Rakaman Gambar AES Meragukan
Pukul dua belas tengahari tadi penulis menghadiri kenduri
tahlil seorang jiran penulis. Sambil-sambil menunggu tok imam datang untuk
membaca doa, sempatlah penulis bersembang dengan rakan-rakan. Waktu-waktu cuti
persekolah ini sesiapa yang berhajat hennak buat kenduri doa selamat kena booking tok imam sebab orang kenduri kahwin
pun memerlukan dia juga.
Maklum,
kerja-kerja membaca doa ini bukan semua yang tahu (hafal) manakala yang tahu
pulak tidak berapa minat nak buat kerja-kerja tersebut. Tak tahulah pulak
kenapa? Segan kut!
Dalam
sembang-sembang itu seorang rakan membangkitkan isu kamera AES. Lagi-lagi AES!
Penulis dah naik jelak dah. Tetapi, isu rakan penulis ini agak menarik juga
untuk dikongsikan bersama.
Katanya, dua
minggu lepas dia kena saman dek kamera AES di Jalan Pasir Putih, Ipoh. Dalam
seminggu dia sudah dapat surat saman tersebut. Pantas dan cekap. Seperti yang
pembaca maklum, saman tersebut hanya boleh di bayar di kaunter Jabatan
Pengangkutan Jalanraya (JPJ) dan dendanya adalah mandatori RM300.00
Rakan
penulis itu kata dia tidak mahu membayar saman tersebut dan bersedia ke
mahkamah pada bulan Januari depan. Tindakannya itu menyebabkan penulis berminat
untuk bertanya mengapa dia sanggup ke mahkamah? Bayar sahaja, kan senang!
Menurutnya,
beliau tidak puas hati dengan rakaman gambar yang diberikan. Dalam gambar itu
hanya nampak secara close-up punggung
keretanya yang memaparkan nombor plat.
"Tidak jelas di kawasan mana
kita melakukan kesalahan. Dalam kotak kuning antara dua lampu trafik itu, yang
mana satu yang dimaksudkan kita melanggar lampu merah. Kalau semasa masuk kotak
kuning ketika itu lampu kuning dan sebaik sahaja melepasinya baru lampu merah,
apakah ini salah. Sebab, merah sahaja yang perlu berhenti.
"Kalau kuning terus berhenti,
ini boleh mengundang celaka daripada kereta di belakang. Berbeza dengan kamera
polis, kita nampak jelas kedudukan kereta dan lampu. Lagipun, kalau gambar
close-up macam itu, di tempat parking pun boleh snap," katanya.
Justeru,
katanya kalau kerajan susah sangat nak dengar keluhan rakyat, biar dia
terangkan nanti di mahkamah.
Jagindas: Macam
tu pulak...! Sebelum ini pihak berkenaan tidak buat ujikaji ke? Untuk hiburkan hati yang kena
saman klik di sini