|
YDP Dewan Rakyat |
Wakil Rakyat Mesti
Faham Jawapan Konkrit!
DUA
HARI kelmarin, seorang ahli parlimen membangkit isu pendatang asing yang didakwanya
telah menambahkan lagi pelbagai jenayah di negara ini khususnya di bandar-bandar
besar seperti Kuala Lumpur. Antara bangsa asing itu disebutkannya adalah orang Indonesia
dan Afrika atau gagak hitam.
Dalam jawapannya, menteri berkenaan (timbalan
menteri rasanya) berkata sumbangan jenayah oleh warga asing di negara ini
hanyalah 1% (satu peratus sahaja) manakala selebihnya adalah dilakukan oleh
penjenayah penduduk tempatan.
Satu jawapan yang menarik dan penuh
retorik politik. Bermakna, jika aktiviti jenayah di negara ini mencapai 99%
dilakukan oleh penjenayah asing barulah ia menjadi isu dan kerajaan akan
merangka satu tindakan yang cekap. Begitukah?
Penulis rasa, bukan itu jawapan yang
diperlukan oleh yang menyoal mahupun rakyat jelata. Lupakah timbalan menteri
itu pepatah melayu "api masa kecil menjadi kawan, sesudah besar menjadi
lawan". Maknanya, banteras sebelum parah. Cegah sebelum parah. Kenapa nak
tunggu sehingga menjadi besar?
Dari sudut kesediaan menjawab,
penulis melihat ramai menteri kita masih belum bersedia memberikan jawapan yang
konkrit. Atau juga, mereka yang bertanggungjawab menyediakan jawapan itu telah menyediakan
jawapan tersebut sekadar "melepaskan batuk di tangga".
Jika demikian, menteri sewajarnya
menolak jawapan seperti itu sebelum ke sidang parlimen dan pastikan apa-apa
jawapan yang hendak dikemukakan hendaklah bersifat tegas, konkrit dan bukan
bersifat kepolitikan.
Jagindas: Bila bercakap di
media selalu kata rakyat kita sudah matang dan boleh menilai...tetapi bila
bercakap di perlimen masih ditakuk lama...bermakna, mentaliti wakil rakyat BN
berubah dalam ensutan yang amat kecil...!