GAMBAR HIASAN: gelap masa depan remaja ini |
ELAK JADI O.K.U BUATAN SENDIRI
BIASANYA, masuk
sahaja bulan puasa, pada hari pertama puasa sudah ada yang putus jari, pecah
kepala dan macam-macam kecederaan lagi akibat bermain mercun buatan sendiri.
Malahan ada yang sehingga meragut nyawa.
Selalunya, peristiwa ngeri ini banyak
berlaku di kawasan pantai timur. Namun pada puasa kali ini setelah enam hari
berpuasa belum lagi ada berita seumpama itu berlaku dilaporkan. Alhamdulillah, baguslah.
Nampaknya ibu bapa, orang dewasa, remaja dan kanak-kanak semakin faham akan
bahaya dan bahana mercun.
Harap-harap kesedaran seperti ini biarlah
beterusan dan bukan sahaja sepanjang bulan puasa malah biarlah sampai
bila-bila. Kalau nak mati atau cacat sekalipun biarlah dalam keadaan yang tidak
dapat dielakkan dan bukan penyakit yang sengaja ditempah-tempah.
Justeru, langkah polis mengetatkan
kawalan kemasukan, penjualan dan pemilikan mercun di negara ini amatlah
dialu-alukan. Bukan raya melayu sahaja, semua perayaan pun jangan bagi peluang.
[sini] Jangan
pulak ada tapi-tapinya...
RAMPAS....pelbagai mercun yang dirampas |
Kalau boleh, semak balik
undang-undang kita, kut-kut ada yang boleh kita jadikan hukuman mandatori
kepada penjualnya kalau tidak pun hukuman mati, kenakan dia penjara 15 tahun ke
atas! Kalau dia berniaga, batalkan lesen niaganya seumur hidup. Kalau dia
berkenderaan, batalkan lesen memandunya seumur hidup dan rampas kenderaannya.
Kenakan denda sehingga 10kali nilai barang rampasan atau RM20,000 mana yang tertinggi.
Nampak macam zalim. Pada mula-mula
menguatkuasakan undang-undang memang orang akan kata begitu, tapi bila dah
lama-lama dan nampak kesan positifnya, rakyat akan suka dengan hukuman semacam
itu. Tapi, jangan masukan unsur politik, sudahlah..., mesti tak jadi punya!
Jagindas: .... sebab ada yang jual, maka itu sebab
ada yang beli! Jadi yang jual tu kita balun cukup-cukup dulu, baru dia akai! Tapi ingat.. jgn pulak anak penguatkuasa mewah bermain mercun.!