Selasa, 16 Julai 2013

MASIH ADA YANG TAK CUKUP MAKAN DI NEGARA INI

GAMBAR HIASAN:....jangan biarkan mereka kelaparan
Pastikan Rakyat Sendiri Selesa Sebelum Membantu Orang Lain.

BIASANYA, dalam bulan Ramadhanlah banyak cerita-cerita dhaif dan kemiskinan dipaparkan oleh akhbar-akhbar dan media-media elektronik. Barangkali, surat khabar pun nak ambil sedikit 'kredit pahala' hasil daripada mengeluarkan cerita itu. Selebihnya, harapan daripada cerita-cerita seumpama itu adalah untuk mendorong umat Islam melipat gandakan aktiviti bersedekah di bulan yang mulia dan maha barakah ini. Sebagai contoh cerita tersebut ada di sini.
            Penulis tidak berminat untuk mengulas lanjut mengenai masalah kemiskinan itu. Semasa penulis bertugas sebagai pemberita dahulu pun, penulis juga pernah diarah supaya mencari cerita-cerita sebegini pada bulan yang mulia ini kerana ia mampu melariskan jualan akhbar.

Isnin, 15 Julai 2013

AGAKNYA, SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK MELAKUKAN "SILENT ACTION"

Alternatif Untuk Mengajar yang kurang Ajar!
GAMBAR HIASAN: antara manusia yang didakwa  menghina Islam
MENYAMBUT puasa 1434 kali ini umat Islam di negara ini disimbah dengan dua kenyataan dajjal. Pertama dari anak negeri sendiri iaitu Vivian Lee dan pasangannya yang terkenal dengan laman youtube pornonya. Mereka dengan sengaja telah mengejek dan menghina umat Islam menerusi ucapan berbuka puasa dengan makanan tidak halal. Dan kedua pula adalah sokongan duta Vatican City, Josseph Marino, terhadap tuntutan penggunaan nama Allah oleh puak kristian di negara ini.
            Seperti biasa, para blogger, orang awam, oang politik, NGO dan banyak pihak lagi menentang keras kedua-dua isu ini. Lantaran itu, banyaklah sudah laporan polis dibuat. Banyaklah juga pelbagai desakan diasak khusus kepada kerajaan.

Sabtu, 13 Julai 2013

HARGA BARANGAN: SIAPA LEBIH BERKUASA?

Pembekal, Pengguna Atau Kerajaan?

SETIAP kali tiba bulan puasa (Ramadhan) dan diikuti perayaan, negara akan kecohlah dengan masalah kenaikan harga barang keperluan harian. Antara yang menjadi mangsa adalah sayur-sayuran seperti bawang, cabai, daging, ayam dan rempah ratus yang lain. Masing-masing dengan alasannya. Cuaca panas, permintaan melebihi bekalan dan permainan manipulasi pihak tertentu adalah antara yang kerap dijadikan sebab berlakunya hal demikian.

Jumaat, 12 Julai 2013

JALANKAN TUGAS DGN AMANAH ELAK FITNAH

Demi Malaysia...sanggup redah lautan bergelora
Kalau Tidak Apa-Apa Masakan Tempua Bersarang Rendah!

DALAM satu perbahasan di parlimen baru-baru ini, seorang menteri menjawab satu soalanyang dilontarkan oleh seorang ahli parlimen berkaitan isu ramai polis menerima rasuah. Dalam jawapannya itu, menteri itu menafikan tuduhan tersebutn namun beliau juga tidak menafikan mungkin perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh penjawat-penjawat awam lain yang sering berhadapan dengan orang awam terutama mereka yang ada kaitan dengan 'bahagian penguatkuasaan' seperti kakitangan bandaraya dan sebagainya.

Khamis, 11 Julai 2013

JAWAPAN BAGAI MELEPAS BATUK DI TANGGA.....

YDP Dewan Rakyat
Wakil Rakyat Mesti Faham Jawapan Konkrit!

DUA HARI kelmarin, seorang ahli parlimen membangkit isu pendatang asing yang didakwanya telah menambahkan lagi pelbagai jenayah di negara ini khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Antara bangsa asing itu disebutkannya adalah orang Indonesia dan Afrika atau gagak hitam.
            Dalam jawapannya, menteri berkenaan (timbalan menteri rasanya) berkata sumbangan jenayah oleh warga asing di negara ini hanyalah 1% (satu peratus sahaja) manakala selebihnya adalah dilakukan oleh penjenayah penduduk tempatan.
            Satu jawapan yang menarik dan penuh retorik politik. Bermakna, jika aktiviti jenayah di negara ini mencapai 99% dilakukan oleh penjenayah asing barulah ia menjadi isu dan kerajaan akan merangka satu tindakan yang cekap. Begitukah?
            Penulis rasa, bukan itu jawapan yang diperlukan oleh yang menyoal mahupun rakyat jelata. Lupakah timbalan menteri itu pepatah melayu "api masa kecil menjadi kawan, sesudah besar menjadi lawan". Maknanya, banteras sebelum parah. Cegah sebelum parah. Kenapa nak tunggu sehingga menjadi besar?
            Dari sudut kesediaan menjawab, penulis melihat ramai menteri kita masih belum bersedia memberikan jawapan yang konkrit. Atau juga, mereka yang bertanggungjawab menyediakan jawapan itu telah menyediakan jawapan tersebut sekadar "melepaskan batuk di tangga".
            Jika demikian, menteri sewajarnya menolak jawapan seperti itu sebelum ke sidang parlimen dan pastikan apa-apa jawapan yang hendak dikemukakan hendaklah bersifat tegas, konkrit dan bukan bersifat kepolitikan.



Jagindas: Bila bercakap di media selalu kata rakyat kita sudah matang dan boleh menilai...tetapi bila bercakap di perlimen masih ditakuk lama...bermakna, mentaliti wakil rakyat BN berubah dalam ensutan yang amat kecil...! 

TERUS BERBALAH.....

Penyakit Yg Kekal Di Kalangan Umat Islam!

PERGOLAKAN di Mesir (begitu juga di negara-negara Islam yang lain), dikaitkan juga akibat pengaruh fahaman ekstrim seperti syiah dan sunni. Islam, khususnya golongan ulamak dikatakan telah secara tidak langsung 'mengkastakan' Islam itu sendiri melalui berbagai fahaman dan kecenderungan. Lantas, kini umat Islam terbelit dengan perbuatan mereka sendiri di mana ia turut memudahkan pihak ketika iaitu unsur luar yang sentiasa cemburu dengan Islam mencampuri seterus mengadu domba umat Islam.
            Sejauh mana benarnya dakwaan ini, ianya sukar untuk ditelah namun ketika ini perbezaan pendapat dan pendirian kalangan bijak pandai, ilmuan dan ulamak Islam memang nyata. Dan setiap kali berlakunya pertelingkahan seumpama itu, biasanya ia akan terus melarat dan berkembang bagaikan tidak boleh hendak ditahan-tahan, bagaikan umat Islam ini langsung tidak ada pemikiran persaudaraannya.
            Justeru, penulis mencadangkan saudara pembaca, sekali lagi menilai tulisan Pak Kassim Ahmad ketika memberikan pandangannya terhadap apa yang berlaku di Mesir dan umat Islam sejagat hari ini di sini  dan di sini.



Jagindas: Sumber (polis) memberi tahu, sebelum ramadhan 1434H tiba, umat Islam di Batu Gajah sembahyang dua imam kecuali sembahyang Jumaat. Taraweh tahun ini macam mana ek?....

Selasa, 9 Julai 2013

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK...

Semoga Allah Melimpah- kan Rahmat- Nya....

KEPADA semua muslimin dan muslimat, penulis ucapkan selamat melakukan ibadan puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini di samping ibadah-ibadah lain yang amat dituntut menghiasi Ramadhan Al-Mubarrak.
            Setahun yang lalu, sehari sebelum menyambut Ramadhan 1433H, penulis ada memberikan sedikit komen atau boleh jadi juga sebagai teguran khususnya untuk diri sendiri dalam urusan mengerjakan ibadah-ibadah lain di bulan puasa ini teruatamanya sembahyang sunat tarawih.
            Rasanya elok juga diingatkan kembali, kerana nampaknya masih juga tidak berubah..... (baca di sini )



Jagindas: Maaflah.... 

Isnin, 8 Julai 2013

ANTARA HUKUM DAN FESYEN

Menutup aurat atau memikat?
Jujurkah Wanita Menutup Auratnya?

SEBELUM pembaca membaca entri yang ini, penulis mohon saudara-saudara membaca terlebih dahulu tulisan Kasim Ahmad (klik di sini).

Ahad, 7 Julai 2013

AKIBAT BEBAN HUTANG MELAMPAU

Lelaki Bunuh Isteri, 2 anak
ANGGOTA polis mengusung mayat Ling Yung Ming 
yang dibunuh kejam di kediamannya di Pulau Li Hua, 
Sibu, Sarawak, semalam - Utusan Malaysia (6 Julai, 13)
ISLAM mengingatkan umatnya umatnya supaya sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada berhutang kerana hutang itu boleh membawa kepada kesengsaraan diri. Meski, ada bab-bab hutang itu di mana si-berhutang diberitahu turut terjebak dengan dosa-dosa riba, namun yang paling ditakuti adalah "kesan oleh kesusahan berhutang" itu sendiri.

Sabtu, 6 Julai 2013

JUAL ANGGOTA BADAN DEMI SEBUAH KEHIDUPAN

Insaflah Wahai Saudaraku!

Di Indonesia, ini yang berlaku.....
SEMOGA rakyat di negara kita tidak sampai jadi seperti ini. Kepada yang sedang menuntut, belajarlah bersungguh-sunguh. Kepada yang sudah berkerja, sayangilah kerja anda. Bersyukurlah selalu atas nikmat yang Allah swt berikan.     
              Jika terasa susah, bandingkanlah diri anda dengan mereka yang lebih menderita hidupnya. Jika anda sudah berjaya dan kaya raya, sedar-sedarlah diri bahawa apa juga yang anda miliki hatta kebahagiaan dan kegembiraan anda sekalipun, ada sebahagian daripadanya menjadi hak orang lain. 
              Dan yang paling utama, Allah lebih berhak untuk memberi dan mengambilnya semula!



Jagindas: FIKIR-FIKIRKANLAH... JANGAN SELALU MENGAMBIL MUDAH DALAM APA JUGA KEADAAN...

MESIR DAN MALAYSIA JAUH BERBEZA

Bangsa Tak Sama, Mimpi Pun Berbeza!

DALAM sehari dua ini, peristiwa pergolakan dan rampasan kuasa di Mesir menarik perhatian dan ia menjadi hiasan utama dada-dada akhbar perdana di seluruh dunia.
            Untuk rayat di Malaysia pemimpin kita mengingatkan supaya peristiwa itu dijadikan iktibar kerana apapun natijahnya rakyatlah yang akan menjadi mangsa sedang pihak ketiga pula bersukaria menangguk untung dan laba.

Jumaat, 5 Julai 2013

RIMAS TINGGAL DI NEGARA SENDIRI

Gambar Hiasan...Tunggak Pimpinan negara
Sana Sini Warga Asing, Eksyen Pulak!

SERONOK juga sesekali keluar temui rakan-rakan sambil minum petang. Bila dah lama tak bertemu, macam-macam pula ceritanya. Namun, dalam banyak-banyak cerita itu, penulis tersentuh dengan keluhan seorang rakan yang mengeluh kononnya dia kini agak rimas berada di kampung, bandar dan negaranya sendiri. Sebenarnya bukan dia seorang..Ramai lagi yang memendam rasa!

Khamis, 4 Julai 2013

BNM DIMINTA LUPUSKAN DUIT BARU

Cantik Tapi Menyusah- kan

KEBETULAN, akhbar Utusan Malaysia hari ini memaparkan satu kenyataan daripada Bank Negara (BNM) mengenai pengurangan pencetakan wang polimer Rm1 dan Rm5 secara berperingkat (baca di sini).
            Sejak beberapa minggu lalu memang penulis ada bercadang untuk menulis masalah berkaitan wang baru kita yang dikeluarkan pada tahun 2012 iaitu wang polimer RM1, RM5, syiling 20 sen dan 50 sen. Manakala syiling 10 dan 5 sen setakat ini tidak ada masalah.

Rabu, 3 Julai 2013

MAMPUKAH MELAYU MILIKI RUMAH MAMPU MILIK?

DS Najib... Menteri Kewangan yang 
juga Perdana Menteri Malaysia.
Dan, Apakan Jadi Jika Kawasan Bandar Sama Luas dengan Luar Bandar?

SEBELUM pilihanraya umum ke 13 (PRU13), bukan main lantang lagi pelbagai pihak menghentam kerajaan Pulau Pinang yang didakwa sengaja meninggikan harga rumah sehingga mengabaikan kepentingan rakyat marhaen. kononnya kerajaan Lim Guan eng (LGE) mahu mengusir orang miskin dari PulauMutiara itu. Bila sebut miskin, tentulah majoritinya Melayu!

Selasa, 2 Julai 2013

BANYAK TANYA PULAK...

Bagi Penampo Baru Tau!

SEKALI lagi kiriman daripada Koleksi Lawak Jenaka Seantero Dunia  menarik perhatian penulis untuk dijadikan renungan bersama. Senario yang berlaku antara 'penjual' telur ayam dengan pembeli sebenarnya sering berlaku di kalangan penjawat awam sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.
            Dan, hal-hal seperti itulah juga yang memburukkan sistem perkhidmatan dan penyampaian maklumat kerajaan serta agensi-agensinya sehingga membuatkan khalayak menjadi meluat.....Ramainya nampaknya bijak tetapi sebenarnya cuma buat-buat tahu padahal memang tak tahu. Pendek kata nak tujuk lawalah konon.
            Tetapi menyusahkan orang. Elemen ini wajar dipandang serius oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) jika mahukan martabat perkhidmatan awam kita mendapat tempat di hati rakyat. Berikut penulis salin kembali dialog lawak tersebut (dengan izin):

Isnin, 1 Julai 2013

ORANG UMNO MASIH BERSELESAAN..

Orang Melayu Pula Merengkam Di Dalam...

ADA satu laporan dalam akhbar arus perdana baru-baru ini mendakwa kononnya orang melayu sudah tidak ambil peduli apa akan jadi kepada nasib negara pada pilihan raya ke 14 (PRU14) nanti.
            Rencana "MELAYU TAK KISAH APA AKAN JADI PADA PRU14", oleh Azman Anuar, mengkisahkan perihal nasib dan sikap orang melayu di bumi bertuah ini yang pada pandangannya orang melayu semakin hilang semangat dan arah tuju perjuangan berkomuniti mereka. Selanjutnya di sini.
            Barangkali kesimpulan itu dibuat berdasarkan kepada tingkah laku, sikap dan atitut majoriti orang melayu khususnya mereka yang terbabit secara aktif dengan pertubuhan parti khasnya Umno.
            Baguslah kalau akhbar arus perdana sudah faham. Bagi penulis hal-hal seumpama ini sudah lama bengkak dan bernanah dalam pemikiran. Namun, biasalah orang Umno ni memang payah kalau nak diberi idea melainkan kalau benda-benda tu datangnya daripada atas. Secara kasarnya, Jagindas sudah kupas masalah tersebut di sini.
            Kadang-kadang kita pun tak faham sama ada pejuang-pejuang dalam Umno diperingkat akar umbi dan Bahagian ini memang tak ada idea atau malas buat kerja. Atau memang sudah jadi dasar melayu jati, "selagi penukul tidak mengetuk, selagi itu pahat terbaring kaku!" Atau, mungin juga selagi tidak ada 'huluq', susahlah sikit nak buat kerja...



Jagindas: Nampak selesa semacam saja....

Sabtu, 29 Jun 2013

18SX

Radio FM......
Benarkah Perempuan Macam Radio?

Dengar dan tengok berita di TV, baca berita di akhbar-akhbar, banyak yang menyakitkan hati. Ada berita macam bukan berita. Ada cerita-cerita yang membuang masa! Hah, sakit kepala. Jadi jom kita rihatkan minda sebentar. Untuk 18SX SAHAJA.

Jumaat, 28 Jun 2013

PENDUDUK TEMPATAN TERTANYA-TANYA...

Ketua Polis Negara
Apa Sebenarnya KDN Buat?

 UNTUK tidak memeningkan kepala Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Zahid Hamidi secara tegas dan terbuka menyerahkan sepenuhnya kuasa-kuasa yang berkaitan dengan membanteras jenayah kepada Ketua Polis Negara. Tetapi tidak pula dinyatakan sama ada hal yang sama berlaku kepada kastam dan imegresen.

3 GAJAH MUNGKIN BERLAGA

Edward Snowden

AS Dakwa Putin Bantu Snowden

WASHINGTON 23 Jun - Senator Parti Demokratik Amerika Syarikat (AS), Charles Schumer hari ini mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin berkemungkinan mengetahui rancangan Edward Snowden untuk lari ke Rusia dan memberi perlindungan kepada bekas kontraktor tersebut.
            Schumer berkata, jika perkara itu berlaku, ia akan memberi kesan terhadap hubungan diplomatik AS dan Rusia.
            "Putin berkemungkinan bersubahat dengan Beijing dalam kes ini dan perkara itu amat tidak disenangi oleh AS," katanya. - REUTERS

[utusan malaysia - 25/6/13]




Jagindas: Memang takdirnya begitukah atau satu perancangan membolehkan berperang? Yang pasti di situ bermulanya titik peperangan...

Ahad, 23 Jun 2013

MELAYU RAMAI BELUM DAFTAR

Sebab, Melayu Lambat Sedar!

SATU daripada laporan akhbar hari ini melaporkan Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali sebagai berkata, kini terdapat kira-kira 2.5 juta orang Melayu tidak berdaftar sebagai pengundi sekali gus merupakan perkembangan membimbangkan terhadap masa depan kuasa politik orang Melayu  (Mingguan Malaysia/23 Jun, 2013/p.13  di sini).