Jumaat, 25 Oktober 2013

SINOPSIS BAJET 2014

BAJET 2014
Meriah

BAJET 2014 berteraskan:

1.  Merancak Ekonomi Negara
2.  Mengukuh Pengurusan Fiskal
3.  Mengunggul Modal Insan
4.  Mempergiat Pembangunan Bandar & Luar Bandar
5.  Mensejahtera Kehidupan Rakyat

Khamis, 24 Oktober 2013

KASIH DAN CINTAILAH AYAH DAN IBU SEMASA MEREKA HIDUP MAHU PUN SELEPAS MATINYA..

GAMBAR HIASAN..
Luangkan Masa Setiap Hari Geletik Jiwanya...

HARI ini penulis hendak bercerita tentang kisah masyarakat. Kita selalu lihat iklan di media-media yang mengingatkan manusia supaya menghargai orang tua (khususnya mak bapak sendiri). Ingatan yang mengusik kesibukan anak-anak sehingga teralpa terhadap tanggung jawab terhadap ibu bapa.
            Paling penting erti tangungjawab itu adalah mengingatan mereka dengan melakukan 'personal touch'.  Bagi yang tinggal dekat dengan rumah mak bapak, mereka diingatkan supaya kerap-keraplah menziarahi mereka - pagi atau petang atau pagi dan petang,  berbual-bual dengan mereka serta mengambil berat hal makan minum dan sakit demam mereka.

Rabu, 23 Oktober 2013

KERAJAAN WAJAR BERTERIMA KASIH KEPADA PELABUR ASB

Setelah Lebih 30 tahun, Apakah Masih 6-8%

LAPORAN pra-belanjawan sedang meniti dibibir rakyat. Bajet 2014 itu dijangka akan diisytiharkan pada Jumaat ini, Insya-Allah. Lantaklah apapun yang naik mahupun yang turun. Rakyat bising macam manapun, apabila parlimen meluluskannya nanti, maka tertanggunglah sepenuh dan seluruhnya kepada rakyat.
            Namun usahlah bimbang, sebab kerajaan sudah berulang kali kata bahawa belanjawan kali ini adalah belanjawan yang seimbang dan tidak sekali-kali membebankan rakyat. Percayalah! Inilah ayat keramat yang diucapkan oleh semua pemimpin kerajaan setiap kali peristiwa ini akan berlaku. Bukankah begitu?

ORGANISASI UMNO DAH MACAM KOPERAT PERIBADI

Anak Beranak Terajui Jawatan Utama

MEMANG KASIHAN. KASIHAN betul saya terhadap satu dua Bahagian Umno di negara ini. Meski rakyat negara ini khususnya orang melayu semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat pembangunan negara, namun masih ada Bahagian-Bahagian Umno yang ketandusan manusia melayu untuk di ketengahkan sebagai pemimpin dan kepemimpinan.

Isnin, 21 Oktober 2013

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA DAN YANG KALAH

Biarpun Akar Umbi Semakin Meluat

SELESAILAH sudah pemilihan Umno Malaysia pada Sabtu lalu, 19 Oktober, 2013. Namun biasalah, bak kata pepatah melayu, rumah siap pahat berbunyi. Tung tang, tung tang, tung tang, tang tang tang...
            Apapun, jangan pula dipandang remah bunyi pahat itu. Kena tengok dan kaji juga sebagaimana kita melihat dan mengkaji apa-apa laporan yang tidak-tidak. Keputusan yang diperlolehi sama ada diperingkat bahagian mahupun pusat itu juga didakwa ramai pemerhati politik sebagai mempamerkan sesuatu yang upset.

Selasa, 15 Oktober 2013

DIALOG-DIALOG CUIT DI PAGI RAYA HAJI

Betulkan Fatihah Masing-Masing...

SATU:

orang 1: "Kalau you tak ada siapa-siapa di pejabat tanah, jangan harap nak dapat projek atau sekepal tanah pun. Apa-apa pun fulus bang.."

orang ll: "Kalau begitu, orang miskin akan terus miskin. Yang merempat akan terus merempat dan papa kedanalah?"

orang lll: "Nak buat macam mana...dah macam itu setting-nya"

Jumaat, 11 Oktober 2013

BILA AGAKNYA GILIRAN 'AKU' JADI PM?

Jika Ada Jawatan Masih 'Disekat' Bertanding
Gambar Hiasan: Kenangan lalu...
PERCATURAN politik di Malaysia ini boleh dikatakan agak unik dan punyai seninya yang tersendiri. Namun atas kebijaksanaan kepemiminan parti serta kompenan masing-masing, sehingga kini negara masih stabil. Stabil dari segi politiknya, ekonomi, sosial dan hubungannya di peringkat antara bangsa. Alhamdulillah. Semoga berterusan begitu bahkan terus bertambah utuh.
            Selagi kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dan perlembagaan yang sedia ada masih dijunjung sebagai rujukan kerasnya, maka jawatan Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menterinya (TPM) masih lagi orang Melayu yang beragama Islam dan masing-masing jawatan itu hanya dengan satu pengisian. Yakni, tiada timbalan satu, dua atau tiga...

Khamis, 10 Oktober 2013

AKANKAH BERULANG SEJARAH HUSSEIN DENGAN MAHATHIR

Datuk Mukhriz Mahathir
Perwakilan Akan Pilih Mukhriz?

KETIKA menyaksikan siaran temubual calon Naib Presiden Umno 2013 di tv3 semalam, Datuk Seri Hishamuddin Hussein (juga sebagai penyandang) dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir, penulis teringat sembang-sembang politik bersama rakan-rakan politik kira-kira 33 tahun lalu. Masa itu penulis baru berjinak-jinak dengan umno dan ditahun itulah juga pertama kalinya penulis dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Cawangan Bruas. Masih segar dalam ingatan rakan-rakan seperjuangan ketika itu. Ramai juga yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah. Apa khabar ckgu Mair Afandi, Datuk Hamdi Bakar dan lain-lainnya. Datuk Malek telah meninggal dunia...

Selasa, 8 Oktober 2013

TANAH.. O.... TANAH

Pencerobohan Dihalalkan
gambar hiasan
SATU BERITA kecil yang menarik perhatian saya hari ini di akhbar Utusan Malaysia adalah perihal reaksi kerajaan negeri Perak terhadap memorandom yang dihantar oleh tiga petani di Kampung Tanah Hitam dekat Chemor.
            Dalam reaksinya itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berjanji akan menyelesaikan masalah 'perebutan' tanah kerajaan seluas kira-kira 1.02 hektar itu dengan adil.

Selasa, 1 Oktober 2013

INIKAH NAIB UMNO MALAYSIA 2013?

Pilihlah Calon Mantap Kata Penyandang Naib

Adakah rayuan Hisham terus didengar? (Utusan Malaysia/01/10/13) 
Atau, ini sahaja pilihan yang ada (bawah)

Gandingan Mukhriz, Zahid dan Shafie

jagindas: Baru mengucup keris pun kecut perut, digertak sedikit sudah menggeletar lutut, macam mana nak jadi panglima perang? 

Isnin, 30 September 2013

KARPAL SERGAH ROS

"ROS jangan main- main, ini adalah amaran terakhir..."

ROS tegur DAP, ROS nasihat DAP, ROS beri amaran kepada DAP, kemudian Karpal Singh pula beri amaran kepada ROS!   (lanjut di sini)

ROS kuat dan gagah. Karpal lumpuh. Mari kita saksikan siapa yang kuat..

jagindas: Ajar jangan tak ajar. Ajar sampai pandai..

Ahad, 29 September 2013

BISNIS MELAYU KITA

Orang Lain Maju Berniaga Di Kampung Melayu


 

KELMARIN, saya menghantar kereta ke sebuah bengkel mencuci kereta kerana kenderaan itu sudah macam lori bandaraya keadaannya. Bengkel yang terletak di sebuah perkampungan melayu itu diusahakan oleh seorang India dengan dua pekerjanya adalah india juga. Mengikut ceritanya, bengkel itu asalnya adalah kedai runcit kepunyaan seorang melayu. Namun, terpaksa menutupnya berikutan tidak dapat menandingi peniaga runcit cina di kampung yangsama yang telah berpuluh tahun lebih awal berniaga di situ.

Sabtu, 28 September 2013

ANDA PEMBAWA KEPUTUSAN AKAR UMBI BUKAN PERIBADI

Nasihat Buat Perwakilan Umno 2013
Pilihan dan  "setting" gambar juga memberi pelbagai makna
SESEORANG PERWAKILAN itu dilantik oleh ahli mesyuarat bagi mewakili mereka untuk ke satu majlis yang lebih besar. Sekali gus, perwakilan telah secara otomatik diberikan kuasa bercakap atau bertindak (sopan) mewakili akar umbinya. Secara dasarnya juga, apa-apa yang diputuskan oleh perwakilan itu, adalah juga keputusan diperingkat akar umbi. Bermakna juga, bagi satu-satu unit, jika perwakilannya melebihi dari seorang, maka mereka sewajarnya bersatu hati dalam menetapkan keputusan. Mereka tidak lagi boleh bersifat majoriti tetapi bulat satu hati dengan satu keputusan yang serupa.

ROS, ROS, ROS, WO AI NI...

Lisan OK, Tindakan Belum Tau

utusan malaysia/28/9/13

Khamis, 26 September 2013

AL-FATIHAH...

Azizan Razak Meninggal Dunia

BEKAS Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, dilaporkan telah kembali ke-rahmatullah pagi tadi akibat masalah jantung berpunca daripada kegagalan organ dalaman yang pelbagai dan jangkitan kuman dalam darah setelah bertarung dengan komplikasi penyakit sejak beberapa bulan lalu.

Rabu, 25 September 2013

HARGA BARANG AKAN NAIK LAGI BULAN DEPAN

sapa ni?
Jaminan Kerajaan Hanya Gurauan

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek, berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga barang keperluan tidak akan naik berikutan kenaikan harga bahan api petrol dan diesel baru-baru ini. Rakyat lega dengan jaminan itu khususnya rakyat marhaen di seluruh negara.

Selasa, 24 September 2013

AHLI KELUARGA BAGAIKAN BERKUTU JAWATAN

Demi Parti Atau Demi Projek?


PUNYALAH buruk perangai, macam mak bapak dia punya! Tamak, haloba, bongkak, sombong. Kerana apa? Kerana sudah termakan jasa bahawa Umno itu adalah lubuk rezeki. Yang bodoh bahalol pun boleh jadi kaya raya. Kerana apa? Sekurang-kurangnya dapat perintah daerah.... faham-faham sudahlahhh..
            Macamlah dah tak ada orang cerdik lagi dalam Malaya ni. Umno, umno! Apa benda tu? Baca di sini.


jagindas: Bio buruk rupe jangan buruk perangai yop! Lagi teruk, dah rupe buruk, perangai pun menyetan.



Isnin, 23 September 2013

Jumaat, 20 September 2013

PEMILIHAN UMNO 2013 PENUH MAKNA

Bukan Saja Rakyat Malaysia, Bahkan Dunia Turut Meniliknya
Seronok main rebut kerusi dengan iringan muzik...

KONONNYA nampak meriah apabila disahkan enam anggota Umno akan bertanding untuk merebut Naib Presiden Umno Malaysia kali ini. Tiga penyandangnya sedang bersepak terajang bagi memastikan kerusi yang diduduki hari ini tidak terbang. Pencabar yang bertiga lagi itu, bukan sekadar mencuba nasib tetapi bertindak sebagai penyendal mengukuhkan rasuk dan ruk rumah. Kesinambungan perjuangan Umno mesti diteruskan, kekuatan Umno wajar dipertahankan. Pemilihan, bukanlah perkara main-main seronok sehingga mendorong mencuba nasib. Tetapi ini adalah soalmasa depan bangsa, agama dan negara!

Khamis, 19 September 2013

DEMIKIAN FALSAFAH ORANG CINA

Kalau Tak Tipu Bukan Cina,Wo!

INI ada khabar yang baru penulis terima. Kononnya, sejak Datuk Lee Chee Leong, mantan Menteri Dalam negeri, kalah dalam plilihan raya ke-13 lalu bagi mengekalkan Parlimen Kampar, orang-orang China yang sebelum itu begitu ghairah dan meriah dengan pasukan Rela-nya, kini di katakan memandang sepi pasukan sukarelawan itu.