Sabtu, 8 Disember 2012

ADA YANG DAH TAK SABAR TUNGGU DUNIA HANCUR

TAUFAN

Dakwa Qiamat 23 - 25 Disember Ini!


MEMBACA  berita angin yang dipercayai disebarkan oleh beberapa blog dan media lain, kononnya dunia akan bergelap selama tiga hari mulai 23 hingga 25 Disember ini   di sini ,  membuatkan penulis terkenang perbualan saya dengan anak bungsu yang berusia 11 tahun pada minggu lepas.
            Ketika itu penulis bersama anak balik setelah dia selesai belajar muzik. Kata anak itu, guru muziknya, yang beragama kristian, mengatakan dunia akan kiamat sebelum Krismas ini.
            Menurut anak itu lagi, cikgunya kata seluruh dunia sudah tahu. "Awak tidak rasa takutkah? Sudah fikirkah ke mana hendak lari?", tanya cikgu tersebut kepada anak penulis.
            Langsung, dalam kereta diperjalanan pulang itu, anak penulis mahu mendapatkan kebenaran kata-kata cikgunya itu. Agak tergamam juga penulis hendak menjelaskannya sebab usianya masih kecil untuk memahami apa yang penulis mahu terangkan nanti bab-bab kiamat ini.
            Lantas, sebagai bapa yang betanggungjawab terus terhadap hal ehwal agama Islam ahli keluarga, terus saya katakan: "Qiamat itu pasti berlaku. Allah telah tetapkan harinya adalah hari Jumaat dan waktu bermulanya peristiwa itu adalah selepas waktu asar tetapi tidaklah diketahui jam dan saatnya kerana itu menjadi Rahsia Allah. Namun, sebelum sampai ketika itu, Allah akan menunjukkan beberapa tanda bagi menyedarkan manusia seperti..... blah...blah....blah... termasuklah memberikan beberapa contoh terdekat hari ini seperti orang meninggalkan solat, anak durhaka kepada ibu bapa dan .....
            "Jadi, cikgu itu menipulah", soal anak itu kepada penulis. Penulis katakan kepadanya dia bukan menipu tetapi itu adalah kepercayaannya. Dan, kita tidak perlu percaya kepada kepercayaannya kerana orang Islam mempunyai panduannya sendiri.
            Lalu, penulis tanya balik kepada anak itu:"Daripada apa yang ayah cerita dengan cikgu itu percaya, yang mana satu kamu fikir betul?" Dan, dijawabnya: "Ayah betul".
            Alhamdulillah...!


Jagindas: Moral daripada cerita itu tadi, zaman ini kalau anak-anak kita belajar dengan orang bukan Islam, kita kena pantau dia. Kita kena selalu tanya apa-apa cerita lain selain yang diajar oleh gurunya. Mak bapak juga kena miliki ilmu yang kuat kalau-kalau anak-anak kita terhasut atau dihasut. Dan, kalau sudah berlebihan ajaknnya....kita adukan ke pihak berkuasa!

BAHASA MELAYU BAHASA RASMI NEGARA

DEWAN RAKYAT

Sejauh Mana Pemimpin Mengakurinya

KELMARIN, penulis sempat mendengar Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, berucap di satu majlis meraikan Pasukan Sukarelawan (Rela) Daerah Kampar.
            YB Chee Leong dilihat membaca teks. Namun, apa yang penulis hendak komen di sini adalah Bahasa Malaysia Chee Leong "teruk". Membaca teks pun nampak tergagap-gagap malah ada ketikanya beliau terus saja melompat ke perkataan  atau ayat lain apabila setelah beberapa kali mencuba tetapi tidak dapat menyebutnya dengan betul. Ah, malang betul!
            Justeru, sukalah penulis menasihatkan wakil-wakil rakyat sekelian supaya bersedialah membetulkan lidah masing-masing supaya dapat bertutur dalam Bahasa Melayu dengan sempurna. Paling tidak mampu membaca teks dengan baik.
            Kerajaan telah dan sedang menjalankan bermacam-macam berkempen tentang penggunaan bahasa keramat itu serta usaha-usaha memartabatkannya. Jadi, yang di atas-atas itu sedar-sedar dirilah sikit. Kalau kepala pun sudah tidak betul macam mana hendak membetulkan anak buah atau rakyat.
            Sebelum ini pun, penulis banyak kali juga dengar Lee Chee Leong berucap di Dewan Rakyat. Memang nampak janggal.


Jagindas: Wakil rakyat melayu pun janganlah perasan yang Bahasa Melayu tuan-tuan sudahmacam  bagus-bagus! ada lagu di sini

NASIB MU KETUM

Sumber:
UTUSAN MALAYSIA (utara) 8/12/12

Dari Belantara Ke Antarabangsa


KALAU DULU, orang tua-tua yang berkerja membanting tukang menjadikan kampung, dusun dan ladang menggunakan minuman air rebusan daun ketum sebagai sumber memulikan tenaga terutama pada wakyu mlam dan pagi hari sebelum atau selepas berpenat lelah.
            Namun berlainan pula pada hari ini, daun itu kini sifatnya telah "berhantu". Banyak juga penulis dengar dan baca mengenai "khasiat" daun ini. Masih menjadi tanda tanya mengapa ia menjadi rebutan sehingga ad kegiatan menyeludup masuk ke kenagar jiran?
            Dari segi topografi dan georafinya, rasanya negara jiran tidaklah begitu jauh berbeza dengan Malaysia, namun apabila kegiatan menyeludup dibongkar, apakah hutan di negara itu amat kekurangan tumbuhan pokok ketum?
            Justeru, tidak payahlah penulis ulas banyak-banyak kerana mahu melihat apa kesudahannya nasib si ketum ini.





Jagindas: Pernah tulis mengenai khasiat air rebusan daun ketum di sini.

PELACUR ASING BIKIN WANG DI MALAYSIA

GAMBAR HIASAN

Berniaga Air Lendir Lagi Lumayan!

MULA-MULA baca di sini   Pada penulis ini bukan lagi berita! Cerita-cerita macam ini sudah biasa, klise' dan basi. Berita yang amat rakyat nanti-nantikan adalah:

"TIADA LAGI WARGA ASING MELACUR DI NEGARA INI"

contoh:

BANDAR PUSAT: Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imegresen serta penguatkuasa daripada agensi berkaitan berjaya menghapuskan kira-kira 100,000 pelacur warga asing yang menjadikan negara ini sebagai pusat kegiatan mereka bagi meraih pendapatan lumayan sehingga mencecah RM20,000 sebulan.
            Sehubungan itu, negara ini diisytihar bersih daripada kegiatan pelacuran warga asing hasil daripada kesunguhan agensi berkenaan membanteras kegiatan tidak bermoral itu sejak enam bulan lalu.
            Kajian mendapati, setiap warga asing terbabit memapu meraih hingga RM20,000 sebulan.......             Kejayan itu ..........blah, blah, blah...


            Ampun, ampun, jangan silap pulak, ini bukan nak ajar repoter tulis berita, tapi... faham-faham sajalah.. Sebagai pemberita kita tulis berdasarkan daripada sumber kita, yak tak? 

Jagindas:  Lanyak saja lah! 


RHB HANYA LAYAN ORANG KAYA


Nombor Giliran Hanya Gimik

AGAKNYA apa sudah jadi dengan bank RHB cawangan Kampar.??
            Seorang usahawan muda memberitahu penulis beliau sudah banyak kali terkena dengan bank tersebut di mana beliau mendakwa mendapat layanan yang buruk ketika setiap kali berurusan dengan bank berkenaan.
            Katanya, ketika berurusan pelanggan cuma ada dua orang tetapi beliau terpaksa menunggu lebih setengah jam untuk membolehkan dia memasukkan wang ke akaunnya. Itupun setelah beliau berkeras ke kaunter!
            Apa yang brlakunya, kaunter yang dibuka hanya dua sahaja. Dan ke dua-dua kaunter berkenaan asyik melayan taukeh-taukeh yang tidak mengambil nombor giliran. Di samping itu mereka juga asyik melayan taukeh-taukeh tersebut dengan pelbagai sembang di luar urusan menyebabkan dia terpaksa menunggu begitu lama. Membuang masa!
            Kelmarin, setelah dia mengugut untuk melaporkan keadaan pengurusan bank berkenaan ke pihak atasan (kebetulan beliau memang kenal orang kanan RHB di pusat), seorang pegawai datang memujuknya supaya tidak berbuat demikian.
            "Saya menyebut satu nama besar untuk melaporkan kerenah mereka itu. Pegawai terbabit terus mendekati saya dan terkejut bagaimana saya boleh kenal pegawai kanan tersebut lantas meminta saya supaya tidak melapor kerenah mereka itu kepada pegawai berkenaan," katanya.
            Kalau sudah macam itu gaya pengurusannya, tidak payahlah pelanggan susah payah mengambil nombor giliran. Pihak bank hanya perlu paparkan papan tanda menyebut: "Yang Dikenali Dan Yang Diut Banyak Dilayan Dahulu"
            Nampaknya, bank dengan pelanggan pun ada politik juga! Habislah...Itu baru bank. Kita harap selepas ini tidak pula kita dengar hal yang sama berlaku di kaunter-kaunter kerajaan atau syarikat-syarikat GLC yang lain.
            "Rakan-rakan didahulukan, yang lain-lain pi mampus lah.." a gaknya ini amalan yang diamalkan mereka dan amalan sebinilah juga yang memporak perandakan politik tanah air !


Jagindas: Ada apa-apa kut.... kut laaa... mana tau! Dunia beb!

Jumaat, 7 Disember 2012

JASA RELA DIHARGAI

LEE CHEE LEONG

Anggota Diminta Sentiasa Siapsiaga

ANGGOTA rela dan rakyat di negara ini diminta menjadikan peristiwa di Gaza sebagai contoh betapa pentingnya rakyat sesebuah negara menghargai nilai perpaduan dan keamanan serta kestabilan politik demi kesinambungan kesejahteraan masa depan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.
            Beliau berkata demikian diperasmian majlis Pemimpin Bersama Pasukan Sukarelwan Malaysia (Rela) dan Penyerahan Pakaian Operasi Rela Daerah Kampar, di Dewan SJKC Thong Hon, Tanjong Tualang, di sini, semalam.
            Sehubungan itu, katanya sumbangan Rela dalam program pencegahan jenayah semakin diperlukan bagi memastikan negara terus berada dalam keadaan selesa dan selamat.
            "Kerajaan amat terhutang budi kepada setiap anggota Relawan dan Relawati yang tanpa mengira penat lelah serta resiko sanggup berkorban demi menjaga keamanan negara," katanya.
            Beliau berkata, ketika ini kira-kira 15,300 anggota terlibat dalam aktiviti pencegahan jenayah bersama pihak berkuasa lain manakala 3,000 lagi terlibat dalam program rondaan pencegahan selain daripada mengawal keselamatan di sekolah-sekolah dan depo-depo tahanan pendatang asing.
            "Anggota Rela perlu membantu kerajaan dalam memastikan kestabilan harmonian negara bagi menjamin pelbagai dasar dan progran pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar serta mengikut jadual"
            "Dalam tempoh terdekat ini kerajaan mensasarkan menerima keanggotaan Rela yang berusia antara 18 dan 40 tahun seramai 2 juta orang menjadikan jumlah angota pasukan itu melebihi 3 juta", katanya.
            Sehubungan itu juga, Chee Leong, meminta semua anggota Rela meningkatkan kerjasama sesama anggota dan unit-unit serta memastikan setiap mereka menyokong dasar kerajaan sedia ada, berikutan banyak lagi program yang sedang dirangka oleh kerajaan untuk pasukan sukarelawan itu.
            Sementara itu, di majlis yang sama, Pengarah Rela Perak, Khairiri Abu Hasan, dalam ucapannya meminta setiap anggota Rela sentiasa siap sedia berikutan tugas pasukan itu kini semakin bertambah dan mencabar.


Jagindas: Siapsiaga!


BN PASTI DAPATKAN 2/3 KEMENANGAN

Utusan Malaysia 6/12/12

Kalau Calonnya Disukai Pengundi

AKHBAR semalam memaparkan seruan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, agar rakyat memberikan undi kepada siapa sahaja calon daripada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan parti itu memperoleh kemenangan dua pertiga menerusi pilihanraya umum kali ini (PRU13).
            "Kita (ahli UMNO) harus ingat kalau diletakkan siapa saja calon walaupun mata sepet sebelah, hidung penyet, asalkan dia calon BN, kita undi sajalah", katanya.
            Maaflah, penulis pernah menulis sebelum ini dimana bagi kempen-kempen pilihanaraya akan datang (termasuk PRU13) kata-kata seperti itu sudah tidak relevan lagi. Malah ada sesetengah tempat, ayat-ayat seperti itu bukan menambahkan insaf, malah memburukan lagi persepsi kalangan pengundi.

Khamis, 6 Disember 2012

KELUARGA TIDAK PUAS HATI..

JENAIN.. Syukur!  NORSIAH..akan buat semakan

Sebab Keputusan Memihak Polis

INI yang malas nak tulis. Tapi kalau tak tulis, hati berdengap-dengap disebabkan ada yang masih bengap. Keluaga arwah Amirulrashid tetap tidak puas hati dan mahu buat semakan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Eerrmmm! di sini
            Sebab itulah semalam penulis sarankan supaya polis terbabit, Kpl Jenain, saman balik keluarga berkenaan kerana menyebabkan kesusahan terhadapnya yang menjalan tugas. Manakala pada masa sama pihak berkuasa pula saman balik pemilik kenderaan yang dipandu oleh arwah Aminurashid. cerita semalam di sini
            Selagi kita tidak laksanakan undang-undang yang sudah diuluskan sejak lama, selagi itulah manusia seperti keluarga Amirul ini tidak akan faham-faham dan terus-terusan menyalahkan pihak lain.
            Makamah juga sepatutnya menjelaskan hal yang sama kepada keluarga terbabit. Bahkan, dalam kes seperti ini jika keluarga berkenaan menyatakan ketidak-puasan hatinya secara melampu terhaap keputusan mahkamah itu, mereka juga boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Apa takut? Balun!
            Maaflah, penulis bukan pengamal undang-undang tetapi penulis menghormati undang-undang. Itu sahaja. Penulis pun ada anak, ada motosikal dan ada kereta. Tapi, semua anak penulis hanya dibenarkan memegang hendal motorsikal dan stereng kereta bila mereka ada lesen sahaja.
            Menurut akhbar hari ini, keluarga Amirul akan berbncang dengan peguamnya untuk mnyemak semula keputusan mahkamah itu. Penulis percaya, selepas ini ramailah kaum kerabat pembangkang menemui keluarga arwah Amirul..


Jagindas: Memanglah, yang betul tak betul semua dan yang salah pun tak salah semua. Tetapi, terimalah hakikat serta qada dan qadar!

JANGAN LAWAN ATAU MARAH

GAMBAR HIASAN: kubur zaman purba

Dulu Pun Kamu Bukannya Baik Sangat...

SAMBIL-SAMBIL menatap surat khabar sebentar tadi, tiba-tiba penulis teringat cerita rekaan lagenda yang pernah saya dengar ketika zaman remaja dulu. Ia diceritakan oleh seorang guru veteran. Barangkali dia sudah meninggal agaknya... Lama dah..
            Beliau menceritakan pada suatu masa dulu ada sekumpulan manusia yang tidak dikatahui agamanya sedang mengkebumikan salah seorang kerabat mereka yang telah meninggal dunia.
            Kononnya, selesai saja menimbus tanah kubur tersebut maka ketua kaum itupun membacakanlah sesuatu yang seakan-akan talqin bahkan intonasi bacaannya pun macam tok-tok imam kita membaca talqiiiinnnnn. Al-kisahnya;
           
           "WAHAI, sahabatku di bawah, nanti apabila kami balik, tinggallah kamu seorang diri. Nanti, tidak berapa lama lepas itu akan datang beberapa orang mengejutkan kamu dan ketika itu kamu hendaklah duduk. Kalau gelap, pasanglah lilin yang kami tinggalkan bersama sekotak mancis api.
            "Jangan bangun sebab, ruang kamu di bawah ini sempit sangat. Jangan pulak takut. Jawab apa yang dia tanya. Cakap terang-terang dan jangan panik. Jangan menipu jawapan. Kalau kamu pernah mencuri katakanlah ya. Kalu kamu pernah rogal orang, katakan ya. Kalau kamu pernah bantu orang, besar-besarkan cerita itu..Ingat! jangan tipu dia. Dia sangat tahu sama ada kamu tipu atau tidak.
            "Kalu kamu jawab tak betul atau tipu, dia akan pukul kamu. Jangan pulak kamu lawan atau marah. Kalau dia maki-maki kamu, jangan pulak kamu balas maki dia. Tapi, kalau kamu buat kerja-kerja yang tak baik semasa hidup dulupun, dia akan pukul kamu!
            "Jangan marah atau gundah hati sebab kamupun kena ingat juga, masa kamu hidup dulu, kamupun bukannya baik sangat. Jadi, terima saja la....ok? Kami balik dulu, selamat tinggal..."   
            
              Doa atau talqin pun habissssss...


Jagindasheheheh..   ada lagu buat pembaca klik di sini

Rabu, 5 Disember 2012

SOLAH: JANGAN KELUAR TAJUK

Hehe...,AES dipasang tidak senget.

Tajuknya AES Saman Pemandu,
Bukan Pemilik 
Kenderaan, Ye ke?

RENCANA di akhbar Utusan Malaysia bertarikh: 05/12/12/rencana p.11/ atau klik di sini     menarik minat penulis untuk membuat respon terhadap kandungan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ, Datuk Solah Mat Hassan. Penulis pun ada soalan juga yang barangkali terlupa wartawan Utusan hendak tanya beliau meskipun penulis telah menulis hal yang hampir sama di sini
            Apapun, OK lah Datuk Solah. Betullah apa yang Datuk cakap itu. Penulis malah orang ramaipun boleh terima jika projek berkenaan berteraskan untuk mendisiplin pemandu dan demi menjadikan jalan raya dan bandar kita selamat untuk dilalui dan di huni. Dalam bab ini kita bercakap tentang pemandu. P E M A N D U.
            Namun, macam manapun penulis hendak ingatkan juga bahawa yang hendak dikenakan tindakan saman itu adalah pelakunya yang kemudian disebut pesalah. Dan, bagi kenderaan ia adalah dirujuk kepada pemandunya. Sekali lagi, PEMANDU.
            Soalan pertama: apakah kamera itu (AES mahupun kamera polis) membaca data pemandunya? Jadi, apakah saman tersebut tepat kepada pemandunya? kerana, tidak semestinya kereta berkenaan dipandu oleh pemiliknya sendiri yang mana kenderaan itu didaftarkan.
            Soalan kedua: jika ada kaedah mengesan pemandu sebenar, apakah data kesalahan kereta berkenaan dapat dibatalkan atau dipadam, kerana ia akan memberi risiko kepada rekod pemanduannya.
            Kita kerap mengatakan bahawa sesuatu program atau projek itu telah dihalusi dengan sebaik-baiknya sebelum ia dilaksanakan. Mengukuhkan alasan itu, kita mengatakan bahawa kajian juga dibuat berdasarkan negara-negara luar atau negara maju lain yang telah melaksanakannya.
            Soalan ketiga: semestinyakah apa yang dibuat di negara maju itu memang betul-betul bagus. Atau, oleh kerana mereka adalah negara maju, langsung minda kitapun menganggap semuanya pun bagus-bagus.
            Soalan ke-empat: mengapa tidak sempat-sempat hendak laksanakan juga?


Jagindas: Mana ada keluar tajuk bang...

SI KITOL TOLONG DIAMLAH...

NURUL IZZAH (kiri), ZAHID (kanan)

Negara Sentiasa Siapsiaga

NAIB Presiden Umno Malaysia, Datuk Zahid Hamidi, menempelak Parti Pakatan Rakyat (PKR) khususnya Nurul Izzah yang kerap menecetuskan pelbagai isu untuk tujuan kredit politiknya. Zahid warning Izzah  di sini
            Antara lain baru-baru ini Izzah pernah mempersoalkan kapal selam pertama TLDM yang didakwanya tidak boleh menyelam dan terbaru Izzah memperkatakan isu anggota polis.
            Memang, di negara kita ahli politik pembangkang agak rendah nilai patriotiknya kerana demi politik mereka sangup merendah-rendahkan nilai-nilai keselamatan negara. Barangkali, mereka juga sanggup menyerahkan kepada pihak tertentu kalau mereka mampu memperoleh data sulit keselamatan negara. Walau apapun, Datuk Zahid dan Datuk Seri Hishamudin, kena semak benda ini selalu!
            Bagi mereka, kalau negara ini hancur sekalipun, negara-negara idola mereka akan tetap memberikan hak memerintah 100% dengan aman, selesa dan jayanya kepada mereka. Itu sebab, bila kita kata puak-puak ini bermimpi, mereka marah bahkan mendakwa mereka sahajalah yang berdiri di atas realiti!
            Sepatutnya, berpolitiklah macam mana rak sekalipun tetapi apabila membabitkan keselamatan dan keutuhan negara semua rakyat Malaysia wajib mempertahankannya. Inilah baru dikatakan politik yang telus dan keramat kerana dalam apa jua keadaan sekalipun, "orang luar" hanya boleh memerhati tetapi TIDAK boleh masuk campur.
            Bermakna, barulah dikatakan kekuatan yang terbina itu adalah asli. Lantas, kemenangan yang diperolehi adalah kemenangan yang tulen, jujur dan telus. Kalau kalah sekalipun, tuan-tuan adalah 'gentlement'  Kalau ikut bahasa orang Perak, mikeme kalahpun kalah ada punai!
            Justeru, penulis sokong bentakan daripada Zahid itu terhadap isu berkenaan tetapi mengingatkan Zahid, jaga-jaga emosi ketika membuat kenyataan akhbar. Steady dan berhati-hati!



Jagindas: Bila orang kata "si kitol" marah pulak dia ye? Dia tahu tak si kitol tu apa (rujuk kamus la kawan..). Dah tu... tak gitu?


TIADA KES PREMA FACIE

GAMBAR HIASAN

Koperal Jenain Subi Bebas

BERITA lanjut di sini. Bagi penulis, mahkamah telah berlaku adil. Jika ada ruangnya dalam sistem perundangan kita, Kpl Jenain dicadangkan supaya menyaman ibu bapa arwah Amirulrashid kerana telah memberikan kesusahan kepada penjawat awam tanpa melihat kesalahan sendiri terlebih dahulu.
            Penulis,  walaupun bukan pengamal undang-undang, sejak awal-awal lagi memang memihak agar polis terbabit, Koperal Jenain Subi, tidak disabitkan kesalahan jenayah atas sifat tugasnya ketika itu dalam keadaan serta suasana itu - berdasarkan rentetan laporan akhbar.
            Pun begitu, dalam undang-undang kita ada menyebut bahawa tindakan undang-undang juga boleh diambil kepada pemilik kenderaan bermotor yang membenarkan (sama ada secara cuai atau sengaja) orang yang tiada kelayakan sah memandu kenderaannya.
            Jelasnya, dalam kes Amirulrashid ini yang ketika itu berusia 15 tahun, pastilah dia tidak memiliki sebarang lesen memandu. Bermakna, pemilik kenderaan tersebut (mungkin ibu atau bapanya) telah dengan secara cuai atau sengaja membenarkan anak mereka memandu kenderaan tersebut tanpa lesen memandu atau kelayakan yang sah. Kalau kereta itu telah dicuri, kena rujuk kepada aduan kecurian. Ada?
            Justeru, bagi mendidik ibu bapa dan pemilik kenderaan bermotor lain supaya tahu hak mereka terhadap kenderaan mereka serta resiko-resiko berkaitannya, maka kerajaan yakni polis dan JPJ wajar mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan terbabit. Mandatori! Barulah semua pemilik kenderaan ada akal!
            Ini kerana, ramai ibu bapa di luar sana yang mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dengan mempertaruhkan resiko yang bukan-bukan!


Jagindas: Bila buat tindakan nanti, jangan lupa panggil media

SIAPA YANG PATUT KENA SAMAN?


Pemilik Kenderaan Atau Pemandu

MALAM SEMALAM, penulis bertemu dengan rakan-rakan untuk membincangkan suatu perkara. Selesai sahaja kerja kami itu, biasalah bagi mengisi ruang yang sambil menghirup teh tarik, kami beralih kepada pelbagai topik lain. Ada kisah yang terkini dan ada juga kisah-kisah yang nostalgia.
            Namun, dalam banyak-banyak topik itu,penulis berminat kepada masalah saman ekor. Ini cerita lama dan boleh dikatakan cerita basi. Kerajaan pun nampaknya flip-flop tentang hal ini. Ada suatu ketika macam kata hendak dihapuskan sahaja sistem saman ekor tersebut, namun lepas itu kembali diperketatkan atas alasan demi mendisiplinkan pemandu kenderaan di jalaan raya.
            Ok,  betulah tu. Malah penulis amat setuju atas dasar keselmatan dan disiplin berkenaan. Tetapi, yang rakan penulis persoalkan adalah kes saman ekor yang berlaku sekarang di dakwa mereka ia tidak tepat kepada sasaran sebenarnya, iaitu saman ke atas pemandu.
            Ini kerana, kalau kita rujuk kepada yang hendak didisiplinkan adalah pemandu dan bukan kenderaannya. Makanya, yang wajar menerima saman adalah orang yang memandu ketika itu.

Ahad, 2 Disember 2012

YAKINLAH KEPADA UMNO DAN BN


Kita Tiada Pilihan Lain lagi


PENULIS masih ingat, ketika sedang rancak aktif dalam Umno lebih tiga dekad yang lalu, setiap kali mesyuarat perwakilan Umno Bahagian bilamana berlakunya pemilihan jawatan diperingkat bahagian, maka di akhir persidangan itu Ketua Bahagian tidak pernah lupa membuat kesimpulan seperti ini: ....ingatlah bahawa yang menang tidak bererti  menang semuanya begitu juga bagi yang kalah tidak bererti kalah semuanya.
            Berakhirnya perhimpunan agung Umno 2012 kira-kira pada pukul 7.08 semalam dapatlah penulis simpulkan bahawa ia lebih merupakan sebagai satu perhimpunan ukhwah bagi mengahadapi pilihanraya bahkan mahu kaum kerabat Umno membetulkan apa juga kesilapan yang lalu bagi memastikan Umno dan BN kembali memeriahkan kegemilangan pemerintahan bumi bertuah ini.
            Nampak-nampaknya memang adalah yang hendak berubah dan ada yang sudah berubah. Sudahpun bersumpah-sumpah, berikrar-ikrar dan bertaklik-taklik. Harap-harap akan berubahlah semuanya dan spenuhnya. Tulisan sebelum ini, penulis turut mengingatkan agar perhimpunan kali ini tidak sahaja menggegarkan dewan atau sekadar menunjuk lawa sebaliknya mahukan Umno kembali mengasah kuku, bersatu dan berilmu serta berakal (di sini).

KM: SEGERA MOHON MAAF

KP.PP Buat Fitnah




HEI! LIM GUAN ENG anak kepada Lim Kit Siang,

KALAU betul si mamat Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin,  itu buat tuduhan melulu atau memfitnah dengan niat mengaibkan kamu sebagai Ketua Menteri, buat apa buang masa minta dia mintak maaf. Kamu boleh menyaman beliau,bukan? Atas kapasiti kamu sebagai Ketua Menteri, samanlah dia berjuta-juta sampai dia tertiarap. Ketika itu, tidak payah disuruh pun dia akan merangkak rewak cari kamu dan cium lutut kamu! Malaysia sekarang serius bab-bab rasuah tahu tak? Jangan main-main Lim, kalau tak betul kamu balonlah dia sampai lembik. Amacam?
            Sejak bila pula kamu suka pada maaf-maaf ni, ha?   sini



Jagindas:  Ada berani?  Lim, lu mau dinga lagu ka kawan? klik sini ha


Sabtu, 1 Disember 2012

BIANG TAK BERAKAL


Kemaluan Pemuda Di Make-Up Percuma

CERITA kelahiran anak luar nikah, buang anak, persetubuhan haram, persetubuhan tanpa rela, rogol bawah umur adalah antara beberapa jenayah sex yang kini bagaikan sudah lumrah berlaku di negara ini berdasarkan kes-kes itu kian banyak dilaporkan di media-media.
             Ramai juga yang telah dihukum.Tidak kurang juga yang terlepas dan bebas disebabkan masalah teknikal. Baru-baru ini, kita juga digemparkan apabila mahkamah memberikan hukuman yang didakwa tidak setimpal dengan jenayah sex yang dilakukan penjenayah ke atas mangsa di bawah umur.
            Barangkali, atas sebab itulah maka sebuah keluarga di Pulau Pinang bernekad hati mencurahkan asid ke kemaluan penjenayah yang dikatakan telah merogol ahli keluarga mereka di dalam tandas di sebuah pasaraya. Baca di sini
            Secara peribadi, penulis sokong tindakan keluarga mangsa terbabit. Tidak kiralah sama ada ia disifatkan sebagai dendam, geram atau kesumat. Pun begitu, dari sudut undang-undang kesalahan tetap kesalahan. Maka, polis juga terpaksa mengambil tindakan terhadap kedua-dua kes berkenaan menerusi seksyen yang berbeza.
            Sumber menyebut, mangsa adalah gadis berusia 16 tahun manakala si teruna berusia 18 tahun dan setakat ini kononnya perkenalan hanya bermula menerusi laman sosial Facebook.
            Bermakna, ada unsur gatal (miang) pada si gadis manakala si jantan biasalah perangai sang kumbang. Natijahnya, kalau belum apa-apa sudah sanggup berjumpa di dalam tandas pasaraya, boleh fikir tidak apa jenis pemikiran budak perempuan itu?
            Jadi, dalam kes ini kalau mahu salahkan 100% si jantan itu rasanya tidak begitu tepatlah. Pihak keluarga perempuan juga wajar menilik apa yang berlaku dalam keluarga sendiri.
            Pun begitu, hendak dilepaskan begitu sahaja, lagilah tidak wajar. Justeru, fikir-fikirkanlah sebelum berbuat sesuatu. Orang tua-tua pun pernah berkata, biar menjaga kerbau sekadang daripada menjaga anak dara nan seorang! Namun, zaman ini ramai ibu bapa yang tidak mengambil iktibar daripada pepatah berkenaan...


Jagindas: Ada kawan yang terpaksa bersunat dua kali.... macam mana tu?

MUSA: APA YANG SAYA KATA MEMANG BETUL

TAN SERI MUSA HASSAN

Akan Terus Dedah Demi Rakyat

ENTAH mengapa, cerita Mantan Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hasan, dalam sehari dua ini agak menarik minat penulis untuk mengikutinya. Semalam, Musa mendedahkan masalah campur tangan menteri dalam urusan tindakan polis. Dan, hari ini pula beliau bertegas menyatakan pendiriannya akan terus mengabarkan perkara yang benar kepada rakyat tanpa memihak kepada mana-mana parti politik.   di sini
            Penulis ucapkan syabas kepada Musa dan berharap beliau berdiri terus dengan 'stand'nya seperti itu. Malah, kalau boleh mana-mana pegawai kanan kerajaan yang bersara juga sewajarnya bersikap demikian. Mereka tidak perlu menyebelahai mana-mana parti tetapi jangan pula bercakap kerana mahu memberi kredit kepada sesuatu parti. Jujur dan nyatakan yang benar serta berfakta. Biar rakyat yang fikir.
            Ini kerana, meskipun sudah pencen, tetapi tugas mereka secara peribadi dan sebagai anak Malaysia seharusnya tidak terhenti di situ sahaja atau terus menjadi kerbau yang di cucuk hidung oleh satu-satu pihak yang berkepentingan.

Jumaat, 30 November 2012

MUSA KECIWA BERHATI HIBA


Menteri Bantah Tindakan Polis

HISHAMUDIN (kiri), MUSA (kanan)
MANTAN Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hasan, mendedahkan menteri dan orang politik kerap mengganggu tugasnya sehingga menysusahkan beliau untuk mengambil banyak tindakan terhadap beberapa kes jenayah tertentu.
            Katanya, tindakan mereka itu adakala melangkaui tugasnya sebagai KPN menyebabkan berlakunya arahan bertindih sekali gus banyak agenda polis yang terpaksa dibatalkan. Pendedahan lanjut di sini
            Serentak itu juga, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin, menafikan dakwaan Musa itu sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai cubaan untuk mengalihan khalayak daripada Persidangan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung sekarang.
            Hisahmuddin juga mendakwa, Musa telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukan reputasi kerajaan berikutan apa yang didakwa Musa itu telah beliau jelaskan di dewan rakyat.

SUDAH MACAM SIPEKAK MENDENGAR CERAMAH


Tertanya-Tanya: Bila? Bila? Bila Ha?

ESOK, lusa, barangkali selesailah agenda perhimpunan Umno 2012, InsyAllah. Rasanya tuan presiden tidak akan mengumumkan tarikh plihanraya atau tarikh pembubaran parlimen menerusi majlis berkenaan. Memang tidak kenalah pada masanya untuk mengisytiharkan tarikh keramat itu di majlis berkenaan meskipun ia sememangnya sedang menghantui rakyat lebih-lebih lagi mereka yang memang sudah amat tergeli-geli hendak mengundi.
            Namun begitu, bayang-bayangnya sudah boleh dibaca. Walaupun pun sebelum ini Datuk Seri Najib pernah berkata bulan Disember pun boleh di mana menurut beliau masalah musim tengkujuh dan banjir bukan penghalang. Tetapi saya percaya takkanlah Perdana Menteri sengaja nak mencari susah. Bak kata orang Perak - Tak ada koje cari koje(tak ada kerja cari kerja); tak ada beban batu di galas! Nak cari nahas! Bukankah?
            Makanya, nampaklah jelas antara Januari hingga Mac 2013 satu daripada bulan-bulan berkenaan akan menjadi bulan bertuah mencatat sejarah tanah air kerana berlakunya pilihanraya umum ke 13. Dikatakan bersejarah sebab kononnya pilihanraya kali ini adalah yang dianggap oleh banyak pihak sebagai pilihanraya paling mencabar dan penuh bermakna.
            Jadi, Bulan berapakah yang setepatnya?  Sebelum ini, penulis sebagai mana ahlil nujum yang lain juga pernah membuat ramalan tarikh pilihanraya kali ke 13 ini berdasarkan pengelaman penulis ketika sekian lama berkecimpung dalam politik tanah air - Umno.
            Setakat ini, nampaknya nujum penulis itu seakan-akan menampakan kebenarannya. sesudah ditelek air dalam mangkok putih bayang-bayangnya macam itulah. Lihat ramalan penulis sebelum ini   di sini
            Biasalah, menjelang kenduri besar itu sehinggalah selesai duit turun banyak. Bukan untk tujuan rasuah politik tetapi belanja pengurusan. Justeru, penulis mahu ingatkan pengurus-pengurus pilihanraya serta juak-juak di bawahnya, pastikan duit tersebut sampai ke tangan mereka yang sewajarnya yang telah berpenat lelah melaksanakan kerja-kerja untuk pilihanraya.
            Bukan apa, isu inilah yang sering malah pasti akan berlaku setiap kali kenduri besar berlaku.


Jagindas: Ada yang tukar kereta mercedes sebaik sahaja proses pilihanraya. Huh duit dari mana tu, sedangkan duduk di kampung kerja pun biasa-biasa saja!

p/s:  Nak dengar lagu lagi? klik di sini.

MARUAH RM4.8 JUTA - TERLEPAS PANDANG


LPF Manusia Biasa

SENANG cerita, keluarkan sahaja pekeliling kepada semua penulis skrip, produser dan pengarah filem bahawa karya filem di negara ini tidak membenarkan sebarang cerita berkaitan sejarah sebenar. Karyawan hanya dibenarkan menghasilkan karya-karya yang berunsur 'hiburan kosong' sahaja.
            Apa-apa cerita sama ada cinta, lawak, kartun, fiksyen, hantu syaitan dan sebagainya dimestikan tidak mengandungi slot-slot yang mengkaitkan perselisihan fahaman antara kaum walaupun pada kisah sebenarnya memang berlaku atau memang begitu. Cerita-cerita seperti cinta bodoh, lawak bodoh, kartun bodon, hantu bodoh, cerita-cerita mamat pondan lagi bagus dan senang hendak diluluskan!
            Tetapi kalau cerita itu menyentu perbalahan antara melayu dengan melayu di bolehkan dan boleh ditokok tambah supaya nampak lebih uummmphh! Macam cerita Hang Tuah dan Hang Jebat, Singapura Dilanggar Todak, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan sebagainya.
            Manakala, kalau ada puak yang nak buat video sendiri seperti songsangkan lagu Negaraku, tonggang terbalikan bendera, cerita-cerita atau lagu mengecam dan memaki hamun kerajaan, pemimpin dan yang seumpamanya, kita sewajarnya berikan dia galakan atas dasar kekreativitiannya.
            Bahkan, berikan dia moral dan material support seperti memberikannya mana-mana dana yang berkaitan bagi mengembangkan bakatnya. Kalau dia tak mampu bayar balik pun, tak mengapa. Kira pejam mata sudah. Maklum, bakat baru nak berkembang! Kembangkan ke Youtube, biar satu dunia tahu bakat anak watan kita, Malaysia Boleh!
            Habis cerita. Kerja-kerja penyuntingan pun senang, kerja-kerja penapisan pun mudah. Semua orang tidur lena tak payah nak risau-risau. Otak penonton pun tak berat kepala nak memikir. Syyyyy... Datuk Suhaimi Baba, jangan bayar sesen pun!
            ALAMAK! marahkan apa ni?  Merepek saja bunyinya? Mabuk air ketum ke beb?
            Yang inilah, lagi apa...klik di sini


Jagindas: 24 jam dalam ketakutan!

p/s:   Daripada pening kepala bab itu baik kita berhibur. Nah, layan di sini