Rabu, 30 Januari 2013

KALAU BARU SETAKAT SATU DUA PENCAPAIAN...

Usah Nak Act Laa...
M Karathu (kiri), Rajagobal (kanan)

KALAU hendak tahu, itulah namanya sudah besar kepala. Pauk-puak ini memang macam tu...bukan boleh naik sikit, mulalah act! di sini
            Kalau baca cerita bola kita di media-media, huh! orang putih pun kalah. Tak larat nak baca dah, nak komen apa lagi!


Jagindas: Alahai bola Malaysia.....jangan marah ha...

SATU CONTOH APABILA PEMBANGUNAN TIDAK SEIMBANG


Rela Rakyat Merana Asalkan Cita-Cita Tercapai

PERINGKAT azab sengsara yang pernah penulis dengar daripada datuk penulis sendiri ketika zaman komunis dan Jepun memerintah Tanah Melayu dulu tidak pula sehingga sesebuah keluarga terpaksa membunuh anak sendiri untuk dijadikan bahan makanan. Malah, membunuh jiran tetangga untuk dimakan daginggnya juga tidak berlaku. Namun Zaman itu, memang ramai yang mati disebabkan penyakit dan masalah kelaparan.
            Tidak seperti di Pyongyang (Korea Utara), kemelaratan hidup rakyat di situ dikatakan sehingga sanggup membunuh anak sendiri bagi menjadikan daging mangsa sebagai sumber makanan di sini
            Makna kata, dalam dunia yang serba maju dan moden ini, masih ada lagi masyarakat yang hidup makan orang! Bunyinya sahaja sudah pelik dan menakutkan. Apa lagi, Korea Utara sebagai sebuah negara komunis ortodok, namun negara itu itu lebih rela menghabiskan dananya untuk pembangunan sosial dan ketenteraan, peralatan dan komunikasi perang termasuk membangunkan senjata-senjata peluru berpandu serta nuklear. Dari segi fizikalnya, negara ini maju sebagaimana negara-negara komunis lain malah kemajuannya mendahului Malaysia.

NASA BELUM DIPECAT, HANYA MAINAN PSIKOLOGI

YB Nasa turut bersama rombongan YAB Najib 
melawat Palestin, baru-baru ini.

Sehingga Semalam Masih Belum Terima Sebarang Surat

BARANGKALI, dek kerana ghairah mendengar, ghairah melapor dan bermacam ghairah yang menggeletik kiri dan kanan, maka ramai yang terpedaya menyangkakan bahawa saudara Nasharudin Mat Isa (Nasa), benar-benarlah sudah dipecat daripada Ahli Majlis Syura.
            Peristiwa itu dikatakan berlaku pada 13 Januari lalu. Dengan sokongan kenyataan lisan daripada beberapa 'orang kuat' Pas pula turut menguatkan lagi kesahihan berita itu. Barangkali juga, ramai yang sememangnya sejak kebelakangan ini menghitung dan mengharap bahawa Nasa akan dipecat atas beberapa sikapnya yang dikatakan telah menyongsang arus kepimpinan Pas sekarang.
            Rupa-rupanya belum sah lagi! Sehingga semalam, Nasa masih belum menerima sebarang surat pun mengenai isu itu termasuk surat tunjuk sebab bersabit ura-ura pemecatannya itu di sini

Selasa, 29 Januari 2013

INDAHNYA PROGRAM HATI RAKYAT 1 MALAYSIA

GAMBAR HIASAN:.. tuntutan janda-janda

Janda Muda, Janda Warga Emas Tidak Dilupakan

KIRA-KIRA tujuh bulan lalu, penulis memaparkan cerita yang bunyinya agak merepek  di sini , tetapi tak sangka pula hari ini Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak, membuat satu pengumuman yang pada penulis selari dengan cerita merepek yang penulis paparkan itu. Tidaklah 100% tepat, tapi ada asasnya berdasarkan cerita merepek penulis itu.
            Buletin Utama Jam 8.00 di TV3, sebentar tadi memaklumkan Najib menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM50juta bagi melaksanakan Program Hati Rakyat 1 Malaysia (PHR1M) -  Maaflah, perkataan 1M  itu, penulis yang tambah. Tapi tak apa kan? Rasanya tidak merosakan niat dan maksud asalnya.
            Difahamkan, antara lain PHR1M bakal menyalurkan bantuan kepada golongan ibu tunggal (janda), orang kurang upaya dan warga emas mulai bulan depan.
            Apa pun, konsep dan pelaksanaan dan keprihatinan kementerian itu terhadap membela kepentingan dan masa depan golongan yang disasarkan amatlah wajar dipuji dan dihargai oleh semua lapisan masyarakat.
            Secara kebetulan semuanya berlaku ketika musim hampir nak pilihanraya umum. Kerana, secara kebetulan juga, Najib memegang jawatan PM ketika tempoh sah parlimen dipenghujungnya. Namun hakikatnya, kalau tidak disebabkan pilihanraya pun, itulah juga sebenar yang sewajarnya dilaksanakan oleh sebuah kerajaan memerintah terhadap segenap lapisan rakyatnya bertemakan Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.


Jagindas: ...apa lagi agaknya selepas ini ek!

NASHARUDIN MAT ISA TIDAK KALAH DAN TIDAK TERBUANG


Kematangan Politiknya Diiktiraf Rakyat Yang Cintakan Kemanan

PENULIS percaya, berita YB Nasharudin Mat Isa (gambar), yang dipecat daripada Ahli Majlis Syura Pas pada 13 Januari lalu dan pengakuan Tuan Guru Nik Aziz yang mengesahkan Nasarudin tidak tersenarai sebagai calon dalam Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13) nanti, sebenarnya tidaklah mengejutkan khalayak melainkan buat-buat terkejut.
            Ini kerana, tingkah laku Nasharudin sejak berlaga arus dalam beberapa isu dengan kepimpinan Pas sebelum ini memberi gambaran jelas akan nasib yang akan diterimanya menjelang PRU13 ini. Dan, khabar semalam adalah jawapan yang mengesahkan bayangan sebelum ini.
            Apapun, Ahli Parlimen Bachok itu adalah antara contoh pembangkang yang harus dihormati oleh semua lapisan ahli politik di negara ini (setakat ini). Dalam sistem pemerintahan demokrasi negara ini, kita memang memerlukan pembangkang tetapi yang memiliki pemikiran seperti Nasharudin.

MENTERI TERLAJAK UMUM, PEMOHON TERKAYU


Bank Rakyat Masih Belum Terima Taklimat

SEMALAM, kerajaan melancarkan Skim Pinjaman Mikro bagi memberi kemudahan kepada peniaga dan penjaja kecil di negara ini mendapatkan modal pusingan dan pembelian peralatan berniaga.
            Skim pinjaman tanpa faedah itu memberikan kemudahan antara RM1,000 hingga RM50,000 dikatakan mula boleh dipohon oleh kira-kira 1.5 juta peniaga dan penjaja terbabit mulai hari ini (29/1/13) dan antara agensi kewangan yang diamanahkan menguruskan skim tersebut adalah Bank Rakyat ( di sini)
            Namun, penulis diberiahu sebentar tadi, seorang penjaja kecil yang memang sudah lama menunggu skim berkenaan dilancarkan telah menemui pegawai di Bank Rakyat dan beliau dimaklumkan pihak bank tidak boleh berbuat apa-apa tindakan kerana setakat hari ini mereka masih belum mendapat arahan serta taklimat berkaitan skim berkenaan.
           
Justeru, apa yang boleh kita fikirkan daripada senario peristiwa tersebut, adalah:

(1) Apabila menteri membuat pengumuman dengan yakin, padahal realitinya tidak berlaku, ini bermakna kerajaan sering mendapat maklum balas yang tidak tepat daripada orang-orang di bawahnya. Dalam kes ini, kita boleh anggap ini adalah perkara kecil namun, itulah keadaan yang selalunya berlaku sebelum ini dalam banyak hal dan perkara yang disuarakan oleh pihak kerajaan kepada rakyat jelata. Tentulah sumbernya daripada Bank Negara, kan? Jadi....?

(2) Yang menambah malang lagi, selepas ini dalam apabila permohonan sudah dibuka keada umum, tiba-tiba pada hari permohonan dibuat pemohon dimaklumkan: maaf encik, peruntukan untuk skim tersebut telah habis dipohon!  

            Kononnya, penjaja yang mengadu kepada penulis itu pernah memohon kemudahan yang sama dengan agensi MARA tahun lalu dan itulah jawapan yang diterimanya!
            Takkanlah benda-benda macam inipun SPRM kena masuk juga, letihlah kerajaan!


Jagindas: Semoga kali ini semua pemohon akan berjaya mendapatkan kemudahan tersebut dan penulis ucapkan "selamat berniaga".... (bila sudah senang sedikit, jangan lupa bayar hutang)

Isnin, 28 Januari 2013

KATA DUA MUFTI PERAK

HARUSSANI: JANGAN UNGKIT LAGI....

Yang Sudah Selesai Jangan Diungkit Lagi

ISU tuntutan orang kafir di Malaysia yang menuntut supaya kalimah Allah juga boleh digunakan dalam penggunaan harian serta kitab-kitab rasmi mereka yang kemudiannya mendapat tentangan bulat daripada orang-orang Islam, ketika ini bolehlah dikatakan sudah selesai apabila Majlis Syura Pas berpendirian yang sama dengan majlis ijtimak ulamak kebangsaan.
            Sebelum itu, pendirian Pas agak mengelirukan. Namun sekarang, hanya Anwar Ibrahim dan konco-konconya sahaja yang masih berdegil. Agaknya dia takut di sergah Israel, barangkali.
            Sebagai mengukuhkan pertahanan itu, Jumaat lalu masjid di seluruh negara yang jemaahnya menunaikan sembahyang Jumaat khatib telah menggemakan khutbah berintikan mempertahan kesucian Kalimah Allah hanya untuk orang Islam dan hanya digunapakai dalam kitab-kitab yang mendakwah ajaran Islam sahaja (di sini).
            Tidak ada lain yang dimaksudkan oleh inti pati khutbah itu hanya mengingatkan orang-orang Islam terhadap kesucian agama itu dan menyeru supaya umat Islam terus memelihara serta mempertahankan agama itu daripada sebarang ancaman dan pencerobohan mahu pun cubaan untuk memperdayakan agama suci itu. Tindakan ini, samalah seperti pemimpin negara mengajak rakyatnya mempertahankan negara daripada serangan musuh. Sama!
            Namun, ia telah sengaja disalah faham oleh pihak gereja dan mereka yang berkepentingan (di sini).
            Justeru, menyedari ada pihak yang masih tidak sedar diri, mengada-ngada dan gila bahasa, maka mufti Perak, Datuk Dr. Seri Harussani Zakaria (gambar), menaikkan angin banjarnya bahawa isu sebegitu boleh menjadi pencetus pertumpahan darah (macam 13 Mei atau perang sabil) jika orang-orang kafir terus mengeruhkan suasana (di sini).
            Sayang sekali, cuma beliau sahaja yang yang berani kata begitu. Sepatutnya pemimpin-pemimpin lain (mufti-mufti, imam-imam. NGO-NGO Islam, persatuan-persatuan silat dan lain-lain) sahut dan sokonglah 'angin Harussani' itu.


Jagindas: Yang Islam pun satu hal, bersyiah-syiahlah, berwahabi-wahabilah, berkhawarij-khawarijlah....

DEMO O... DEMO!

GAMBAR HIASAN.

Keluarga Kata Sugumaran Mati Dibunuh

BERIKUTAN tidak puas hati dan tidak percaya dengan laporan bedah siasat ke atas anaknya, C. Sugumaran, keluarga terbabit meminta polis menjalankan posmotem kali kedua kerana mereka percaya Sugumaran bukan mati kerana sakit jantung tetapi di bunuh! (di sini)
            Namun, setakat semalam (27/1/13) permintaan mereka itu belum dilayan oleh polis. Marah dengan layanan yang diberikan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) itu, maka kononnya ahli keluarga terbabit serta penyokong akan membuat demonstrasi di ibu pejabat polis di Bukit Aman.
            Ek. ek. le...Sikit, sikit demo. Sikit, sikit demo. So what? Buat sajalah laporan polis. Kata nampak polis pijak leher si mamat tu. Ok. lah. Sediakan saksi termasuk gambar. Kata ada 20 -30 orang yang pukul si mamat tu. Ok la tu. Sediakan saksi dan gambar. Tangkap memang boleh tangkap. Tapi sapa nak yang ngaku weh...!

PENDIDIKAN PENJAGAAN KESELAMATAN KANAK-KANAK

MCPF Percaya Mampu Kurangkan Risiko Jenayah Babitkan Kanak-Kanak

DAI KIRI: Lee Lan Thye dan mendiang William Yau


 MEMBACA saranan Naib Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, di sini  supaya satu usaha dilakukan kerajaan bagi mendidik ibu bapa dalam hal penjagaan dan keselamatan anak-anak menarik perhatian penulis untuk mengulasnya.
            Lam Thye, mendakwa langkah itu perlu berikutan sejak kebelakangan ini banyak kes membabitkan keselamatan kanak-kanak seperti kehilangan, kemalangan, culik dan bunuh semakin kerap berlaku.
            Dari satu sudut, saranan itu ada asasnya. Namun, jika dilihat secara menyeluruh dan dari pelbagai sudut serta aspek sosial, bagi penulis ianya adalah program yang membazir dan tidak wajar.
            Seolah-olah, pasangan yang berkahwin di zaman ini lebih 'tidak berilmu' berbanding ibu bapa terdahulu dalam soal mengurus erti kasih sayang dan tangungjawab keselamatan terhadap anak-anak serta ahli keluarga mereka. Sedangkan pasangan berkahwin zaman sekarang wujud sebagai ibu bapa dalam suasana dunia yang terbuka, moden dan penuh dengan pelbagai rencah informasi dan pengetahuan.

Ahad, 27 Januari 2013

APA ITU FAHAMAN WASATIYYAH

Kesederhanaan Memangkin Kemajuan Dan Keamanan
DAN, SETELAH mengenali sepintas lalu tentang fahaman WAHABI dan SYIAH yang penulis paparkan sebelum ini (di sini) dan (di sini), berikut pula penulis paparkan sekilas info tentang fahaman/aliran WASATIYYAH. [mohon dibaca]




ISTILAH “Islam moderat” (Wasatiyyah) akhir-akhir ini kerap kita jumpai dalam banyak tulisan, baik dari kalangan Muslim sendiri atau kalangan bukan Islam. Apa yang dimaksud dengan “Islam moderat”? Tulisan pendek ini akan mencuba menjawabnya.
            Dalam istilah bahasa Arab moden, persamaan untuk kata moderat atau moderasi adalah wasat atau wasatiyya. Istilah “mutawassit” kadang-kadang juga dipakai. Islam moderat, dalam bahasa Arab moden, disebut sebagai al-Islam al-wasat. Amalan sederhana (kesederhanaan) dalam Islam diungkapkan dengan frasa wasatiyyat al-Islam.
            Dalam penggunaan yang umum saat ini, istilah “Islam moderat” dilawankan dengan  istilah Islam radikal. Islam moderat, dalam pengertian yang lazim kita kenali sekarang, adalah corak pemahaman Islam yang menolak cara-cara kekerasan yang dilakukan oleh kalangan lain yang menganut model Islam radikal. Tawfik Hamid, seorang mantan anggota kumpulan Islam radikal dari Mesir, al-Jamaah al-Islamiyyah, mendefinisikan Islam moderat sebagai, “a form of Islam that rejects… violent and discriminatory edicts” – Islam yang menolak secara tegas hukum-hukum agama yang menggunakan kekerasan dan diskriminasi. (Baca artikelnya yang berjudul “Don’t Gloss Over The Violent Texts” di Wall Street Journal, 1/9/2010).

APA ITU FAHAMAN WAHABI?


Gerakan Wahabi Juga Mengelirukan Umat Islam
 SELEPAS mengenali sepintas lalu tentang fahaman Syiah yang penulis paparpan sebelum ini (di sini), berikut pula penulis paparkan sedikit info tentang fahaman Wahabi. [mohon dibaca]

WAHABI (Dalam Bahasa Arabnya: Al-Wahhābīyya الوهابية) atau Wahhabisme adalah satu fahaman atau aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain (Makkah dan Madinah) yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga Diraja Bani Saud yang memerintah negara Arab Saudi sejak tahun 1924 lagi. Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah ataupun mazhab fikah. Ia adalah sama seperti Syiah iaitu satu Fahaman Eksrim.
            Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Gelaran ini telah diberikan oleh British dan Yahudi berikutan mereka melihat gerakan golongan ini ini mengancam kepentingan dan penjajahan mereka.
             Kecenderungan puak-puak ini adalah menggelar-gelarkan orang sebagai satu alat memecah belahkan orang Islam. Selain mengganggap mereka sebagai pendokong wahabi, puak ini juga menamakan kumpulan gerakan mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud "Satu Tuhan".
            Dari sudut pemikiran agama Islam, golongan wahabi ini adalah berasaskan ajaran Imam Hambali (ahli sunnah wajamaah satu daripada imam mazhab yang empat) manakala rujukan akidahnya pula mereka terpengaruh dengan tafsiran Ibn Taimiyyah. Maknanya, faham Wahabi ini adalah sebagai pelapis yang memperjuangkan tafsiran fahaman Ibn Taymiyyah.

APA ITU FAHAMAN SYIAH?


Gerakan Ekstrimis Syiah Sedang Menular
 TULISAN sebelum ini (di sini) penulis membicarakan masalah perpecahan umat Islam disebabkan fahaman ekstrimis yang meresap ke dalam semua mazhab anutan umat Islam di dunia. Diharapkan, papara ini dapat memberikan sedikit info kepada pembaca mngenai gerakan fahaman syiah:

1.         Secara umumnya, barangkali teks ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran terhadap makna "fahaman syiah" yang didakwa sedang menular dalam negara ini. Fahaman ini telah ditafsirkan oleh ahli sunnah wal-jamaah sebagai fahaman yang merbahaya dan tidak berdiri atas landas agama Islam yang sebenar seperti yang diajarkan oleh Nabi (saw) dan seperti yang difahamkan oleh Imam As-Shafie (bahkan juga imam-imam dari mazahab Hambali, Hanafi dan Maliki).
  2.        Sebelum itu harus di pisahkan dalam pemikiran bahawa maksud mazhab dan fahaman dalam konteks membicarakan "Syiah" hendaklah diasingkan. Begitupun, tidak dinafikan bahawa fahaman syiah wujud daripada induk mazhabmazhab itu sendiri tertapi ia berkecenderungan kepada berlebih-lebihan terhadap sesuatu sudut dalam perintah Allah dan sunah Nabi yang ditafsir secara berbeza oleh pemimpin-pemimpin mazhab tersebut.
 3.         Syiah secara umumya mempunyai tiga kecenderungan yang besar. Mereka terpecah kepada beberapa sub-sub kelompok bagaimanapun hanya tiga kelompok yang dianggap dominan, iaitu:

AKANKAH BERLAKU PENYATUAN UMAT ISLAM SEJAGAT

Berikutan Selain faktor Mazhab, Umat Itu Juga Dilanda Fahaman Yang Mengelirukan 


SEMALAM, sembang-sembang penulis bersama rakan-rakan memberi tumpuan kepada masalah perpecahan umat Islam sekarang bukan sahaja di dalam negara malah di seluruh dunia terutama di negara-negara arab yang majoriti penduduk serta pemerintahannya adalah berlunaskan peraturan, peradaban dan undang-undang Islam. Namun, kami memberi tumpuan kepada masalah dalam negara  kita sendiri kerana ia berkait rapat dengan isu pilihanraya PRU13 ini.
            Heret punya heret tidak sedar percambahan idea telah melampaui jam 5 pagi.  Umum khususnya umat Islam di negara ini (bahkan di rautau Asia) adalah pengikut mazhab Shafie. Namun, kemasukan sebuah gerakan fahaman (yang sudah wujud ratusan tahu lalu) iaitu Syiah dan Wahabi ke dalam semua mazhab agama Islam (mazhab yang empat: Shafie, Maliki, Hambali dan Hanafi) telah mewujudkan satu wajah baru yang menakutkan terhadap agama suci itu. Makanya, tidak hairanlah negara-negara barat (orang bukan Islam) mengecap penganut agama Islam adalah pengganas! Ini adalah satu tuduhan yang serius, tidak adil dan bersifat provokasi berikutan fitrahnya agama Islam itu adalah agama keamanan, persaudaraan dan sezaman.

Sabtu, 26 Januari 2013

MENGAMBIL IKTIBAR BALA BANJIR DI KOTA JAKARTA

"Hari ini maksiat bukan lagi sesuatu yang memeranjatkan"

Ahli Kaji Alam Kata Jakarta Tenggelam 27 Januari ini (??)

DALAM satu laporan berkaitan kaji cuaca dan geologi di Indonesia telah meramalkan bahawa Kota Jakarta ditenggelami air (banjir sepenuhnya) pada 27 Januari ini berikutan faktor cuaca dan faktor alam sehingga menybabkan air di daratan tidak mampu untuk tumpah ke laut. Ahli sains berpendapat, hujan yang berterusan dan pertembungan gerhana bulan pada tarikh itu memungkin lagi ramalan itu akan menjadi kenyataan berikutan asakan air laut ketika itu menolak pengaliran air dari daratan ke laut.
            Secara umumnya, sebarang musibah yang menimpa di mana-mana sahaja di dunia ini masyarakat akan mengkaitkannya dengan faktor alam dan faktor kecuaian manusia. Misalnya berlakunya banjir besar, fenomena hujan yang melampaui musim serta angin ribut dan taufan, bahkan perubahan cuaca yang secara tiba-tiba atau diluar jangka. Namun, dari sudut Islam, ternyata setiap terjadinya bencana adalah dengan kehendak Allah yang diturunkan kepada hambaNya berikutan sikap melampau hamba-hambanya yang melanggar aturan agama atau berketerlaluan maksiat.

Jumaat, 25 Januari 2013

MALANG BAGI YANG MENERIMA, PENGAJARAN BAGI KITA

TINGGAL KENANGAN... William dan ibunya

Jangan Begitu Mudah Yakin Selamat

DENGAN mengambilkira hasil penemuan mayat kanak-kanak di Klang semalam adalah mayat William Yau Zhen Zhong, 6, yang dikatakan hilang sejak 8 hari lalu, maka tamatlah sudah sebuah misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki yang comel. Yang belum selesai adalah hal-hal yang berkaitan dengan kehilangan dan kematiannya. Dan, pihak berkuasa tentulah mempunyai cara yang khusus untuk menyelesaikannya.
            Sejak peristiwa kehilangan itu disebarkan media, rakyat Malaysia sudah berusaha membantu keluarga terbabit, namun rezeki tidak menyebelahi mereka terutama Wiliam sendiri - yang akhirnya ditemui mati.
            Hanya, penulis barangkali juga rakyat Malaysia seluruhnya mengucapkan salam takziah serta berharap keluarga ini akan bersabar dan terimalah kehendak Tuhan dengan seadanya. Kesedihan tentunya amat terasa lebih-lebih lagi sambutan Tahun Baru Cina akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi.
            Namun begitu, kepada kita-kita yang lain ini, jadikanlah peristiwa malang ini sebagai pengajaran dan pendidikan kepada kita semua terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak.
            Bahawa, malang dan kemalangan boleh berlaku bila-bila masa walaupun di depan mata atau setelah kita dengan penuh usaha berwaspada terhadapnya. Berhati-hatilah ketika meletakkan nilai keyakinan diri agar ia tidak memakan diri. Tuhan hanya memberi nyawa kepada manusia ciptaannya sekali sahaja. Belum ada 'spare part' untuk nyawa. Lagipun, pengganti (jika dapat pun) tidak sama dengan yang hilang atau yang asal.
            Justeru, bersyukurlah kepada mereka yang masih hidup hari ini dan mereka yang masih panjang umur..

             
Jagindas: Apapun, pendirian penulis terhadap tindakan undang-undang terhadap ibu bapa William atas sebab kecuaian masih kekal... 

BILA SUDAH JADI KES POLIS, BIARLAH UNDANG-UNDANG SELESAIKAN


Kes C Sugumaran Tidak Wajar Dipolemik atau Dipolitikan

ITU SEBABNYA, manusia diminta berkelakuan baik, ikut peraturan dan patuhi undang-undang. Peraturan dan undang-undang bukan sahaja yang tersurat di dunia malah itu jugalah yang dituntut oleh agama lebih-lebih lagi oleh agama Islam.
            Jahat satu hal. Yang suka mencabar-cabar pihak berkuasa pun satu hal juga! Kalau yang jahat itu sifat dan keadaannya adalah manusia, mereka juga kena ingat bahawa penguatkuasa juga manusia. Manusia itu ada hati dan perasaan.
            Memanglah, kita juga diminta tanamkan sifat kesabaran. Tetapi siapalah di dunia ini (apatah lagi zaman ini) yang boleh memiliki nilai kesabaran macam Nabi (saw)? Cuba tunjukkan kepada penulis, kalau ada.

TAFSIRLAH APAPUN, BAHAYANYA TETAP SAMA...

Nostalgia Rokok Dolu-Dolu..

PEROKOK hari ini ramai yang telah bertukar kepada e-rokok. Selain daripada rasanya yang berbagai, e-rokok juga didakwa mampu mengurangkan tabiat merokok malah sudah ramai juga kononnya yang telah berhenti merokok. Begitupun, ia masih lagi dalam 'perbicaraan awam' terhadap kesan dan risikonya. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai,baru-baru ini berkata dari sudut kesannya boleh membawa kepada perokok berhenti merokok amat bagus tetapi rokok itu juga (e-rokok) mungkin membawa beberapa kesan lain yang masih belum dapat dipastikan. Oleh itu beliau mengingatkan kaki rokok supaya berhati-hati dengan cap baru rokok zaman moden ini. 
                   Apapun, menyedut atau memasukkan sesuatu benda asing ke dalam paru-paru selain oksigen dan wangi-wangian dari sudut zahirnya memanglah tidak elok. Bahkan, bau kentut pun kita tidak mampu untuk menyedutnya!
                   Zaman penulis remaja dulu, beberapa jenama rokok popular ketika itu turut diterjemahkan oleh pengisapnya sebagai bahan senda gurau malah ia turut memberi megah kepada peminatnya tersendiri. Antaranya; 




GOLD LEAF - Gelombang Ombak Lautan Dalam, Lambaran Engkau Abang Faham



PALL MALL - Peluklah Abang Lama-Lama, Membuat Abang Lemah Longlai.  Ada juga terjemahan lain: Pinangan Abang Lambat Lagi Mari Adik Lekas Lari



ROTHMANS - Ramai Orang Telah Hilang Maruah Akibat Nafsu Syaitan



BENSON & HEDGES - Bila Eden Nikah Dengan Orang Nagori, Harta Eden Dengan Gaji Eden Salosai




KENT - TNEK - K**ek Engkau Naik Tak ? - Tak Naik Engkau Kata? (yang ini terjemahannya agak kasar sikit, hehehe..) 

Jagindas: Hisap paip..

Rabu, 23 Januari 2013

MCA HARAP IBU BAPA ZHEN ZHONG TIDAK DIHUKUM

Berikutan Mereka Sudah Menyesal 
dan Mengaku Cuai...

Dari Kiri: Senator Lee dan Ibu Bapa William
PEMBELAAN  yang dibuat oleh wanita MCA Selangor agar pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap ibu bapa kanak-kanak yang hilang baru baru ini, William Yau Zhen Zhong, 6, bagi penulis tidak wajar. Meskipun, ibu bapa terbabit telah menyatakan kekesalan dan mengaku kecuaiannya itu namun pengakuan itu tidak sepatutnya menghalang tindakan undang-undang diambil ke atas mereka [laporan di sini]
            Semua pesalah sama ada yang melakukan keslahan ringan mahu pun berat, akan melafazkan nada yang sama untuk mengharap simpati dan tidak dihukum. Tetapi, dari segi kehidupan sosial kesalahan tetap kesalahan. Dan Mahkamah adalah institusi yang berhak memutuskan sebarang hukuman setelah menimbang dari pelbagai sudut.
            Senator Chew Lee Giok, nampaknya sudah mendahului tugas pihak berkuasa kerana ibu bapa terbabit pun masih belum didakwa lagi. Sekiranya proses pendakwaan sudah berlaku, penulis fikir barulah manis jika Lee Giok atau mana-mana pihak menyatakan harapan terhadap yang tertuduh.
            Semua pihak terutama ibu bapa kena ingat bahawa apabila berlaku kes kehilangan seperti ini yang disebabkan kecuaian keluarga secara langsung juga telah menyusahkan banyak pihak lain terutama pihak berkuasa. Walaupun mereka tidak berniat untuk menyusahkan pihak berkuasa dan orang ramai, namun itulah realiti yang berlaku.
            Justeru, sama ada kanak-kanak yang hilang itu dijumpai semula atau tidak, sama ada ia selamat atau sebaliknya, bagi penulis tindakan undang-undang perlu dan wajar dikenakan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak terbabit atas kes kecuaian dan menyebabkan kesusahan awam.
            Tindakan sedemikian juga sebenarnya adalah sebagai pengajaran kepada ibu bapa dan penjaga lain kanak-kanak di seluruh negara supaya mesti mementingkan keselamatan kanak-kanak terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa kepentingan peribadi. Alasan bahawa anak mereka buas (nakal) tidak boleh diterima.
            Jelasnya, bukan sahaja wanita MCA bahkan semua pihak jangan  begitu mudah menyabarkan keadaan hanya atas tiket politik dan berharap mendapat 'political millage' dan pada masa sama tidak membantu mendidik manusia menghargai nilai keselamatan, peraturan dan undang-undang.
            Biarlah pihak berkuasa dan mahkamah menyatakan segala-galanya. Tindakan undang-undang adalah satu daripada cabang pendidikan yang mendidik manusia.

Jagindas: Teruskan membantu keluarga ini mendapatkan semula anak mereka..Semoga Willian selamat!

DAP TERUS BERI KREDIT KEPADA BN


BN Dijangka Menang Besar Dalam PRU13

ADA satu laporan dalam akhbar tempatan hari ini melaporkan DAP dijangka akan mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya ke 13 (PRU13) ini disebabkan parti itu didakwa terlalu angkuh dan sombong [lanjut di sini]
            Demikian pandangan seorang bekas pemimpin parti itu setelah membaca gelagat pemimpin parti itu khususnya Lim Gun Eng yang dilihat semakin angkuh dan biadap terhadap lapisan rakyat terutama golongan bukan Melayu.
            Baguslah. Penulis memang sentiasa berdoa agar pemimpin-pemimpin DAP akan terus angkuh dan tak sedar diri kerana sikap yang begitu akan memberi kredit kepada orang Melayu dan lain-lain bangsa Malaysia untuk menolak DAP seterusnya kembali kepada Barisan Nasional (BN).

DEMO BERI KITO AMBIK

Najib di Kelantan Nampak ok saja, 
tapi belum tahu weh...

Namo Nok Undi Jangan Harap La...

SUATU KETIKA  dulu, penulis pernah bertugas sebagai ketua pusat mengundi untuk satu pilihanraya umum. Ketika itu Pas memang sudah sepenggal memerintah Kelantan. Suatu malam, ketika sedang mempersiapkan bilik mengundi, penulis menghubungi beberapa pusat bilik gerakan negeri bagi negeri-negeri yang dikira berisiko diserang pembangkang ketika itu, antaranya Kelantan.
             Penulis cuba mendapatkan beberapa pandangan mereka terhadap kedudukan Kelantan ketika itu. Dan, dalam perbualan itu penulis diberitahu bahawa segala-galanya positif. Antara lain, pegawai bilik gerakan itu menyatakan bahawa rakyat Kelantan sudah insaf dan sedar kesilapan mereka memberikan kuasa kepada Pas. Malah, pilihanraya kali itu mereka berpendapat paling kuat pun Pas hanya dapat memenangi 5 kerusi Dun dan tiada satu pun kerusi Parlimen.
            Sebaik sahaja pilihanraya selesai, negara diumumkan bahawa Kelantan terus dikuasai Pas dengan majaoriti besar termasuk kerusi Parlimennya. Penulis menjadi 'upset' dengan keputusan itu bersandarkan kepada cerita panjang lebar pegawai bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Kelantan sebelum pengundian berlaku.
            Sehari dua selepas itu, penulis bertemu beberapa rakan sekerja yang berasal dari Kelantan dan menceritakan pengalaman penulis itu. Sambil ketawa mereka memberikan jawapannya lebih kurang begini: