Suegami, menafikannya yang kerajaannya pernah melunaskan bayaran pampasan sebanyak RM207 bilion kepada kerajaan Malasysia sebagai bayaran gantirugi kepada mangsa pembinan projek "Landasan Maut" ketika perang dunia ke dua.
            Beliau berkata demikian sebagai membalas dakwaan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar (gambar), yang mendakwa kerajaan Malaysia telah tidak mengagihkan wang pampasan sejumlah itu daripada kerajaan Jepun kepada mangsa buruh paksa terbabit semasa perang dunia ke dua dahulu.
            Nizar mendawa pihaknya mendapat pengesahan daripada kerajaan Jepun mengenai penyerahan wang pampasan itu kepada kerajaan Malaysia namun kerajaan Jepun menafikan pernah membuat sebarang pengesahan berkaitannya.
[dakwaan Nizar klik di sini]
            Sementera itu, Kementerian kewangan dalam kenyataannya semalam menjelaskan dakwaan yang berpunca daripada memo bertarikh 29 Mac 2011 oleh kementerian itu adalah palsu. Berakitan itu, sumber itu menyebut satu laporan polis telah dibuat pada 29 September tahun lalu. [lanjut di sini]

Jagindas: Apa lagi? Bohong berat nih! Tak kan nafi, nafi, nafi saja. Sesekali bagi ler dia kena! Kesian dengan mangsa dan waris mangsa yang percaya dakwaan Nizar ni....

Selasa, 15 Januari 2013

DARI DEMONSTRASI KE DEMONSTRASI..

GAMBAR HIASAN: demonstrasi...

Hanya Menjurus Menyediakan Manusia Peminta

DALAM ruangan forum akhbar Utusan Malaysia hari ini (15/01/13) saya turut membaca pandangan seorang penlulis, Mr. WEL Subang Jaya, yang menulis atas tajuk "IRONI SEBUAH PERHIMPUNAN 'TAK PERLU' yang mengulas tentang betapa buruknya perbuatan mengada dan menyertai perhimpunan jalanan mahupun perhimpnan aman. [teks penuh di sini]
            Antara lain, Mr Wel berkata: Lihat di Indonesia, setelah kejatuhan Presiden Suharto, apakah yang boleh dibanggakan oleh rakyatnya? Akhirnya, rakyatnya bertambah ramai ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi.Adakah reformasi mereka berjaya dan mereka mendapat nikmat dari demokrasi jalanan itu?
            Saban hari ada sahaja berita tertangkapnya pendatang asing tanpa izin Indonesia yang mencari sesuap nasi di bumi bertuah ini.
            Kemudian beliau menamatkan tulisannya sebagai: Hari ini, kita semakin hampir dengan azam menuju wawasan menjadi negara maju, adakah anak-anak ini tadi telah disiapkan oleh puak-puak tersebut menjadi seorang ahli profesional yang ulung dan mendapat gaji yang setimpal?
            Atau akhirnya, menadah tangan meminta bantuan kerajaan kerana tertinggal di alam persekolahan kerana sibuk berhimpun.
            Tidak kiralah siapa dan apa status penulis forum itu, namun apa yang penting adalah negara memerlukan rakyat yang berpandangan serta berpendirian seperti ini. Inilah satu contoh rakyat yang berpandangan jauh serta positif.
            Mudah-mudahan tiada lagi perhimpunan yang membuang masa lagi melalaikan pada masa akan datang. Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu harus sedar dan sentiasalah mencermin diri...

Jagindas: Alangkah indahnya jika setiap orang berusaha menjadi contoh yang terbaik..

AKIBAT TERLALU MENGHAMBAT KEMAJUAN


Lahirkan Generasi Yang Tidak Berpaksi

DALAM akhbar Utusan Malaysia hari ini (15/01/13), Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (gambar) berkata ramai guru di negara ini masih tidak memahami sejarah negara mereka sendiri [klik di sini]
                Bagi penulis bukan ramai tetapi majoriti guru yang dilahirkan oleh kerajaan Malaysia memang kurang memahami sejarah negara mereka. Bahkan sejarah tempatan mereka sendiri pun ada yang tidak tahu. Kerana apa? Kerana sistem pendidikan yang mereka lalui sebelum ini sdah membegitukan mereka..
            Sebenarnya, sebelum ini pun penulis sendiri pernah menulis hal yang sama di entry blog ini. Antaranya anda boleh baca di sini dan di sini



Jagindas: Baguslah kalau sudah sedar...Nak ingatkan sekali lagi, jangan tipu sejarah. Cerita betul-betul...

PARLIMEN DAN DUN WAJAR DIBUBAR SEKARANG

Gambar Hiasan: Najib dan YDP Agong

Bersesuaian Dengan Semangat Yang Sedang Meluap-Luap

HANYA, Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib sahaja yang tahu sebab mursababnya yang sehingga hari ini masih menyembunyikan tarikh pilihanraya ke 13 (PRU13) yang begitu dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Pelbagai spekulasi sebelum ini sejak tahun lalu, kini menjadi senyap kerana sudah maklum bahawa bila-bila masa sahaja dari sekarang pengumuman pembubaran dewan parlimen (DP) dan dewan unang negeri (DUN) boleh berlaku.
            Sementera itu, pihak yang merasakan bijak pandai sedang mengatur beberapa siri perhimpunan aman (katanya) yang dihujung-hujungnya adalah usaha terakhir untuk menarik simpati rakyat menyokong pakatan mereka iaitu Pakatan Rakyat (PR). Yang terbaru, walaupun namanya perhimpunan Shamsidar tetapi kandungannya adalah lebih kepada isu pilihanraya. Entah mengapa nama Shamsidar ada di situ, kita pun kurang maklum. Dalam bab ini, penulis rasa hanya Anwar Ibrahim sahaja yang tahu!
            Justeru, bagi penulis sekarang adalah masanya PM memutus dan mengisytiharkan keputusan membubarkan DP dan DUN.  Pada fikiran penulis, Najib tidak perlu menanti tarikh 28 April, 2013 sebagai tarikh dengan sendirinya DP terbubar. Teka teki rasanya sudah tidak memberikan nilai "terkejut" lagi kepada rakyat khususnya bagi mereka yang layak mengundi di PRU13 ini.

Isnin, 14 Januari 2013

ALHAMDULILLAH, BEGITULAH HENDAKNYA...

Dari Kiri: Nik Aziz, Hadi dan Harun

Akhirnya Pas Sedar...

Majlis Syura Pas yang bersidang semalam akhirnya memahamilah isu sebenar berkaitan penggunaan kalimah ALLAH oleh kitab-kitab agama lain selain agama Islam. Minggu lalu (9/1/13), penulis sudah ulas serba sedikit terhadap isu itu dan akhirnya apa yang dikatakan Nik Aziz (dan majlis syura Pas), samalah seperti apa yang penulis kata sebelum ini [klik di sini]
            Itu sebablah awal-awal lagi penulis kata semua pihak mesti ambil masa bertenang apabila berhadapan dengan isu-isu terutama yang bersifat sensitif. Jangan ingat bila kita ahli agama, maka baca sepintas lalu sudah mafhum luar dan dalamnya. Jangan ingat bila kita adalah hakim, tengok saja kertas pertuduhan sudah tahu apa hukumannya. Janganlah masakan kita polis, tengok saja yang dicurigai, sudah tahu apa kesalahannya.
            Tak boleh macam itu. Dengan satu perkataan bahkan dengan satu imbuhan pada kata dasar, sesuatu kenyataan itu boleh berubah maksud. Sebab itu, hendaklah ambil masa bertenang dan pastikan kita memahami bahasa!
            Alhamdulillah! Nah, sekarang mari kita berjuang habis-habisan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh diterakan dalam kitab-kitab dan risalah-risalah agama Islam sahaja. Manusia sejagat boleh menyebut Allah seberapa banyak mereka mahu. Yang kita tegah di Malaysia khususnya di semenanjong ini adalah dalam mana-mana kitab, risalah, skrip atau apa-apa yang menyerupainya bukan dalam agama Islam dilarang sama sekali menterjemah kata "God" atau "Lord" sebagai ALLAH.
            Jangan sampai Islam di Malaysia ini jadi seperti di negara jiran kita  klik di sini.


Jagindas: Apa-apa pun jangan gelojoh ya sheikh!

FAHAMILAH ERTI "PERHIMPUNAN AMAN"


Berikutan Masih Ramai Yang Keliru..

ANTARA pindaan yang terdapat dalam akta baru keselamatan dalam negeri selepas kerajaan memansuhkan Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) 1948 dan 1960 adalah memberi peluang rakyat mengadakan perhimpunan secara aman tetapi bersyarat.
            Antara syarat yang mesti dipatuhi adalah perhimpunan hendaklah dilakukan di tempat yang di benarkan oleh pihak berkuasa atau kerajaan. Misalnya ditempat A atau B sahaja. Dengan mematuhi syarat lokasi ini, penganjur hanya perlu menghantar notis perhimpunan kepada polis dengan menyatakan antara lain tujuan, masa dan tempat (pilih A atau B saja).

TERBUKTI KAMI PENCINTA KEAMANAN

Berikutan Perhimpunan Shamsidar Aman Damai
Gambar Hiasan.

PERHIMPUNAN Shamsidar sudah selesai. Macam biasa dalam sehari dua selepas itu cerita dari mulut rentetan peristiwa tersebut pasti tidak habis-habis. Dan, biasanya di kedai kopi adalah tempat yang mudah didengari cerita-cerita 'penglipur' lara seperti itu.
            Meskipun ada beberapa syarat dilanggar oleh pihak penganjur terhadap perhimpunan itu,namun banyak pihak yang memujinya kerana penganjur dikatakan telah melaksanakannya dengan aman tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
            Meja di sebelah penulis di sebuah kedai kopi, duduk seorang pemuda bersama rakan-rakannya yang kelihatan begitu bersemangat menceritakan kisah semalam yang kononnya beliau ada turut serta dalam perhimpunan itu. Katanya, dia berada dalam Stadium Merdeka.
            Sambil membuka akhbar SINAR dihadapan kawan-kawannya, dia mengakui perhimpun kali ini memang berjaya dan berjalan dengan lancar secara aman.
            "Nampak tidak semalam perhimpunan tersebut berjalan dengan aman. Tiada provokasi malah polis membiarkan sahaja perserta berarak menuju destinasi. Perhimpunan sebelum ini pun sebenarnya dilakukan sama tetapi mereka yang membuat provokasi sebab itu berlaku macam-macam", katanya.
            Penulis agak tersentak juga dakwaannya itu kerana seolah-olah selama ini kejadian huru hara dalam satu-satu perhimpunan sebelum ini disebabkan ada pihak ketiga yang membuat provokasi. Dan, kalau meneliti kata-katanya itu, seolah-olah polislah orang yang membuatkan provokasi itu!
            Inilah yang tidap sedap didengar. Peluang diberi untuk mewujudkan situasi  'menang-menang'  dan bukannya menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi, oleh kerana sikap dan dendaman di hati yang tidak pernah bersyukur, berterima kasih dan tidak pernah melihat kebaikan orang lain secara positif, maka apapun yang kerajaan buat segala-galanya tidak betul.


Jagindas: Agaknya dia menyesal sangat sebab dalam perhimpunan tersebut tidak berlaku insiden serang menyerang.....

Ahad, 13 Januari 2013

KHABAR DARI INDONESIA

Salah satu tanah perkuburan Islam di Indonesia.

Pengalaman Pelajar Kita Di Sana...



(SILA SEBARKAN/SHARE...Nauzubillahiminzalik, Astaghfirullahaladzim)

 DALAM entri facebook penulis hari ini, seorang sahabat memaparkan kisah pelajar kita di Indonesia. Begini ceritanya:

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..

Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia.

Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

Jadi, fikir-fikirkanlah baik buruknya.

Jagindas: Astaghfirullah hal 'adzim...Na'uzubillah minzalik