Khamis, 5 Jun 2014

PIHAK BERKUASA TIADA KUASA ?

Aedes dikatakan mudah membiak di kawasan sebegini
Gagal Periksa Aedes Di Kedai Barang Lusuh

Batu Gajah 10.30 pagi:

BEBERAPA ketua kampung yang baru sahaja selesai bermesyuarat datang berborak-borak di sebuah kedai kopi. Masing-masing membincangkan kembali beberapa perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat mereka di pejabat tanah sebentar tadi. Kesemua mereka yang saya kenal sebahagiannya orang lama yang dilantik semula dan ada juga yang baru dilantik April lalu. Nampak secara zahirnya bersemangat sungguh. Tubuh badan pun nampak memang semangat.

Rabu, 4 Jun 2014

BERSEDIALAH HADAPI KENAIKAN HARGA BARANG (??)

Orang Bertambah Ramai, Cuaca Tak Menentu, Aliran Impot berkurangan (???)

 suatu amalan atau ketetapan pula apabila menjelang puasa (Ramadhan) kemudian diikuti hari raya puasa, maka akan berlakulah beberapa barangan makanan keperluan ‘hilang’ dipasaran dan kemudiannya harga pun naik. Cuma secara kebetulan puasa kali ini begitu hampir dengan musim cuti sekolah.
            Makanya, alasan musim cuti sekolah dijadikan sebab beberapa barangan seperti tepung dan minyak masak kurang di pasaran dan jika ada pun harganya juga luar biasa. Pecah ceritanya (story break) mula berlaku di Kedah. Hakikatnya cuti persekolah adalah serentak di seluruh negara mulai Rabu (28/5/14) lalu atau kira-kira seminggu lalu.

Selasa, 3 Jun 2014

GAZETKAN KAWASAN KHAS NELAYAN DARAT

Elak Kolam Bekas Lombong Dimonopoli

Keluhan Di Satu Sudut Kedai Kopi Di Malim Nawar:
                                                                                                             
BAGI ramai orang atau mereka yang di luar sana barangkali tidak begitu kisah sangat atau ambil pot tentang masalah nelayan ikan air tawar (nelayan darat) yang menggunakan bekas kolam lombong sekitar Kampar, Malim Nawar dan Tanjung Tualang sebagai punca utama rezeki mereka.
            Namun, masalah mereka itu sebenarnya jika tidak diambil berat oleh pihak yang bertanggungjawab boleh menjadikan isu itu menjadi lebih rumit bahkan tidak mustahil menjadi sebab berlakunya pelbagai pertikaian sehingga boleh mendorong kepada permusuhan, penganiayaan, sabotaj malah tidak terkecuali berkemungkinan berlakunya perkelahian.

Isnin, 2 Jun 2014

SEKEJAP HALAL, SEKEJAP HARAM

Siapa Sebenarnya Yang Bertanggungjawab?

Pada 24 Mei lalu lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan analisis sampel terhadap dua produk Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam, masing-masing mempunyai nombor kelompok serta tarikh luput 200813M01H I2 (13 November 2014) dan 221013N01R I1 (15 Januari 2015) mengandungi DNA babi. 
            Sejurus selepas itu masyarakat Islam di negara ini menjadi gempar sehingga ada yang mahu bertukar darah dan menyamak mulut, kerongkong dan perut berikutan beranggapan tubuh badan mereka sudah dicemari najis babi dan ianya wajib di samak.

Rabu, 28 Mei 2014

HALAL ADA PROSEDURNYA SENDIRI

Bolehkah Berkongsi Peralatan ?
(bahagian 2 – bahagian satu di sini)

KENYATAAN  Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk S Subramaniam kononnya pencemaran DNA babi dalam coklat cadbury adalah sesuatu yang tidak sengaja adalah begitu menyakitkan hati ramai pihak. Namun, ada hikmahnya keceluparan beliau itu kerana secara tidak langsung ia memberitahu bahawa berlaku perkongsian peralatan penyediaan (memasak) di kilang tersebut.
            Justeru, disebabkan perkongsian itulah maka berlakulah ketirisan DNA babi apabila alatan yang sama juga telah digunakan bagi menyediakan makanan ‘halal’.  Atau dalam kilang yang sama juga adalah tempat menyediakan makanan tidak halal. Jika inilah yang berlaku bermakna konsep dan prosedur HALAL bagi kalangan bukan Islam di negara ini masih belum jelas. Tidakkah begitu?

JAKIM PERLU ADA MAKMALNYA SENDIRI

Langkah Pantas Pantau Makanan Halal
(Bahagian Satu)

CERITA sensitif dalam seminggu dua ini adalah makanan ‘halal’ yang dicemari najis babi seperti yang berlaku pada coklat cadbury yang heboh diperkatakan di media-media cetak dan elektronik sekarang. Selain najis babi, isu makanan dicemari bahan alkohol juga pernah menggeruhkan umat Islam termasuk penyediaan makan di hotel-hotel.
            Berbagai pandangan, pendapat, cadangan bahkan desakan supaya tindakan tegas dikenakan terhadap pihak terbabit termasuk mengheret mereka ke mahkamah.

AL-FATIHAH BUAT ALMARHUM TUANKU AZLAN SHAH

Sultan Perak Ke 34, Mangkat

PATEK dengan penuh rasa dukacita merakam sembah ucapam takziah kepada seluruh keluarga Al-Marhom Tuanku Sultan Azlan Shah Ibni Sultan Yusuf, iaitu sultan Perak yang ke 34. (sumber resmi di sini)



Jagindas: Semoga roh tuanku dirahmati serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang sholeh -- Al FATIHAH  

Selasa, 27 Mei 2014

APAKAH BUKIT GELUGOR MEMBAYANGI TELUK INTAN?

BN perlukan Keajaiban Untuk Menang

SELESAILAH sudah proses pilihanraya kecil (PRK) parlimen Bukit Gelugor yang menyaksikan DAP sekali lagi berjaya mengekalkan kerusinya di situ. Calonnya Ramkarpal Singh Deo dengan mudah menundukkan tiga pesaingnya sehingga mereka kehilangan wang pertaruhan. (berita lanjut di sini)
            Begitupun, jumlah pengundi kali ini jauh lebih kecil berbanding pilihanraya umum (PRU) yang lalu iaitu hanya 56% pengundi yang keluar membuang undi. Ini bermakna jumlah pengundi yang mengundi meyusut sehingga kira-kira 30%.

Ahad, 25 Mei 2014

KERALATAN REKOD PEMOHON

Antara Punca Kekecohan Bayaran Br1m

TAHUN INI, 2014, adalah tahun kedua kerajaan Malaysia memberikan sumbangan kepada rakyatnya yang layak yang lebih dikenali sebagai BR1M (sebut brim) atau Bantuan Rakyat Satu Malaysia. Malah pada tahun 2014, sumbangan tersebut diperluaskan lagi sehingga kepada keluarga yang berpendapatan bawah RM4,000

Sabtu, 24 Mei 2014

TAK MAHU MINTA MAAF, TAK APA - don't play play haa..

Budak ini dari jenis kaum apa?

Tapi Mesti Juga Tahan Telinga, FAHAM!

“‘Celaka Umno!’ Saya tidak kata orang melayu, saya kata umno.” Itu kata RSN Rayer, Adun Seri Delima (Pulau Pinang) yang terus-terus mengulangi kata-kata biadapnya itu menyebabkan ramai pihak kini naik angin. Memerandom demi memorandom, bantahan demi bantahan telah sudah dan akan dibuat...Entah sampai bila kesudahannya..
            Kita mahu tanya Rayer, siapa-siapakah yang menganggotai umno? Lembu, kambing, babi, ular, lipan, kuda, hantu, syaitan, iblis? Demikian juga siapa-siapakah yang menganggotai DAP, Pas, PKR dan lain-lain parti? Siapa? Binatang atau manusia? Yang dikatakan rakyat Malaysia itu siapa pula??

PARLIMEN TLK INTAN MILIK DAP (??)

Masihkah ada bisanya?
Isunya Cuma Kerana Sudah Benci

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) Parlimen Teluk Intan menyaksikan satu lawan satu iaitu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong (Gerakan) dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud (cik). Mereka akan bertanding di sebuah kawasan parlimen yang maoriti pengundinya adalah dari kaum cina.
            Kalangan BN tentulah berharap serta optimis yang calonnya akan menang demikian juga sebalinya bagi calon DAP.

Khamis, 22 Mei 2014

PENGKHIANAT BERPRESTEJ

Mengejar Kemewahan Episod Pasca Merdeka

“Sekarang sudah sampai ke tahap serius!” itu adalah antara kata-kata yang terpacul daripada mulut salah seorang (beberapa?)  daripada pegawai tinggi pihak berkuasa negara dalam sehari dua ini.

Rabu, 21 Mei 2014

SETELAH ENAM TAHUN TUNGGU JAWAPAN “GAGAL”

Namun Jawapan Itu Masih Meragukan

SEORANG rakan memberitahu dia baru sahaja menerima surat jawapan daripada pejabat tanah sebagai respon terhadap permohonannya untuk mengusahakan (pertanian) di atas sekeping tanah kerajaan secara sewaan bersyarat/sementara (TOL). Surat itu ditunggunya hampir enam tahun malah dia sendiri sudah hampir-hampir melupainya..

Selasa, 20 Mei 2014

OPS CANTAS JUDI PRK

Jangan Pula Pandang Remeh Aktiviti Haram Lain

ANTARA tajuk menarik perbualan antara penulis dengan rakan-rakan di warong kopi dalam sehari dua ini adalah usaha pihak berkuasa yang sedang menggerakkan jenteranya dalam satu operasi khas (ops cantas) bagi membanteras aktiviti perjudian sempena pilihanraya kecil (PRK) di perlimen Gelugor, Pulau Pinang. Barangkali juga untuk parlimen Teluk Intan, di Perak.

Isnin, 19 Mei 2014

SPRM PUN PENING KEPALA

Mohd Shukri
Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi


TIMBALAN Ketua Pesuruhjaya (operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri (gambar), berkata sepatutnya soal penyelewengan subsidi diesel dibanteras oleh pegawai bagi pihak berkuasa terbabit dan bukannya SPRM. Namun, katanya, pihaknya terpaksa bertindak sama berdasarkan dari sudut isu rasuah. (berita selanjutnya di sini).

Ahad, 18 Mei 2014

YAMMY HANYA BELOT KEPADA UMNO

Dyana.. semoga berjaya
Bagaimana Yang Belot Kepada Negara?

YAMMY SAMAT, ibu kepada Dyana Sofya Daud, calon DAP dalam pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini menolak tanggapan ramai bahawa beliau adalah pembelot kepada parti Umno yang dokongnya sekarang berikutan sokongan dan komitmen penuh terhadap anaknya itu.

Rabu, 14 Mei 2014

TONGKAT WARAN TELAH MENELAHNYA..

Usman Awang

Demikianlah Melayu itu..

BENAR sungguhkan seperti kata Sasterawan Negara, Tan Sri Usman Awang (Tongkat Waran), dalam sajaknya memperihalkan ‘Melayu’…

MELAYU –  usman awang

 Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira

ROSLEE BUAT PUSINGAN ‘U’

 Kembali Jadi Adun BN

ADUN Bukit Besi, Roslee Daud (gambar), sempat menekan brek lantas membuat pusingan ‘U’. Beliau kini disahkan sebagai Adun BN selepas tidak sampai 24 jam mengisytiharkan meninggalkan Umno dan menjadi Adun Bebas. (sumber berita di sini)
            Penggal lalu, Seorang Adun di Perak, Nasaruddin Hashim (Dun Bota) pernah mengistihar keluar Umno dan menyertai PKR tetapi kembali ke pangkuan Umno pada keesokan harinya.
            Sekaligus, permainan Roslee yang semacam dengan rentak Nasaruddin itu menjadikan senario politik di Malaysia, BN khasnya, semakin menarik dan meriah.
            Apakah wayang selanjutnya? Sama-sama kita tunggu dan saksikan..


Jagindas: Mana satu yang layak untuk Roslee: insaf, suntuk fikir, tiada prinsip, tiada pendirian, macam lalang, gelojoh atau.....!

Selasa, 13 Mei 2014

POLITIK TERENGGANU KEMBALI BERGOLAK

Ahmad Said
Ada Kemungkinan Dewan DiBubar

DATUK SERI AHMAD SAID, Menteri Besar (MB) Terengganu (kini bekas MB), dikatakan terpaksa meletak jawatan berikutan beliau terpaksa akur dengan sumpah dan janjinya dengan kerajaan pusat bahawa beliau hanya akan menjadi MB selama setahun berikutan kegagalan negeri itu memperoleh majority besar dalam pilihanraya umum ke 13 yang lalu.
            Kemudian, setelah akur dengan janjinya itu, Ahmad Said, dikatakan membuat satu keputusan yang menggemparkan iaitu mengisytiharkan dirinya keluar Umno. Turut sama dalam tindakannya itu adalah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain,  Dun Bukit Besi, Roslee Daud dan Ghazali Taib (Dun Ajil).

Ahad, 11 Mei 2014

MANA PERGINYA GIGI NAJIB?

Tun M
Tun M Sifatkan Najib Tak Dak Gigit Sebab Tak Ada Gigi

Teliti rakaman temubual mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, (dengan izin) DI SINI


Jagindas:  Elok macam mana pun gigi palsu ia tak akan sama dengan gigi ori…bukan ka?