Khamis, 29 November 2012

MAMPUKAH BN PEROLEH 140 KERUSI?


Untuk Elak Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu

PERAK AMAN JAYA!
ATAS prinsip 3P yang dijadikan azimat oleh kerajaan negeri Perak sebaik sahaja BN berjaya merampas semula pemerintahah negeri itu daripada tangan rakus Pakatan Rakyat (PR), negeri itu yakin setiap rakyatnya akan "Tiada Yang Tertinggal dan Tiada Yang Terpinggir". 
            Tiga 'P' itu adalah: kita turun ke Padang, kita selami Perasaan dan kita laksana Penyelesaian. Lantas, negeri itu bertekat menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang Aman dan Berjaya atau ringkasnya - Perak Aman Jaya. Satu soalan, apakah ketiga-tiga P itu benar-benar sudah terlaksana atau dilaksanakan oleh wakil-wakil rakyat BN? Jawapannya, hanya rakyat di situ sahaja yang tahu...
            Sebaik sahaja selesai pilihan raya ke-12 lalu (2008), PR berjaya menerajui negeri berkenaan dengan kelebihan tipis. Namun, dengan kehendak Allah Taala, bersebabkan kekuatan teknikal, Barisan Nasional (BN) berjaya secara undang-undang serta falsafah demokrasi untuk merampas semula secara terhormat pemerintahan negeri itu setelah membiarkan PR memerintah selama kira-kira sebelas bulan.

Rabu, 28 November 2012

LUMRAH HIDUP, KEHIDUPAN YANG LUMRAH


Masa Senang Lupa Diri, Dah Nazak Ingat Semua


ihsan dari:
www.freemalaysiakini2.com/?p=55005

BARU-BARU ini seperti yang kita semua maklum, teruk Nurul Izah Anwar kena hentam berikutan ucapannya yang sifatkan sebagai menggalakkan semua rakyat di negara ini bebas memilih agamanya sendiri (dalam konteks kebebasan beragama) sekaligus beliau dituduh sebagai manusia yang cuba mengembangkan fahaman pluralisme. Bahkan sampai sekarangpun masih hangat diperkatakan lebih-lebih lagi di PWTC dalam dua tiga empat hari ini!
            Kemudiannya, Nurul Izah menafikan tuduhan tersebut malah mempertahankan marwahnya bahawa orang Islam tetap tidak boleh menukar agama mereka sewenang-wenangnya. Dengan kata lain beliau tidak menyokong perbuatan murtad.
            Oleh kerana beliau diterjah bertubu-tubi terutama daripada pihak Umno, maka wakil rakyat Lembah Pantai itu terpaksa membawa isu tersebut ke mahkamah dengan menyaman Utusan Malaysia kerana dikatakan sebagai akhbar yang memperbesarkan kes tersebut. Namun menurut media, Utusan Malaysia bukanlah akhbar pertama yang menyebarkan ucapan beliau itu tetapi akhbar terbabit (yang mula-mula) tidak dinamakan Nurul Izah sebagai defendan dalam kes samannya itu.

HULAMAK KAYANYA...

YA! kaya, kaya, kaya

Punya Pendapatan Berbilion Ringgit dan Berbelanja Hampir RM1 juta Dalam Tempoh 6 Bulan

PENULIS tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut tentang masalah tuntutan penceraian ke atas anak  Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud iaitu Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.
            Ini masalah keluarga. Mereka sahaja yang tahu hulu hilirnya. Maka biarlah mereka selesaikannya menerusi mahkamah seperti yang dilakukan sekarang. Apapun keputusannya nanti, itulah yang perlu diterima oleh kedua-dua pihak.
            Cuma, kalau anak ketua menteri itu memiliki pendapatan berbilion ringgit, apatah lagilah bapaknya sendiri!. Dan, macam mana pula agaknya dengan anak-anaknya Taib yang lain-lain.?             Selanjutnya bacalah di sini
            Patutlah beria-ia benar beberapa pihak mahukan Tan Sri Taib Mahmud bersara sahaja daripada memerintah Sarawak. Penulis fikir pun cukup-cukuplah tu..Dah kaya-raya dah...
             Apapun, syukurlah kerana sekurang-kurangnya Barisan Nasional (BN) telah banyak melahirkan melayu/bumiputera yang kaya raya. Kalau sudah ramai yang macam itu, tabung zakat juga tentulah lumayan, kan?


Jagindas: Teringat kata Tun Mahathir bahawa emaknya pernah mengingatkan anak-anaknya supaya berhenti makan sebelum kekenyangan.. 

Selasa, 27 November 2012

AWAS PERMAKANAN ANDA


10 Makanan Yang Membahayakan Kesihatan Orang Malaysia

SEPULUH makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia menjadi kebiasaan bagi rakyat negara ini memakannya sama ada pada waktu pagi, siang mahu pun malam adalah seperti berikut; Roti canai, nasi lemak, nasi goreng, burger, mi kari, mi goreng, minuman susu pekat manis dan ais kerim, makanan bermayonis, segala roti manis dan donut.
            Menurut sumber, makanan tersebut mengandungi kalori yang tinggi iaitu antara 300 dan 1000 kalori. Kandungan kalori sebegitu dikataan boleh menggemukan badan selain daripada membawa pelbagai penyakit beresiko tinggi. Sehubungan itu, mereka yang suka memakan makanan tersebut digalakkan supaya bersenam setidak-tidak berjoging tidak kurang dari 90 minit sehari. Baca selanjutnya di sini


Jagindas: Pagi petang teh tarik.....errmmmm

PENDUDUK KECUT PERUT DENGAN PENDATANG

GAMBAR HIASAN: Selamat datang ke Malaysia...

Mereka Semakin Berani Jadi Samseng

MEMBACA  berita di Akhbar Harian Metro (27 Nov.2012/setempat/p.31) hari ini memanaskan hati, jantung  dan dada penulis. Kisah-kisah kurang ajar pendatang asing di pasar borong seperti selayang beberapa bandar lain memang sudah kerap dipaparkan oleh media. Namun jawapan yang diterima cuma "kita memang pantau", "kita sentiasa pantau..." Di hujung-hujung jawapan yang pasti akan dilontarkan adalah "kami tidak cukup kakitangan..." peerrrrghhhhh
            Pantau apakah bendanya? Perangai pendatang daripada Bangla dan awang hitam daripada Afrika memang memualkan. Orang tempatan nampaknya sudah menikus disebabkan kebiadapan orang luar yang nampaknya semakin tidak menghormati rakyat di negara ini.
            Entah di mana silapnya tidak tahulah tetapi nampaknya kebanjiran mereka dengan tingkah laku yang mengirapkan darah penduduk tempatan semakin menjadi-jadi. Apakah pihak berkuasa juga menikus? Apakah pihak berkuasa atau kerajaan mahu melihat darah orang tempatan menjadi tidak terkawal terlebih dahulu baru nak bertindak ?

MELAYU KATA DURIAN, CINA KATA LOLEN


Kegemilangannya Semakin Terhakis



RAJA BUAH yang diberikan sebagai nama jolokan kepada buah durian sejak berabad lalu sudah tidak lagi relevan. Akhir-akhir ini, di zaman moden ini nampaknya  pokok durian tidak lagi berbuah mengikut musim seperti dulu-dulu dan buahnya juga tidak lagi menjadi kegilaan penduduk tempatan terutama di kalangan masyarakat orang cina.
            Pemilik  dusun durian tidak lagi boleh berbangga dengan hasil buahnya berikutan harga buah itu tidak lagi 'laksana emas' berbanding zaman gemilangnya di zaman tahun-tahun 60an membawa kepada 80an.
            Penulis masih ingat, di zaman gemilang raja buah itu banyak pemilik dusun durian saka pada keluasan dua hektar sahaja, mampu membiaya mereka menunaikan fardhu haji setiap tahun selain menjadikannya sebagai sumber pendapatan yang boleh menampung keperluan hidupnya sepanjang tahun itu sehingga bertemu musim berikutnya.

Isnin, 26 November 2012

PELANGGAN KECIWA


CIMB Selalu Off-Line

KISAH hari ini agak kurang menarik sedikit. Macam mana pun saya fikir elok juga ditulis setidak-tidaknya untuk pengetahuan bersama. Mungkin juga pembaca juga mempunyai pengalaman yang sama.
            Kisahnya adalah mengenai pengurusan Bank di CIMB bank. Ia berikutan rungutan seorang rakan yang kerap gagal ketika melakukan urusan berkaitan akaun Amanah Saham Bumiputera-nya (ASB) menerusi bank berkenaan.
            Menurutnya, sudah kerap kali terjadi apabila beliau mahu sahaja mengemaskini buku akaun ASBnya atau melakukan urusan jual beli saham ASBnya di bank itu, pihak bank terbabit mengatakan line tak ada. Lagi tidak seronok didengar katanya, pegawai bank berkenaan meminta dia cuba berurusan dengan bank lain bersebelahannya iaitu Maybank.
            "Memang benarlah katanya itu, kerana di Maybank semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Malah siap kempen menawarkan pinjaman pelaburan lagi", katanya.
            Justeru, penulis juga tertanya-tanya mengapa pengurusan di CIMB jadi begitu. Kalau sesekali kira ok-lah, tetapi menurut rakan penulis itu sudah banyak kali dia mendapat respon yang sama sehingga ada kalanya dia semacam rasa muak untuk berurusan dengan bank tersebut.
            "Bukan apa, di CIMB selalunya lengang manakala di Maybank pelanggannya agak ramai. Sebagai orang tua, saya tidak larat untuk menunggu lama apa lagi jika terpaksa berbaris," katanya.
            Moralnya, kalau bank yang penuh dengan pelanggan pun sistemnya berjalan lancar, mengapa pula bank yang lengang sistemnya jem pulak?
            Sementara itu, bual-bual secara rambang dengan beberapa pelanggan CIMB turut pernah menempuh pengelaman yang sama seperti rakan penulis itu apabila mereka mahu menguruskan ASB menerusi bank berkenaan. Menurut mereka, lebih senang berurusan dengan kaunter di pejabat pos biarpun had penjualan saham amat terhad.


Jagindas: simpanan semakin nipis 

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 27/11 - 01/12


Cukup-Cukuplah Tunjuk Lawa

INSYAALLAH, mulai 27 Nov ini hingga 01 Disember, 2012 akan berlangsunglah perhimpunan agung Umno 2012 iaitu perhimpunan yang terakhir bagi parti terbesar tanah air itu sebelum pilihan raya umum ke 13 (pru13). Yang demikian itu, jelaslah bahawa perhimpunan kali ini selain dari membicarakan agenda tradisi, ia juga dipercayai akan banyak menekankan kepada isu-isu pilihanraya.
            Sementara itu, dalam sehari dua ini akhbar juga asyik memainkan dapatan penganalisis politik Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang kononnya Barisan Nasional (BN) diyakini dapat mempertahankan hanya 120 kerusi daripada 222 kerusi dalam PRU13 ini.
            Ada yang menggelabah semacam dan ada juga yang gembira dengan dapatan itu yang kononnya kenyataan seumpama itu sedikit sebanyak telah memberikan kredit kepada pembangkang. Dalam kata lain, kenyatan seumpama itu dapat menguatkan lagi usaha pembangkang untuk meraih lebih banyak undi termasuk undi simpati.

Ahad, 25 November 2012

BUAT KELAKU SEKS DALAM TEKSI

GAMBAR HIASAN

Dipenjara 3 bulan dan Denda 3,000 Dirham

BERITA semalam memaparkan kisah Karpal Singah menyanggah tindakan pihak berkuasa kerajaan Kelantan menyaman pengusaha kedai gunting rambut (Unisex saloon) yang membenarkan pekerja wanita menerima pelanggan yang halal dinikahinya. Bahkan juga pekerja perempuan (tukang gunting rambut) yang bukan Islam juga tidak dibenarkan menerima pelanggan dari kalangan lelaki seagamanya selain dari Islam. Bagi Karpal tindakan itu tersasar daripada peradaban yang di uar-uarkan Pas sendiri sebelum ini  di sini
            Bagaimanapun, di Dubai, lain pula kisahnya apabila ramai pasangan (bukan Islam) yang didenda dan dipenjara berikutan mereka melakukan salahlaku seks dan minum arak di khalayak... baca klik di sini
            Tapi bagi penulis, memang melampau pun, kalau nak seks pun seks lah. Sempat-sempatlah sampai ke bilik atau ke rumah. Setidak-tidaknya, nyorok-nyorok lah sikit. Takkanlah tak tahan-tahan lagi sampai dalam teksi pun jadi! Handal benarkah? Isunya di sini, salah laku seks di negara Islam itu tetap tidak dibenarkan walaupun pasangan bukan Islam. Kalau dalam konteks hudud, di Dubai, bukan Islam hatta pelancong sekalipun akan dihukum! Macam mana?
            Paling tidak kasihanlah kepada pemandu teksi berkenaan. Dia pun ada perasaan juga. Kalau dibuatnya dia 'steam', nanti stearing entah ke mana, break entah ke mana, hujung-hujung tiga-tiga lingkup eksiden! Orang utara kata: Akai tak dak.
            Syok punya pasal, matipun tak apa ke?  Menurut seorang kawan penulis yang kini berusi 55 tahun, katanya dia punya 'balon'  lapan kali seminggu tapi tidak pernah pulak dia nak tayang kepada khalayak.
            Mak oi! Lapan kali seminggu??? Biar betul. Handal, memang handal!


Jagindas: Khabarnya, di Malaysia orang tempatan pun sudah ada yang nak tiru-tiru macam ini... khhuuaek tuih!


SANTAI UJUNG MINGGU


klik di sini (... kerana pusinya)
lepas tu, klik di sini (... kerana seni rocknya)
dan di sini  (...huh! matanya!)
dan di sini (...radio klasik menggamit kenangan)


Jagindas: layan...


Sabtu, 24 November 2012

HUKUM HUDUD SUDAH BERMULA

GAMBAR HIASAN: suasana di unisex saloon

Karpal Cadangkan Cabar Di Mahkamah

KARPAL SINGH meminta peniaga unisex saloon (tukang guntingnya perempuan) yang dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan di Kelantan berikutan mereka menerima pelanggan lelaki sama ada lelaki itu orang Islam atau pun bukan Islam supaya tidak membayar dendaan tersebut sebaliknya mencabarnya di mahkamah.
            Tindakan kerajaan negeri Kelantan itu dipercayai sebagai langkah awal melaksanakan hukum hudud di negeri itu yang antara lain mencegah pekerja wanita (Islam) melayan lelaki yang halal dinikahinya.
            Namun, ia tidak sahaja membataskan pekerja wanita Islam tetapi turut membabitkan perkerja wanita bukan Islam yang dilarang menerima pelanggan dari lelaki yang bukan Islam dan lelaki beragama Islam.
            Karpal Sing dalam bantahannya menyatakan tindakan kerajaan PAS itu bercanggah dengan dasar hukum hudud yang dicanang Pas sebelum ini bahawa pelaksanaan hukum itu tidak sama sekali melibatkan orang bukan Islam. Selain itu, Karpal mendakwa tegahan seperti itu juga tidak sepatutnya berlaku kepada semua pengusaha kedai gunting rambut yang menggunakan kaum wanita sebagai perkejanya.
            Kalaulah benar apa yang berlaku, maka penulis berpendapat dakwaan Karpal itu ada kebenaranya dan saranannya supaya pengusaha terbabit membawa kes berkenaan ke mahkamah juga ada logik serta relevan.
            Apa yang penulis mahu lontarkan kepada khalayak, apakah Pas faham sebenar-benarnya terhadap falsafah dan prinsip yang telah diuar-uarkannya sebelum ini. Dengan kata lain apakah Pas faham terhadap apa yang mereka katakan sebelum ini?
            Penulis pun rasa amat jelas bahawa Pas sering kali menegaskan bahawa hukum hudud yang mahu dilaksankannya itu sama sekali tidak membabitkan orang bukan Islam. Realitinya sekarang (jika benarlah apa yang berlaku seperti yang didakwa oleh Karpal) hudud Pas adalah meliputi semua tanpa mengira bangsa dan agamanya.
            Atau.., apakah penguatkuasa yang tidak faham terhadap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri? Atau..., apakah ada kuasa dan fahaman bertindih? Atau..., ada orang yang mahu sabotaj hukum hudu Pas?
            Penulis, malah kita semua tentunya masih ingat bahawa Karpal pernah bertegas bahawa Pas perlu melangkah mayatnya dahulu jika hudud mahu dilaksanakan! Nah, sekarang nampaknya episod kata-kata Karpal itu sudahpun bermula...  
           

Jagindas: Nak lihat siapa akan langkah siapa dulu...

DERMA POLITIK RM40 JUTA UTK UMNO SABAH

RAFIZI

Rafizi Dan PR Terus Dapatkan Petunjuk

TIMBALAN MENTERI Dalam Negeri, Datuk Abu Seman ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat berkata kes kejadian rogol wanita warga asing di Balai Polis Prai baru-baru ini dilihat sebagai isu terpencil tetapi Polis Diraja Malaysia tetap memandangnya serius  di sini
            Boleh tidak kes yang didakwa Rafizi sebagai 'rasuah politik' membabitkan derma RM40 juta untuk UMNO Sabah yang menyebabka beliau tidak letih-letih dan tidak tidur malam menyalak pagi petang siang malam juga dikatakan isu terpencil?  lajut baca di sini  dan di sini
            Mana boleh! Nak pilihanraya umum ni kan?  OK, kalau begitu balun! Penulis tabik Rafizi ni sebab budak ni memang handal. Tidak adakah orang-orang BN yang hndal macam Rafizi?
            Kalau ada, lawan lah! Lawan, jangan tak lawan!



Jagindas:  tak upaya!

RAMAI SOKONG RAMAI JUGA BANTAH

MUSA HASAN: Mantan KPN


AES, AES, AES, AES, 




MAKLUMLAH, penulis tidak pernah berkhidmat sebagai polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau mana-mana agensi penguatkuasa. Tetapi sejak heboh isu kamera AES diperkatakan oleh pelbagai pihak, barulah penulis jumpa jawapan yang agak tepat . Ketepatannya menghampiri 97% sejiwa dengan penulis    klik di sini

Oleh kerana kerajaan dan rakyat masing-masing masih lagi bertarik tali terhadap isu ini, maka penulis berharap semoga polemik AES ini kan terus berpanjangan...

Jagindas: Ramai rakan-rakan yang dah kena saman. Ramai juga yang sudah bayar takut JPJ tak keluarkan cukai jalan pulak. Ada seorang dua berkeras nak ke mahkamah jugak! 

Jumaat, 23 November 2012

TIADA QUNUT NAZILAH DAN SEMBAHYANG HAJAT

GAMBAR HIASAN: Sembahyang hajat perdana

Kelantan Tidak Sertai Selamatkan Palestin

BERITA jam lapan malam sebentar tadi memaklumkan semua negeri kecuali Kelantan telah melakukan qunut nazilah dalam sembahyang Jumaat tengah hari tadi diikuti dengan sembahyang sunat bermohon Allah Taala menyelamatkan Palestin sekali gus mengahancurkan rejim Yahudi.
            Alasan yang diberikan oleh imam-imam di Kelantan adalah kerana mereka tidak mendapat arahan rasmi daripada pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam Negeri itu.
            Bagi penulis, jika benar ikhlas umat Islam di Kelantan mahu bersama-sama umat Islam lain (bahkan umat Islam seluruh dunia) untuk mendoakan kesejahteraan saudara seislam di Palestin, saya fikir tidak perlulah menunggu arahan daripada mana-mana pihak.
            Kerajaan Malaysia pun tidak membuat arahan cuma sekadar meminta atau menyarankan semua masjid dan surau di negara ini berbuat demikian. Permintaan seumpama itu dizahirkan bagi menyelaraskan doa qunut dan sembahyang hajat itu dilakukan serentak pada Jumaat yang sama iaitu hari ini.
            Penulis percaya Kelantan pun sedia maklum terhadap saranan kerajaan pusat itu. Cumanya, degil! Bagi PAS apa sahaja yang datang dari kerajaan pusat, baik macam mana sekalipun, bagi mereka ia disifatkan tidak baik. Ia dirasakan oleh PAS ada unsur politik. Makanya, Kelantan rela memulaukan sahaja saranan itu. Tetapi, untuk mendoa dan mensembahyang hajatkan agar UMNO dan BN hancur, bila-bila pun boleh dan ia dianggap wajar dan halal.
            MasyaAllah!
            Pun begitu, mingggu lalu penulis ada menerima hikmat pesanan ringkas (sms) daripada rakan-rakan di Kelantan yang meminta umat Islam membaca surah Al-Baqorah ayat 26-27,  surah Yunus ayat 85, 86 dan 88 dengan niat mohon agar Allah menghancurkan Yahudi, Israel serta kuncu-kuncunya yang telah dan sedang menyiksa saudara se-Islam kita di Palestin.
            Menurut sms itu, pemintaan tersebut kononnya adalah dibuat oleh pemimpin Palestin, Hazbullah iaitu Syed Hassan Nazrullah. Oleh kerana sms itu jelas dengan peristiwanya, maka penulis tiada halangan untuk menunaikan permintaan tersebut dan memanjangkan sms berkenaan kepada rakan-rakan yang lain sebagaimana yang diharapkan oleh penghantar sms berkenaan.


Jagindas: sedih

Khamis, 22 November 2012

TOM TOM BAK, TEMPURUNG BULU-BULU


Nasi Belum Masak, Si-Pekak Makan Dulu..


PENGISYTIHARAN  pembubaran parlimen masih belum ada tanda-tanda akan dibuat oleh Perdana Menteri. Yang pasti, ia akan berlaku selepas perhimpnan agung Umno pada hujung bulan ini. Mungkin pada hari itu, mungkin bulan depan, mungkin bulan Januari! Tetapi kalau tidak berlaku juga, Mac sudah barang tentulah. Nak lari kemana lagi..
            Orang Umno nampaknya rileks. Santai dan bersahaja sahaja menanti penisytiharan itu. Apa yang penting pengakuan daripada pemimpin-pemimin mereka bahawa segalanya telah siapsiaga bagi menghadapi pilihanraya PRU13 ini.
            Pas juga katanya begitu. Tetapi, Pas dan rakan-rakan sekutunya dilihat memperhebatkan langkah dan pencak kerana bimbang dengan beberapa tindakan psikologi, fizikal dan material yang yang dilangsungkan oleh kerajaan di bawah tema "Janji Ditepati" akan memberikan bala kepada parti itu yang terlalu banyak berbohong sebelum ini.
            Keghairahan semakin memuncak apabila akar umbi Pas mahukan Hadi Awang menjadi Perdana Menteri (PM) jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam PRU13 nanti sementara puak DAP pula mahukan papa hebat Anwar Ibrahim.

Rabu, 21 November 2012

PEMANDU TEKSI PULANGKAN RM2.7 JUTA

SIA KA TIAN..... Amanah

Ka Tian Wajar Terima Penghargaan Negaranya

SIA KA TIAN, 70, sudah mencecah 31 tahun berkerjaya sebagai pemandu teksi di negaranya, Singapura. Ketika usianya kini  7o tahun, sepatutnya beliau  boleh membina hidup senang meniti hari tuanya jika dia memiliki simpanan sebanyak Singapura$1.1 juta (RM2.7 juta).
            Beberapa rakan sebaik sahaja membaca kisah pemandu veteran ini (klik di sini) memberikan pandangan yang berbeza-beza. Ada yang kata Ka Tian bodoh. Ada yang kata Ka Tian nak tunjuk baik konon. Ada yang kata demi publisiti kecil Ka Tian sanggup pulangkan wang itu kepada pemilik (penumpang) yang tertinggal dalam teksinya. Macam-macam rasa dan anggapan timbul. Rasa ini timbul sebab jumlahnya besar! RM2.7 Juta.

LONGKANG GERAI DI TLK. BATIK KOTOR


Bau Busuk Tendang Selera Makan

RASANYA LAMA BENAR sudah kaki penulis tidak menyentuh Teluk Batik di Lumut, Perak. Jadi, pagi tadi penulis sempat meluncur ke sana bersama anak-anak untuk santai-santai. Lewat tengah hari, penulis dan anak isteri bercadang untuk makan tengah hari. Banyak juga pilihan gerai-gerai makanan di situ nampaknya selain mereka yang menjual pakaian, peralatan mandi, makanan ringan, cenderahati dan bermacam-macam lagi.
            Malangnya, tidak sampi seminit  saya duduk di salah sebuah gerai, penulis mengajak anak-anak keluar dan mencari kedai makan di tempat lain. Kenapa? Tak larat nak menelan nasi disebabkan bau longkang di kawasan gerai tersebut teramatlah menjijikan. Bahkan, menelan air lurpun tidak berapa lalu rasanya.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH PDRM


TANJONG TUALANG, 20 Nov - Sepasukan Unit Anti Judi Dan Maksiat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman, .......

GAMBAR HIASAN
BERITA petang tadi yang penulis terima menggembirakan penulis dan rakan-rakan.  Dari sumber yang layak dipercayai, seunit pasukan anti judi dan maksiat daripada Bukit Aman telah menyerbu lima perimis yang menjalankan kegiatan mesin judi haram di pekan kecil tempat penulis tinggal.
            Menurut ceritanya, beberapa orang yang sedang asyik bertaruh nasib juga telah diberkas sama. Melayu semuanya, katanya. Bagaimanapun penulis tidak mendapat detail jumlah mesin dan mereka yang ditangkap.
            Penulis sendiri tidak membilang berapa semua perimis yang menjalankan kegiatan judi seperti itu di pekan kecil ini, namun cakap-cakap mereka yang berpengetahuan bab itu berkata ada lapan perimis kesemuanya. Bermakna, ada tiga perimis yang tidak sempat diserbu oleh unit anti judi dan maksiat Bukit Aman petang tadi.
            Tahniah dan terima kasihlah kepada anggota terbabit khususnya kepada Polis Diraja Malaysia. Syyyyyy..... hanya sebuah pekan kecil tetapi ada lapan perimis judi haram. Yang jadi tukang tanggungnya semua orang Melayu! Tahniah sekali lagi.
            Cuma nak tanya sikit, jangan marah haa: kenapa dari Bukit Aman? Satu lagi, jabatan agama Islam tak dijemput sama ke? Konon kata cakap-cakap tepi jalan, bukan sekadar yang berjudi tetapi pekerja di perimis berkenaan juga banyak orang Melayu!


Jagindas: Kesian.. dahlah Melayu, Islam pulak, lepas tu sanggup bergolok bergadai demi mesin judi...Jabatan agama Islam pun patutnya buat tangkapan mengejut juga!

OBAMA SEGERA BERTINDAK

NAZRI...Bentangkan usul

Dewan Rakyat Lulus Usul Tergempar

TEKS PENUH pembentangan usul tergempar mengecam keganasan Israel terhadap penduduk Palestin semalam di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz  klik di sini.
            Menerusi usul yang diluluskan sebulat suara itu, sepuluh ketetapan telah diambil, iaitu:

SELAMAT PENGANTIN BARU


Dan Selamat Ulangtahun Perkahwinan




SEBULAN DUA INI biasalah. Musim orang nikah kahwin, kita selalu ucapakan "selamat pengantin baru.." kepada semua pengantin terbabit. Pengantin tambah berseri dan tersenyum simpul malu-malu. Musim hujan pula merunsingkan mak bapak pengantin kalau-kalau kenduri terkantoi, namun bagi pengantin, lagi lebat hujan yang turun lagi bagus..
          Pun begitu, banyak antara kita terlupa untuk mengucap dan meraikan ulangtahun perkahwinan. Kalau ada kelapangan dan ada modal bawak-bawaklah berbulan madu mengimbau masa dulu-dulu...
          Justeru, penulis juga ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan kepada pembaca-pembaca blog yang kebetulan bertepatan pada hari ini.
          Untuk isteri/isteri-isteri marilah ku dengarkan lagu ini. Dengarkan juga puisi ini klik di sini


Jagindas: Tahun ke 26 - seorang putera dan tiga orang padusi