Jumaat, 25 Oktober 2013
Khamis, 24 Oktober 2013
KASIH DAN CINTAILAH AYAH DAN IBU SEMASA MEREKA HIDUP MAHU PUN SELEPAS MATINYA..
![]() |
| GAMBAR HIASAN.. |
Luangkan Masa Setiap Hari Geletik
Jiwanya...
HARI ini penulis hendak bercerita tentang kisah masyarakat. Kita selalu
lihat iklan di media-media yang mengingatkan manusia supaya menghargai orang
tua (khususnya mak bapak sendiri). Ingatan yang mengusik kesibukan anak-anak
sehingga teralpa terhadap tanggung jawab terhadap ibu bapa.
Paling penting erti
tangungjawab itu adalah mengingatan mereka dengan melakukan 'personal touch'. Bagi yang tinggal dekat dengan rumah mak
bapak, mereka diingatkan supaya kerap-keraplah menziarahi mereka - pagi atau
petang atau pagi dan petang, berbual-bual dengan mereka serta mengambil berat
hal makan minum dan sakit demam mereka.
Rabu, 23 Oktober 2013
KERAJAAN WAJAR BERTERIMA KASIH KEPADA PELABUR ASB
Setelah Lebih 30 tahun, Apakah Masih
6-8%
LAPORAN pra-belanjawan sedang meniti dibibir rakyat. Bajet 2014 itu
dijangka akan diisytiharkan pada Jumaat ini, Insya-Allah. Lantaklah apapun yang
naik mahupun yang turun. Rakyat bising macam manapun, apabila parlimen meluluskannya
nanti, maka tertanggunglah sepenuh dan seluruhnya kepada rakyat.
Namun usahlah bimbang,
sebab kerajaan sudah berulang kali kata bahawa belanjawan kali ini adalah
belanjawan yang seimbang dan tidak sekali-kali membebankan rakyat. Percayalah!
Inilah ayat keramat yang diucapkan oleh semua pemimpin kerajaan setiap kali
peristiwa ini akan berlaku. Bukankah begitu?
ORGANISASI UMNO DAH MACAM KOPERAT PERIBADI
Anak Beranak Terajui Jawatan Utama
MEMANG KASIHAN. KASIHAN betul saya terhadap satu dua Bahagian Umno di
negara ini. Meski rakyat negara ini khususnya orang melayu semakin berkembang
seiring dengan perkembangan pesat pembangunan negara, namun masih ada
Bahagian-Bahagian Umno yang ketandusan manusia melayu untuk di ketengahkan
sebagai pemimpin dan kepemimpinan.
Isnin, 21 Oktober 2013
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA DAN YANG KALAH
Biarpun Akar Umbi Semakin Meluat
SELESAILAH sudah pemilihan Umno Malaysia pada Sabtu lalu, 19 Oktober, 2013.
Namun biasalah, bak kata pepatah melayu, rumah siap pahat berbunyi. Tung tang,
tung tang, tung tang, tang tang tang...
Apapun, jangan pula dipandang
remah bunyi pahat itu. Kena tengok dan kaji juga sebagaimana kita melihat dan mengkaji
apa-apa laporan yang tidak-tidak. Keputusan yang diperlolehi sama ada
diperingkat bahagian mahupun pusat itu juga didakwa ramai pemerhati politik
sebagai mempamerkan sesuatu yang upset.
Selasa, 15 Oktober 2013
DIALOG-DIALOG CUIT DI PAGI RAYA HAJI
Betulkan Fatihah Masing-Masing...
SATU:
orang 1: "Kalau you
tak ada siapa-siapa di pejabat tanah, jangan harap nak dapat projek atau
sekepal tanah pun. Apa-apa pun fulus
bang.."
orang ll: "Kalau begitu, orang miskin akan terus miskin.
Yang merempat akan terus merempat dan papa kedanalah?"
orang lll: "Nak buat macam mana...dah macam itu setting-nya"
Jumaat, 11 Oktober 2013
BILA AGAKNYA GILIRAN 'AKU' JADI PM?
Jika Ada Jawatan Masih 'Disekat' Bertanding
![]() |
| Gambar Hiasan: Kenangan lalu... |
PERCATURAN politik di Malaysia ini boleh dikatakan agak unik dan punyai
seninya yang tersendiri. Namun atas kebijaksanaan kepemiminan parti serta
kompenan masing-masing, sehingga kini negara masih stabil. Stabil dari segi
politiknya, ekonomi, sosial dan hubungannya di peringkat antara bangsa.
Alhamdulillah. Semoga berterusan begitu bahkan terus bertambah utuh.
Selagi kerajaan Barisan
Nasional (BN) memerintah dan perlembagaan yang sedia ada masih dijunjung sebagai
rujukan kerasnya, maka jawatan Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana
Menterinya (TPM) masih lagi orang Melayu yang beragama Islam dan masing-masing
jawatan itu hanya dengan satu pengisian. Yakni, tiada timbalan satu, dua atau
tiga...
Khamis, 10 Oktober 2013
AKANKAH BERULANG SEJARAH HUSSEIN DENGAN MAHATHIR
![]() |
| Datuk Mukhriz Mahathir |
Perwakilan Akan Pilih Mukhriz?
KETIKA menyaksikan siaran temubual calon Naib Presiden Umno 2013 di tv3
semalam, Datuk Seri Hishamuddin Hussein (juga sebagai penyandang) dan Datuk
Mukhriz Tun Mahathir, penulis teringat sembang-sembang politik bersama
rakan-rakan politik kira-kira 33 tahun lalu. Masa itu penulis baru berjinak-jinak
dengan umno dan ditahun itulah juga pertama kalinya penulis dipilih sebagai
Ketua Pemuda Umno Cawangan Bruas. Masih segar dalam ingatan rakan-rakan
seperjuangan ketika itu. Ramai juga yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah. Apa
khabar ckgu Mair Afandi, Datuk Hamdi Bakar dan lain-lainnya. Datuk Malek telah
meninggal dunia...
Selasa, 8 Oktober 2013
TANAH.. O.... TANAH
Pencerobohan Dihalalkan
![]() |
| gambar hiasan |
SATU BERITA kecil yang menarik perhatian saya hari ini di akhbar Utusan
Malaysia adalah perihal reaksi kerajaan negeri Perak terhadap memorandom yang
dihantar oleh tiga petani di Kampung Tanah Hitam dekat Chemor.
Dalam reaksinya itu,
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berjanji akan menyelesaikan
masalah 'perebutan' tanah kerajaan seluas kira-kira 1.02 hektar itu dengan
adil.
Selasa, 1 Oktober 2013
INIKAH NAIB UMNO MALAYSIA 2013?
Pilihlah Calon Mantap Kata Penyandang Naib
| Adakah rayuan Hisham terus didengar? (Utusan Malaysia/01/10/13) Atau, ini sahaja pilihan yang ada (bawah) |
![]() |
| Gandingan Mukhriz, Zahid dan Shafie |
jagindas: Baru
mengucup keris pun kecut perut, digertak sedikit sudah menggeletar lutut, macam mana nak jadi panglima perang?
Isnin, 30 September 2013
KARPAL SERGAH ROS
"ROS jangan main- main, ini adalah amaran terakhir..."
ROS tegur DAP, ROS nasihat DAP, ROS beri amaran kepada
DAP, kemudian Karpal Singh pula beri amaran kepada ROS! (lanjut di
sini)
ROS kuat dan gagah. Karpal lumpuh. Mari kita
saksikan siapa yang kuat..
jagindas: Ajar
jangan tak ajar. Ajar sampai pandai..
Ahad, 29 September 2013
BISNIS MELAYU KITA
Orang Lain Maju Berniaga Di Kampung
Melayu
KELMARIN, saya menghantar kereta ke sebuah bengkel mencuci kereta kerana kenderaan itu sudah macam lori bandaraya keadaannya. Bengkel yang terletak di sebuah perkampungan melayu itu diusahakan oleh seorang India dengan dua pekerjanya adalah india juga. Mengikut ceritanya, bengkel itu asalnya adalah kedai runcit kepunyaan seorang melayu. Namun, terpaksa menutupnya berikutan tidak dapat menandingi peniaga runcit cina di kampung yangsama yang telah berpuluh tahun lebih awal berniaga di situ.
Sabtu, 28 September 2013
ANDA PEMBAWA KEPUTUSAN AKAR UMBI BUKAN PERIBADI
Nasihat Buat Perwakilan Umno 2013
![]() |
| Pilihan dan "setting" gambar juga memberi pelbagai makna |
SESEORANG PERWAKILAN itu dilantik oleh ahli mesyuarat bagi mewakili mereka
untuk ke satu majlis yang lebih besar. Sekali gus, perwakilan telah secara
otomatik diberikan kuasa bercakap atau bertindak (sopan) mewakili akar umbinya.
Secara dasarnya juga, apa-apa yang diputuskan oleh perwakilan itu, adalah juga
keputusan diperingkat akar umbi. Bermakna juga, bagi satu-satu unit, jika
perwakilannya melebihi dari seorang, maka mereka sewajarnya bersatu hati dalam
menetapkan keputusan. Mereka tidak lagi boleh bersifat majoriti tetapi bulat
satu hati dengan satu keputusan yang serupa.
Khamis, 26 September 2013
AL-FATIHAH...
Azizan Razak Meninggal Dunia
BEKAS Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, dilaporkan telah kembali
ke-rahmatullah pagi tadi akibat masalah jantung berpunca
daripada kegagalan organ dalaman yang pelbagai dan jangkitan kuman dalam darah setelah bertarung
dengan komplikasi penyakit sejak beberapa bulan lalu.
Rabu, 25 September 2013
HARGA BARANG AKAN NAIK LAGI BULAN DEPAN
![]() |
| sapa ni? |
Jaminan Kerajaan Hanya Gurauan
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan
Malek, berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga barang keperluan tidak
akan naik berikutan kenaikan harga bahan api petrol dan diesel baru-baru ini.
Rakyat lega dengan jaminan itu khususnya rakyat marhaen di seluruh negara.
Selasa, 24 September 2013
AHLI KELUARGA BAGAIKAN BERKUTU JAWATAN
Demi Parti Atau Demi Projek?
PUNYALAH buruk perangai, macam mak bapak dia punya! Tamak, haloba, bongkak,
sombong. Kerana apa? Kerana sudah termakan jasa bahawa Umno itu adalah lubuk
rezeki. Yang bodoh bahalol pun boleh jadi kaya raya. Kerana apa?
Sekurang-kurangnya dapat perintah daerah.... faham-faham sudahlahhh..
Macamlah dah tak ada orang
cerdik lagi dalam Malaya ni. Umno, umno! Apa benda tu? Baca di
sini.
jagindas: Bio
buruk rupe jangan buruk perangai yop! Lagi teruk, dah rupe buruk, perangai pun
menyetan.
Isnin, 23 September 2013
Jumaat, 20 September 2013
PEMILIHAN UMNO 2013 PENUH MAKNA
Bukan Saja Rakyat Malaysia, Bahkan Dunia
Turut Meniliknya
![]() |
| Seronok main rebut kerusi dengan iringan muzik... |
KONONNYA nampak meriah apabila disahkan enam anggota Umno akan bertanding untuk
merebut Naib Presiden Umno Malaysia kali ini. Tiga penyandangnya sedang bersepak
terajang bagi memastikan kerusi yang diduduki hari ini tidak terbang. Pencabar
yang bertiga lagi itu, bukan sekadar mencuba nasib tetapi bertindak sebagai
penyendal mengukuhkan rasuk dan ruk rumah. Kesinambungan perjuangan Umno mesti
diteruskan, kekuatan Umno wajar dipertahankan. Pemilihan, bukanlah perkara
main-main seronok sehingga mendorong mencuba nasib. Tetapi ini adalah soalmasa
depan bangsa, agama dan negara!
Khamis, 19 September 2013
DEMIKIAN FALSAFAH ORANG CINA
Kalau Tak Tipu Bukan Cina,Wo!
INI ada khabar yang baru penulis terima. Kononnya, sejak Datuk Lee Chee Leong,
mantan Menteri Dalam negeri, kalah dalam plilihan raya ke-13 lalu bagi
mengekalkan Parlimen Kampar, orang-orang China yang sebelum itu begitu ghairah
dan meriah dengan pasukan Rela-nya, kini di katakan memandang sepi pasukan
sukarelawan itu.
Langgan:
Catatan (Atom)


.jpg)






.jpg)

.jpg)





