Kalah ditangan Abduh... |
Sukar Untuk Kami Durhakainya!
PRU13 sudah selesai. Kerajaan sudahpun terbentuk. Tahniah BN. Tahniah juga kepada Datuk Seri Najib serta bala tenteranya. Pun begitu biasalah, selagi namanya manusia yang beraja dihati bersultankan nafsu, walaupun rumah sudah siap namun pahat pastinya berbunyi. Mahu tidak mahu, layan sajalah. Tetapi melayannya dengan hati terbuka dan minda yang jelas. Syyyy... pebangkang memang kerjanya bangkang tak sudah-sudah!
Penulis teringat satu pengalaman ketika melawat Kelantan empat hari sebelum plihan raya baru-baru ini. Penulis sempat menyelami hati pengundi di Jeli, Rantau Panjang dan Pasir Mas. Yang lain tak sempat. Penulis pilih kawasan itu kerana di situ ada Tok Pa (Mustafa Mohamad) dan Tok Him (Ibrahim Ali) di Pasir Mas. Kedua-duanya calon hebat dan panas.
Tok Him, diharapkan mampu pertahankan kerusi Bebasnya apabila BN 'terpaksa' mengalah setelah membaca kekuatan Tok Him berbanding Nik Abduh.
Penulis sempat berbual-bual dengan beberapa penyokong tegar BN (Umno) di situ terhadap kedua-dua tokoh masyarakat ini. Menurut mereka, Tok Pa memang dipercayai menang tetapi tidak bagi kerusi DUN di kawasan berkenaan. Namun katanya, mereka percaya Tok Him akan tumpas di tangan Nik Abduh, apatah lagi dengan kerusi DUN di situ.
Penulis cuba mendapatkan pendapat mereka mengapa begitu kuat resa mereka berkata demikian pada hal, Tok Him sebelum ini memang didapati kuat dan kekuatannya pula disokong oleh orang-orang BN di situ.
Mereka memberikan jawapan yang begitu mudah dan kadang-kadang agak sukar di terima logik akal: "Selagi Tok Guru (Nik Aziz) masih ada, orang Kelantan tidak akan berani durhaka kepadanya. Kita akan bagi sama ada 1, 2 atau 2, 1. Tapi, Nik Abduh anak tuan guru, jadi pada kami mustahil pengundi nak bagi Tok Him termasuk orang BN sendiri..."
Dan, apabila keputusan PRU13 diumumkan, fahamlah penulis betapa demikianlah prinsip pengundi Melayu kita di Kelantan.
Jagindas: Ya..., selagi nyawa masih ada...