Khamis, 18 Oktober 2012

LELAKI PERKASA, PEREMPUAN HEBAT DI DUNIA


Masih Mampu Lahirkan Zuriat Pada Usia Senja

IBARAT kelapa, lagi tua lagi likat santannya. Demikianlah Ramjeet Raghav, 96, yang kini tercatat sebagai seorang petani menjadi bapa paling tua di dunia apabila dia baru-baru ini mampu menyebabkan isterinya Shakuntala, 60, melahirkan seorang lagi anak lelaki yang diberi nama Ranjeet, bulan lalu.
            Lelaki perkasa ini yang tinggal di Kharkhoda (India) juga mendakwa mampu melayarkan bahtera bersama isteri kesayangannya itu sebanyak dua dan tiga kali setiap malam! baca di sini  huh!
            Kehebatan Ramjeet teruji dan terbukti berikutan isterinya juga mempunyai tahap subur yang berkualiti meski sudah berusia 60 tahun. Dan, pasngan tersebut adalah dari sebuah keluarga miskin yang hanya berkeja sebagai petani dengan pendapatan kurang dari RM200 sebulan.

Jagindas: itu baru betul hebat, sebab sama-sama memang hebat, hehehehe...

SYOKNYA JADI MURSYIDUL AM PAS


Tidak Salah Kalau Terlajak Cakap

BOLA TANGGUNG....kena libas
DUA HARI lalu penulis ada menulis mengenai kisah cinta romantis antara PAS dan DAP yang sekali gus meneyentuh masa depan jawatan Murshidul Am PAS yang akan kosong buat selama-lama jika Nik Aziz berundur mahu pun mati di sini dan di sini
            Dan, hari ini seorang aktivis Pas, Datuk Muslim Othman menyifatkan pendabikan dada Nik Aziz itu sebagai "terlajak cakap" sekali gus memperakui bahawa sebenarnya ramai golongan ulama termasuk golongan muda dalam parti itu yang layak untuk menduduki kerusi mursyidul itu di sini
            Sambut menyambut kenyataan terutama secara peribadi dari kalangan kompenan pembangkang ini adalah perkara biasa terutama apabila kekhilafan dilakukan oleh pemimpin utama mereka. Sekilas kilat ada sahaja individu yang akan mempertahankannya.
            Biarlah apa pun tetapi  berdasarkan dua stuasi itu, penulis menyimpulkan terdapat dua pemikiran di situ:
            Pertama: bak kata pepatah melayu, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Padah tidak bererti terhadap manusia sejagat sahaja malah, padah juga turut berdepan dengan hukum Allah. Keterlajakan bahasa Nik Aziz itu sekali gus mencabar ketentuan Allah atau mendahulu kehendak Allah. Ini jelas lafaz angkuh dan ujub dan ia bukan peribahasa atau ibarat dan sebagainya.
            Kedua: dengan penepisan ibarat "bola tanggung" daripada Muslim Othman, turut memberi tahu bahawa Nik Aziz seharusnya mempersiapkan diri bersedia untuk menerima sepakan bola tanggung untuk mencampakknya berikutan tempatnya itu sudah amat wajar diganti baru. Nik Aziz tidak boleh mengatakan Muslim Othman tersalah cakap pulak sebab Muslim telah cuba menyelamatkan sifat terus mata Nik Aziz yang sebenarnya adalah kabur.
            
BARANGKALI, kalaulah "tersalah cakap" seperti ini lahir dari mulut orang melayu BN sudah barang tentu berasap berapi ulamak PAS suruh bertaubat dan berastaghfar dan bla bla bla....


Jagindas:Sasterawan negara, Shahnon Ahmad, ibarat orang yang sudah "unconsciousness", jadi jangan ambik hati laaa...

AMALKAN BAHASA KEBANGSAAN


Najib Seru Rakyat Guna B.Melayu - Martabatkan Bahasa Kebangsaan

BERCAKAP dalam satu wawancara ketika menjadi tetamu program Melody FM Morning Boss , iaitu program yang diterbitan oleh stesen radio berbahasa Cina kedua,  semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, meminta rakyat kaum cina di negara ini bertutur dalam bahasa kebangsaan.
            Menurutnya, dengan bertutur dalam bahasa melayu bermakna rakyat secara lansung menghormati dan memartabatkan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan.
            Saranan seumpama itu bukanlah perkara baru, malah memang menjanggalkan sehingga hari ini generasi selain melayu yang lahir, dibesar dan dididik dalam negara ini masih tidak lagi mahir dan fasih berbahasa melayu. Sekurang-kurangnya berbahasa melayu tempatannya sendiri seperti majoriti cina Kelantan dan Trenganu kalau tidak pun bahasa melayu standard.

BERSAMA DOA TERIRING


Semoga Yop Leh Akan Kembali Sembuh

WAJAH TERBARU... Penulis (kiri) bersama Yop. 
Sebelum ini saiz badan kami hampir sama manakala 
beza usia antara kami pula hanya dua tahun
SEBELUM ini penulis hanya melihat, menziarah dan mendengar pelbagai kisah menakut dan mengerikan mengenai pesakit yang mengidap kanser. Namun, sekarang abang saya sendiri sedang bertarung dengan penyakit tersebut. Dia berusia 57++ tahun dan insyaAllah Februari 2013 dia akan bersara. Namanya Ismail tetapi sejak kecil dia dikenali sebagai Saleh. Manakala di kalangan rakan-rakannya di HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) dia lebih popular dengan nama Yop.
            Tiba-tiba sahaja dua bulan lalu dia jatuh gangguan pernafasan dan dirujuk kepada hospital di Kajang. Saya katakan tiba-tiba kerana abang saya ini memang susah untuk mendengar dia kena sakit hatta demam sekalipun. Selepas rujukan itu tidak ada laporan mengatakan dia mengidap penyakit yang pelik-pelik melainkan doktor hanya mengesyaki dia mungkin terkena gastrik yang teruk.
            Tetapi beberapa minggu selepas itu dia dikesan ahli keluarganya sukar bercakap seperti biasa dan kerap mengalami sakit bahagian dalam mulutnya. Selain itu, keadaan fizikalnya menyusut (kurus) secara mendadak sehingga wajahnya jauh berbeza daripada keadaan sebelum ini.Bak kata orang tua-tua - kalau tidak disebabkan kulit akan bercerailah tulang dengan daging. Demikian keadaannya.
            Justeru,  apabila penyakitnya itu dirujuk kepada pakar ENT (telinga-hidung- Kerongkong) di HUKM, dengan sedihnya beliau disahkan mengidap penyakit "kanser pangkal lidah tahap 4".
            Penulis difahamkan rawatan untuk penyakit tersebut hanya ada dua pilihan. Pertama pembedahan besar. Amat ngeri untuk disebut. Menurut doktor, menerusi pembedahan itu, bukan sahaja semua giginya akan dicabut malah lidahnya juga akan dibuang.
            Selain itu, sistem penafasan dan makan minumnya juga akan diubahsuai menggunakan saluran getah yang ditebuk melalui tengkok dan perut.
            Bermakna, kalau dia selamat sekali pun menerusi rawatan itu, bayangkan dia tidak lagi boleh berkata-kata kerana sudah tidak berlidah. Selain itu, dia juga mungkin tidak lagi bernafas seperti biasa dan dari  segi makan minumnya juga dia tidak lagi dapat merasai sebarang nikmat sesuatu makanan. Bahkan, mungkin juga dia kehilangan deria bau.
            Menerusi rawatan pilihan kedua pula, doktor tersebut memaklumkan abang penulis akan di beri rawatan radiasi dan kimotrafi selain semua giginya juga akan dibuang. Penulis tidak dijelaskan dengan lanjut prosedur rawatan kedua ini. Namun, abang penulis memilih jenis rawatan kedua ini dan sekarang dia sedang terlantar di unit radiotrafi HUKM sejak semalam.
            Ketika menziarahi, penulis angkat topi kepadanya kerana rupa-rupanya dia memiliki sifat ketabahan menghadapi ujian Allah Taala itu.Dia bukan sahaja tenang malah dapat menceritakan dalam suasana ceria tentang penyakitnya itu. Sedikitpun tidak nampak kegelisahan, risau mahu pun cemas.
            Mudah-mudahan dengan ketabahannya itu, Allah swt.  akan memperkenankan doanya, anak isterinya, adik beradik, sanak saudara serta sahabat tolannya yang terus-terusan berharap dia akan sembuh dan dapat menjalani hidup seperti biasa.


Jagindas: Sebentar tadi saya sudah tidur lena kira-kira dua jam namun kira-kira pukul 3.14 pagi saya terkejut lantas tidak mahu lelap lagi. Kerana terbayangkan derita yang sedang dipikul abang saya itu lalu catatan ini saya luahkan. Mungkin saudara kalian ada jalan yang boleh dikongsikan



Rabu, 17 Oktober 2012

CINTA PLATONIK


APA KESUDAHANNYA?

PASANGAN PLATONIK ?
MELIHAT kepada pergeseran dalaman antara PAS dan DAP, maka penulis melihat hubungan antara kedua-dua parti politik tersebut bolehlah dianggap seBagai hubungan "platonik". Kedua-dua mereka nampaknya intim namun tidak bernafsu antara satu sama lain.
            Langsung, pada masa sama kedua-duanya juga bebas membuat keputusan, matlamat serta halatuju masing-masing dalam menerajui parti mereka. Mereka bukan pasangan LGBT (lesian, gay, bisex dan transex) tetapi adalah pasangan normal namun tiada nafsu untuk menyatu.
             Kehebatan Nik Aziz, diakui oleh Nik Aziz sendiri bahawa tiada seorang pun di kalangan ulamak PAS yang layak menggantikannya. Bermakna, kalau beliau mati nanti, jawatan Mursyidul Am akan kosong selama-lamanya..baca di sini
            Haji Hadi dan yang lainnya, jangan cakap banyak sebab anda tidak setaraf malah sampai bila-bila pun tidak akan mencapai taraf untuk setanding dengan Nik Aziz. Nik  Aziz adalag Tok Guru yang terus mata, macam juga Pak Belalang ahlil nujum kesayangan raja.
            Tidak seperti DAP, patah tumbuh hilang berganti, malah bukan sahaja ramai yang layak menjadi pengganti bahkan pengganti Lim Kit Siang mungkin lebih hebat daripada beliau hari ini.
            Nyatalah, kedua-dua pasangan politik ini memang hebat sehingga kecemburuan PKR selalu tidak menjadi. Pun begitu, cinta platonik PAS-DAP, apakah kesudahannya?


Jagindas: mencari tapak baru untuk bercucuk tanam...

Selasa, 16 Oktober 2012

GANGGUAN ILMU HITAM

Gambar Hiasan

Buat Penguatkuasa Serba Salah

SEBUAH akhbar tabloid popular hari ini memaparkan kisah seorang pegawai pihak berkuasa tempatan yang dikenaka ilmu hitam yang dikira agakkuat juga sehingga boleh menyebabkan kesusahan kepada seorang bomoh yang cuba merawatnya di sini.
            Ilmu hitam dikaitkan dengan sihir dan shir pula berhubung rapat dengan syaitan, jin dan iblis. Dari segi agama pula hukum mengamal mahupun menggunakan perkhidmatan pengamal tersebut adalah haram. Haram!

BN - JANJI DITEPATI


PR -  "PEMBOHONGAN KPD. RAKYAT"

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA 15/10/12

MACAM-MACAM Hal pulak Selangor sejak akhir-akhir ini. Pulau Pinang pun begitu jugak. Kelantan pula ada jenakanya sendiri. Ketiga-tiga negeri yang diperintah pembangkang ini atau dalam gabungannya di sebut Pakatan Rakyat (PR) memang menghiburkan. Sampai tak larat nak dengar!
            Pilihanraya semakin dekat. Semakin hampir dan semakin mendebarkan. Najib kata, bila-bila masapun boleh! Mac lah tu...
            Orang-orang UMNO dan BN jangan pulak dok syok buka pekong orang saja ye! Bukak pekong orang ni memang seronok dan memang melekakan. Hati-hati, bila kita berpencak silat, pihak lawan memerhati kelemahan pencak kita. Jangan nanti dalam keadaan sedar, ada yang tumbang berdiri!
            Datuk Saifuddin Abdullah, apa khabar? Beg dah beli ke? hehehe.... kemut keliling ye...


Jagindas:  ada janji membawa akibat...  di sini

Isnin, 15 Oktober 2012

DARI MANA DATANGNYA GILA


Dari Jiwa Langsung Ke Mental

KIRA-KIRA 14, 000 daripada 1.4 juta penjawat awam di negara ini menghadapi masalah psikologi dan kesihatan mental, kata Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dr Aris Kasan  di sini
            Sebelum itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, baru-baru ini mendedahkan bahawa berlaku kadar peningkatan kes budak remaja sakit jiwa dan keadaan itu membimbangkan kerajaan berikutan remaja adalah aset utama negara di sini.
            Walaupun pun bagi kes pesakit jiwa dan mental di kalangan penjawat awam dikatakan masih kecil namun kedua-dua fenomena ini tetap membimbangan jika ia tidak dikesan dan dikawal dengan segera.

Sabtu, 13 Oktober 2012

BERCUTI

Jagindas Kurang Sihat....


sepanjang hari ini jagindas sakit kepala. bergengap-dengap sejak pagi sampailah la ni... dah 4 biji panadol actifast ditelan, masih begitu juga!

Esok nak ke Kajang pulak ziarah abang sulung sakit. Mudah2an malam ni ok kut.

Jagindas: insyaallah, bila sihat nanti, saya akan sambung celoteh di blog ini.


Jumaat, 12 Oktober 2012

HINDARILAH BONGKAK, UJUB DAN RIAK

DR MAZA... Marhaen

Walau Hanya Sebesar Zarah

"Ustaz yang berceramah di depan majlis, belum tentu lebih disayangi ALLAH dari mereka yang duduk di bawah mendengar ceramahnya.
            Bahkan mungkin yang berceramah itu ALLAh benci disebabkan kesombongan, riyak dan ‘gila dunia’ yang bersarang dalam jiwanya. Sementara yang hadir mendengar dengan ikhlas, tanpa sebarang tujuan melainkan mencari redha ALLAH, dia sangat ALLAH sayangi. Saya memberitahu dalam kuliah saya bahawa dalam sunnah, bayi yang lahir dibawa kepada Nabi s.a.w lalu didoakan"

UNGKAPAN di atas saya petik daripada tulisan Prof Madya Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis yang juga lebih dikenali sebagai DR MAZA di sini

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT

GAMBAR HIASAN

Akhirnya Jatuh Ke Tanah jua...

ALHAMDULILLAH..Akhirnya jatuh juga tupai ke tanah setelah puas melompat-lompat dari dahan ke dahan dengan angkuh dan riaknya! Berkat kerjasama dan kesabaran penduduk akhirnya penantian membuahkan hasil.
            Setelah lebih sebulan penduduk berjaga malam mengawal kampung namun semalam maka bertemulah buku dengan ruas. Bertemuah rabu dan khamis. Seorang penjenayah yang licik sebelum ini memecah masuk rumah penduduk sekitar Tanjong Tualang akhirnya tersungkur setelah terkejut dengan jeritan seorang penduduk.
            Kejadian berlaku antara pukul 5 dan 6 pagi tadi, di mana seorang penduduk terkejut dengan bayangan seseorang yang cuba memasuki rumahnya dari pintu belakang.
            Terkejut dengan bayangan itu, penduduk tadi menjerit menyebabkan adik beradiknya serta penduduk lain keluar mengejar dan mengepung penjenayah berkenaan. Dan, peristiwa kepung mengepung itu berkesudahan dengan bedal membedal sehingga lembik sebelum penjenayah terbabit diserahkan kepada polis.
            "Sekarang terpuanglah kepada polis untuk mencari saki baki atau kaum kerabat penjaenayah tersebut kerana kita percaya sekurang-kurangnya dua tiga orang lagi masih bebas," kata seorang penduduk yang lega dengan tangkapan itu.
            Sebelum ini setiap malam tiba sehingga menjelang pagi, penduduk sentiasa bimbang dan takut kerana hampir setiap malam berlaku kes pecah rumah dan kecurian. Penduduk khususnya kaum wanita tambah bimbang kerana penjenayah terbabit dipercayai lebih seorang dan bersenjata serta memakai topeng.
            Berikutan itu, penduduk di beberapa kawasan sekitar Tanjong Tualang mengadakan jadual rondaan berkala bagi menangkap penjenayah tersebut.

Jagindas: muafakat membawa berkat


Khamis, 11 Oktober 2012

DIPETIK DARI BERNAMA


Pas sanggup dikatakan menang kerana DAP - Nik Aziz

TOK GURU NIK AZIZ
KOTA BAHARU 11 Oktober, 2012

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu sanggup dianggap mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik atas pertolongan atau sokongan parti lain termasuk DAP.
            Jagindas: betul tu tok guru. biarlah apa mereka nak kata. yang penting kejayaan kita. teruskan tok guru!

            Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau juga tidak nampak apa yang silap tentang DAP.
            Jagindas: depa yang kata silap, tok guru tak silap apapun. jangan pedulilah! kalau semua nak diambilkira tak jadi kerja kita tok guru. depa yang buta!lagi pun depa mengaji had mana pun...

            "Saya tidak nampak di mana silapnya DAP sehingga ada pihak yang mempersoalkan tindakan PAS "bersekongkol" dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Saidina Ali, di Pekan Kok Lanas di sini, hari ini.
            "Yang depa nampak DAP tu komunis dan anti Islam saja. Depa tak nampak pulak yang DAP bagi undi pada PAS, yang tu yang kita nak pun, bukan kah?", kata jagindas kepada tok guru.

            Beliau diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP.
            Jagindas pun sudah mengulas untuk beri sokongan moral kepada tok guru.

            Dr Shahnon yang juga anggota seumur hidup Pas mendakwa apa yang dilakukan parti itu sekarang hanyalah menurut kehendak politik DAP. Pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam, katanya. - BERNAMA
            Jagindas: Alhamdulillah, Dr Shahnon telah diberikan taufik dan hidayah oleh Allah swt. Demikianlah jika Allah menghendakinya! betullah seperti apa yang Tun Mahathir cakap di sini


Jagindas: wallah hu'allam. habis tu, nak kata apa lagi.....

BUATLAH KERJA DI BELAKANG TABIR

SHAHRIZAT...apa benda yang di sukat tu

Nasihat Ahli Kepada Sesetengah Pemimpin Parti

ADA KETIKANYA, malah barangkali juga sehingga selesai pilihan raya umum ke 13 (PRU13) beberapa orang dari kalangan politik BN eloklah mendiamkan diri. Kalau nak beri sokongan kepada kerajaan atau BN pun buat cara lain. Tidak perlu mendedahkan diri. Dalam kata lain, tidak perlulah menggunakan media atau publisiti politik lagi. Dalam keadaan sekarang, ada muka-muka tertentu kalangan pemimpin UMNO boleh membantutkan sokongan rakyat kepada BN.

Rabu, 10 Oktober 2012

GERAKAN PENGKRISTIANAN

Pesakit Hospital Jadi Sasaran

GAMBAR HIASAN UNIT ICU
PENULIS tidak terkejut dengan dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap gerakan memurtadkan umat Islam semakin agrasif sehingga dikatakan kini sedang menyusup ke hospital seperti dilaporkan di sini
            Sebenarnya penulis juga sudah lama melihat keadaan ini ketika melawat rakan damai yang terlantar di hospital. Benarlah seperti apa yang dilaporkan itu.
            Berpuluh kali saya menziarahi sahabat handai yang terlantar di hospital, namun tidak pernah sekalipun saya bertemu dengan golongan pendakwah atau pegawai-pegawai agama Islam mahupun sesiapa sahaja yang berautoriti dalam bahagian itu menyusuri dari katil ke katil pesakit terutama mereka yang sedang tenat. Sedangkan, saya kerap pula bertemu dengan kumpulan mubaligh kristian.
            Timbul tanda-tanya, apakah akan hilang status ulamak, imam, bilal atau pegawai agama jika mereka turut melakukan seperti mubaligh kristian itu? Hilangkah bisa ular jika menyusup akar? Atau, najiskah pesakit itu sehingga dikhuatiri akan dijangkiti penyakit jika kerap menziarah pesakit?

RAKYAT TAK PERLU PANIK

GAMBAR HIASAN: Rakyat bebas bergerak...
Semua Kes Terkawal:

Negara Punya Cara Professio-nal Atasi Pelbagai Kes Jenayah 




kes pecah mesin ATM - terkawal dan dikawal
kes pelbagai jenayah berat - terkawal dan dikawal
kes penjenayah guna senjata api - terkawal dan dikawal
kes pecah rumah, samun dan curi - terkawal dan dikawal
kes pelampau agama - terkawal dan dikawal
kes politik melampau - terkawal dan dikawal
kes harga barang naik tak turun turun - terkawal dan dikawal
kes penagih dadah tegar dan baru - terkawal dan dikawal
kes remaja hilang, culik - terkawal dan dikawal
kes pengemis jalanan, gelandangan - terkawal dan dikawal
kes penyakit kronik - terkawal dan dikawal
kes sumbang mahram - terkawal dan dikawal
kes rogol - terkawal dan dikawal
kes ubat kuat lelaki di pasaran gelap dan terang - terkawal dan dikawal
kes LGBT - terkawal dan dikawal
kes lahir anak haram, buang anak - terkawal dan dikawal
kes disiplin murid sekolah - terkawal dan dikawal
kes korupsi pegawai kerajaan/orang awam - terkawal dan dikawal
kes kemiskinan, hidup melarat dan merempat - terkawal dan dikawal
kes pendatang tanpa izin - terkawal dan dikawal
kes pendatang salahguna permit - terkawal dan dikawal
kes penyeludupan barang kawalan - terkawal dan dikawal
kes seludup, transaksi dan memproses dadah - terkawal dan dikawal
kes pelacuran dan aktiviti niaga sex - terkawal dan dikawal
kes mesin judi haram/komputer - terkawal dan dikawal
kes judi nombor ekor haram - terkawal dan dikawal
kes bukan kes - tiada kes prima-facie

Jagindas: Justeru, rakyat tidak perlu bimbang, jalan kehidupan anda seperti biasa, segala-galanya terkawal.

PASANGAN WARGA EMAS INGIN ANAK

IDRIS DAN ROHANI  (SUMBER: sinar harian)

Idris Labuh, 72 dan
Rohani Lee, 58
Masih Berupaya


INSYAALLAH Pakcik, jika Tuhan menghendaki apapun akan terjadi. Pakcik dan makcik teruslah berdoa dan menyerahkan harapan kepada Allah, mudah-mudahan hasrat dan hajat anda berdua akan dimakbulkan.
           

Jagindas: Jangan letih berusaha dan berusaha....

BERHATI-HATILAH SEBELUM BERCAKAP

DATUK HARON DIN

Walaupun Kita Memiliki Ilmu Yang Tinggi

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din meminta semua pihak tidak mengaitkan Pas dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau dikenali juga sebagai MJ Akhbar, yang berfahaman liberal  di sini
            ''Itu tindakan dia (Anwar) sendiri. Anwar pun ada caranya. Dia pun tak tubuhkan parti Islam, dia tubuhkan parti Keadilan (Parti Keadilan Rakyat-PKR). Tak apalah itu pandangan politik dia," katanya.
            Soalnya Datuk Haron, bukan masalah PKR tidak menubuhkan kerajaan Islam atau tidak, apa yang dimusykilkan adalah Anwar itu (setakat ini) adalah orang Islam. Dan, apakah hukumnya orang Islam yang bersekongkol dengan mereka yang menyanggah rukun dan syiar Islam. Ini kerana,  MJ Akhbar sendiri memperakui bahawa sebagai seorang Islam tidak semestinya seseorang itu menunaikan sembahyang lima waktu, berpuasa dan sebagainya.
            Dengan kata lain, MJ menyifatkan rukun Islam yang lima bukanlah satu rukun yang wajib mutlak ditaati oleh umat Islam malah ia boleh dilonggar-longgarkan mengikut kesesuaian masing-masing. Seolah-olah tiada dosa dan pahala!
            Tidakkah ini amat bertentangan dengan syiar Islam? Oleh itu, wajarkah kita sebagai orang Islam membiarkan apatah lagi merestui perbuatan, pelakuan dan fahaman yang jelas bertentangan dengan Islam?
            Usahkan Pas, UMNO sendiri tidak sampai begitu sekali pandangannya terhadap rukun dan syiar Islam.
            Justeru, Datuk Haron, jangan pandang remah perkara-perkara macam ini. Benda-benda yang terkait dan kait mengaitkan eloklah diteliti dengan sempurna sebelum kita meletakkan kesimpulan. Ini kerana, sebagai ulamak pendapat, pandangan dan keputusan tuan-tuan menjadi pedoman dan ikutan khalayak umat Islam sejagat.
               Maafkan saya di atas keceluparan ini.....Assalamualaikum.


Jagindas: sudah terang lagi bersuluh, semudah itukah kita disesatkan?

Selasa, 9 Oktober 2012

ANWAR SOKONG LIBERALISME


Memacu Negara Ke Arah Huru Hara

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. Nyatalah bahawa Anwar Ibrahim adalah pejuang liberal berikutan sokongannya terhadap penggiat gerakan itu apabila beliau bersetuju melancarkan sebuah buku Tinderbox: The Past and Future of Pakistan karya Mobashar Jawed Akhbar atau dikenali sebagai MJ Akhbar (MJ), di Kuala Lumpur baru-baru ini di sini
            MJ yang mengakui dirinya Islam  tetapi menyanggah bahawa tidak semestinya umat Islam mengerjakan semua suruhan dalam rukun Islam itu, kini cuba mendapatkan rangkaian bagi menyebarluaskan fahaman tersebut langsung untuk diterjemah ke dalam sistem politik negara.

REMAJA HADAPI MASALAH JIWA


Kes Sakit Jiwa Dan Mental Meningkat

DATUK SERI LIOW TIONG LAI
MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, baru-baru ini mendedahkan bahawa berlaku kadar peningkatan kes budak remaja sakit jiwa dan keadaan itu membimbangkan kerajaan berikutan remaja adalah aset utama negara di sini.
            Bagi beliau peningkatan kes tersebut mungkin disebabkan pengaruh internet teknologi komunikasi yang menghadkan sistem komunikasi sosial. Kesibukan ibu bapa yang bekerja juga menyumbang secara tidak langsung peningkatan kes berkenaan berikutan mereka memandang ringan peranan mereka dalam memberi sokongan kepada anak-anak.

SEMOGA LULUS CEMERLANG


PMR Bermula Hari ini

Penulis mengucapkan selamat menempuh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula hari ini (9/10/2012) sehingga 16 Okt ini di 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara.
            Penulis juga mendoakan semoga 481,424 calon yang menduduki penilaian terbabit di 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara tenang dan tangkas menjawab semua soalan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang khususnya kepada anak bangsaku.


Jagindas: Sijil Rendah Pelajaran (SRP, sekarang PMR)  cuma dapat 17 aggregat.