Mangsa Wajar Segera Dibela
|
GAMBAR HIASAN: Apa kesudahannya nasib mereka? |
MASALAH pembeli rumah yang terpaksa menanggung "hutang
buta" dengan bank malah ada yang sudah diisytiharkan muflis disebabkan kes
tersebut sebenarnya sudah berlarutan lama.
Pendedahan
mangsa menerusi dada media juga sudah banyak kali. Setiap kali didedahkan pihak
berwajib akan menjawab yang kerajaan akan mengambil perhatian berat dan pihak
yang menganiaya akan diambil tindakan. Itu jawapan spontan yang biasa kita
dengar.
Hasilnya
tidak ada satupun pemaju mahupun pihak bank yang didakwa bahkan kerajaan pula
menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pula yang terpaksa mengambil
alih pembangunan semula rumah-rumah terbengkalai sebagai langkah menyelamatkan
rakyat.
Justeru,
gesaan Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) semalam yang meminta
polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemaju
perumahan tidak berlesen serta pegawai bank dan arkitek yang bersekongkol
sehingga menyebabkan berlakunya projek rumah terbengkalai amat wajar malah
sudah sampai kepada kemuncaknya.
Pihak terbabit pula diharap tidak
mengambil ringan perkara ini dan siasatan perlu dijalankan segera bagi memboleh
tindakan diambil terhadap mereka terbabit. Yang penting, mangsa sewajarnya
mendapat pembelaan manakala pemangsa pula mesti dihukum.
Kecurangan yang dilakukan oleh
pemaju, akitek dan pihak bank bukan sahaja telah menyusahkan pembeli yang tidak
kesampaian hajat, malah ia juga turut mencalar nama baik serta masa depan
individu dan keluarga terbabit apabila mereka diisytiharkan muflis.
"Setelah muflis, mereka tidak lagi mendapat sebarang kemudahan pinjaman
lain seperti membeli kereta dan sebaginya. Malah, dalam kes tertentu, mangsa
juga tidak layak menerima kenaikan pangkat disebabkan muflis atau pernah
dikenakan tindakan mahkamah," kata seorang pembaca akhbar memberitahu
penulis.
Bagi penulis, kes ini besar sebab
kesan dan impaknya besar terhadap pembeli berkenaan. Balun! mereka mesti dibalun
cukup-cukup.
Justeru, bersesuaian dengan dasar
kerajaan yang telus dan tidak melindungi sebarang jenayah dan pelakunya serta
mereka yang terbabit dengannya, maka adalah diharapkan jeritan PPIM ini
disambut oleh kerajaan khususnya agensi dan kementerian terbabit.
Jagindas: mereka tu lebih
teruk dari lintah darat, patut dikena penjara 35 tahun dan kerja berat! Apa
macam Tok Nazri, OK tak?