Jumaat, 7 September 2012

PUKUL ANAK SINDIR MENANTU


BILA ASRI TEGUR ULAMAK UMNO

Dari Kiri:  ASRI, NAJIB DAN HISHAMUDDIN
TEGURAN Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyelar ulama muda dalam Umno membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini memang ada logiknya.di sini
            Sekurang-kurangnya, Murshidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz, ada menyuarakan kebenciannya terhadap perilaku tersebut. Cukuplah sekadar mewakili satu puak, tak gitu?
            Bagi saya, itu tidak begitu memeranjatkan sangat kerana sebelum ini pun "ulamak UMNO" telah banyak kali bercakap dan mengulas terhadap perkara-perkara yang baik dan yang tidak baik khusus yang berlaku sepanjang tempoh ini.

KES ROGOL BAWAH UMUR


HUKUMAN RINGAN KERANA TEKNIKAL?

GAMBAR HIASAN
RAMAI terbeliak biji mata dan terlopong mulut apabila sebuah mahkamah menjatuhi hukuman yang disifatkan ringan terhadap perogol yangmerogol gadis bawah umur. di sini dan  di sini
            Isu itu timbul apabila mahkamah membebaskan dua orang lelaki yang didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur dari dihukum mandatori lima tahun penjara minimum serta sebatan dibawah seksyen 376(2) Kanun Keseksaan. di sini
                Saya juga turut melontarkan isu ini kepada rakan-rakan bagi mendapatkan reaksi mereka terhadap kaedah penyiasatan dan sistem kehakiman di negara ini. Bukan untuk mencerca sistem berkenaan jauh sekali untuk tidak menghomati kebijaksanaan pegawai-pegawai penyiasat serta apa-apa juga keputusan yang dibuat oleh hakim terhadap satu-satu kes yang dibicarakan.
            Seorang rakan berkata, kehakiman bergantung kepada bukti-bukti yang ditunjukkan oleh pihak pendakwa yang selalunya disediakan oleh pegawai penyiasat. Menurutnya jika pendakwa  gagal menjelaskan kepada mahkamah bukti kukuh bagi mensabitkan kes, maka hakim akan memutuskan sama ada yang didakwa akan dilepaskan, dibebaskan atau menukar dakwaan kepada hukuman yang lebih ringan tetapi relevan dengan pendakwaan. Makna kata, masalah teknikal membolehkan seseorang pesalah itu dihukum lebih ringan daripada sepatut yang diterimanya.

SUARAM


Jangan Tunggu Lama-Lama..



RAMAI pihak yang sudah emnyuarakan kepada kerajaan khususnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya mengambil tindakan segera ke atas kes Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didakwa menyalahgunakan akta syarikat dengan mendapatkan dana dari luar serta bergerak selaku NGO dan kemudiannya menggunakan dana tersebut untuk menyokong gerakan-gerakan anti kerajaan. Kegiatan yang menjijikan itu menyebabkan ramai pihak mahu CEO SSM meletakkan jawatannya. di sini             Setelah isu ini menjadi

RELEKS SEKEJAP

Dah Jenuh Menulis dan Membaca, Masanya Kita Menghalua Telinga Pulak....


Jagindas:   antara hukum syarak, adat dan akal terselit dicelah-celahnya antara budi dan bahasa, antara cita dan rasa.

PENDIDIKAN SEJARAH DI SEKOLAH


ELEMEN PENDIDIKAN YANG MAMPU MENEGARAKAN GENERASI

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang merangka kandungan baharu kurikulum Sejarah dalam silibus sekolah menengah sebagai sebahagian daripada usaha memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. di sini
            Jangan lupa, majoriti guru-guru hari ini pun banyak yang buta sejarah. Walaupun nampaknya guru mata pelajaran Sejarah yang bertanggungjawab terhadap subjek ini, namun jangan sampai pula ada yang berlaga agin. Maklum di sekolahpun ada macam-macam mazhab!

MAAF PM


TAK TAU PULAK BUAT MACAM TU SALAH, WEH!
Canti Amoi ni kan? 
WAYANG CINA sudah bermula di sini.
Harap-harap tidak ada yang CAIR dengan permohonan maaf ini. Bukan apa, pertama dia tu amoi kedua Cina pulak tu!

Najib kata: apapun kita kena hormat undang-undang. Mohon maaf cerita lain.

Hishamuddin kata: tiada kompromi

Rakyat jelata kata:  ajar mereka yang terbabit!

Polis kata:  Laporan sudah dihantar ke Peguam Negara...

Jgindas Kata:  Sampai masanya permohonan maaf sama ada terbuka atau tertutup kena tapis kerana ia bukan lagi bersifat penyelesai masalah.


Jagindas:   tak sangka anak bungsunya kurang ajar....di sini

Rabu, 5 September 2012

MELAYU O MELAYU


AKANKAH MELAYU HILANG DI DUNIA?
DALAM blog Tun Mahathir hari ini, beliau merakamkan kebimbangan terhadap kata-kata keramat Datuk Hang Tuah: Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia, tidak akan menjadi kenyataan berikutan senario "Melayu" pada hari ini dan jangkaan "kehidupan" generasi itu akan datang di sini.
            Katanya, Melayu Singapura adalah contoh realiti yang paling hampir. Luah rasa Tun M itu memang ada kewajarannya. Pun begitu, di Malaysia Melayu itu ditakrifkan kepada seseorang yang beragama Islam, boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik serta mengamalkan budaya hidup orang-orang melayu.
            Sasterawan ulung negara, Datuk Dr. Usman Awang (Allahyarham) dalam puisinya bertajuk "MELAYU" antaranya menyebut:

"...Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu.."


Jagindas:  Entah Melayu yang macam mana yang tinggal nanti, tak tau lah....


Selasa, 4 September 2012

KES KEBIADAPAN PIJAK GAMBAR PM

JAGINDAS BUAT LAPORAN POLIS



Jagindas:  tunggu dan lihat

HANYA 39 LAPORAN SEHINGGA 3 SEPTEMBER 12


BERIKUTAN KEBIADAPAN PUAK BERSIH
KDN - kena semak balik kebelakang...
SETAKAT INI, hanya 39 laporan polis dibuat di seluruh negara kesan daripada peristiwa hitam yang dilakukan oleh peserta Perhimpunan Janji Bersih memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu. di sini
            Ke mana perginya sensitiviti rakyat negara ini tidak kiralah sama ada orang Melayu, Cina, India dan Bumiputera lain terhadap isu yang menconteng amat keluhuran, kedaulatan, kesopanan dan kesusilaan negara bertuah ini! Dimana?
            Ada berapa Bahagian UMNO, MCA, Gerakan, MIC di seluruh negara. Kalau setiap bahagian melahirkan satu laporan polis adakah jumlanya 39? Ke mana perginya semangat yang bergegar-gegar dalam dewan perwakilan sebelum ini?
            Woi, ke mana? Tak kan nak buat laporan macam tu pun nak kena janji satu projek kut! perrrrrggghhhh...


Jagindas:  Kesian Datuk Seri Najib..... jagindas sudah set dengan rakan-rakan akan buat laporan di balai polis bedekatan malam ini selepas jam 8 malam, InsyaAllah!

PENGARAH JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK


KEMENTERIAN PELAJARAN KETANDUSAN CALON!?
GAMBAR HIASAN...antara anak tempatan
yang dikatakan layak menerajui JPN Perak.

1.         Guru-guru di negeri Perak harus berasa malu kerana hampir setahun tidak   mempunyai pengarahnya sendiri setelah persaraan Datuk Muhd Rauhi

2.         Menteri Besar Perak juga harus berasa "keciwa" kerana JabatanPelajaran Negeri-nya tidak mempunyai pengarah pelajaran negeri selama hampir setahun

3.         Soalan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: apa dah jadi?

4.         Kementerian Pelajaran Malaysia juga sewajarnya melihat isu ini sebagai suatu         kelemahan dan kekurangan - tidak nampak, terlepas pandang atau masih berpandang-pandangan?

Yang Jagindas dengar:

Macam-macam cerita yang dibawa angin terhadap pengisian jawatan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN) ini. Macam-macam. Kadang-kadang dirasakan politik dalamannya lebih hebat daripada politik UMNO, PAS dan PKR. Tapi seperti api dalam sekam. Merakap dan membara tidak jelas kelihatan. Bila ditimpa hujan apinya padam, namun asapnya berlegar dan kemudian membara kembali. hehehe...
            Timbalan pengarah JPN sekarang didakwa tidak layak berikutan "peristiwa lalu" walaupun dikatakan semuanya sudah selesai.
            Seseorang yang yang disebut-sebut layak juga, sampai ke hari ini tidak menerima surat rasmi. Sedang, beberapa orang lagi mengharap penuh menanti! Setakat ini, pemangku pengarah juga yang untung. Lagi lama lagi bagus. Rezeki anak-anak. Banyak tu...Tahniahlah tuan!
            Yang jelasnya, setelah hampir setahun persaraan pengarah sebelum ini (Muhd Rauhi Mohd Isa), setakat ini masih belum kedengaran khabar berita siapa penggantinya!
            Perak memang hebat!
           

Jagindas:  Orang tua-tua kata, jangan nanti dek terlampau sangat memilih, pilih punya pilih akhir terpilih buku kemerau... Ambik kau!

PEMARTABATAN BAHASA MELAYU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN PERLU LEBIH SERIUS
DI ARAS MANA LETAKNYA BAHASA MELAYU?

KALAU tidak silaplah, sebaik sahaja Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) diangkat dalam perlembagaan serta dimartabatkan sebagai bahasa rasmi negara, maka antara lain kerajaan telah menetapkan secara umumnya supaya tanda nama bagi bangunan-bangunan kerajaan, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta perimis-perimis perniagaan  hendaklah ditulis dalam bahasa Malaysia manakala bahasa-bahasa lain boleh digunakan dengan syarat kedudukannya tidak mengatasi bahasa rasmi itu dan saiznya juga hendaklah lebih kecil dari itu.
          Begitu juga, untuk papan tanda sekolah-sekolah di Malaysia, tidak kira sama ada sekolah bantuan penuh kerajaan atau pun sekolah bantuan modal kerajaan termasuk sekolah-sekolah mubaligh, nama sekolah tersebut hendaklah mengutamakan tulisan dalam Bahasa Melayu (huruf roman yang tidak bermaksud bahasa Inggeris) kemudian dibolehkan diikuti dengan bahasa-bahasa ibunda yang lain termasuk tulisan jawi dengan syarat ianya ditulis dengan saiz yang lebih kecil daripada Bahasa Melayu.
          Kelonggaran diberi kepada sekolah agama (Islam) dengan mengutamakan tulisan jawi (dalam ertikata bacaan bahasa Melayu bukan bahasa Arab) dan  diikuti dengan nama dalam bahasa Melayu.
           Itupun kalau masih digunapakai. Tak tahulah pulak garispanduan ini sudah dilepas dan dibebaskan!
          Justeru, sekolah ini macam mana (lihat gambar)?  Difahamkan sekolah ini adalah jenis bantuan modal dengan muridnya tidak sampai 50 orang. Difahamkan juga pada tahun 2009 (di bawah pemerintahan Pak Lah dan Datuk Seri Hishamudin sebagai Menteri Pelajaran) kerajaan telah memberikan lebih RM2 juta untuk projek pembangunan dan kerja-kerja naiktaraf sekolah berkenaan.
          Jadi?? Hahaha..., banyak tu. Jumlah ini menunjuk bancian sekepala murid di sekolah itu lebih kurang RM400,000 setiap seorang murid! Setaraf dengan pembinaan sebuah kolej! Biarkan hal itu, kerana ia adalah hak kerajaan untuk memberi atau tidaknya.
          Soalnya, sejauh mana sekolah ini menghormati Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara ini? Dan secara umumnya, sejauh mana pula institusi pendidikan negara ini memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan juga peranannya dalam membantu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap kedaulatan bahasa itu.   
            Bahkan, sejauh mana pula kementerian pendidikan memastikan pematuhan garispanduan tulisan di papan tanda nama sekolah-sekolah di Malaysia?

          [ ini sekadar contoh sahaja, barangkali banyak lagi di luar sana]

                  

Jagindas   Nak tahu, apa sensitiviti unit bahasa dan protokol di Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia?


Isnin, 3 September 2012

DEMI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA


PENGHINA PERLEMBAGAAN DAN RUKUN NEGARA WAJAR TERIMA HUKUMAN
PATRIOTIKKAH JIKA BENDERA DIBEGINIKAN?
TAHNIAH, terima kasih dan syabas kepada kerajaan khususnya pihak berkuasa kerana nampaknya akan bertindak tegas terhadap penoda Jalur Gemilang dan golongan bangsat yang memijak dan menghina gambar pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib baru-baru ini.[di sini]

Ahad, 2 September 2012

INSTITUSI MELAYU KIAN TERCABAR (BAHAGIAN DUA)


BERSEDIALAH HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN
(baca dulu bahagian satu)

INSTITUSI RAJA: PAYUNG KEDAULATAN ORANG MELAYU

Apakah sebenarnya yang meruntun naluri sehingga mengucapkan begitu?

1.  Najib, Mahathir dan lain-lainnya hanyalah seorang pemimpin. Pemimpin datang dan pergi apabila sampai masanya. Namun, institusi raja, perlembangaan, rukun negara dan undang-undang akan terus kekal malah terus berdiri sebagai tunggak negara bahkan sesebuah negara. Sebelum ini pun ramai yang telah memperkotak-katik, memperolok, menghina dan mencerca peradaban-peradaban, namun itu pun tiada "kekerasan" yang diambil, apalah sangat dengan memijak gambar pemimpin, membakar bendera dan menayangkan bendera!

2.  Hindraf yang sudah jelas sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar, namun mengapa masih sewenangnya golongan atau aktivis terbabit menggunakan nama itu.

3.  Kes Suaram, yang semakin ramai meraguinya,mendesak supaya diambil tindakan, pun pihak berkuasa masih berdiam diri.

4.  Kes Ambiga, yang sudah terang lagi bersuluh, pun masih bebas dan terlepas

5.  Individu atau rakyat yang menghina sultan, institusi raja dan perlembagaan (sebagai contoh Nizar bekas Menteri Besar Perak) secara jelas dan terang, pun semacam  tidak menampakkan kesalahan mereka

6.  Gerakan mengkristiankan orang Melayu! senyap begitu sahajakah?

7.   Aktiviti judi haram (contoh: mesin judi dan nombor ekor haram) dan pelbagai kegiatan haram yang berlaku di depan mata (kini merebak dipekan-pekan kecil) tetapi bagaikan tidak pernah wujud bagi pihak berkuasa. Ia bukan sahaja haram di segi hukum syarak, malah turut meruntuhkan kerukunan hidup orang Melayu setempat malah ada yang mengatakan antara sebab berlaku banyaknya kes-kes kecurian, pecah rumah, ragut dan samun.

8.  Lambakan orang asing di negara bagaikan tiada kawalan sempadan sehingga menggugat ketenteraman dan keselamatan rakyat. Masihkan kita perlu berbudi bahasa, berlemah lembut, bertimbang rasa seperti kata Usman Awang: dagang lalu nasi ditanakkan!

9.  Sistem pendidikan yang kian dicabar keikhlasannya

10. Banyak sudah yang dilepas berikutan sikap tolak ansur orang Melayu. Akan kekalkan kita bersikap sentiasa beransur setiap kali orang lain menolak dan menggertak?

11. Dan, kita hanya mampu memberikan peringatan demi peringatan, amaran demi amaran. Dewan bergegar dengan sorak dan tepuk tangan bila berhimpun, kemudian disudahi dengan tawa hilai sesudah tamat persidangan. Cuma yang nak didengarnya: bagaimana ucapan aku tadi?  Ok ke?

Itu hanyalah sekadar beberapa contoh yang sempat dipaparkan.Masih banyak lagi yang khalayak sendiri dapat merasakan. Cuma, barangkali setakat ini ia hanya berdetik dalam hati kecil sementara menanti waktu bengkaknya!


Jagindas:   Sedang dalam hati orang lain mereka terus mentertawakan kita...Dan Melayu semakin alpa!


INSTITUSI MELAYU KIAN TERCABAR (BAHAGIAN SATU)


BERSEDIALAH HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN
LAMA  juga saya memikir untuk menulis paparan hari ini. Namun, setelah meneliti laporan media dan akhbar-akhbar, maka saya membuat keputusan untuk memamparkan pandangan saya kepada khalayaK terhadap isU semasa yang ada antaranya sudah menjadi polimik, berhenti dan kemudian dipolimikkan semula di dada-dada akhbar dan media.
            Ringkas sahaja, iaitu mulai saat ini rakyat Malaysia khususnya orang Melayu mesti bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku dalam negara ini berikutan sikap terlalu berhati-hati pihak berkuasa menangani sesuatu isu khususnya yang bersifat sensitif.
            Sikap demikian pihak berkenaan itu sehingga ada yang beranggapan pihak terbabit tidak serius atau tidak menganggap isu tersebut sebagai membahayakan keselamatan awam dengan bersandarkan mereka adalah pihak yang paling layak menilai sesuatu isu.
            Ataukah, ramai kalangan yang bertangungjawab di atas sana di mana hati, perasaan, pemikiran dan perhambaan mereka bukan lagi milik kerajaan? Atau, mahukah dikatakan semakin ramai musang berbulu ayam lalu menyebabkan bertambahnya duri dalam daging?
            Barangkali juga, yang semakin menyibuk, bimbang,  bising dan mengeram ketika ini adalah orang Melayu. Dan, seperti biasa orang Melayu mudah tegang dan mudah kendur hanya dengan kata-kata "maaf" makanya pihak berkenaan menganggap ianya adalah bersifat sementara. Sementara isu menjadi sejuk, sementara lama kelamaan ianya dilupakan!
            Namun, lupakah kita bahawa orang Melayu ini bersifat menyimpan, memendam dan berdendam kesumat apabila ke-Melayuan-nya tercabar amat? Dan, ketika itu biasalah akan berlaku sudah terhantuk baru tengadah dan hancurlah harapan apabila nasi menjadi bubur?
            Menungu masa itukah?
       Justeru, melihatkan senario itu saya mengingatkan sekali lagi supaya kita bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan apabila tiba saatnya Melayu itu "terpaksa" memperlihatkan Melayu-nya sebenar! Demikian puisi yang ditulis saterawan ulung, Dr. Usman Awang (Allahyarham):

 Melayu - Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


Jagindas:  BERSAMBUNG ke Bahagian Dua

Jumaat, 31 Ogos 2012

RELEKS SEKEJAP


LUCAH JADI LUCU?
PEPATAH Arab ada mengatakan: Jangan percaya terhadap apa yang kamu dengar, percaya separuh terhadap apa yang kamu lihat. Antara lain pepatah ini bermaksud supaya kita sentiasa berhati-hati, teliti dan mempunyai bukti yang kukuh sebelum membuat sebarang keputusan atau rumusan.
            Dengan kata lain, kalau membaca, kena baca sampai habis. Kalau mendengar kena dengar sampai habis dan begitulah seterusnya.

Macam lagu ini, kena dengar sampai habis baru tahu isi kandungnya. Janganlah baru dengar serangkap dua dah tersengeh-sengeh.....Jom layan...



RAMBUT: nyanyian A Ramlee dan Sanisah Huri klik di sini


Jagindas:   Jangan pulak pandai-pandai tukar senikatanya.  Itu yang sebabkan RTM gam lagu ni, hehehe....

MASJID DAN SURAU DINODAI


PAS MASIH GUNA MASJID UNTUK KUTUK KERAJAAN
KISAH ahli PAS menggunakan masjid dan surau sebagai medium untuk melepaskan geram mengutuk kerajaan bukan lagi perkara baru. Meskipun sudah banyak kali ditegah oleh pihak berkuasa supaya aktiviti seperti itu tidak dilakukan di institusi berkenaan demi menjaga martabat masjid dan surau sebagai tempat beribadah, namun kedegilan golongan terbabit memang sukar untuk dipulihkan.
            Di sebuah surau berhampiran kampung saya, kononnya sepanjang Ramadhan yang lalu, lengkap sebulan jemaah surau berkenaan disumbat dengan pelbagai tohmahan, fitnah dan cerita-cerita politik sebaik sahaja selepas sembahyang maghrib sambil menunggu Isyak tiba. Malah, katanya sembang-sembang kutuk mengutuk itu turut disambung selepas sembahyang taraweh.
            Setiap malam, ada sahaja penceramah yang diundang bagi mengisi ruang-ruang yang ada untuk meracuni fikiran jemaah. Antaranya termasuklah bekas Menteri Besar Perak (MB), Datuk Seri Nizar, yang umum sedia maklum seorang lelaki yang gila talak MB.
            Menyedihkan lagi, ada beberapa orang muda yang menjadi hardcore PAS di kampung itu, kononnya turut menyucukan jarumnya ke minda kanak-kanan dan remaja sekolah dengan kaedah yang menjijikan.
            Seorang bapa yang saya temui berkata ibu bapa mengetahui hal itu apabila kanak-kanak dan remaja terbabit menceritakan aktiviti tersebut kepada mereka bila anak-anak mereka balik dari madrasah.
            Akibatnya, ibu bapa telah menghentikan anak-anak mereka ke surau berkenaan selepas sahaja tamat Ramadhan. Menurutnya, tindakan ahli PAS itu memberi kesan apabila sembahyang raya tahun ini surau berkenaan hanya mampu didirikan oleh beberapa saf sahaja. Tidak seperti tahun-tahun lalu keadaan surau itu penuh dengan jemaah orang dewasa, kanak-kanak, remaja dan wanita.
            Di masjid juga sepanjang Ramadhan lalu kononnya berlaku perkara yang serupa tetapi ia lebih kepada cakap-cakap politik dengan tokok tambah berbaur fitnah kerana majoriti jemaah adalah orang dewasa. Malah, khabarnya di masjid sembang-sembang politik PAS mengisi setiap ruang yang kosong setiap hari.
            Berdasarkan senario peristiwa itu, saya terfikir barangkali atas sebab itulah agaknya, bagi sesetengah tempat, ramai ahli kariah tidak berminat untuk berjemaah di masjid dan surau. Sekali gus, tindakan itu memberi ruang dan peluang yang lebih kepada ahli-ahli PAS mempergunakan institusi suci itu untuk kepentingan politik cetek mereka.
            "Kesucian masjid sebagai institusi yag berkecuali yang sepatutnya hanya untuk tujuan beribadah, mengaji dan menuntut ilmu sudah dinodai dan dicemari oleh PAS".    
                "Menjadi makmum pun kadang-kadang menimbulkan syak malah hati berkata-kata. Jadi lebih afdhal, tenang dan ikhlas  beribadat di rumah daripada di situ meskipun jelas telah dinyatakan bahawa sembahyang jemaah di surau dan masjid itu amat di tuntut Islam", kata seorang ahli kariah.

Jagindas:   lain jalan ke neraka...

KEPTUSAN MAHKAMAH DIPERTIKAI


HAKIM DIHARAP LEBIH TELITI

SAYA tidak berhasrat untuk mempertikai sebarang keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim mahkamah di negara ini. Ini kerana kedaulatan undang-undang adalah menjadi pegangan rakyat negara ini di bawah payung Rukun Negara.
            Begitupun, menyedari hakim juga adalah manusia biasa bahkan undang-undang yang ada juga adalah ciptaan manusia, maka sudah barang tentu akan berlaku kekhilafan ketika memutuskan sesuatu hukuman meskipun telah menimbangkannya dari pelbagai sudut.
            Namun, atas sifat keadilan mahkamah itu, maka selain daripada sebab-sebab jenayah yang dilakukan, maka penghukum hendaklah memutuskan atas sifat kesalahan yang dilakukan oleh sesorang dengan mengenepikan sebab-sebab lain meskipun ianya ada kaitan dengan kepentingan awam yang lain.
            Demikianlah halnya dalam kes ini, [baca di sini dan di sini]. Khalayak mengharapkan apa-apa hukuman yang dikenakan oleh mahkamah bukan sekadar menjadikan pengajaran kepada pelaku dan orang lain, malah ia juga sebagai "ganjaran" kepada pelaku terhadap kesalahan yang dilakukannya.
            Dalam hubungan ini apapun hujahnya, pandangan daripada Suhakam dan Datuk Zaid perlu difikiran semua pihak demi marwah sistem kehakiman negara ini.


Jagindas:  teringat mahkamah keluarga 69 lakunan Allahyarham P Ramlee dan AR Tompel..



AKIBAT PERASAN SUDAH BAGUS-BAGUS


ABBY INASFKAN BEKAS MUFTI

HUH, baru sehari dua insaf, Abby pun dah berani berhujah dengan bekas mufti Perlis. Huyo! gua tabit lu Abby..[baca di sini]

ALAHAI Abby.., agak-agaklah kalau nak berhujah pun. Bak kata orang tua-tua, kalau kail panjang sejengkal usah lah lautan hendak di duga! 

Memang, dalam urusan agama, ada dinyatakan: Sampaikanlah walaupun sebaris ayat. Namun yang sepatah atau sebaris ayat itu, hendaklah kita betul-betul faham dari A to Z. Fahaman luar dan alam, yang tersirat serta tersurat dan macam-macam lagi yang berkaitannya. Bukan main hentam saja. Sebab itu bila dibaca "..adapun sunat berbuka puasa itu di atas sebiji tamar..", maka ada yang membayangkan jika berbuka puasa di atas sebakul tamar sudah tentulah lebih banyak pahala sunatnya! Tak ke lawak jadinya tu?

Abby sayang.., janganlah gelojoh, buruk akibatnya.


Jagindas:   Nak insaf ke, nak jadi pendakwah ke, ok, bagus! Tapi janganlah gelojoh cik adik oi... itu pasallah.....(ada yang tak kena ke abyy?, hehehe)

Khamis, 30 Ogos 2012

LARAS BAHASA


Memesongkan Akidah ?
Apabila Tun Mahathir berkata adalah lebih baik memilih syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenal, ulamak PAS terus membidas sehingga ada yang meminta supaya Tun segera bertaubat berikutan kenyataan seperti itu dikatakan merosakan akidah dan diri pengucapnya termasuk orang-orang yang menyetujuinya. di sini dan di sini
          Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan yang pernah mengungkapkan kalimat-kalimat mengelirukan umat Islam sebelum ini,  antara lain "manusia boleh berkawan dengan syaitan jika syaitan mahu membantu atau bersifat menolong", turut mempersoalkan kenyataan Tun itu. (klip video)
                                           Ihsan dari blog MediaTerengganu

          “Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” katanya.
          Maknanya, Nik Aziz tahu  bahwa sebaik mana tingkah laku syaitan itu, ia tetap syaitan dan seruan serta pertolongannya tetap dan kekal menjurus ke neraka!  di sini
          Kekeliruan ini timbul dipercayai salah faham penafsiran dari sudut bahasa dan terhadap perumpamaan inggeris yang menyebut: 'Better the devil you know than the angel you don’t'
          Seperti dalam beberapa perumpaan Melayu, terdapat juga yang bercanggah dengan Islam jika diucap dan ditafsirkan pengertiannya secara terus. Misalnya, biar mati anak asal jangan mati adat. Jika kalimat ini bukan peribahasa atau perumpamaan, bolehkah ia diamalkan dalam Islam? Dan, apakah hukumnya pula jika orang Islam mengamalkannya?
          Jawapannya tentulah tidak  kerana kalimat tersebut hanya bermaksud betapa kerasnya tuntutan menjaga adat seolah-olah melebihi daripada menjaga anak sendiri.
          Demikian juga pengucapan Tun dalam konteks ini adalah bersifat perumpamaan atau peribahasa. Namun, dalam hal Nik Aziz mengatakan bahawa kita boleh menerima syaitan kalau dia hendak menolong (tonton klip video di bawah), adakah ia lafazkan dalam kontek perumpamaan juga? Kerana, dalam membidas isu Tun itu, Nik Aziz menjelaskan pula betapa dahsyatnya perangai syaitan.
          Kalimat Nik Aziz jelas sebagai fatwa peribadinya kepada pengikut partinya malah khalayak umum yang tidak cukup akal dan lemah ilmu agamanya juga terpedaya dengan ungkapan tersebut. Padahal, tidak terdapat dalam Quran dan Hadith yang menyebutkan dengan jelas mahupun terselindung bahawa manusia (orang Islam khussusnya) boleh atau dibenarkan berdamping dengan syaitan.
          Malah, jika kata-kata Nik Aziz itu diambilkira sebagai diterima pakai, maka akan ke nerakalah Nik Aziz serta orang-orang yang mempercayai kalimat dan mendampingi syaitan kerana Allah Taala telah bersumpah yang sayaitan adalah kekal menjadi ahli neraka!  Adakah terjumpa dalil-dalil yang menyebut syaitan menyeru manusia ke syurga? Bagaimana pula kenyataan yang menyebut "Sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga". 
          Justeru, Nik Aziz lah yang perlu bertaubat kerana ungkapannya itu tersasar terus daripada apa yang dijelaskan oleh Allah. di sini

Jagindas:   Dalam satu kitab tua menyebut: "adapun sunat berbuka puasa itu di atas sebiji tamar". Maka, seseorang yang jahil bahasa telah berbuka puasa dengan duduk di atas sebakul tamar demi mendapatkan lebih banyak pahala sunatnya .... macam itulah agaknya mereka yang menyanggah kata-kata Tun ketika menyebut terjemahan perumpamaan inggeris tersebut.
(masyaAllah! ya mu'allim sekelian, itulah yang dikatakan laras bahasa)



Selasa, 28 Ogos 2012

PANCUNG KEPALA


KERANA TARI MENARI DAN MUZIK
BIASA DI MALAYSIA...
DI MALAYSIA khususnya di bandar-bandar utama termasuk di Kelantan dan Kedah, kelab-kelab malam dan pusat-pusat hiburan masih dibenarkan beroperasi asalkan mendapat kebenaran sah atau berlesen.
          Pun begitu, ada juga yang menjalankan perniagaan tersebut secara tidak sah disebabkan kegelojohan pengusaha terbabit yang sekali gus dengan sengaja mancabar kedaulatan undang-undang di negara ini.
          Malah, beberapa aktiviti sosial termasuk majlis tari menari juga tidak mendapat larangan daripada pihak berkuasa asalkan penganjur mematuhi peraturan atau undang-undang.
          Bahkan, aktiviti-aktiviti seperti itu juga turut ditayangkan secara tertunda mahupun secara lansung di media-media elektronik yang mana jumlah peminat atau penontonnya juga sangat menggalakkan.
          Namun, di negara lain tidak perlu melakukan aktiviti seperti itu, hanya dengan mengadakan majlis tari menari dan diiringi muzik sahaja maka mereka yang terbabit akan pancong kepala (penggal). [baca di sini]
          Saya tidak mempersoalkan hukuman aktiviti tersebut begitu juga penanggung dosa dan pahala atas urusan berkenaan. Kerana yang haram tetap haram. Itu adalah jelas tanpa perlu dibahas.
          Soalnya apakah hukuman penggal kepala (pancung) bagi kesalahan tersebut wajar dan sejajar dengan tuntutan Islam? Dan, yang macam itukah yang hendak dilaksanakan di negara ini oleh sesetengah pihak yang sedang perjuangkan negara Islam tulen sekarang?
          Nampaknya ada banyak jenis perundangan Islam. Sebagai contoh dalam kes tersebut ia dikenali sebagai undang-undang Islam Taliban. Barangkali ada lagi jenis-jenis yang lain. Tetapi sepatutnya kita hanya ada satu sahaja undang-undang Islam untuk digunapakai kepada umat Islam di seluruh dunia iaitu undang-undang yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kalau senang-senang mengubahsuainya, maka itulah jadinya!
          Ada yang berpendapat si-tukang pancung itu serta mereka yang bersubahat dengan hukuman tersebut dibakar hidup-hidup sahaja sampai mati dengan kekuatan api kurang 100 darjah celsius.
          Anda bagaimana?


Jagindas:  Semua mengaku Islam: baca quran dan hadith yang serupa. Tetapi mengapa tidak sama?