Rabu, 13 Mac 2013

PENJAWAT AWAM WAJAR SOKONG KERAJAAN

NAJIB: Jelingan yang penuh makna....


Amanah Dalam Tugas, Sokongan Kepada BN

DALAM satu majlis Perhimpunan Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Putrajaya kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan beberapa berita baik yang bakal dinikmati kira-kira 182, 434 kakitangan perkhidmatan awam membabitkan perbelanjaan RM1.5 Bilion.
            Antaranya, menyambung perkhidmatan kakitangan kontrak kepada setahun lagi, kenaikan gaji selangkah ke hadapan, mensetarakan kedudukan pangkat serta gaji anggota polis dan tentera dan beberapa insentif lain berkuatkuasa 1 Julai, 2013 ini.
            Sebelum ini pun, dalam bajet 2013 yang dibentangkan tahun lalu kerajaan juga telah bersetuju memberikan pelbagai insentif berikutan memahami bebanan kerja yang ditanggung oleh kakitangan awam seiringan dengan kemajuan negara dan tuntutan kos sara hidup semasa.

Selasa, 12 Mac 2013

DI MANAKAH MARTABAT LAGU KEBANGSAAN (NEGARAKU)


Seawal pendidikan tadika telah diterapkan....

Sedih, Penghormatan Diberi Sambalewa

USAHLAH marah jika orang luar tidak menghormati Lagu Negaraku di negara ini kerana rakyat kita sendiri pun masih ramai turut mendurhakainya! Setelah menjadi rakyat di negara ini (lahir, besar dan mencari makan di sini) takkanlah masih tidak tahu mana satu lagu negaraku mana satu lagu dangdut atau caca! Malah,  difahamkan bagi permohonan untuk mendapat taraf kerakyatan Malaysia, "Lagu Negaraku" adalah satu daripada syaratnya.
            Kadang-kadang tertanya-tanya juga, apakah benar mereka itu benar-benar tahu dan menahu lagu kebangsaan Malaysia- Negaraku? 

Isnin, 11 Mac 2013

KATA MAAF SUDAH TIADA NILAINYA LAGI!

BUANGKAN SAJA BUDAK INI

Si-biadap Wajar Dibuang Negera

RATUSAN  sudah laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak terhadap kebiadapan Naib Ketua PKR, Tian Chua, dan dalam acara demonstrasi aman itu juga turut mendesak Tian Chua memohon maaf terhadap negara teruama keluarga anggota keselamatan yang terkorban.
            Tidak kurang juga yang mahu kerakyatan Tian Chua ditarik atau dilucutkan dan Tian Chua diusir daripada negara ini. Malah semalam dan kelmarin ketika menonton berita di TV3, terdapat pendemonstrasi yang mahu Tian Chua di hapuskan! Ini semua keluar dari mulut akibat rasa yang tidak tertahan lagi atas kebiadapan yang dilakukan oleh Tian Chua dan orang-orang yang sesesuktu dengannya.
            Bagi penulis meminta Tian Chua memohon maaf sama ada secara terbuka mahupun melutut ke kaki waris-waris terbabit tidak perlu lagi. Sudah tidak relevan lagi (pembangkang suka benar guna perkataan tidak relevan). Telah banyak kes kebiadapan puak-puak seperti ini 'cair' begitu sahaja setelah permohonan maaf dilakukan. Kemudian mereka mengulanginya lagi dalam versi yang lain pula.
            Tidakkah 'perbuatan mohon maaf' itu telah memperlekeh dan memperendahkan kita sendiri berikutan terlalu banyak kes-kes menaikkan darah orang melayu akhirnya cair begitu sahaja sedang perbuatan yang sama saling berulang?
            Justeru, Tian Chua dan mereka yang bersekutu dengan perbuatan Tian Chua itu wajar sewajar-wajarnya diLUCUTKAN kerakyatan mereka tanpa perlu belas lagi. Mereka juga perlu diusir dari negara yang berdaulat ini manakala harta kepunyaan mereka dirampas sepenuhnya.
           
             

Jagindas: Tiada maaf bagi mu, bahlol!

RAKYAT PERLU CURIGA TERHADAP ORANG LUAR

TAK PERLU LAGI BELAS KASIHAN!

Bersihkan PATI Hingga Putih Berkilat

PERISTIWA pencerobohan bersenjata di Sabah yang kini telah mengorbankan lapan anggota keselamatan negara wajar dijadikan sempadan kepada semua pihak rakyat Malaysia lebih-lebih lagi Kerajaan Malaysia untuk menilai semula kelembutan dan semangat toleransi yang diamalkan oleh negara ini supaya ia tidak sampai memakan diri sendiri.
            Kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini masih belum terhapus sepenuhnya. Mungkin juga masih ramai yang bertapak di sini. Negara perlu berpandang serong kepada semua PATI berikutan apa yang berlaku di Sabah menjadikan kehadiran tanpa di sedari dan berdokumen ini sebagai satu permulaan mengatur startegi.

Ahad, 10 Mac 2013

ISLAM JENIS APAKAH PENCEROBOH SULU INI?

Ketua PDRM dan Panglima ATM

Tiada Roh Manusia Ditubuh Mereka

ASTAGHFIRULLAH HAL'AZIMM.., Lahaulawala quwatailla billah hil'aliyil adzimm...subhanallah... Itulah zikir yang mengiringi mata penulis menghayati secebis video yang amat menyayat hati, perasaan dan amat membakar jiwa. Video itu memaparkan kekejaman tentera pencerobohan bersenjata sulu menyiksa, membunuh dan menghina jenazah anggota keselamatan kita yang telah mereka tawan menyebabkan enam daripada mereka terbunuh manaka sebelumnya pula dua anggota turut terkorban dalam satu serangan hendap.
            Seperti yang dilaporkan oleh media, sebelum ini penulis hanya dapat membayangkan keadaan zalim itu namun setelah melihatnya sendiri, nyatalah mereka memang bertubuh manusia tetapi akal, hati perut dan kelakuannya adalah binatang yang sehina-hina binatang. Jikapun mereka mengaku beragama Islam tetapi perilakunya lebih dahsyat daripada lanun. Tak mampu penulis meneruskan menonton pelakuan pengganas apabila sebilah pisau mula menyembelih leher seorang anggota keselamatan kita...Mengirap darah dan tanpa sedar air mata menyayat hati membasahi pipi. Memang laknat! Termasuklah mereka yang bersangkutan dengannya sama ada dari dalam mahupun dari luar negara!
            Memang wajar dan amat tepatlah kerajaan Malaysia menolak gencatan senjata kerana kumpulan terbabit juga tidak mematuhi makna orang tawanan sebaliknya kesemua tawanan di siksa, dibunuh dengan kejam sekjam-kejamnya - kesemua mereka yang terbunuh dipenggal kepalanya kononnya bagi memastikan tawanan benar-benar disahkan mati.
            Mereka bukan sahaja tidak mematuhi aturan Islam apatah lagi untuk mematuhi peraturan dunia seperti yang ditentukan dalam konvensyen Geneva terhadap mangsa dan tawanan perang. Biarpun insiden ini bukan satu peperangan namun kita sebenarnya sudahpun diperangi.
            Justeru, rakyat Malaysia bukan sahaja wajar mengutuk serangan penceroboh bersenjata Sulu itu, malah wajib bersatu hati demi mempertahan maruah dan kedaulatan negara.
            Sesungguhnya, kumpulan yang disifatkan pengganas itu adalah amat biadap, sombong dan zalim yang amat nyata. Bertepatanlah tindakbalas DS Najib yang menolak gencatan senjata bahkan mahu kesemuanya dihapuskan. Seperti yang pnulis kata sebelum ini hapuskan mereka jangan tingalkan walau sebiji benih pun!
            Justeru, wahai rakyat Malaysia (terutama-tamanya Melayu Islam) bersatu hatilah kita mempertahankan negara ini, bersamalah kita mendoakan semoga Allah memberikan kekuatan dan kemenangan kepada pejuang-pejuang negara biarpun dalam politik kita tidak sehaluan sekata. Tetapi ini adalah soal negara dan bangsa kita!
            Allah Huakbar! Allah Huakbar! Allah Huakbar!



Jagindas: Allah Tuhanku, mohon aku kepadaMu, berikan kami kemenangan dan campakkan kepada mereka (penceroboh) kehancuran serta laknat yang bekekalan...Amin!

Sabtu, 9 Mac 2013

KHALAYAK TERTANYA-TANYA: APA SEBENAR YANG BERLAKU?

Berikutan Azlan Buat Pusingan U
APA SEBENARNYA..?

KEBANYAK AKHBAR hari ini turut memapar berita di mana bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari yang mendakwa di liwat DS Anwar Ibrahim membuat pusingan U apabila mendakwa kencenderunganan beliau mengheret anaknya itu adalah atas permainan pihak tertentu (kerajaan) sehingga beliau sangup merecipta fitnah sedemikian. Ringkasnya ia adalah satu konspirasi!
            Sehubungan itu, beliau yang dulu pernah berjuang keras bersama Anwar Ibrahim kini memohon kembali untuk 'rujuk' kepangkuan PKR. Sementera itu, Saiful pula mendakwa sebaliknya dan tetap berkeras serta ikhlas dengan sumpah laknat yang dilafazkannya beberapa tahun lalu bahawa "Dia di liwat oleh DS Anwar Ibrahim".[berita di sini]
             Sebuah portal pro-pembangkan turut melahirkan kekeliruan dengan perkembangan terbaru dua beranak itu, Azlan dan Saiful. Anda boleh membacanya di laman ini:  http://suarapakatanrakyat.com/2013/03/liwat-saiful-awas-perangkap-azlan.
            Justeru, timbul persoalan dikalangan khalayak: Apa sebenarnya yang terjadi? Permainan apakah yang sedang berlaku sekarang?

1.         Tergamakkah seorang bapa menganiaya anaknya sendiri?
2.        Apakah Azlan semudah itu tertipu dengan kenikmatan dunia (harta)
3.         Jika ini perangkap untuk Anwar, perangkap jenis apakah yang dipasang oleh Azlan?
4.        Jika dakwaan sebelum ini adalah satu konspirasi, siapakah pula yang akan jadi mangsanya?
5.         Di manakah akan berakhirnya isu ini...
6.        Ataukah ini satu sindiran kepada badan kehakiman dan pemimpin negara berikutan keputusan mahkamah sebelum ini dan perjalanan rayuan kes yang dikemukakan oleh 'mangsa' berkenaan?
7.         Atau, atau-atau-atau.....yakah?, Yakah-yakah-yakah!
           
            Astaghfirullah hal'adzim....
           
           
Jagindas: Belum masanya sekarang untuk mengulas isu ini...

BIARLAH SABAH TERTANGGUH SEMENTARA

NAJIB dilihat hilang sabar apabila niat berbaik 
dipermainkan puak penceroboh...

Demi Maruah Dan Martabat Negara Berdaulat

INSIDEN pencerobohan bersenjata di Sabah di saat-saat negara sedang bersiap-siap menghadapi pilihan raya mengulit pelbagai andaian di kalangan khlayak. Apa lagi ianya pula dikaitkan dengan ada unsur-unsur campur tangan dari dalam negara sendiri.
            Tuntutan penceroboh Sulu terhadap Sabah menjadi semakin 'kartun' apabila sejarah dan pengiktirafan antara bangsa jelas menunjukan tiada sebab mengapa pencerobohan berlaku berlandaskan tuntutan tersebut. Sesungguhnya termaktub sudah bahawa Sabah dan Sarawak berdaulat dalam Malaysia.

Jumaat, 8 Mac 2013

KALAU MEMANG SUDAH KERAS KEPALA, BERHATI BATU

Madu Diberi Pun Dikatanya Racun
OPERA CINA .... dengan seribu wajah!
PAGI tadi, penulis sempat bersembang-sembang dengan rakan dari kaum tionghua sambil minum teh cina. Pastilah, oleh kerana dua isu utama sedang dihadapi negara, iaitu tarikh pilihanraya dan serangan pengganas di Sabah, maka penulis terus sahaja mengheret isu tersebut ke dalam perbualan kami.
            Apabila penulis cuba mencuit kisah serangan penceroboh bersenjata di Sabah yang sehingga kini masih belum tamat, rakan penulis itu semacam mahu mengelak-ngelak seolah-olah dia tidak begitu tahu apa yang berlaku. Barangkali juga dia 'takut' untuk mengatakan sesuatu. Takkanlah akhbar cina dan berita manderin tiada memaparkan berita itu?
            Kemudian penulis mengalihkan isu sembang kepada pilihanraya. Penulis cuma ajukan dua soalan: Pertama, apa kedudukan negeri Perak, Pulau Pinag dan SElangor dalam PRU13 nanti dan kedua, apa pula kedudukan kerusi Parlimen Malaysia?

NOSTALGIA PANGGUNG WAYANG

Banyak Air Mata Menitis Di Lantainya..
Windsor Theatre ....1931

BANYAK benda dalam dunia ini yang begitu gemilang di zamannya dan kini hanya tinggal kenangan dan sejarah antaranya adalah "Panggung Wayang Gambar". Kemudiannya dengan ilham seniman agung Allahyarham P. Ramlee peremis itu disebut ringkas sebagai 'Pawagam'.
            Di zaman gemilangnyalah penduduk negara ini dapat menikmati wayang gambar berwarna dan hitam putih dengan cerita-cerita terkini sama ada inggeris, hindustan, tamil dan cina. Ketika itu media tv belum ada dan kalau adapun masih belum menyeluruh selain kandungan pengisiannya juga masih kurang.
            Bagi penonton melayu selain filem-filem melayu, cerita hindustan dan inggerislah yang mendapat tempat di hati mereka. Cerita hindustan adalah paling ramai diminati dan ia meninggalkan banyak kenangan dan peristiwa di kalangan muda mudi mahupun golongan tua.

Khamis, 7 Mac 2013

PENYANYI NASYID, YASIN, DIPERSADA SENI

Kini, Antara Insan Seni Islam 
Penyeri PR

Petikan daripada akhbar  "Wadah Selangor Kini", cetakanMac, 2013

KETIKA mula-mula Yasin membabitkan diri dalam dunia lagu nasyid kira-kira lebih sepuluh tahun yang lalu, penulis begitu senang dengan suara, penampilan dan mesej ang disampaikan menerusi nasyidnya itu. Orangnya pun bukanlah koyok sangat. Boleh tahanlah...

PENCEROBOH JANGAN TEGAKAN BENANG BASAH

Mesti Sedia Terima Hukuman Perbuatan Sendiri
"SELAMAT BERJUANG PERWIRAKU.."
Gambar Ihsan Utusan Malaysia

SEHINGGA hari ini cakap-cakap mengenai isu insiden pencerobohan bersenjata di Sabah masih menjadi pilihan utama masyarakat tempatan. Bagi yang memahami undang-undang dan peraturan, mereka memberikan komen yang bernas terhadap cara dan teknik Malaysia menangani isu tersebut.
            Macam biasa, bagi mereka yang tidak arif selok belok ancaman luar apa lagi yang membabit isu antara bangsa, kumpulan ini merasakan Malaysia begitu berlembut mendepani insiden itu. Seharusnya mereka ini dimaaafkan dan kita yang memahaminya pula bertangungjawab menjelaskan kedudukan sebenar.
            Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari, yang melatah menafikan anggotanya tidak terlibat dalam apa bentuk bantuan terhadap isu itu, segera menawarkan diri untuk menjadi orang tengah menyelasaikan komfrantasi yang melanda antara puak yang mengakui waris Kesulatanan Sulu dengan negera Malaysia.
            Nur Misuari dilihat cuba menjadi jaguh dengan membuat saranan bodoh supaya kedua-dua pihak kembali berunding sedangkan Malaysia telah dan sedang di serang setelah kira-kira tiga minggu menwarkan pelbagai rundingan 'kemanusiaan'.

Rabu, 6 Mac 2013

TELAH LAMA BENAR TERBUKU DIHATI INI

Jangan Sampai Luka Berdarah Nanah

ANTARA MEREKA YANG DIKAITKAN DENGAN KEMARAHAN RAKYAT KETIKA INI 

[Teriring doa buat perwira negara dan Fatihah buat mereka yang terkorban di medan juang]

DI KEDAI-KEDAI kopi, di warung-warung, di majlis-majlis kenduri, bahkan di mana sahaja ada pertemuan, siang atau malam.., demikian kelompok masyarat berkata...:

1.         Semua penceroboh mesti dihapuskan
2.        Kerajaan Filipina / Malaysia harus menghapuskan individu yang mengaku Waris Kesultanan Sulu serta pengikut-pengikunya juga dihukum
3.         Sesiapa sahaja yang terbukti 'menjemput' pencerobohan di Lahat Datu, Sabah, juga turut dihukum
4.        Siapa saja 'pengkhianat' negara mesti dihukum
5.         Banyak laporan dan demonstrasi telah dibuat bagi menzahirkan kemarahan rakyat terhadap pengkhianat negara. Jadi, rakyat tidak mahu laporan tinggal laporan dan 'acara' demonstrasi sekadar menghias dada akhbar dan media elktronik.
            Maklumlah hati tengah marah. Tetapi, siapa yang tidak berasa demikian jika negaranya diperbuat begitu? Syukurlah sebilangan besar rakyat di negara ini masih menghormati undang-undang.
            Penulis sendiri dapat rasakan betapa berbukunya hati Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, terhadap musibah yang menimpa negara ini. Amat mengeciwakan. Amat mengirapkah darah!
            Perwiraku, keraskan semangat dan tekad. Kami sentiasa berdoa buat anda.

Jagindas: Kalau diikutkan hati, hapuskan semuanya, jangan tinggal sebiji benihpun!


AYUHLAH BERSAMA MENENTANG PENGKHIANAT NEGARA

Persembahkan Taat Setia Kita Kepada Negara
GAMBAR HIASAN: ihsan Utusan Malaysia

APA-APA PUN sebelum penulis menulis entri seterusnya, penulis terlebih dahulu memulakan dengan doa agar Allah swt terus memberikan kekuatan kepada anggota keselamatan negara yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara. Dan, Fatihah buat mereka tang gugur di medan juang. Kepada ahli keluarga yang ditinggalkan semoga anda semua tabah menghadapi ujian Allah ini. Aminn...

            Pertama, penulis ucapkan syabas kepada rakan-rakan yang membuat laporan polis serta berdemostrasi (aman) bagi menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap rakyat negara ini yang memperleceh serta menabur fitnah dengan menggunakan isu pencerobohan bersenjata di Sabah.
            Mereka itu memang kurang ajar dan memang tidak layak duduk di Malaysia apa lagi untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia.
            Penulis juga terkilan kerana masih ada yang kaku dan beku mendiamkan diri bagaikan tidak tahu menahu apa yang sedang berlaku terhadap negara di mana tempat mereka berteduh, bernaung dan senang lenang mencari makan.

Selasa, 5 Mac 2013

HAPUSKAN SEMUA PETUALANG DAN DALANG

Demi Kesejahteraan dan Kedaulatan Negara


Gambar Hiasan
APA yang penulis paparkan ini tidak menggambarkan pengamatan masyarakat cina keseluruhannya. Namun, penulis rasa luahan yang Kelvin itu barangkali juga diperolehinya semasa bercakap-cakap dengan kelompok masyarakatnya sendiri.
            Penulis sengaja mencuit isu pencerobohan bersenjata di Sabah untuk melihat reaksi pandangan dari perpektif 'orang cina' terhadap isu itu kerana sebelum ini beberapa pandangan masyarakat melayu telah penulis paparkan.
            Menurut Kelvin, kejadian itu mungkin juga berlaku di atas kesilapan Malaysia sendiri yang berpunca dari beberapa tahun lalu. Katanya, suatu masa dulu negara membenarkan ramai pendatang asing dari luar khususnya Filipina. Semua di buat atas niat yang baik iaitu atas dasar kemanusiaan.

TOLAKLAH PEMBANGKANG SEADA-ADANYA DALAM PRU13 NANTI

      Tanda merah itu bermaksud
      "NO ENTRY" / tak boleh masuk 
       manakala bendera itu bermaksud 
       parti PR - Makanya secara sendirinya
       ia bermaksud JANGAN MASUK PR 
       atau JANGAN SOKONG PR.

KEPADA perwira yang terkorban dalam insiden pencerobohan puak yang mengakui waris Kesultanan Sultan Sulu, di Sabah, penulis turut berduka, kesal, marah dan geram. Penulis dan keluarga merakamkan Al-Fatihah untuk mereka yang terkorban semoga Allah menempat mereka sebaris dengan orang-orang yang Allah cintai. SMS terakhir suami (sebelum terkorban) sungguh menyayat hati....Semoga Allah mengurniakan kecekalan kepada yang ditinggalkan..
            Sementara itu, dalam negara juga sedang hebat dengan perang bendera menandakan isyarat bahawa pilihanraya umum ke 13 (PRU13) sudah terlalu hampir. 
            
          Insiden durjana yang berlaku di Sabah yang kebetulan di saat-saat negara sedang gawat membuat persiapan PRU13 memang mengirapkan darah. Namun, kita percaya dan yakin, Perdana Menteri serta barisan menterinya bersama barisan anggota keselamatan negara mampu menanganinya dan sama sekali ia tidak akan menggugat keamanan dan jadual pilihanraya negara.
            Cakap-cakap berdasarkan laporan awal risikan negara Filipina mengkaitkan puak pembangkang di negara ini dengan insiden pencerobohan itu ada logiknya. Apapun tindakan mereka (puak pembangkang) menabur fitnah kononnya insiden malang itu adalah "perancangan" kerajaan BN yang disifatkan mereka sebagai sandiwara menjelang PRU13 amat keji dan menaikan darah. Astagfirullah...
            Bagi penulis kenyataan seumpama itu adalah perbuatan manusia yang langsung tidak mempunyai perasaan kemanusiaan dan meletakkan kemuliaan otaknya di bawah tapak kaki. Mereka ini patut dihukum!
            Justeru, insaf dan sedarlah wahai rakyat Malaysia, tolaklah PEMBANGKANG khususnya Pakatan Rakyat (PR) sebelum nasi menjadi bubur!
            ****Teruskan mengikuti laporan semasa perkembangan di Sabah melalui media-media elektronik dan sambil-sambil itu sama-samalah kita memanjatkan doa agar yang sedang berjuang di sana akan tetap dilindungi ALLAH dan beroleh kemenangan. Semoga ujian Allah ini dipercepatkan kesudahannya, Aminnn..


Jagindas: Masih terus berdoa agar kebenaran menyebelahai Malaysia..

SMS TERAKHIR KOMANDO VAT69 SEBELUM TERKORBAN

ANTARA AGGOTA KOMANDO VAT69 YANG SIAP SEDIA DI LAHAT DATU..

"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.. 
            Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.. 
            Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara.. 

            
Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia.. 
            Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.." 
                                                                                                                [Sumber: Utusan Malaysia 05/03/13]

Bukan skrip yang disengajakan, tetapi adalah realiti yang tak mampu menahan sebak dan gugurnya air mata tatkala membaca SMS ini...


Jagindas: AL-FATIHAH buat mu,  juga yang lain...






Isnin, 4 Mac 2013

ANGGOTA RELA, JAGALAH NAMA DAN DISIPLIN PASUKAN

SUKARELA tetapi terlatih dan dilatih

KALI ini saya ingin menegur sedikit mengenai disiplin pasukan sukarelawan Malaysia (Rela).
             Sebelum itu, penulis mengucapkan syabas kepada anggota pasukan berkenaan kerana mereka juga secara aktif telah mengambil bahagian dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini terus dilestarikan.
            Pasukan yang dianggotai oleh segenap lapisan kaum malah tidak menghadkan batas usia maksimum membolehkan siapa sahaja yang berminat dan bertulus hati menyertainya sedari usia 16 tahun.

SEMOGA BN KEKAL MEMERINTAH PERAK

DS Dr. Zambry Kader

Walaupun Isyarat Khalayak Nampaknya Hambar

SEMALAM, berlaku beberapa peristiwa membabitkan program turun padang Menteri Besar (MB) Perak. Antaranya, merasmikan bangunan sekolah tadika, menyerahkan geran tanah, makanan minum bersama rakyat dan bermacam-macam lagi.
            Tiada poster atau kain rentang ucap selamat datang terhadap progran itu melainkan hebahan melalu radio dan orang-orang parti BN. Sambil menunggu sehingga MB dan rombongannya sampai, beberapa suara kecil kedengaran di tengah-tengah riuh rendah khalayak, antaranya:

1.         Nasib baik banyak orang luar dari kawasan tersebut yang datang, kalau tidak....
2.        Masyarakat cina tempatan dilihat ambil sikap 'tidak peduli' program tersebut, berbeza kalau orang besar yang datang itu bangsa Cina. Ramai Cina yang akan mengambil bahagian. Anggota Rela pun nampaknya bersikap macam itu. Begitu juga dengan kerabat daripada MCA dan MIC. Hanya sekadar beberapa kerat sebagai 'tanda ada'. Sedangkan kalau wakil rakyat cina yang datang, orang melayu tidak pula meminggirkan program tersebut.
3.         "Hoi kawan, mintak la apa lu mau, sikijam lagi lu punya menteli datang.." itu antara suara dari masyarakat cina kepada rakan melayu mereka. Apakah maksud gurauan ini? Tidakkah ia memberi makna orang cina hari ini (barangkali di tempat ini saja) tidak menerima orang orang melayu sebagai pemimpin atau ketua mereka? Nampaknya mereka tidak kira parti apa yang memerintah tetapi mereka mahu orang cina jadi pemimpin. Jadi jalan pintasnya, pembangkang adalah pilihan jika BN tidak mahu berbuat demikian. Begitukah?
4.        Di satu majlis lain pula ada suara pengumuman melalui siaraya yang diucap dalam bahasa cina. Agaknya sampai bilakah majlis-majlis rasmi di Malaysia ini akan jadi begitu?  Apa yang terjadi adalah jika pemimpin melayu berucap di majlis itu, khalayak yang bukan melayu tidak mengambil endah ucapan tersebut. Bagi mereka cakaplah apa saja mengenai keharmonian negara dan perpaduan hidup, kesyukuran dan kemajuan negara mereka tidak akan faham atau tak mahu ambil peduli. Yang penting bagi mereka apa yang kerajaan nak beri mereka dapat, sudah! Bila time makan mereka akan berasak-asak ke meja makan. Pelahap semacam. Macamlah sudah tujuh hari tak jumpa makanan. Justeru, tercapaikah matlamat "Satu Bangsa, Satu Bahasa, Satu Negara? Terlahir sudahkah "bahasa menunjukkan bangsa" setelah lebih setengah abad negara merdeka?

Jagindas: keciwa dan meluat!

SEKILAS SUARA KHALAYAK TERHADAP INSIDEN DI SABAH

Akankah banyak lagi Nyawa Terkorban?
GAMBAR HIASAN: SIAPSIAGA JAGA KEDAULATAN NEGARA.

SETELAH berlakunya insiden serangan daripada kumpulan yang kononnya memperjuangkan waris Kesultanan Sulu dan paling memeranjatkan apabila terkorbannya dua anggota komando polis kita ketika pihak keselamatan dan negera sedang mengadakan rundingan dengan puak penceroboh bersenjata terbabit, ada bermacam cerita dan isu yang didengar dan dipaparkan oleh media-media tempatan.  Berikut adalah antara yang penulis dengar reaksi daripada khalayak tempatan terhadap insiden tersebut:

Ahad, 3 Mac 2013

MENGIMBAU KEMBALI SURAT KASSIM AHMAD

KASSIM AHMAD

 Seru Bangsanya Bersatu, Kuat, Dihormati!

WALAUPUN sudah berusia lebih dua tahun, namun penulis rasa masih ada yang belum sempat membacanya. Sebab itu, penulis salinkan semula (dengan izin) surat terbuka penulis tersohor dan sasterawan, Kassim Ahmad, untuk tatapan dan renungan bersama.

BAGI penulis, kandungan surat ini penuh bermakna. Mohon dibaca.