BELAJARLAH DEMI MENINGKATKAN MARTABAT SEBAGAI IMAM DAN
BILAL
Selasa, 28 Ogos 2012
Isnin, 27 Ogos 2012
PERTAHANKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (bhg.2)
DEMI MEMARTABATKAN SEKOLAH ALIRAN KEBANGSAAN DAN BAHASA
MELAYU
Zaman Anwar: Pelajaran Sejarah Dirobah, Zaman Hishamuddin: Beri Muka, Zaman Muhyidin:.. Meja Bulat?? |
BUKAN SEKADAR itu, banyak lagi desakan yang dibuat oleh pihak
terbabit namun apa yang jelas dilihat setakat ini kementerian pelajaran lebih
banyak "berundur" daripada
mempertahankan dasar. Akhirnya, mereka menjadi banyak lemak dan naik kepala.
Justeru, dasar pendidikan kebangsaan serta akta-akta berkaitan seperti dalam Laporan
Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan1979, Falsafah Pendidikan 1988,
Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Pindaan 1997 tidak lagi dilihat mampu
merealisasikan matlamatnya berikutan ianya telah dinodai.
Tidak kira sama ada di persidangan
meja bulat, meja bujur mahupun empat segi atau seluas mana NKRA yang hendak
dilaksanakan, namun kandungan persidangan tersebut sewajarnya tidak terkeluar
daripada dasar-dasar yang telah termaktub selagi ia tidak diubah di parlimen.
Sebagai contoh, setelah 55
tahun merdeka, sudah sepatutnya kita mempunyai hanyai satu standard Bahasa
Melayu (BM) untuk di semua pendidikan rendah. Ketika ini sekolah jenis
kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil diberikan dua kelas pendidikan BM iaitu BM untuk
SJK dan BM standard SK. Mengapa perlu jadi begitu? Apapun alasannya, BM hanya
perlu di ajar dalam satu standard kerana martabat bahasa itu adalah satu
sahaja!
Begitupun, kelalaian
kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan Bahasa Cina dan Tamil di semua
sekolah SK di kawasan bandar dan pinggir bandar turut menjadi faktor golongan
berkenaan tidak berminat untuk menyertai sekolah aliran kebangsaan. Sepatutnya,
kerajaan khususnya kementerian pelajaran sudah lama menyelesaikan isu tersebut.
Dalam perkembangan lain,
setiap kali berlaku pertukaran menteri pelajaran, maka akan berlakulah juga pelbagai
rombakan kandungan kurikulum dan kokurikulum. Kadang-kadang, kerja-kerja
terdahulu masih belum selesai atau nelum menampakkan hasilnya, tiba-tiba berlaku
pertukaran atau program baru. Bahkan ada program yang dilaksanakan bagaikan
belum duduk sudah berlunjur dengan alasan kononya kita perlu pantas dan maju
kehadapan mendahului masa!
Dalam urusan ini, pihak
berkenaan hendaklah membetulkan kerasionalannya supaya setiap dasar baru dan
program baru yang diperkenalkan tidak menjadi bahan tertawa oleh pihak yang
melaksana.
Pendidikan di Malaysia perlu
bergerak seiring dengan kemajuan dunia globalisasi namun pada masa sama kita
perlu melaksanakannya mengikut acuan kita bagi memastikan generasi yang dilahirkan
tetap seimbang di segi mental, rohani dan jasmaninya.
Jagindas: Nak lihat apa kandungan pendidikan
sejarah di sekolah rendah kita? Jangan tipu sejarah, berbahaya!
PERTAHANKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (bhg.1)
DEMI MEMARTABATKAN SEKOLAH KEBANGSAAN DAN BAHASA MELAYU
SENTUHAN daripada Sasterawan Negara yang juga Dekan Fakulti Penulisan
Kreatif ASWARA, Dr. Anuar Ridhwan, menerusi ruang Rencana Akhbar Berita Harian
27 Ogos, 2012, di muka surat 24, mengenai kebimbangannya terhadap nasib Dasar
Pendidikan Kebangsaan, mendorong saya untuk memberikan respon.
Bagi saya, kebimbangan Dr.
Anuar itu ada asasnya berikutan sejak akhir-akhir ini kerajaan dilihat lebih
banyak bertolak ansur dalam erti kata mengorbankan beberapa ketetapan yang
terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dipersetujui sebelum
ini.
Kesungguhan kerajaan
memartabatkan dasar pendidikan yang antara lain adalah sebagai senjata yang
pasti dalam urusan memupuk semangat perpaduan negara nampaknya dipandang sepi
oleh pihak lain.
Dalam urusan ini, saya
melihat UMNO sahaja yang beria-ia untuk mewujudkan satu kelas bangsa yang
bersatu padu manakala pihak lain khususnya orang cina dan india tidak
menampakkan kesungguhan mereka menyokong usaha itu.
Alasannya, jika mereka
bersungguh-sungguh terhadap usaha berkenaan, sudah tentu mereka tidak akan
membuat pelbagai tuntutan yang condong kepada kepentingan kaum tetapi
menyanggah dasar yang ditetapkan atau memberikan ruang kepada pihak-pihak NGO
cina membuat tuntutan dan desakan yang bukan-bukan terutamanya menjelang
pilihanraya.
MCA dan GERAKAN sendiri
tidak pernah serius menyokong usaha kerajaan mewujudkan sekolah wawasan malah
dalam masa sama berdiam diri (atau mungkin juga mengenyit mata) apabila
badan-badan NGO cina mengehentam niat suci kerajaan itu disamping mereka
menuntut beberapa perkara yang tidak masuk akal atau menyalahi dasar pendidikan
sedia ada.
Bagi saya, sebarang tuntutan
yang dibuat dengan menyandarkan pilihanraya atau politik sebagai faktor
kelulusannya adalah suatu perbuatan yang tidak jujur bak kata pepatah melayu:
telunjuk lurus kelingking berkait.
Mahu tidak mahu, kita
terpaksa menyebut Tun Abdullah Ahmad Badawai (bekas Perdana Menteri ke 5) di
mana ketika zaman pemerintahannyalah banyak dasar-dasar dalam pendidikan ini
telah dinodai dan akhirnya puak-puak ini menjadi naik tocang.
Misalnya, ketika zaman Tun
Abdullah, ada sekolah bantuan modal (cina dan tamil) yang diluluskan peruntukan
baikpulih bangunan sehingga melebihi RM2 juta (hanya untuk sebuah sekolah) sedangkan
sekolah berkenaan hanya memiliki puluhan orang murid sahaja. Manakala, sekolah
kebangsaan pula terpaksa berkongsi beberapa buah sekolah untuk jumlah sebanyak
itu sedangkan masih banyak sekolah kebangsaan yang muridnya padat dan
berbangunan serba kekurangan.
Inilah barangkali yang
dimaksudkan oleh Dr Anuar bahawa nasib sekolah aliran kebangsaan sewajarnya lebih baik selepas
pengumanan rumusan sidang meja bulat pendidikan yang kemungkinan akan diumumkan
oleh menteri pendidikan pada September ini.
Seperti mana orang-orang PAS
memperjudikan agama dalam memperjuangkan urusan parti mereka, maka demikianlah
orang-orang Cina dan India menggunakan isu tuntutan kaum masing-masing dengan
berperisaikan politik menyebabkan banyak perkara telah tersasar daripada
landasan sepatutnya.
Jagindas: [bersambung
ke bhg.2]
ADAKAH ANDA DALAM GOLONGAN FAKIR ATAU MISKIN??
AGIHAN ZAKAT MEMERLUKAN KAJIAN SEMULA BAGI ASNAF FAKIR
DAN MISKIN
Saya terpanggil untukmengulas
sedikit terhadap pentafsiran taraf sosio-ekonomi rakyat di negara ini sebaik
sahaja saya membaca laporan akhbar di Berita Harian semalam seperti yang
diperkatakan oleh Ketua Felo Penyelidik di Institut Kajian
Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Denison Jayasooria.[berita
lanjut di sini]
Walaupun,
beliau tidakmenyentuhnya dari sudut agama Islam, namun hujah beliau itu
menepati zaman dan kedudukan ummah pada hari ini berbanding kehendak dan
keperluan hiudup semasa.
KIRA-KIRA 30 tahun lalu, saya pernah membicarakan soal tahap kemiskinan dan
fakir dengan seorang tuan guru yang juga ahli tafsir (arwah Tuan Haji Muhammad,
Pintu Gerbang Bruas), bagi menyempurnakan agihan zakat dan fitrah.
Menurutnya darjah fakir dan
kemiskinan bagi setiap tempat atau kariah itu tidak sama malah ia berubah
mengikut masa atau zaman. Dan lagi, beliau menyatakan fakir dan miskin tidak
akan hapus sampai bila-bila selagi rukun Islam Zakat dan fitrah itu diwajibkan.
Makanya, sebab itu ia terletak dalam rukun Islam yang lima tanpa sebarang
pengecualian.
Katanya, seseorang atau
sesebuah keluarga itu ditafsirkan fakir atau miskin mengikut perbandingan
standard taraf sosio ekonomi majoriti penduduk di kariah berkenaan. Misalnya,
jika dalam kariah itu, majoriti penduduknya mampu memiliki sekurang-kurangnya
sebuah motosikal, maka yang berbasikal dan ke bawah adalah termasuk dalam
golongan miskin.
Contohnya lagi, sekiranya
majoriti dalam kariah itu mampu memiliki kenderaan empat roda (kereta -tanpa
mengira jenis dan keadaannya), maka yang bermotosikal itu dikira sebagai miskin
manakala yang berbasikal dan kebawah adalah golongan fakir. Melainkan, ternyata
dia memang mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu membeli atau menggunakan
kemudahan tersebut.
Saya bertanya lagi,
bagaimana kalau dalam kariah berkenaan semua penduduknya memiliki kereta?
Menjawab soalan saya itu, beliau berkata, ketika itu hendaklah dinilai taraf
kenderaan yang mereka miliki. Jika majoriti memiliki kenderaan berjenama dan
mahal, maka yang memiliki kereta murah serta dhaif itu dikira sebagai golongan
miskin.
Dalam kes ini beliau
mengambil contoh kenderaan yang dimiliki sebagai perbandingan, namun menurutnya
itu hanyalah sekadar perbandingan harta yang dimilki oleh seseorang atau
sesebuah keluarga. Oleh itu, katanya bancian terhadap pemilikan harta setiap
individu atau keluarga amat penting bagi memastikan mereka benar-benat termasuk
dalam asnaf dan berhak menerima zakat dan fitrah.
Yang pasti katanya, tidak akan ada istilah dalam sesebuah kariah itu
terkeluar daripada asnaf kemiskinan dan fakir. Bagaimanapun, bagi asnaf-asnaf
yang lain ia adalah jelas.
Wallah hu'allam.
Jagindas: macam mana?
Ahad, 26 Ogos 2012
LAWAK SEPANJANG LEBUH RAYA
PATUTLAH
KEMALANGAN BERLAKU SETIAP KALI MENJELANG / HARI RAYA
Sabtu, 25 Ogos 2012
SIAPA KENA BELAJAR LAGI?
DAP, UMNO, ATAU....
Dari Kiri: Karpal, Raja ahmad dan Tun Mahathir |
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Naib ketua dewan pemuda
PAS, Raja Ahmad Al-Hiss berkata kenyataan Karpal Singh terhadap hukum hudud
merupakan manifestasi kejahilan beliau terhadap bagaimana undang-undang Islam
beroperasi secara keseluruhan.[BERITA
LANJUTDI SINI]
Seperti biasa, yang betul tetap betul,
yang salah tetap salah. Jadi, pada saya kenyataan Naib ketua dewan pemuda PAS,
Raja Ahmad Al-Hiss, adalah salah.
Beliau yang perlu belajar lagi. Jangan
baca kitab secara jumud dan pandang dunia sentiasa serong. Bacalah kedua-duanya
dalam 'Ilmu Allah', insyaAllah anda akan bertemu jawapannya.
Dunia tidak membesar tetapi
kandungannya sentaiasa mengalami perubahan bukan sahaja yang bernyawa malah
batu batan dan tanah tanih juga turut mengalami perubahan. Bacalah Ilmu Allah
merangkumi dunia dan akhirat secara seimbang.
Sedikit sentuhan saya terhadap isu ini
ada ditulis dalam paparan sebelum ini bertajuk: Benarkah UMNO Kelirukan Hukum
Hudud
Jagindas:
suka dengar azam P Ramlee dalam filem semerah padi, tapi sekarang ni azan kat
kampung-kampung pun banyak yang tak betul, maklumlah azan ikut-ikutan...
BENARKAH UMNO KELIRUKAN HUDUD?
BERIKUTAN DAKWAAN UMNO TIMBULKAN SALAH FAHAM
datok harun taib |
Saya telah meneliti surat Tun Dr. Mahatihir (Datuk Seri
Ketika itu) kepada Tn Haji Nik Aziz, MB Kelantan mengenai penolakan kerajaan
pusat terhadap hukum hudud yang diperjuangkan PAS yang akhirnya polimik
tersebut mengheret PAS mendakwa UMNO adalah bertanggungjawab menyebabkan rakyat
jadi keliru. [BERITA
DI SINI] DAN [SUMBER
DI SINI]
Saya dapati dalam kandungan surat
itu tidak ada perenggan atau baris-baris ayat yang mengelirukan melainkan
dengan sengaja menyalahtafsirkannya kerana minda pembacanya sudah membuat set-up terlebih dahulu bahawa apa sahaja
yang dikatakan oleh Tun memang tidak betul.
Kalau dibaca dengan fikiran terbuka,
rasional dan menolak faktor-faktor kebencian peribadi, adalah jelas surat
berkenaan hanya bermaksud dan menerangkan yang hukum hudud PAs itu tidak sesuai
dilaksanakan di negara ini berikutan ia tidak seimbang dengan kedudukan negara
yang mempunyai rakyat yang majmuk, berbilang bangsa da budaya.
Penolakan Tun itu adalah lebih
kepada menjaga keharmonian dan keadilan semua pihak. Contoh yang amat jelas
adalah hukuman jenayah sivil hendaklah dikenakan ke atas semua pelaku tidak
mengira bangsa dan agamanya.
Demikian juga dalam hal kesediaan menuntut
kehadiran saksi-saksi yang adil dalam kes-kes tertentu seperti zina, khalwat
dan rogol. Bagaimanapula kalau si perogol adalah mandul atau yang di rogol juga
mandul atau ketika itu benih masih belum boleh bersenyawa? Apakah mangsa rogol
hanya boleh dikatakan membuat fitnah?
Nah, di sinilah manusia perlu juga merujuk
kepada faktor sains sepeti semakan DNA dan perakuan doktor ke atas mangsa yang
sewajarnya diterima sebagai bahan bukti yang mana ia tidak terkandung dalam
hudud PAS. Itupun kalau kita mahu menegakkan keadilan hukuman.
Berdasar kepada hukum hudud PAS,
sepatutnya DAP wajar mempersetujuinya kerana ia tidak membabitkan agama lain
(bangsa lain yang bukan Islam). Namaun sebagai pengamal undang-undang yang
melihat keadilan dan ketelusan, makanya tidak hairanlah Karpal bertindak
demikian manakala pemimpin DAP yang lain terus membisu.
Begitu juga ketika ini, undang-undang
mahkamah syariah masih belum dikatakan adil dalam menjatuhkan hukuman sesuatu
kes misalnya dalam kes zina dan khalwat pasangan Islam dengan bukan Islam. Setakat
hari ini hanya pasangan yang Islam sahaja yang dikenakan hukuman syarie
manakala yang bukan Islam dilepaskan begitu sahaja.
Justeru, hukum hudud memang boleh
dilaksanakan di mana-mana negara Islam namun ia hendaklah disesuaikan dengan
kepentingan dan keadilan semua pihak dengan mengambil kira faktor-fator
globalisasi, saintifik dan pemodenan manusia. Ada sebahagian yang terkandung
dalam quran dan hadith sebagai sesuatu yang mutlak manakala sebahagian yang
pula adalah berdiri sebagai garis panduan. Maka, manusia yang menjadi khakifah
di dunia ini hendak mengenalpastinya denga jelas berdasarkan perkembangan sezaman
dengan tidak merobah maksud-maksud hakiki yang diperturunkan oleh Tuhan (Allah
swt).
Jagindas:
ada yang kuat sembahyang, kuat
berpuasa, berdoa, berzikir dan bersedekah tepai masih juga memeluk amoi di
Siam, main nombor ekor dan berjudi. Macam mana ni?
Jumaat, 24 Ogos 2012
LAFAZ TA'LIQ:
Mungkin Kita Dah Lupa.....
GAMBAR HIASAN: pernikahan...
KETIKA menulis respon saya terhadap cadangan Presiden Persatuan Peguam Syarie
Malaysia (PGSM) dan cadangan balas daripada mufti Perak, mengenai perlu atau
tidaknya kontrak praperkahwinan pasangan Islam, ulasan saya itu hanya berkisar
kepada lafaz ta'lik.
Beberapa minit tadi
seseorang menghantar sms kepada saya yang antara lain menyatakan seperti
berikut:
1. Pesanan Buat Isteri
setinggi mana kedudukan kamu
atau sebaliknya, namun kedudukan kamu itu tetap dibawah satu darjat daripada
suami kamu. Dan selagi suami kamu tidak menzalimi kamu maka hendaklah kamu
mentaatinya. Di tangannya ada kuasa yang tidak mungkin kamu miliki.
2. Pesanan Buat Suami
meskipun darjah kamu lebih
satu terhadap isteri kamu, namun peliharalah darjat dan martabat kamu selaku
suami. sesunggunya di atas pelakuan isterimu itu akan tertanggung ke atas kamu
pula.
3. Pesanan Buat Suami dan Isetri
hormatilah perjodohan kamu.
memang adakalanya ribut taufan melanda. ada yang dapat mengawal malah tidak
kurang juga yang terpisah entah ke mana. Berdoalah kepada Tuhan setiap waktu,
kerana dialah yang maha mengatahui akan apa-apa juga yang tersembunyi (ghaib).
Respon saya:
Tidak ada apa silapnya
respon rakan saya itu, namun saya kurang faham mengapa beliau memberikan
sedemikian. Berikut di turunkan
contoh lafaz taklik bagi negeri Perak dan Johor:
Contoh Lafaz Taklik Nikah
di Perak
“1)
Tiap-tiap aku tinggalkan atau tiada aku memberi nafkah yang layak bagiku akan
isteriku (nama isteri) tiga bulan atau lebih lamanya dan mengadu ia kepada
mana-mana kadi syarie dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka tertalak
isteriku itu dengan satu talak.
2) Jika ada perbalahan kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku (nama isteri) kepada mana-mana kadi syariah dan sabit pengaduannya pada sisi kadi itu, maka mengakulah aku akan bertaklik seperti yang dipersetujui kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada bertaklik sedemikian itu maka gugurlah satu talak di atas isteriku itu.
3) Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku (nama isteri), dengan tiada redanya, maka tertalaklah ia satu talak pula.”
2) Jika ada perbalahan kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku (nama isteri) kepada mana-mana kadi syariah dan sabit pengaduannya pada sisi kadi itu, maka mengakulah aku akan bertaklik seperti yang dipersetujui kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada bertaklik sedemikian itu maka gugurlah satu talak di atas isteriku itu.
3) Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku (nama isteri), dengan tiada redanya, maka tertalaklah ia satu talak pula.”
Contoh Lafaz Taklik Nikah
di Johor
“Manakala
saya tinggalkan isteri saya.....(nama isteri).....selama 4 bulan hijrah
berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya
tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan
saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau
kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu
kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan
ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu
tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya
yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu
kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala
bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik
saya.”
Lengkap, kan?
Jagindas: apa-apa pun yang penting adalah
FAHAM. Setakat tahu saja masih tidak
membantu.. Ramai yang memiliki ilmu bertimbun-timbun tetapi tidak memahami!
KONTRAK PERKAHWINAN
ADAKAH ISLAM HARI INI MEMERLUKANNYA
HARUSANI |
Ulamak dan
pertubuhan bukan kerajaan berpendapat kontrak praperkahwinan tidak diperlukan
bagi pasangan Islam yang mahu berkahwin kerana lafaz ta'liq dan mahkamah serta
undang-undang syariah mampu membela hak wanita.
Mereka berkata demikian sebagai
mengulas cadangan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang,
supaya wanita Islam menandatangani kontrak praperkahwinan dengan menggariskan
syarat mengikut undang-undang syarak bagi melindungi hak mereka berkahwin. [DI
SINI]
BARANGKALI, mulut Musa terpacul memperkatakan isu
tersebut berikutan kes mahkamah syariah membabit perihal rumah tangga semakin
bertambah atau rancak berkembang dipersada mahkamah syariah dan sivil di negara
ini.
Suami
saman isteri, isteri saman suami adalah sudah menjadi kes biasa. Malah, isteri
pukul suami dan suami menyiksa isteri juga sudah jadi lumrah. Cuma, barangkali masih
banyak kes di luar sana yang tidak dilapor atau di luar pengetahuan pihak
berkuasa.
Agak
sukar untuk membicarakan kisah rumah tangga terutama pada zaman sekarang.
Selain pengaruh media eltronik dan media cetak, pasangan juga kerap terpengaruh
dengan tekanan dan tuntutan hidup semasa.
Selain itu, ada juga disebabkan perangai suami yang
tidak bertanggung jawab demikian juga sikap isteri yang tidak meletakkan
kedudukannya sebagai 'isteri' sebaik sahaja lafaz nikah terangkat.
Meskipun,
ketika ini setiap pasangan yang mahu bernikah akan diminta untuk menghadiri
kursus perkahwinan, namun nampaknya kursus-kursus tersebut hanya mampu
memberikan sijil bagi memudahkan pasangan bernikah. Padahal, dalam syariahnya,
sijil seperti itu tidak wajib pun untuk ditunjukkan sebagai sayarat bernikah.
Ia tidak termasuk dalam rukun nikah yang lima.
Pun,
begitu apa yang digariskan oleh Islam termasuk dalam lafaz ta'liqnya, sudah
cukup untuk mengawal keharmonian rumah tangga pasangan Islam terbabit. Ringkas,
tapi sebenarnya padat jika setiap pasangan benar-benar memahaminya dan bernikah
atas dasar tuntutan Islam dan bukan atas sebab-sebab lain.
Kewujudan
mahkamah syariah bagi membantu pasangan yang bermasalah patut dipuji dan amat
diperlukan terutama dalam keadaan dunia global yang penuh dengan pelbagai hujah
dan cabaran ini.
Pun
begitu, dalam banyak hal, mahkamah syariah dan jabatan agama Islam negeri
nampaknya tidak dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna atas beberapa
faktor dalaman dan faktor pasangan itu sendiri.
Malah,
ada juga yang mendakwa jabatan atau agensi berkenaan selalu lewat dalam
menyelesaikan kes-kes berkaitan sehingga ada pasangan yang bosan. Dan, dakwaan
itu juga turut menyebabkan ramai yang tidak mahu membawa kes mereka ke jabatan
terbabit kerana tidak sanggup menunggu terlalu lama.
Lantaran
itu, ramai juga yang membuat keputusan sendiri yang akhirnya menuju kepada
porak peranda dan bermasalah dalam tuntutan harta dan nafkah anak-anak. Malah,
bertambah menakutkan bila ada pasangan biasanya pihak isteri, yang mendakwa
jabatan agama Islam selalu bertindak berat sebelah atau lebih menyebelahi pihak
lelaki! Wallah huallam, tidak diketahui sejauh mana betulnya dakwaan ini.
Cumanya,
jika seorang suami telah melafazkan talaq kepada isterinya kemudian mengadu isterinya
kepada pihak berkuasa, apakah wajar kedudukan mereka ini ditangguh dulu dengan
pelbagai alasan dan sebab yang kononnya kalau boleh penceraian hendaklah
dielakkan?
Soalnya,
lafaz telah terpacul. Bukankah lafaz cerai itu dalam keadaan apa sekalipun
dilafazkan ia akan terpakai? Begitulah sehingga ianya tidak boleh dijadikan
bahan gurau, hatta melafazkannya ketika dalam keadaan mabuk sekalipun tetap
terpakai! Apakah nas yang membolehkan lafaz cerai boleh ditarik undur?
Justeru,
memang konrak perkahwinan seperti yang dicadangkan oleh PGSM itu tidak perlu
kerana undang-undang syariah sudah mencukupi menjamin keharmonian rumah tangga
di dunia dan akhirat. Hanya, pihak berkuasa berkenaan perlu mengakaji semula
bidang tugas mereka supaya yang terbabit dalam kes-kes seperti itu mempunyai
keyakinan untuk berurus atau lebih jelas disebut lebih telus langsung
memberikan minat pasangan bermasalah untuk mendapatkan khidmat agensi berkenaan
dalam menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.
Dan,
kepada yang mahu berkahwin, jangan semudah itu untuk melafazkan akad nikah dan
kemudiannya begitu mudah pula melafazkan talaq. Meski banyak harta dan wang
ringgit bahkan dalam Islam juga menggalakan lelaki dan perempuan memilih pasangan mereka yang berharta, namun
ilmu serumah tangga itulah yang paling penting.
Susah
senang sama dilalui. Pahit maung sama dirasai. Tiada manusia yang terlepas
daripada sebarang kekhilapan seperti kata pepatah sedangkan lidah lagi
tergigit.
Jagindas: sentiasa berdoa semoga aman dan bahagia..
POLIMIK HUDUD (ll) - bhg. akhir:
PAS JGN JADI
SEPERTI MELUKUT!
BAGI PUAK PAS, dialah yang
sepatutnya dipatuhi manakala pada DAP, sekularisme adalah perjuangan global
yang menepati kehendak semua rakyat dan PAS mesti menerimanya jika mahukan
kerjasama se-parti.
Dan,
sebagai penasihat PR (hehe.. kununnya), Anwar bangkit menerusi twitter dan
sidang akhbarnya yang secara tegas menyokong kehendak DAP tapi dalam malu-malu
turut memberi harapan kepada PAS bahawa hukum hudud masih belum sesuai
dilaksanakan kerana memerlukan banyak perkara untuk dikemaskan.
Bermakna,
dengan kata lain beliau meminta PAS bersabar menyuarakan bab hudud yang kononya
sampai masa nanti beliau akan bersetuju untuk dilaksanakan sambil memuji
enakmen syariah yang telah digazetkan oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu.
POLIMIK HUDUD (l)
PAS JGN JADI
SEPERTI MELUKUT!
HUKUM HUDUD yang diperjuangkan
PAS yang antara lain adalah bagi merealisasikan negara Islam menerusi
undang-undang sivil dan jenayah di negara ini kembali menjadi polimik politik setelah
sekian lama berdiam diri.
Sebelum itu, saya mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada YB Nasharudin Mat Isa kerana diberikan taufik oleh Allah swt untuk menyanggah kenyataan Karpal dan seterusnya membuka mata banyak pihak.
Terakhir
beberapa tahun lalu, pengerusi DAP, pernah berkata orang PAS perlu melangkah
mayatnya dahulu sebelum hukum hudud dilaksanakan di negara ini. PAS,
kemudiannya mengendurkan suara setelah mendapat tempelak rakan karibnya itu
khususnya bagi menghadapi lihanraya ketika itu. Namun terus makan hati berulam
jantung.
Demi
kepentingan politik semasa, makanya Kelantan terus dapat dikekalkan dengan
pemerintah PAS, manakala empat negeri lain (sekarang tingal tiga) berjaya
disambar oleh Pakatan Rakyat (PR). Kononnya, kemenangan itu adalah disebabkan
kekuatan PR dengan menafikan sebab-sebab lain meskipun lebih releven terhadap
kekalahan Barisan Nasioanal (BN) ketika itu.
Dalam
blog ini, sebelum ini saya juga pernah menyarankan supaya PAS keluar dari PR -
sama ada akan bergerak bersendirian atau joint
sahaja UMNO atau BN. Penulis tahu, orang-orang PAS amat marah dengan
cadangan itu, namun apa yang ada dalam pertimbangan penulis tentulah tidak sama
dengan apa yang ada dalam pemikiran PAS.
Dalam
seminggu dua ini pula, ketiga-tiga kompenan utama PR (DAP, PKR dan PAS) sedang
bercakaran mempertahankan "kepentingan" masing-masing berikutan
kenyataan Karpal Singh yang sama sekali dengan kerasnya menentang pelaksanaan
Hukum Hudud yang diperjuangkan PAS. Ulamak kata, DAP jelas menolak Islam!
Bukan
sahaja pemimpin PAS yang terkejut beruk dibuatnya, malah beberapa pemimpin lain
termasuk dari kalangan BN sendiri pun ada yang turut melatah!
Anwar
Ibrahim, dalam kenyataan akhbarnya semalam terus terang menyatakan kesesuaian
melaksanakan hukum tersebut belum ada dan beliau menjadikan catatan keramat
buku jingga sebagai mempertahankan diri.
PAS
yang turut memperjuangkan kandungan buku jingga sebelum ini bersama-sama rakan
politiknya itu, tidak pernah pula mempersoalkan mengapa dasar hudud tidak
disebut dalam buku jingga sedangkan buku berkenaan adalah dasar PR untuk
memenangi PRU13 sekali gus menawan Putera Jaya.
Jelaslah,
antara ketiga-tiga sekawan itu masih ada yang tersembunyi dalam benak
masing-masing atau dengan tepatnya kejujuran berpolitik dan membuat dasar
sesama sendiri masih belum wujud.
Kalau
alasannya, ketika pembentukan buku berkenaan mereka tidak perasan, maka lagi
jelaslah bahawa PAS memang cuai dalam urusan politiknya sendiri kerana terlalu
bernafsu menghukum orang lain
mengikut cara PAS!
[bersambung ke bahagian ll]
Jagindas: .... orang tua-tua kata telunjuk lurus
kelingking berkait..
"NO BRAIN" - KATA NAZRI.
PINDAAN SYEKSEN 114A KEKAL
MOHAMED NAZRI AZIZ |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed
Nazri Tan Seri Abdul Aziz, menyifatkan mereka yang membantah pindaan syeksen
114A (penyiaran media) sebagai "No Brain" atau tidak ada otak.
"Mereka
yang menentang pindaan syeksen tersebut adalah no brain. Tak ada otak. Kalau
tak tahu tentang undang-undang, jangan cakap pasal undang-undang", katanya
dalam satu sidang media di Kuala Kangsar, semalam.
Jagindas Kata:
Wah, wah, wah, Nazri cantiknya bahasa... Macam itu rupanya bahasa orang
undang-undang yek?
Teringat saya satu cerita sejarah lama pertarungan panglima Majapahit denganLaksanama Melaka. Mengikut ceritanya, Panglima Majapahit bernama Taming Sari. Panglima ini tidak lut selagi dia
menggunakan kerisnya. Maka, Laksamana Melaka, Hang Tuah, telah mengunakan kebijaksanaannya
untuk menyambar keris hikmat tersebut. Akhirnya, Panglima Majapahit mati
tertikam kerisnya sendiri oleh Datuk
Hang Tuah. Dan, keris itu dipinda namanya kepada "Keris Taming Sari".
Jagindas: setakat ini yang ada otak namanya Namewee,
begitu juga Hindraf walaupun ia pertubuhan tidak berdaftar namun masih boleh
bergerak dan bersuara atas nama "HINDRAF"! Tak ada siapa berani kacau beb!
SEKAT KEMASUKAN PEMUDA LAMBOK
BANYAK BERI
KESAN NEGATIF TERHADAP SOSIAL DI NEGARA INI
PEMUDA LAMBOK...Di bahagian
manakah yang menggilakan wanita
Malaysia?
|
"Keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari,
16, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia
pada 6 Mei lalu mendakwa diganggu penculik anaknya itu dengan menghantar
pelbagai ugutan menerusi panggilan telefon dan SMS".[cerita lanjut]
CERITA di atas adalah antara beberapa peristiwa 'penculikan'
anak dara mahupun wanita tempatan negara ini oleh pemuda Lambok, Indonesia. Banyak
kisah seperti itu telah dipaparkan media dan boleh dikatakan semua yang
terbabit dikatakan menderita apabila tinggal di Lambok.
Oleh
kerana kaedah 'perkahwinan' mereka ini diragukan kerana melibatkan aktiviti
culik atau melarikan anak dara tempatan dalam keadaan di luar kawal (mungkin
juga ada kaitan denganilmu hitam) maka beberapa kes telah dapat diselamatkan di
mana wanita terbabit serta anak mereka telah dapat dibawa balik ke negara ini
dengan usaha NGO dan agensi-agensi pihak berkuasa.
Sepintas
lalu kita boleh katakan bahawa anak gadis atau wanita tempatan yang gatal
merenyam dan mabuk haiwan menggilai pemuda Lambok sehingga sanggup meninggalkan
keluarga dan sebagainya semata-mata untuk mengikut kekasih Lamboknya, padahal
yang hendak dikejar jauh lebih teruk deritanya berbanding kehidupan di sini.
Namun,
harus juga kita rasional dan bertimbang rasa kerana jika peristiwa tersebut
berlaku di luar kesedaran atau normal pemikiran berikutan disebabkan sesuatu
'mistik' atau ilmu hitam, maka simpati serta usaha meyelamat perlu dan wajib
dibuat.
Justeru,
cara atau kaedah pemuda Lambok ini di sifatkan sebagai ganas dan adakalanya
tidak berperikemanusiaan, maka adalah dicadangkan supaya kerajaan Malaysia
mengetatkan syarat kemasukan pemuda dari daerah berkenaan atau sama sekali
mengharamkan mereka memasuki negara ini.
Kita tidak
menyimpulkan bahawa 'orang-orang' Indonesia sebagai jahat atau ganas, namun
tindakan jenayah yang dilakukan oleh beberapa kerat rakyat negara itu perlu
mendapat perhatian serius kerajaan dan segera berbuat sesuatu sebagai langkah
pembendungan gejala tersebut sebelum ianya menjaid lebih runcing apatah lagi ia
membabitkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Kerajaan
Malaysia sewajarnya bersikap lebih tegas terhadap pendatang luar sama ada
datangnya secara halal atau memasuki negara ini secara haram.
Antara
lain, satu undang-undang yang membolehkan kita mendakwa 'lelaki' terbabit mengikut
undang-undang negara ini perlu diwujudkan meskipun mereka telah kembali ke
nagara asalnya.
Ini kerana, pelakuan mereka itu boleh
ditafsirkan bukan sahaja melanggar bahkan juga mereka dengan sengaja telah mempersenda
undang-undang negara ini.
Langkah
itu penting kerana kita tidak mahu pihak-pihak seperti NGO dan agensi-agensi
terbabit membuang masa dan belanja semata-mata untuk menyelamat rakyat negara
ini yang teraniaya.
Kita ada
banyak kerja lain yang memerlukan tenaga, masa dan wang ringgit bukan untuk
melancong ke Lambok yang tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada negara.
Jagindas: kalau ikut hudud, dalam kes
seperti ini hukumannya macam mana?
Rabu, 22 Ogos 2012
LUPAKAN SAJA KISAH LALU...
MACAM
KISAH RUMAH TANGGA PULAK, SEMUDAH ITUKAH?
SIAPA NI? |
1. "Hanya
pendedahan awam sepenuhnya berkenaan dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang masih
diselubungi kerahsiaan akan membantu rakyat Malaysia meletakkan perkara ini
sebagai perspektif masa lalu dan bergerak sebagai sebuah negara, kata veteran
DAP, Lim Kit Siang" (di
sini)
2. "Veteran
Umno Datuk Mazlan Harun ingin orang ramai lupakan pertumpahan berdarah 1969,
semasa kontroversi politik mengenai filem tempatan “Tanda Putera” — penceritaan
tentang tempoh yang paling huru-hara di Malaysia — masih berterusan." (di
sini)
DATUK MAZLAN HARUN |
3. "Pihak
pembangkang Pakatan Rakyat (PR) hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mesti
bertindak dan hapuskan segala percubaan Umno, yang merupakan parti utama dalam
Barisan Nasional (BN), untuk mengapi-apikan sensitiviti agama sebelum
pilihanraya umum ke-13." (di
sini)
Macam mana? Best tak petikan-petikan di atas? Dua pihak menggasak, satu
pihak lagi TAK DAK TELOQ!
PADA MULANYA,
kehangatan peristiwa 13 Mei, 1969 sudah semakin suam akan tetapi apabila Datin Paduka
Suhaimi Baba melahirkan filem "Tanda Putera" yang kisahnya berkisar
kepada peristiwa tersebut, Lim Kit Siang (LKS) dan rakan-rakannya kembali
menyalak. Persis anjing menyalak bukit atau meraung di tengah malam bulan
purnama. Orang tua-tua kata, kononnya anjing itu nampak hantu! hehehe..
Akhirnya tercetuslah polimik. Yang
menuduh terus memperkasakan tuduhan manakala yang menafi akan keras menidakan
sehingga terpaksa menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan terperinci.
Yang takut dan kecut, siang-siang dah kata: "Hentikan
polimik ini!" haha... orang
Perak kata, macam tak ada punai!
LKS memang pandai. Geng depa ini,
kepala otaknya boleh dikata standard Yahudi. Bolehlah di sebuat Yahudi Asia.
Silap-silap terperangkap. Biasanya memang kena perangkap pun. Lepas itu
tergolek anjing!
Dia suruh polis siasat? Kalau polis
kata ya, dia akan dakwa polis berat sebelah. Jadi, adakah polis kena kata TIDAK
BETUL? Ha, ambik kau orang semua, padan muka. Ahli santau mana? Mana?
Benda dah lebih 40 tahun, kalau nak
diungkit dalam zaman yang memerlukan eviden kukuh, kalau tidak ada bahannya
tidak payahlah nak sebut-sebut. Yang kita ada cuma berpegang pada "
seingat saya", " saya masih
ingat", "nenek saya kata...."
Manakala, orang lain akan tanya, apa
buktinya? Ada? Ada? Ada? Jangan buat fitnah ha! Masa tu saya mana ada? Masa
kejadian tu, saya dengan isteri tengah ....
di.....
Mari kita senaraikan perlakuan-perlakuan
kurang ajar dan biadap puak-puak 13 Mei tersebut sejak akhir-akhir ini. Bagaimana kalau kita balas
sahaja dengan kurang ajar. Jadi senang, jika mereka tunjuk bukti, kita pun
boleh tunjukan bukti. "Fare and
square". Payah kalau nak lawan
denga filem hitan putih. Kita kena lawan dengan filem warna juga!
Kalau pihak berkuasa kata JANGAN!, kita
pun boleh minta dia kata JANGAN pada satu pihak lagi. Mana boleh kata JANGAN
pada satu pihak saja. Kalau dia buat macam itu juga, kita BALUN dua-dua sekali!
Jangan cakap saja anak JANTAN, tapi
teloq kecut termasuk dalam ari-ari. Prostat pulak yang bengkak sampai nak
kencing pun "seban-seban" (senseban).
Itu sebab, penulis dan perakam
sejarah kena jujur. Nyatakan apa yang sebenar. Tidak perlu lembut melembut demi
menjaga itu dan ini. Kalau kita tipu sejarah, kelak sejarah akan memakan diri. Inilah
yang jadi sekarang!
Tahu tak, masa Anwar jadi menteri
peljaran dulu, dia memang arahkan mana-mana sejarah yang pahit hendaklah
dilembutkan supaya jangan ada pihak yang kecik hati... KUNUNNYA! KUNUNNYA...
Jagindas: Semalam balik dari Johor, jalan sesak habis!
Bertolak jam 12 tengah hari, sampai Ipoh jam 10 malam! Agaknya kerajaan perlu buat
lebuhraya bertingkat, hahahaha....
Langgan:
Catatan (Atom)