|
Ketua PDRM dan Panglima ATM |
Tiada Roh Manusia Ditubuh Mereka
ASTAGHFIRULLAH
HAL'AZIMM.., Lahaulawala quwatailla billah hil'aliyil adzimm...subhanallah...
Itulah zikir yang mengiringi mata penulis menghayati secebis video yang amat
menyayat hati, perasaan dan amat membakar jiwa. Video itu memaparkan kekejaman
tentera pencerobohan bersenjata sulu menyiksa, membunuh dan menghina jenazah
anggota keselamatan kita yang telah mereka tawan menyebabkan enam daripada
mereka terbunuh manaka sebelumnya pula dua anggota turut terkorban dalam satu
serangan hendap.
Seperti yang dilaporkan oleh media,
sebelum ini penulis hanya dapat membayangkan keadaan zalim itu namun setelah
melihatnya sendiri, nyatalah mereka memang bertubuh manusia tetapi akal, hati
perut dan kelakuannya adalah binatang yang sehina-hina binatang. Jikapun mereka
mengaku beragama Islam tetapi perilakunya lebih dahsyat daripada lanun. Tak
mampu penulis meneruskan menonton pelakuan pengganas apabila sebilah pisau mula
menyembelih leher seorang anggota keselamatan kita...Mengirap darah dan tanpa
sedar air mata menyayat hati membasahi pipi. Memang laknat! Termasuklah mereka
yang bersangkutan dengannya sama ada dari dalam mahupun dari luar negara!
Memang wajar dan amat tepatlah
kerajaan Malaysia menolak gencatan senjata kerana kumpulan terbabit juga tidak
mematuhi makna orang tawanan sebaliknya kesemua tawanan di siksa, dibunuh
dengan kejam sekjam-kejamnya - kesemua mereka yang terbunuh dipenggal kepalanya
kononnya bagi memastikan tawanan benar-benar disahkan mati.
Mereka bukan sahaja tidak mematuhi
aturan Islam apatah lagi untuk mematuhi peraturan dunia seperti yang ditentukan
dalam konvensyen Geneva terhadap mangsa dan tawanan perang. Biarpun insiden ini
bukan satu peperangan namun kita sebenarnya sudahpun diperangi.
Justeru, rakyat Malaysia bukan
sahaja wajar mengutuk serangan penceroboh bersenjata Sulu itu, malah wajib
bersatu hati demi mempertahan maruah dan kedaulatan negara.
Sesungguhnya, kumpulan yang
disifatkan pengganas itu adalah amat biadap, sombong dan zalim yang amat nyata.
Bertepatanlah tindakbalas DS Najib yang menolak gencatan senjata bahkan mahu
kesemuanya dihapuskan. Seperti yang pnulis kata sebelum ini hapuskan mereka jangan tingalkan walau
sebiji benih pun!
Justeru, wahai rakyat Malaysia
(terutama-tamanya Melayu Islam) bersatu hatilah kita mempertahankan negara ini,
bersamalah kita mendoakan semoga Allah memberikan kekuatan dan kemenangan
kepada pejuang-pejuang negara biarpun dalam politik kita tidak sehaluan sekata.
Tetapi ini adalah soal negara dan bangsa kita!
Allah Huakbar! Allah Huakbar! Allah
Huakbar!
Jagindas: Allah Tuhanku, mohon aku kepadaMu, berikan kami
kemenangan dan campakkan kepada mereka (penceroboh) kehancuran serta laknat
yang bekekalan...Amin!