BERKERJALAH DENGAN HATI SUKA
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa
(DSAH), dalam kenyataan sulungnya selepas dilantik sebagai KSN yang baru
menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hasan, mengingatkan semua kakitangan awam
supaya menyokong kerajaan yang memerintah (tentunya dirujuk kepada kerajaan
pusat).
Pada
masa sama beliau turut menyeru kira-kira 1.4 juta golongan berkenaan
melaksanakan tugas mengikut lunas yang sewajarnya bagi memastikan pengurusan
pentadbiran awam berjalan lancar sejajar dengan pergerakan pembangunan negara.
Pertama,
saya mengucapkan tahniah kepada DSAH atas perlantikan ini dan berharap dibawah
pimpinan DSAH sektor perkhidmatan awam akan terus cemerlang dalam tugasnya demi
untuk rakyat dan negara.
Dengan
kata lain, penjawat awam hendaklah menjalankan tugas mereka berpaksikan HATI SUKA dan bukannya berkerja kerana
SUKA HATI. INGAT, tidak ada sesiapa yang memaksa tuan-tuan untuk memohon
jawatan yang disandang sekarang melainkan dengan kehendak dan keputusan anda sendiri.
Setiap tawaran yang ditwarakan boleh di tolak atau diterima. Namun, setelah
diterima, tuan-tuan menjadi milik sepenuhnya sektor berkenaan.
Maka,
setelah mendapat kerja, patuhilah prosedur kerja dan fahamilah bahawa sektor
tersebut adalah dibawah naungan kerajaan yang memerintah dan ada satu kitab di
atasnya yang mengawal perilaku penjawat awam iaitu Perintah Am.
Pertimbangkan
balik, bahawa tuan-tuan adalah seorang yang bernasib baik berbanding beratus
ribu rakyat di luar sana kerana diterima menerima rezeki di sektor awam sedang
mereka yang lain meratap siang dan malam
menagih kerja demi untuk sebuah kehidupan.
Janganlah
bersikap seperti melepaskan anjing tersepit. Umumnya, iklim politik tanah air
kita semakin bersikap keterbukaan.
Namun, politik dalam sistem demokrasi berparlimen adalah satu wadah untuk
rakyat bagi mencari kumpulan majorti yang di sokong dan seterusnya diangkat untuk memimpin sebuah
kerajaan selepas setiap kali berlakunya pilihanraya umum.
Setelah
menjadi kerajaan, maka tugas semua rakyat hendaklah mematuhi sistem, dasar,
peraturan dan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan tersebut. Untuk ketika ini, kerajaan yang memerintah
adalah Barisan Nasional (BN), maka semua rakyat lebih-lebih lagi kakitangan
awam hendaklah patuh dan taat setia kepada kerajaan berkenaan.
Orang
awam termasuklah orang-orang politik meski menghormati ketelusan serta integriti
perkhidmatan awam yang melaksanakan tugasnya. Demi keadilan, ketelusan,
integriti dan kredibiliti sesebuah organisasi pentadbiran kerajaan, maka
sepatutnya tiada pihak bertindak mencampurkan kuasa-kuasa politik mereka dalam
pentadbiran kerajaan dalam memperjuangkan sesuatu.
Justeru,
KSN hendaklah fokus terhadap karenah dan permainan seperti ini kerana rakyat di
luar sana yang majoritinya sudah berilmu melihat perilaku-perilaku yang
memuakkan itu dan akhirnya boleh menyebabkan "dendam" yang memberi kesan menconteng kepercayaan rakyat
terhadap jentera pentadbiran awam kita.
Memang,
budibicara termasuk dalam nilai-nilai kemanusiaan ketika mempertimbangkan
sesuatu perkara atau peristiwa-peristiwa diluar jangka mahupun dalam keadaan terdesak atau kecemasan. Pun begitu,
keistimewaan budibicara ini hendaklah tidak disalah erti apalagi disalah guna
sehingga khalayak merasakan tindakan tersebut telah menidakkan peraturan atau
perintah sedia ada.
Syabas
Datuk Seri Ali. Daripada dua tiga kenyataan akhbar yang DSAH berikan saya
percaya sektor perkhidamtan awam akan bertambah gah dan dihormati oleh seluruh
rakyat di dalam dan luar negara.
(bersambung)
Jagindas: terima kasih kerajaan Malaysia semoga negaraku
ini terus maju, aman dan makmur..