Ada Atau Tidak Nas dan Dalil
Mengharuskan Kerjaya Lakonan
![]() |
Dangdut, Nasyid dan lakonan |
SALAH
sebuah akhbar perdana hari ini memetik satu kenyataan daripada sumber Muzakarah
JawtankuasaMajlis Fatwa Kebangsaan (Majlis Fatwa) yang dijangka bersidang bulan
depan akan antara lain membincangkan hukum mengenai penampilan artis ketika
melakonkan sesuatu watak.
Selain pelakon, ia jugadikatakan
meliputi juruhebah radio (DJ) yang
sengaja meniru aksi, suara, penampilan, pelakuan atau cara berpakaian
jantina berbeza seperti pondan, tomboy, pengkid dan yang seumpamanya.
[sumber:
Berita Harian/Nasional/Jumaat - 26 Oktober, 2012/p.8]
Penulis memang sudah lama menantikan isu ini dibincangkan
oleh majlis berkenaan berikutan nampaknya semakin ramai generasi muda yang
berperangai demikian. Semacam satu trend pulak dah. Meluat benar apabila
mendengarkan DJ-DJ yang melakon watak tersebut. Khaaak tuih!
Pun
begitu, sebelum sampai kepada tarikh perjumpaan semeja antara Majlis Fatwa
dengan JAKIM bulan depan, penulis ingin meluahkan satu pandangan peribadi iaitu,
adakah dalam Islam terdapat paling tidak satu nas yang jelas membolehkan
kerjaya dalam bidang lakonan dan nyanyian?