Ahad, 11 November 2012

MALANG IZZAH SEBAB DIA PEMBANGKANG


Isu Kecil di Gege Gegok

MENURUT Tuan Guru Nik Aziz, malangnya nasib Nurul Izzah Anwar kerana dia adalah pembangkang lalu keceluparannya terus mendapat cemuhan  isunya di sini. Dengan kata lain, kalau Izzah di pihak kerajaan tentunya kata-katanya (kes keceluparannya) itu tidak menjadi kesalahan. Begitukah Tuan Haji Nik Aziz?

Antara lain Nik Aziz berkata:
            “Bagi saya dalam isu ini, Izzah tidak bernasib baik kerana dia pembangkang, apabila buat benda sikit walaupun perkataannya boleh menjadi celaru juga tetapi ia menjadi ‘gege gegok’ (diperbesarkan),”
            “Izzah lain surat khabar lain...yang Izzah bercakap mestikah serupa yang akhbar siarkan? Sebab itu kali pertama saya tengok benda ini disiarkan akhbar saya rasa bukan dia,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Mingguan di sini, semalam.
            Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas Kuliah Mingguan, Nik Aziz yang juga Menteri Besar menyalahkan laporan media dan katanya, tidak semestinya apa dikeluarkan media serupa dengan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Berita lanjut klik di sini


Jagindas: Pun tumpang Qasian sama ....




Sabtu, 10 November 2012

ORANG CINA JANGAN BIMBANG LAGI


Sekolah Cina Tetap Dipertahankan!

KETEGASAN Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Muhyidin Yassin, bahawa kerajaan akan mempertahankan sekolah cina dan lain-lain sekolah di negara ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang terkandung dalam dasar pendidikan nasional tentunya mengembirakan semua pihak             di sini
            Walaupun beliau yang juga Timbalan Pedana Menteri (TPM) meminta supaya isu pendidikan tidak dipolitikan oleh semua puak politik, namun pengumuman beliau itu sedikit sebanyak akan memberikan kredit kepada politik tanah air khususnya Barisan Nasional (BN). Barangkali kalau kaki pusing, puak pembangkang juga boleh ambil kesemapatan meraih kredit politik daripada kenyataan Muhyidin itu.
             Penulis tidak mengambil kira janji TPM itu sebagai isu untuk di ulas tetapi penulis ingin bertanya dengan penegasan itu apakah yang akan terjadi kepada "Sekolah Wawasan"   klik di sini.

JANGAN DURHAKA!


Ahli UMNO Wajib Tolong Parti

PANJANG lebar ceritanya  baca di sini

Betullah apa yang Pak Engku cakap tu. Tetapi....


Jagindas: Tengoklah macam mana nanti. Kalau tak berubah-ubah perangai juga nak tolong macam mana?  Kalau calonnya jenis kacang hantu, nak sokong macam mana. Era kalau tunggul jadi calon pun, BN pasti menang dah habis dah....kena faham-faham lah.. 

BANYAK CAKAP BANYAK SALAH


BANYAK SALAH BANYAK DOSA

APABILA menyebut tentang proses penyampaian, mahu tidak mahu kita tidak boleh lari dari dunia percakapan. "Lidah tidak bertulang" adalah antara simpulan bahasa yang menyatakan perihal jahatnya percakapan jika tidak dikawal.
            Banyak sudah yang terperankap dalam percakapan yang tidak berbatas. Apalagi dalam dunia yang menuntut kebebasan bersuara. Ada lagi yang orang tua-tua kata: sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa!
            Justeru, orang tua-tua pernah berpesan, supaya kita sentiasa berhati-hati ketika bercakap. Ini kerana, menurut kata orang tua-tua: "....Apabila banyak bercakap, dikhuatiri akan berlaku banyak salah. Dan, apabila banyak melakukan kesalahan maka banyak pulalah dosa yang ditanggung. Manakala, jika kita terlalu banyak dosa kemudian mati dalam keadaan belum sempat bertaubat atau bermohon ampun maka nerakalah tempatnya!... wallahhuallam.
            Oleh itu, cakaplah apa yang hendak dicakap. Balun apa saja! Tapi jangan lupa, tanggunglah apa sahaja risikonya. Jangan pusing-pusing pulak. Tepis tepis sana sini nak bagi orang lain kena pulak. Namun, itupun kerja lidah tak bertulang juga! Ikut rasa binasa, ikut hati mati - itupun kata orang tua-tua juga.


Jagindas: Berhati-hati dijalan raya - banyak AES dan kamera perangkap laju PDRM

Jumaat, 9 November 2012

MACAM-MACAM HAL

DEMO... Hukuman sebat dalam Islam

Paksa Ngaku Berzina

CUBA baca cerita ini, klik di sini

Apa benda yang tak kenanya?  Mengarut betul.  Walaupun kes ini nampak seperti terpencil tetapi jangan pandangan ringan. Sebab, ia melibatkan maruah kedua-dua pihak bahkan maruah institusi pendidikan itub sendiri. Guru sandaran pulak tu! Mesti ada benda yang tak kena ni..
           
Apa-apapun kita tunggulah apa kata mahkamah...



Jagindas: Yang ustaz tu pulak, tahu sohihkah dia hulu hilir kes tersebut? Pelik..! Macam ini pun ada wo..!

APA PULAK MAIN MAK BAPAK NI?

SHAHRIZAT...Azizah kena mohon maaf

Kak Ijat Pun Nak Beri Komen Juga

NAIB PERSIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Nurul Izzah Anwar, bukan sahaja sudah akil baligh malah usianya juga sudah melampaui 21 tahun dan sudah pun berumah tangga. Bermakna, Nurul sudah bertanggung jawab terhadap dirinya sendiri dalam apa juga keadaan dan peristiwa. Dia bukan kanak-kanak lagi.
            Justeru, mengapa pula ada pihak yang mahu ibunya Wan Azizah untuk melafazkan maaf kepada rakyat Malaysia berikutan keterlanjuran dan keceluparan Izzah mengenai isu orang melayu berhak bebas memilih agamanya sendiri selain Islam baca di sini
            Apa ni Datuk Seri Shahrizat Jalil? Kak Ijat,nampaknya sudah tersasar. Kalau nak tembak, tembaklah tetapi biar kena sasarannya.
            Dalam bab ini, mak bapak Nurul tidak bersalah dan tiada sebab desakan dibuat untuk mereka memohon maaf. Kalau Kak Ijat sebut atas nama Presiden PKR atau Penasihat PKR, itu tak apalah. Tak payahlah main mak bapak pulak.


Jagindas: Kak Ijat nampaknya gian nak bercakap ni...takut repoter lupakan kak Ijat ye?


TIDAK PERLU DIDEBAT DAN DIPERTIKAI


Orang Islam Tidak Boleh Tukar Agama

KENYATAAN seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim, di laman portal Free Malaysia Today , yang kesal terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar , kerana didakwanya tidak mempertahankan kenyataan yang dibuatnya berhubung kebebasan beragama di negara ini termasuk orang melayu, menarik perhatian saya untuk mengulas sedikit isu tersebut  di sini
            Ini kerana, pada mulanya penulis berpendapat Siti Zabedah hanyalah sengaja membuat soalan provokasi bagi melihat pendirian Nurul terhadap agama Islam dan hubungan agama itu dengan orang melayu dan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini.
            Namun, pada dua perenggan terkahir laporan akhbar tersebut dipetik Siti Zabedah sebagai berkata:
            "Sementara itu, Siti Zabedah berkata, masanya telah tiba untuk kebebasan beragama kepada orang melayu didebatkan kerana perlembagaan persekutuan tidak membenarkan hak tersebut.
          Katanya, individu-individu yang mengkritik Nurul Izah adalah golongan konservatif dan mereka hanya mahu menegakkan versi agama yang mereka katakan benar." - (Utusan Malaysia/9 Nov, 2012/p.6)
           
Apa yang penulis faham, dalam bab agama Islam bagi orang melayu memang tidak boleh didebat mahupun dipertikaikan. Ini kerana, penganut agama Islam tidak dibenar sama sekali (hukum Allah) menukar agama mereka atau memurtadkan diri. Ini jelas disebutkan dalam urusan agama Islam itu sendiri dan bukannya disebabkan terikat dengan hak-hak perlembagaan Persekutuan.
            Memang, kita tidak memaksa orang lain (selain melayu) menganuti Islam. Namun, sebaik sahaja seseorang itu menukar agama mereka yang asal kepada agama Islam, maka terikatlah mereka itu dengan hukum hakam Islam termasuklah bahawa mereka tidak sesekali dibenarkan kembali ke agama asal atau menukarnya ke lain-lain agama.
            Ini jelas dan jika dibantah, maka hukumnya adalah murtad. Dan, bagi mereka yang telah murtad, Islam mempunyai hukumannya sendiri terhadap individu tersebut.
            Justeru, tidak ada sebab pengkritik isu Nurul Izzah disebut sebagai golongan konservatif dalam urusan ini. Bagi penulis, siapapun yang beragama Islam, tidak sepatutnya menyokong kepada kenyataan Nurul dan berasa kesal apabila Nurul kemudiannya menafikannya.
           


Jagindas: Kebebasan bersuara semakin mengerikan..

MENGAPA DENGAN ANAK SAYA


Anak PM Lain Kamu Tak sibuk Pun!

HAH!  Padan muka! baca cerita lanjut klik di sini

Wahai sang reporter, sepatutnya anda tanya Tun begini: "Tun, bolehkah saya tumpang sekaki dalam projek tersebut. Kerja reporter ni tak berapa cukup makan lah... Saya dah lama teringin nak jadi jutawan. Bolehlah Tunnnnn...., saya soranggggggg saja.."

Heh heh heh...


Jagindas:Professionallah yop! Kalu bapak kamu PM pun, kamu pun dapat macam tu jugak. Entah-entah lipat lapan lagi, apa?

PENGECUALIAN BAYAR PTPTN

Kalau bab demonstrasi, melayu-lah yang kedepan...

Cina Paling Ramai

ORANG melayu pandai minta dan ngentak-ngentak nak itu nak ini sahaja. Manakala orang lain pula, pantang dapat peluang dia akan pulun habis-habisan. Di hujung-hujungnya, merekalah yang mendapat untung dan manfaatnya  baca di sini
            Buatlah dasar apapun, orang melayu dok macam tu juga. Kalau ada pun cuma satu dua sahaja yang bergerak maju. Bukan tak ada. Ada. Tapi dari segi nisbah masih tidak berbaloi.
            Pernah seorang rakan penulis, seorang cina, berkata apapun dasar yang kerajaan buat untuk orang melayu, orang cina tetap untung. Penulis faham, dia perli pernulis tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang secara pukalnya bertujuan membantu atau menaikkan ekonomi orang melayu.
            Apatah lagi kalau dasar yang dibuat untuk semua macam kes pengecualian bayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kalau  dasar yang dibuat khas untuk bangsa melayu saja pun orang melayu tidak berapa nak pulun, apatah lagilah jika dasar itu untuk semua kaum!
            Sikit-sikit kerajaan tak betul. Sikit-sikit kerajaan zalim. Itulah zikir yang cukup mahir di kalangan orang melayu (bukan semua laa..). Sebab apa? Sebab...."ESCAPISM" 
            Bila nak berubah?

Jagindas: Serba tak kena...

Khamis, 8 November 2012

MASIH ADA YANG KELIRU ISTILAH MELAYU


Sekali gus Terkeliru Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Negara



KETIKA membaca beberapa komen di sebuah akhbar online berkaitan isu "kebebasan beragama" yang dicetuskan oleh Nurul Izzah, sempatlah penulis memetik dua komen ini yang dipercayai ditulis oleh penulis yang sama: Komen-komen tersebut boleg dibaca di sini

          Tidak ada paksaan daam agama (Islam) ~Surah Al Baqarah ayat 256.
          Kalau ada ayat yg boleh paksa orang atau ssiapa pun atau bangsa
          apa pun utk masuk atau anuti agama Islam sila berikan
          ayat dari surah apa. Mungkin ada dalam surah UMNO agaknya.
          Kebebasan dlm beragama, bukankah itu termaktub di dalam
          perlembagaan Malaysia. Semakin hari Umno semakin tunjukkan
          wajah sebenar mereka. Wajah paling hodoh, bodoh, jahat,
          jahil & rakus. Pendekkan semua cakap dan ayat ayat utk
          jadikan orang sesat.

          Umno kata " Hidup Melayu ".Mamak macam mana? Cina Mualaff
          mcm mana? Melayu deli, Jawa, Melayu Asli, Melayu Acheh,
          Melayu Minang, Melayu Palembang, Banjar, Bugis & lain lain
          bangsa yg beragama Islam. Ramai Jawa dari Indonesia yg jadi rakyat
          Malaysia rasa terhina bila di katakan Melayu. 
          Mereka Jawa bukanMelayu.Hidup Melayu Umno utk Melayu di dlm 
          Umno shj agaknya "MELAYU HARAM JADAH"

Guru penulis mengajarkan bahawa Islam tidak sesekali membenarkan penganutnya menukar agama. Sekali memeluk Islam (termasuk yang dilahirkan dalam keluarga Islam), maka seseorang itu akan terus serta wajib dalam Islam. Jika dia menukar agamanya selain Islam, maka dia adalah murtad. Dan, bagi seseorang yang telah murtad Islam mempunyai hukum-hukumnya sendiri.
            Merujuk kepada melayu yang disebut dalam negara ini adalah Melayu dalam konteks Malaysia. Untuk itu penulis mencadangkan supaya sesiapa sahaja yang masih kurang faham terhadap "istilah melayu" yang dipakai dalam perlembagaan supaya merujuk di sini


Jagindas: baca juga sajak Usman Awang ini, klik di sini



KAFIR HARBI, KAFIR ZIMMI

DR MASHITAH..... berdasarkan sikap orang kafir

TERIMA KASIH YB DR. MASHITAH, kerana bagi penulis apa yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim,
tentang kafir harbi dan kafir zimmi itu lebih bernas berbanding yang dimaklumkan oleh Datuk Jamil Khir di parlimen yang sama  di sini
            Penulis tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini, tetapi oleh kerana ia memperlihatkan sesuatu yang meragukan (penjelasan Jamil Khir), maka penulis percaya dengan penjelasan Dr. Mashitan ini selesailah istilah isu kafir harbi dan zimmi ini.


Jagindas: Lain kali cakap biar TEGHANG (terang)......

INILAH BALA TUHAN


Kristian, Yahudi Tolak LGBT

GAMBAR HIASAN - berang tufan sandy

NEW YORK 6 Nov. - Tiga pemimpin agama tempatan menyatakan, Taufan Sandy yang melanda pantai timur Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kemusnahan besar adalah kesan daripada kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat di negara ini. Lanjut baca di sini
            Malaysia masih bernasib baik kerana pemimpin negara tetap menentang LGBT. Kalau adapun puak-puak yang seakan-akan menyokong atau mahu kerajaan membela nasib LGBT, golongan ini bukan pemimpin negara dan tidak direstui secara majoriti oleh khalayak atau rakyat jelata.
            Moralnya di sini, jika pemimpin agama Kristian dan Yahudi sendiri menolak malah memperaku bahawa Tuhan telah menurunkan bala ke atas Amerika Sharikat akibat keangkuhan ketua negaranya menyokong serta meluluskan aktiviti LGBT, mengapa pula ada seorang dua yang bergama Islam di negara ini beria-ia pulak mahu golongan songsang itu dibela? Ketua agama orang kafir sendiri menolak LGBT, apakah orang yang mengaku dirinya Islam wajar menyokong LGBT?
            Dalam Al-Quran dan sirah-sirah nabi telah diperjelaskan kisah Nabi Lut dan kaum Lut. Apakah lagi yang perlu dijelaskan bagi meyakinkan bahawa LGBT amat-amat haram serta perlu ditentang habis-habisan.


Jagindas: Tidak mampu tambah bini tetapi tetap sokong poligami



Rabu, 7 November 2012

LAGI-LAGI AES


Bosanlah!

PENULIS sebenarnya sudah naik malas untuk mengulas bab kamera perangkap hadlaju AES berikutan tarik tali antara pihak pelaksana dengan yang membantah dilihat tidak menampakan bertemu di satu noktah yang selesa meskipun diparlimen bantahan terhadap isu ini semakin meningkat berita klik di sini      
            Bagi penulis ini bukan soal mendidik masyarakat atau bebanan saman kepada pengguna mahupun soal-soal hasad dengki terhadap keuntungan syarikat yang mengendalikan projek tersebut. Tetapi soalnya adalah masa dan ketikanya tidak sesuai. Itu sahaja! Sedangkan, kalau ditangguh pun bukan lama sangat. Paling lama pun untuk tiga empat bulan ini sahaja. Lepas tu, pasanglah sebanyak mana nak pasang pun kamera tersebut.
            Benda-benda elok sekalipun, jika dibuat tidak menepati dan bersesuaian dengan masa dan keadaan, ada ketikanya memberikan mudarat kepada kita balik. Perkara baik pun yang kita buat orang akan baca tidak baik kalau tidak kena pada gayanya. Tidakkah naya namanya tu? Paling malang makan diri!
            Jadi, kepada ahli-ahli politik terutama kerabat Barisan (BN), sudah-sudahlah tu. Diam sahajalah. Lantak dia oranglah sama ada mereka nak teruskan laksana atau nak tangguh hatta nak batal sekali pun. Tak guna bercakap banyak jika pihak berkenaan masih tidak faham-faham juga. Bak kata orang Negeri SEmbilan "ngabihkan bogheh jo"
            Itulah akibatnya kalau buat kerja secara tergopoh gapah. Bila sudah jadi macam ini, ibarat kata pepatah melayu "hendak ditelan mati emak, hendak diluah mati bapak". Kan, kan, kankan??
            Itulah sebabnya orang tua-tua kata, sebelum membuat sesuatu keputusan hendaklah menimbangnya dengan teliti. Jangan nampak untung sahaja walaupun di sebaliknya ada niat untuk mendidik. Ibarat memanggang ikan - hendaklah dibalik-balik agar tidak hangus sebelah.


Jagindas: Syor supaya polis ronda taman perumahan dan kampung saman mak bapak yang bagi anak depa (yang bawah umur dan takdak lesen) tunggang motorsikal. Mandatori! 

NOSTALGIA ZAMAN KOMUNIS

Siksaan komunis

"Harta Dirampas, Hidup Ditindas"

CERITA kaum Rohingya di Rakhine, Mayamar,  yang dilarang merayakan Aidiladhha termasuk sembahyang sunat dan ibadah sunat korban, mengingatkan penulis cerita datuk saya yang hampir-hampir mati dihujung senapang komunis kira-kira 64 tahun yang lalu hanya disebabkan dua ekor kerbau yang dipeliharanya.
            Menurutnya, pada zaman itu penduduk tidak dibenarkan memiliki lebih dari seekor kerbau atau lembu mahu pun kambing. Jika ada dua atau lebih maka selebihnya hendaklah diserahkan kepada pihak komunis. Biasanya, yang menjadi wakil komunis adalah dari kalangan orang melayu di kampung itu atau sekitar kampung itu juga.
            Menurut datuk penulis, kerbau itu dipelihara bagi mendapatkan susunya untuk membesarkan anak-anaknya ketika itu dan sebagai bahan makanan tambahan berikutan ketika itu memang sukar mendapatkan bahan makanan.
            Bersabit dengan kerbau itu, datuk penulis telah dibawa ke hutan manakala kedua-dua kerbaunya juga turut di rampas. Di hutan, beliau diikat pada sebatang pokok getah tanpa diberi makan dan minum sementara menunggu boss besar datang untuk menjatuhkan hukuman. Biasanya hukuman ketika itu adalah tembak dan mayat mangsa akan dicampakan sesuka hati mereka.

Selasa, 6 November 2012

JAMIL KHIR KATA TIADA FATWA

JAMIL.. Tiada fatwa

Kafir Harbi, Kafir Zimmi 



WAH JAMIL! Biar betul, kafir harbi dan kafir zimmi bukan fatwa malah tidak perlu fatwa untuk meluluskannya. Istilah tersebut sebenarnya wujud demi membandingkan jenis orang kafir yang berada dalam pemerintahan sesebuah kerajaan Islam  lanjut di sini
            Dan, antara keduanya itu jenis kafir harbi hendaklah dijauhi atas sikap dan sifatnya yang amat jelas memusuhi malah sentiasa berniat dan berusaha untuk menjatuhkan Islam atau pemerintahan Islam. Manakala kafir zimmi adalah golongan kafir yang patuh kepada pemerintahan di tempat dia berlindung. Mereka tiada berniat untuk menentang atau meruntuhkan kerajaan Islam tersebut melainkan hanya tinggal dengan selamat serta "mencari makan" tanpa membuat sebarang gangguan.

NOSTALGIA KOBOI

DARI KIRI: Blue, Buck dan Monalito

"The High Chaparral"

KEMPEN-KEMPEN  pra-pilihanraya (PRU13) dilihat bagaikan melihat drama koboi zaman 60an dan 70an.  Senario itu juga mengembalikan ingatan penulis kepada salah sebuah cerita koboi klasik yang begitu popular di zamannya iaitu"The High Chapparal". Beberapa sedutan trailer filem berkenaan masih boleh dilihat menerusi youtube.
            Memetik dalam satu insiden di mana Manolito dan Buck di kepung oleh Red Indian, maka dengan ragu-ragu Buck berkata kepada Manolito: "Now we got problem. We are surrounded by Red Indian! " Lantas secara sepontan dijawab oleh Manolito: "What do you mean by we?"  Jawapan Manolito ini memeranjatkan Buck.

Isnin, 5 November 2012

MARI KITA LIHAT SIAPA YANG KENA...


Apabila Rafizi Sambut Cabaran Nazri

RAFIZI:.... dakwa ada banyak bukti


Berita Lanjut klik di sini



Jagindas: Ketika entri ini dimasukan, jam sudah pukul 3.40 petang. Barangkali Rafizi dan rakan-rakan sedang sibuk di pejabat SPRM Puterajaya. Nazri pula entah apa dibuatnya....

APABILA HADI BERKATA...


Rakyat mangsa, pemimpin berlaga dan musuh untung



HAJI HADI AWANG



Jagindas: Tahu pun....


MELAYU PUN BOLEH PILIH AGAMA??

MENGUCAPLAH NAK OII....

Mengucaplah Nurul...

APA sudah jadi Nurul Izzah. Berastaghfarlah banyak-banyak. Mohonlah petunjuk daripada Ilahi. Sesungguhnya, jika benarlah kamu berpegang kepada prinsip demikian maka termasuklah kamu ke dalam golongan orang-orang yang sesat   di sini
            Sebagai orang Islam, siapapun sesekali tidak boleh memperendahkan martabat agama suci itu mahupun meringan-ringanknnya. Di Malaysia, orang Melayu sememangnya sudah termaktub dan dipaterikan sebagai manusia yang beragama Islam.
            Memang, tiada paksaan dalam beragama. Namun, setelah seseorang itu menganut agama Islam, maka dia adalah wajib secara mutlak mematuhi apa-apa sahaja yang terkait dalam hukum hakamnya berlandaskan nas al-quran, hadith serta dalil-dalil.

Ahad, 4 November 2012

LAKSANAKAN HUKUMAN MANDATORI


Ke atas Pemandu Tanpa Lesen dan Pemilik Kenderaan Terbabit

GAMBAR HIASAN
BERITA  kemalangan jalanraya membabitkan empat maut termasuk seorang remaja berusia 14 tahun menaikan darah penulis. Bukan kerana kes kmalangan itu tetapi perihal kecuaian ibu bapa sehingga membolehkan remaja berusia 14 tahun memandu kereta tanpa lesen milik ibu/bapanya sendiri  berita di sini
            Realitinya, sikap ibu bapa membenarkan anak-anak yang tidak memiliki lesen, memandu kenderaan sama ada motosikal mahupun kereta memang banyak berlaku. Barangkali, bagi mereka itu adalah sebahagian daripada cara mencurahkan kasih sayang. Konon...