Selasa, 26 Jun 2012

GELAGAT PENJAWAT AWAM - bhg. 1

BERKERJALAH DENGAN HATI SUKA

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa (DSAH), dalam kenyataan sulungnya selepas dilantik sebagai KSN yang baru menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hasan, mengingatkan semua kakitangan awam supaya menyokong kerajaan yang memerintah (tentunya dirujuk kepada kerajaan pusat).
            Pada masa sama beliau turut menyeru kira-kira 1.4 juta golongan berkenaan melaksanakan tugas mengikut lunas yang sewajarnya bagi memastikan pengurusan pentadbiran awam berjalan lancar sejajar dengan pergerakan pembangunan negara.
            Pertama, saya mengucapkan tahniah kepada DSAH atas perlantikan ini dan berharap dibawah pimpinan DSAH sektor perkhidmatan awam akan terus cemerlang dalam tugasnya demi untuk rakyat dan negara.
            Dengan kata lain, penjawat awam hendaklah menjalankan tugas mereka berpaksikan HATI SUKA dan bukannya berkerja kerana SUKA HATI.   INGAT, tidak ada sesiapa yang memaksa tuan-tuan untuk memohon jawatan yang disandang sekarang melainkan dengan kehendak dan keputusan anda sendiri. Setiap tawaran yang ditwarakan boleh di tolak atau diterima. Namun, setelah diterima, tuan-tuan menjadi milik sepenuhnya sektor  berkenaan.
            Maka, setelah mendapat kerja, patuhilah prosedur kerja dan fahamilah bahawa sektor tersebut adalah dibawah naungan kerajaan yang memerintah dan ada satu kitab di atasnya yang mengawal perilaku penjawat awam iaitu Perintah Am.
            Pertimbangkan balik, bahawa tuan-tuan adalah seorang yang bernasib baik berbanding beratus ribu rakyat di luar sana kerana diterima menerima rezeki di sektor awam sedang mereka yang lain meratap  siang dan malam menagih kerja demi untuk sebuah kehidupan.
            Janganlah bersikap seperti melepaskan anjing tersepit. Umumnya, iklim politik tanah air kita semakin bersikap keterbukaan.  Namun, politik dalam sistem demokrasi berparlimen adalah satu wadah untuk rakyat bagi mencari kumpulan majorti yang di sokong  dan seterusnya diangkat untuk memimpin sebuah kerajaan selepas setiap kali berlakunya pilihanraya umum.
            Setelah menjadi kerajaan, maka tugas semua rakyat hendaklah mematuhi sistem, dasar, peraturan dan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan tersebut.  Untuk ketika ini, kerajaan yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN), maka semua rakyat lebih-lebih lagi kakitangan awam hendaklah patuh dan taat setia kepada kerajaan berkenaan.
            Orang awam termasuklah orang-orang politik meski menghormati ketelusan serta integriti perkhidmatan awam yang melaksanakan tugasnya. Demi keadilan, ketelusan, integriti dan kredibiliti sesebuah organisasi pentadbiran kerajaan, maka sepatutnya tiada pihak bertindak mencampurkan kuasa-kuasa politik mereka dalam pentadbiran kerajaan dalam memperjuangkan sesuatu.
            Justeru, KSN hendaklah fokus terhadap karenah dan permainan seperti ini kerana rakyat di luar sana yang majoritinya sudah berilmu melihat perilaku-perilaku yang memuakkan itu dan akhirnya boleh menyebabkan "dendam" yang memberi kesan menconteng kepercayaan rakyat terhadap jentera pentadbiran awam kita.
            Memang, budibicara termasuk dalam nilai-nilai kemanusiaan ketika mempertimbangkan sesuatu perkara atau peristiwa-peristiwa diluar jangka mahupun dalam  keadaan terdesak atau kecemasan. Pun begitu, keistimewaan budibicara ini hendaklah tidak disalah erti apalagi disalah guna sehingga khalayak merasakan tindakan tersebut telah menidakkan peraturan atau perintah sedia ada.
            Syabas Datuk Seri Ali. Daripada dua tiga kenyataan akhbar yang DSAH berikan saya percaya sektor perkhidamtan awam akan bertambah gah dan dihormati oleh seluruh rakyat di dalam dan luar negara.

(bersambung)

Jagindas:   terima kasih kerajaan Malaysia semoga negaraku ini terus maju, aman dan makmur..

PEGAWAI DIPLOMAT YG. BODOH SOMBONG

Pelik betullah jiran kita yang satu ini, Singapura. Tak habis-habis buat hal. Dalam banyak peristiwa yang berlaku antara dua negara ini, Malaysia masih 'steady' dengan falsafah menghomati jiran dan sesama keluarga Asean. Tidak pulak bagi mereka, lain di meja rundingan lain pulak bila di luar.
            Cakap tak boleh pakai. Kalau dia geleng, gelenglah maksudnya tapi masalahnya perkara yang diangguknya pun geleng juga maksudnya. Kata pepatah melayu, mereka ini diumpamakan sebagai  di luar pepat di dalam rencong.

            Seolah-olah, pertemuan-pertemuan yang dibuat selama ini menerusi bermacam wadah hanya sekadar memenuhi ruang sedang hati mereka sudah menetapkan satu keputusan lain yang mereka dan kuncu-kuncunya sahaja yang tahu serta faham.
            Semangat Asean jelas menyatakan bahawa adik beradik tidak akan mencampuri urusan dalaman rumah tangga masing-masing. Malah laungan ini disebut setiap kali pertemuan antara pemimpin-pemimpin negara Asean di adakan seperti yang tercatat dalam deklarasi semangat Asean. Siap jabat tangan akrab dan senyum manis lagi!
            Kejujuran Malaysia dalam istilah bersahabat dan bersaudara amat jelas. Namun, nampaknya ada ahli keluarga Asean yang tidak 'respect' dengan kejujuran dan keikhlasan Malaysia itu .
            Apa yang Singapura cemburu sangat terhadap Malaysia ni? Itu soalan bodoh sebenarnya. Banyak benda yang mendorong Singapura kerap berpandangan serong kepada negara ini. Kalau tidak, takkanlah jadi tindakan mereka (diplomat) menyokong benda-benda yang melanggar undang-undang negara, seperti perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.
            "Kalau nak sokongpun, sokonglah kerajaan yang memerintah, kamu (diplomat) tu adalah wakil kerajaan Singapura kepada kerajaan yang memerintah Malaysia. Kalau memang dah kamu minat sangat kepada pembangkang negara ini, maka tak payahlah jadi diplomat, jadilah penyamun tarbus!"
            Demikian antara komen rakan-rakan apabila membincangkan perangai pegawai diplomat Singapura yang dipercayai menyokong perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini menyebabkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) naik angin. Khalayak juga turut marah!
            Jadi benarlah kata Tok Him (Dato' Ibrahim Ali), nyahkan mereka  dari Malaysia ini dengan segera dan gantikan dengan yang lain.
            Saya nak tambah sikit, bukan sahaja ganti yang baru, malah mana-mana diplomat yang datang selepas ini pulak, kita ajarkan secukup-cukupnya kedudukan, peranan dan tanggungjawab mereka dari A-Z sebagai pegawai diplomatik.
            Biarpun mereka memang sudah tahu, tapi kita kena ajar dia satu-satu sebab mereka ini selalu buat-buat tak tahu. Sebab itulah mereka melakukan  perkara yang boleh menyusahkan hubungan antara negara. Adik beradik pulak tu! Pendek kata kena buat macam mengajar budak-budak sebelum mereka melakukan kejadian yang  menyusahkan kita.
            Melihatkan perangai sang diplomat ini (yang juga menggambarkan sikap negaranya sendiri), saya teringat kata orang tua-tua bahawa orang seperti mereka ini disifatkan sebagai kalau kita biar dia berjalan di belakang kita, dia akan pijak tumit kita, maka tersembamlah kita ke bumi. Kalau pulak kita bagi ruang dia berjalan di depan,  dia akan berlari meninggalkan kita. Hendak diajak berjalan seiring, muka kitapun dia tak nak lihat.
            Huh, kacau.  Kacau sudah mari weh.....!
           

Jagindas:   ramai rakan-rakan yang suka membuat sesuatu tindakan yang menyebabkan saya jadi serba salah. Takkan nak kesian memanjang kut... 



Isnin, 25 Jun 2012

ORANG SELANGOR VS ORANG PAHANG


Saya mati angin. Banyak benda yang nak ditulis tapi otak macam jem pulak. Jadi, saya berehat sekejap dan sambil-sambil berehat tadi saya teringat satu cerita longgok (gurauan) yang pernah diceritakan oleh seorang rakan masa muda-muda dulu. Namun, apa-apa kandungan dalam cerita ini tidak ada kena mengena dengan mereka hidup atau yang telah mati. Hanya rekaan semata:

ceritanya begini. Seorang lelaki bujang yang bukan sahaja mempunyai kerjaya baik tetapi juga memiliki banyak harta.  Suatu hari dia ditemukan dengan seorang wanita yang cantik dan dia amat berkenan. Wanita ini berkerja di Kuala Lumpur.  Namun semasa berkenalan mereka tidak memperkenalkan  asal usul diri masing-masing sehinggalah diajukan beberapa soalan. Dalam tempoh berkenalan itu, dia (lelaki itu) sempat membawa kekasihnya itu berjalan-jalan sambil menunjukkan kehebatannya.

PEREMPUAN:              OOO.. besar dan mewahnya kereta abang..

LEKAKI :                       orang Selangor...

PEREMPAUN :             huuui, ini rumah abang? masyaAllah macam istana...

LELAKI :                       orang Selangor...

Begitulah keadaannya, setiap kali lelaki itu menunjukkan kehebatan miliknya, perempuan itu akan teruja dan meminta kepastian sambil memuji-muji manakala si lelaki  itu hanya senyum dan menyahut ringkas: orang selangor... Tahulah perempuan itu bahawa lelaki itu orang Selangor. Cintapun bertaut.
           
Maka sampailah hari dan ketikanya, bernikah kahwin lah mereka. Biasalah, malam pertama adalah malam istimewa. Malam sejarah. Malam gilang gemilang! Sebaik sahaja selesai menyempurnakan malam pertama, si Lelaki Selangor terus berbisik ke telinga isterinya. Tak tahu pulak apa yang dibisikkan. Cuma, si perempuan menjawab dengan megah dan bangga:

SUAMI:             (.....berbisik ke telinga isterinya..) ???

ISTERI:             orang Pahaaaaaang, bang..

SUAMI:            patut laa.....    (dan terus terdiam!)


Jagindas:   apa pulak yang dibisikkan tu sampai terdiam yop!   (sampai sekarang saya tak tahu apa yang dibisikkan orang selangor ke telinga orang pahang tu! hehehehe)



MELANCONG KE CHINA...


Petang tadi saya dipelawa oleh rakan-rakan dari kalangan kaum tionghua ke restoran kedai cina untuk menikmati minuman teh china panas. Mereka semua dah tua-tua macam saya juga. Berusia anatara 60 dan 80 tahun tapi masih cergas, sihat akal dan badannya. Kiranya petang ini saya berbual-bual sesama geng apek cuma bezanya saya masih berhati muda. hahaha.
            Mereka kata teh yang diminum petang itu adalah teh yang dibeli daripada negara China dari jenis berkualiti tinggi. Mahal, katanya. Mereka percaya teh china mampu memberikan kesihatan badan yang berkekalan selain membantu menstabilkan suhu badan.
            Saya bertanya siapa-siapa antara mereka yang baru balik melancong ke negara China atau menerima teh tersebut sebagai hadiah daripada kenkawan yang baru balik melancong. Rupa-rupanya mereka sendiri yang baru saja balik setelah sepuluh hari berada di sana.
            "Sudah tua, kerja pun tak lalu lagi, wang ada sikit-sikit, kasi jalan-jalan la sebelum mati" kata seorang daripada mereka memberitahu saya. Ok lah tu.  Bagi kita orang Islam, kita ada haji, ada umrah dan ziarah. Mekah dan Madinah tempatnya. Antara tempat yang mereka lawati termasuklah daerah Hunan yang  mereka anggap sebagai tempat wajib untuk dilawati jika ke China.  Setahu saya, Hunan adalah tempat kelahiran Moa Tse Tung.
            Saya terpukau melihat rakaman gambar foto ketika mereka di sana. Antaranya mereka menunjukkan rumah dan muzium Moa Tse Tung. Kita semua tahu, Moa Tse Tung adalah satu nama besar pemimpin komunis di China. Malah, pengaruhnya menjalar ke Malaya (nama negara ini sebelum dikenali sebagai Malaysia) sehingga timbul pula satu nama besar di Malaya iaitu Cheng Peng. Khabarnya, Cheng Peng tengah nazak di hospital Bangkok, Thailand.
            Kerana tidak gemar dengan tokoh itu, saya terus bertanya mengapa mesti melawat ke situ dan kenapa mereka  tidak memilih tempat lain  sebagai destinasi melancongnya. Biasalah, walaupun di lahirkan di sini dan usiapun sudah mencecah lebih 70, 80 tahun, namun mereka tidak upaya nak menjelaskan kepada saya melalui bahasa melayu tentang soalan saya itu.
            Maka, dalam bahasa yang tonggang langgang dan kenkadang langsung tak faham apakah butir buahnya, tetapi dapatlah saya simpulkan bahawa mereka mengingati tokoh itu sebagai satu tokoh besar yang mesti dihormati oleh semua orang cina hatta orang-orang cina diseluruh dunia sekalipun. Lebih kurang macam kita orang islam menghormati Nabi (saw).
            Kesimpulan saya pendek sahaja, ini bermakna walau dimanapun mereka (orang cina) berada, dia tetap menghormati sejarah peradaban permulaan bangsanya. Walau apapun perubahan yang berlaku sekarang terhadap diri mereka yang kini telah menjadi warganegara lain, bagi mereka keagungan tokoh berkenaan tiada tolak bandingnya.
            Melihatkan gelagat-gelagat apek ini, saya teringat ketika melawat indonesia beberapa bulan lalu. Di sana saya sempat berbual dengan seorang cina-indonesia. Dia bukan sahaja faseh berbahasa indonesia tetapi juga mahir menceritakan sejarah tempat-tempat yang saya lawati dalam bahasa itu.

Jagindasdi mana bumi dipijak di situ langit dijunjung  

ANTARA KESILAPAN DAN KEDEGILAN


Malam tadi, sambil-sambil saya sentuh soal memperkasakan pendidikan sejarah disekolah-sekolah, saya juga ada menyebut sebab utama (pada pandangan saya) kegagalan Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI/ETeMS).
            Pagi ini pula, seorang rakan saya yang juga bekas guru besar (dah bersara lah tu) menelefon saya setelah membaca tulisan saya itu. Katanya, ketika bertugas dulu, bila tiba hari minggu bahasa inggeris, dia akan  mintak tolong kawan dia tuliskan ucapan  pendek dalam bahasa inggeris untuk dibacanyanya pada perhimpunan pagi.
            "Dah lah ucapan orang tolong buat, kita yang baca ni pun tersenyum bebudak mendengarnya sebab sebutannya tak berapa nak betul" katanya sambil gelak ketawa.
            Jadi, ingat tu Pak Menteri, jangan sampai pisang berbuah dua kali. Melakukan kesalahan yang pertama kali boleh diterima sebagai satu kesilapan, tetapi melakukan kesilapan yang serupa berulang kali, itu dikira satu kedegilan.
            Menyemak kembali kegagalan yang lalu bererti memuhasabahkan diri. Semak betul-betul. Bukan orang saja, jabatan dan kementerian juga perlu bermuhasabah. Oleh itu, semaklah balik program KBSR (kurikulum baru sekolah rendah), KBSM (kurikulum baru sekolah menengah), PPSMI, KSSR (kurikulum standard sekolah rendah) dan macam-macam lagi. Jangan hanya gah pada nama dan perbendaharaan kata saja. Paling malang, jangan sampai kita tak faham apa yang kita rancangkan! itu lagi parah! Nanti falsafah akan disebut falsampah.
            Orang tua-tua kata, mana-mana yang elok kita perelokkan lagi, mana-mana yang kurang baik kita perbaiki dan kalau ia memang tidak beguna maka kita buang dan gantikan dengan yang baru yang lebih bermutu.
            Banyak wang dan tenaga yang kita habiskan untuk menjayakan sesuatu program baru. Sana sini pembangkang kata kita habiskan duit rakyat tanpa perancangan rapi. Cakap-cakap macam ni yang tak lalu nak dengar sedang mereka bukan tak tahu yang kita bercengkang matasiang malam untuk menjadikannya.
            Tidak kira apa lonjakan nama yang diberikan, tranformasikah atau reformasi pendidikankah atau entah apa si si lagi. Berilah nama yang gah-gah namun hasilnya juga mesti gah. Jadi, jangan marah kalau orang mentertawakan kita kalau dok asyik merombak benda yang sama tapi tak selesai-selesai.
            Pun begitu, sebagai rakyat marhain, apa yang saya katakan itu adalah atas dasar ingat mengingat sesama kita. Saya sedar, siapalah saya nak bercakap tentang benda-benda besar seperti ini. Degree tak ada, master tak ada, jauh sekali PhD. Darjat, pangkat dan Dato' lagilah tak ada! Tapi saya sayang negara ini. Banyak jasanya kepada kepada rakyat...
           

Jagindasapapun yang kita buat, berpijklah pada bumi nyata, insyaAllah akan betemu realitinya.. 

JANGAN TIPU FAKTA SEJARAH - merbahaya!


Semalam, entah macam mana saya menulis tentang Anwar Ibrahim yang tidak saya sukai sejak sebermulanya Anwar itu dalam politik UMNO. Memang  getik betul nak sebut nama dia ni. Bila dah tersebut maka banyak pula yang nak diperihalkan tentangnya.
            Oleh kerana saya telah mengcap dia sebagai pembawa celaka dalam kerajaan (UMNO), maka sudah tentu saya meneliti setiap pentadbiran yang diterajuinya. Pendek kata, apa yang dia pegang semuanya macam tikus baiki labu. Belia, porak peranda. Sistem pendidikan,  lintang pukang. Ekonomi negara, tunggang langgang! Yang pasti hari ini, desas desus mengatakan dia ada 3bilion sekarang.
            Syukurlah, walaupun tindakan Perdana Menteri ketika itu saya sifatkan terlambat, namun Tuhan masih menyebelahi kejujuran kerajaan hari ini dan Alhamdulillah, negara kita terselamat daripada malapetaka yang besar-besar.
            Justeru, pemimpin hari ini adalah diharapkan tidak terikut-ikut dengan prinsip dan falsafah yang pernah menular dalam kakitangan kerajaan yang menjana pentadbiran negara ini kerana kita harap tiada lagi tikus yang membaiki labu.
            Untuk bicara hari ini, saya suka memfokuskan kepada sistem pendidikan negara kita. Kementerian pelajaran kini telah menjalankan pelbagai kajian semula terhadap pelbagai aspek bagi memantapkan sistem pendidikan yang teras besarnya adalah bagi mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang berjiwa negara selain memastikan rakyat negara ini akan terus mampu membangunkan negara sendiri tanpa bergantung pada orang lain.
            Subjek sejarah kembali menjadi topik dan mula diajar kepada murid-murid sekolah rendah. ini bermakna, kerajaan sedar mata pelajaran itu yang terpinggir sekian lama memberi kesan dan impak kepada pemikiran generasi hari ini. Masih ingat tak ketika bila matapelajaran ini tersingkir dari sukatan pelajaran sekolah rendah? Jawapannya, ketika Anwar jadi menteri pelajaran.
            Bukan itu sahaja, ketika itu secara perlahan-lahan beliau turut menggesa supaya kandungan pendidikan sejarah di sekolah menengah juga dilembutkan. Kononnya, bahagian-bahagian yang menyentuh isu kaum dan hal-hal yang sensitif tidak sesusuai untuk negara berbilang kaum.
            Ketika itulah saya memberontak dalam hati bahawa Anwar sedang berusaha menipu sejarah dan biasanya tingkah laku seperti ini dibuat adalah untuk kepentingan politik peribadi jangka panjang.
            Jelas sekarang, anak-anak yang dididik zaman itu yang kini sudah dewasa dan melepasi usia 40an tidak mempunyai kekuatan sejarah negara mereka dalam diri. Orang sekarang kata kurang jati diri atau tiada langsung!
            Justeru, saya mengingatkan kementerian pelajaran, sejarawan-sejarawan negara dan mereka yang bersangkutan dengannya kembalikan teks sejarah negara ini kepada asalnya. Jangan menipu sejarah. Jika sejarah negara ini cuba di tipu kandungannya atau ditulis dengan versi yang kononnya menyeimbangi semua pihak, percayalah ia serupalah seperti kita mengundang satu keterbalikan hakikat sebenar untuk beberapa tahun akan datang.
            Sejarah itu mesti berdiri atas faktanya yang sebenar. Maka nyatakanlah yang sebenar-benarnya sekalipun ia amat pahit untuk dikatakan dan menyakitkan kepada satu pihak yang mendengarnya.
            Guru-guru yang terbabit dengan pendidikan ini perlu diberikan pendedahan yang luas serta mempunyai ilmu yang cukup kerana kegagalan mereka menyampaian kebenaran sejarah termasuk hal-hal yang tersurat dan tersirat menyebabkan pendidikan itu menjadi hambar dan tidak bermakna.
            Mengambil pengalaman pendidikan sains dan matemtik dalam bahasa inggeris (ETeMS), kelemahan utama menjadikan ia gagal dilaksnakan adalah faktor guru tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk menjana  sistem itu. Ia itu, guru sendiri tidak mahir berbahasa inggeris.
            Sains dan matematik adalah pelajaran yang bukan sekadar memberitahu murid tentang sesuatu fakta tetapi ia memerlukan pencapahan elebrasi yang jelas. Dan di sinilah guru-guru tersungkur kerana guru sendiri tidak pandai berbahasa inggeris. Proses elebrasi memerlukan kekuatan bahasa. 
            Kesilapan di sini, sepatutnya sebelum terlaksana program tersebut, kerajaan hendaklah memastikan setiap guru hendaklah menguasai bahasa itu terlebih dahulu sebelum murid-muridnya.
            Inilah yang orang tua-tua kata, membuat kerja menyongsang akhirnya memudaratkan diri. Tambah malang, ada sekolah di mana murid-murid lebih bijak berbahasa inggeris berbanding gurunya.
            Apapun kerja yang hendak dibuat, keghairahan itu penting bagi menghidupkan mood sesuatu projek tetapi janganlah sampai tersasar hingga hilang arah. Satu lagi, kerja-kerja yang besar besar hendaklah di laksanakan dengan penuh teliti dan tidak tergopoh gapah. Inilah yang orang tua-tua kata, "biar lambat asal selamat".


Jagindas:   sebut sahaja Mat Kilau, Datok Bahaman, Tok gajah, Datok Maharajalela,  - berderau bulu roma. sebut 13 Mei,...mengirap darah!

Ahad, 24 Jun 2012

ANWAR IBRAHIM - DULU KINI DAN SELAMANYA...


CERITA-CERITA tentang Anwar Ibrahim (Dato' Seri) yang dimainkan oleh media massa termasuk para rakan blogger,  lama-lama sudah semacam geli pulak mengikutinya. Itu sebab, saya tidak begitu bernafsu untuk menambah tokok mengulas perihal permainan poltik beliau.
            Ada sebabnya. Ketika berumur 22 tahun saya sudah memegang jawatan ketua pemuda cawangan di satu cawangan UMNO di Perak. Ketua Bahagiannya ketika itu adalah satu nama yang disegani. Masa tu jugalah zaman Anwar sedang naik.
            Dia (Anwar) Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dia menteri Belia dan Sukan. Senenarnya, sebaik sahaja perdana menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad (Tun) berjaya menarik beliau ke dalam UMNO, hati kecil saya terus mengatakan satu bala akan memasuki UMNO.
            Padahal, saya tidak tahu apa-apa pun mengenai baik buruk Anwar ketika itu mahupun semasa dia begitu gah memimpin ABIM.
            Ramai kalangan rakan-rakan UMNO bertanya mengapa saya berkata begitu, namun saya tidak dapat menyatakan secara konkrit sebab-sebabnya kerana saya sendiri ketika itu tidak mengenali anwar kecuali melalui akhbar-khbar dan media massa.
            "Ada satu detik di benak saya yang menyatakan bahawa budak ni (anwar) akan membawa celaka kepada UMNO - tunggu dan lihat, cepat atau lambat, itu saja", itulah yang dapat saya katakan bila rakan-rakan mahukan jawapan hal tersebut. Walaupun mereka ketawa, tatapi saya serius.
            Mengikut rekod peribadi, sebagai tanda saya memang tidak suka dia, saya tidak pernah menghadiri sebarang program yang dihadiri oleh Anwar. Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian saya ketika itu, sudah dapat mengesan dan saya akhirnya di pulaukan.
            Malahan, ketika saya bertugas sebagai pemberita sekalipun saya tidak pernah membuat liputan majlis yang dihadiri oleh Anwar.
            Beberapa tahun kemudian, sebaik sahaja Anwar di tangkap di rumahnya, seorang rakan menelefon supaya saya segera melihat Berita TV3. Dia mengabarkan kepada saya berita tersebut dengan penuh nada geram mengecam tindakan seorang pemimpin ketika itu, Tun.
            Sebaik sahaja saya melihat berita itu, saya tergelak besar berdekah-dekah dihadapan anak dan isteri kerana berasa amat puas. Dalam hati saya berkata: You terlambat Mahathir! You terlambat!
            Sehingga sekarang, rakan-rakan politik yang tahu tentang hal ini tidak akan membawa cerita Anwar dalam sembang-sembang kami kerana mereka tahu, saya akan meluat dan jika diteruskan juga saya akan angkat kaki.


Jagindas:   kalau ikut loghat orang kampung saya, anwar sekarang ni dah "GILA SEPERA"

CUEPACS MENYALAK LAGI!


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perhidmatan Awam (Cuepacs), menghimpit lagi setelah beberapa perjuangannya terhadap kebajikan perkhidmatan awam mendapat perhatian dan tindakan yang mengembirakan golongan berkenaan.
            Kali ini cuepac mahu kakitangan awam diberikan cuti tanpa rekod kepada mereka yang mahu menunaikan umrah bagi mengelakan mereka menghabiskan cuti rehat sedia ada yang didakwa telah dipendekan jumlahnya.
            Kemudahan itu juga, menurut presidennya, Datuk Omar Osman, dapat membantu kakitangan terbabit tidak mengambil cuti tanpa gaji ketika menunaikan ibadah sunat tersebut.
            Saya percaya tentu jemaah cuepacs telah mengambilkira dari pelbagai aspek sebelum menjadikannya sebagai usul untuk disampaikan kepada kerajaan. Namun, secara peribadi, saya fikir permintaan cuti tersebut tidak begitu sesuai kerana ia hanya membabitkan ibadah sunat.
            Jika cuepacs mahu menjadikannya sebagai kemudahan kakitangan awam islam menunaikan ibadah membabitkan lokasi di luar negara (lawatan sambil belajar bagi yang lain-lain), ada baiknya cuti menunaikan fardhu haji yang ketika ini diberikan khas sebanyak 40 hari dinaikkan kepada 50 atau 60 hari.
            Ini kerana ada ketikanya selepas balik menunaikan fardhu haji mereka tidak sihat dan memerlukan masa bertenang yang agak selesa sebelum kembali bertugas. Begitu juga sebaliknya, mungkin mereka memerlukan beberapa hari untuk bercuti (cuti awal) sebelum bertolak ke Mekah.
            Saya mencadangkan ini kepada cuepacs kerana ibadah haji itu wajib serta termaktub dalam rukun islam manakala umrah hanyalah sunat. walau apapun darjat sunat itu, ia tetap tidak akan setanding yang wajib. Dan, wajib haji bagi seseorang Islam itu hanya sekali seumur hidup jika cukup syarat-maratnya.


Jagindas:   mintak kerajaan pertimbangkan cuti tanpa gaji lepas kahwin sebanyak 7 hari. Kahwin pun ibadat juga...

JANGAN KAMU CAKAP FASAL UMNO DI SELANGOR NI!


Menghadiri jempuan kenduri memang banyak faedahnya. Selain merapatkan silatulrahim, di situ memungkin pertemuan yang di luar jangkaan. Seperti baru-baru ini saya hadir majlis kenduri seorang kenalan di Kuala Lumpur, dalam keadaan tidak diduga, saya bertemu dengan ramai rakan-rakan lama ketika di kampung dulu. Masing-masing dah tua, ada juga yang "tak makan tua". Kebanyakannya sudah bercucu, saya juga belum sebab kawin lambat. hehehe
            "Hoi orang kampung, kamu kuat UMNO lagi ke?" itu salam pengenaln yang mula-mula terpacul dari setiap mereka yang saya temui. Saya cuma ketawa sebab mereka juga ketawa. Barangkali, ada yang mengimbau kenangan mereka ketika saya berjuang dalam UMNO masa muda-muda dulu.
            Dalam gelak-gelak hilai tawa tu, seorang dari mereka berkata bahawa kaum kerabat saya (orang kampung) yang berada di Selangor dan Wilayah Persekutuan sekarang tidak lagi ghairah dengan UMNO. Ada yang tenggelam terus tidak tahu ke mana arah politiknya.
            "Kami di Selangor dah rosak.             Bagi kami dah tak ada betulnya UMNO ni. Otak kami dah di fokus kepada pembangkang. Lantaklah apa nak jadi, pembangkang jadi pujaan kami. UMNO boleh jalan la..", katanya dengan penuh bangga.
            Kerana masih ada senyum dan gelak ketawa, saya memberanikan hati mempertahan diri. Saya cuba menyelami pemikiran mereka adakah sokongan itu dibuat kerana kebenaran perjuangan atau dendam "Tun Sura yang sanggup membuka kota pagar Melaka".
            Bukan calang-calang mereka itu. Bekas pegawai kanan sektor swasta, bekas pensyarah bertaraf Dr. Phd., ahli perniagaan dan bermacam-macam kerjaya lagi. Yang pasti mereka adalah antara rakan-rakan sekampung dulu yang berjaya setelah merantau ke Kuala Lumpur sekian lama.
            Saya juga cuba menarik pertimbangan mereka dengan menceritakan kembali pelbagai pekong dan onar yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang kerajaan BN di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang sebagaimana yang dilapor oleh media-media massa dan para blogger.
            "Kamu jangan cakap fasal UMNO lah beb. Dunia orang Selangor sekarang adalah PKR, PAS dan DAP.  Kamu ingat BN boleh ambik selangor ke PRU13 nanti? Sorryy beb!"    Nadanya sudah tinggi, dan saya terpaksa mengalah kerana ditakuti nanti merosakkan pula majlis orang.
            Maklum, orang kalau dah ghairah dan naik angin dia bukan kira apa, janji dia puas! Jadi lebih baik dimatikan pertikaman lidah dengan senyum.
            Saya tak tahu secara terperinci bagaimana suasana politik UMNO di selangor dan Wilayah Persekutuan. Namun, apa yang dapat saya simpul berdasarkan sembang-sembang politik kami itu, kumpulan ini (mungkin juga ramai pengikutnya) benci dengan UMNO kerana sifat kesombongan yang terdahulu, bahkan masih ada puak-puak UMNO yang terbawak-bawak lagak sombong itu hingga sekarang.
            Wallah huallah! mereka saja yang tahu.
           

Jagindas:   suka lagu "SENYUM" nyanyian Malique dan Najwa yang kerap dimainkan oleh RTM.

SEMBANG AHAD - relaks sekejap


Selepas subuh semalam saya dan isteri pergi ke Kuala Lumpur kerana menghadiri kenduri kahwin anak kenalan baik saya di Masjid  Al Hidayah Taman Melawati. Tengah malam, tepat am satu pagi kereta masuk garaj rumah setelah hampir sebelas jam menghabiskan masa di perjalanan dan di majlis kenduri itu.
            Penat, memang penat. Letih, dan pagi ini pun masih mengantuk lagi. Namun, saya dan isteri seronok serta puas dapat bersama-sama meraikan majlis kenalan saya itu.
            Tidak ada apa yang menarik atau luar biasa sepanjang peristiwa itu. Biasalah, dari masa ke semasa majlis kenduri akan menempuh zaman reformasinya. Bandingkan zaman dulu-dulu dengan sekarang macam-macam pengisian dibuat bagi memeriahkan majlis. Yang hadir ingin merasakan nikmat kenduri, yang berkenduri ingin memberikan kepuasan kepada jemputan.
            Niat jurunikah untuk mengambil perhatian pengantin lelaki agar tidak gabra semasa diakad nikah dengan berceloteh agama dan nasihat sebelum memulakan proses pernikahan patut dipuji. Ada tindakbalas psikologi.
            Namun begitu, saya dapati terlalu pulak  panjang lebar celotehnya sehingga membuatkan bukan sahaja pengantin malah pengiring-pengiring pengantin kiri dan kanan pun naik muak.
            Dalam celotehnya, antara lain imam tu kata selepas akad nikah, akan dibuat majlis tahlil (atas permintaan keluarga) kemudian semua yang hadir diminta bersama-sama sembahyang zohor. Selepas sembahyang barulah makan.
            Jelas.  Sebaik sahaja selepas majlis akad, solawat dan tahlil, saya yang juujur menantikan waktu zohor kira-kira sejam lagi, mendapati tok imam dan rakannya dah pun berada di meja makan dengan sepinggan nasi berserta lauk pauk masing-masing...!


Jagindas:   Kedua-dua pengantin ceria dan gumbira, tapi bapak pengantin lelaki saya lihat   gabra semacam. Dahi berkerut-kerut....hehehe, tahniah dan syukurlah segalanya telah selamat dan selesai.

PETANI SEKANGKANG KERA JUGA PERLUKAN PERHATIAN


Penduduk kampung digalakkan supaya mengusahakan setiap inci tanah mereka secara maksima dengan tanaman sayur-syuran dan seumpamanya. Paling tidak ia boleh membantu meringankan perbelanjaan harian selain boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan keluarga.
    Namun, hakikatnya rata-rata mereka  yang mengusahakan tanaman sayuran-sayuran dan ternakan secara kecil-kecil masih tidak dapat menggantung sumber pendapatan mereka pada bidang itu kalau tidak di tampong oleh kerja-kerja lain.
    Golongan mereka ini adalah yang mengusahakan tanah sekangkang kera di belakang-belakang rumah yang luasnya adakalanya tak sampai seekarpun.
Ini kerana, kos mengusahakan tanaman dan ternakan secara kecil-kecilan atau pertanian sambilan  sekarang ini begitu tinggi – khususnya kos baja, racun dan makanan ternakan. Selain itu tidak seperti padi, nasib sayuran dan ternakan belaan bergantung kepada pasaran semasa dan mainan orang tengah.
    Walaupun FAMA dikatakan turut membantu dalam soal pemasaran hasil, namun jika berlaku lambakan disebabkan ramai petani mengusahakan tanaman atu ternakan yang sama, FAMA juga menghadapi masalah. Manakala, pemborong di pasar-pasar atau peraih tempatan pula selalu bermain dengan harga. Al-maklum, pemborong-pemborong kebanyakkannya orang cina manakala pekebun marhain pula rata-rata adalah orang melayu.
    Di hujung-hujungnya, petani akan meragan sendiri. Tolak campur darab bahagi, petani rugi!  Maka tidak hairanlah kelihatan orang melayu khsususnya di kampong-kampung dikatakan malas berusaha. Namun tidak dinafikan juga ada sesetengahnya memang pemalas pun!
    Lantas, suri rumah hanya berkhidmat sebagai isteri sepenuh masa tidak dapat membantu suami dalam usaha menambah pendapatan keluarga. Justeru, apabila masalah ini diketengahkan dalam sembang-sembang petang kami, maka terpaculkan pelbagai pandangan yang saya rasa tidak boleh dipandang remeh oleh pihak atasan, terutama pak menteri dan agensi yang berkenaan.
    
Antara yang cadangkan mereka adalah:

   1.  Petani terbabit perlu dibuat bancian jumlahnya dan didaftarkan mengikut kategori usaha mereka serta had maksima dan minima keluasan kebun / ladang yang hendak diusahakan – tanaman sayuran, kontan atau ternakan seperti ayam dan itik.

    2.   Mereka juga perlu diberikan subsidi benih, baja, racun dan makanan ternakan kerana kos yang tinggi bagi bahan-bahan tersebut mendorong mereka tidak berhasrat melakukan aktiviti pertanian sambilan tersebut berikutan permainan harga di pasaran.

Sebagai contoh, ternakan ayam daging untuk 1,000 ekor untuk satu-satu pusingan sebenarnya mampu memberikan pulangan pendapatan tambahan kepada pengusaha kecil-kecilan ini namun kos makanan yang tinggi menyebabkan usaha tersebut mengalami kerugian.
    Dalam kes ini, saya teringat seorang sahabat yang telah menghabiskan kira-kira RM10,000 untuk  projek menternak 1,000 ekor ayam kampong kacukan. Spesifikasi projek tersebut juga mendapat pengiktirafan jabatan veterina kerana telah mengikut spec yang ditetapkan. Ternakan juga hidup subur.
   Mengikut perkiraan atas kertas selepas 65 hari projek tersebut boleh menyumbang menambah pendapatan keluarganya. Tolak kos itu ini, pendapatan bersih untuk tempoh itu boleh cecah RM4,000. Sebagai usaha sampingan orang kampung, jumlah itu kira sudah cukup baik.
    Namun, dengan kos makanan ayam yang tinggi dan disiksakan lagi dengan permainan harga oleh pihak pemborong dan taukeh pasar, maka dia terpaksa melelong ayam-ayam ternakannya bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar. Hanya sekali pusingan, rebanpun tutup! Mukhlisinn! Hancur, musnah, punah- ranah!
    Begitupun, dia masih belum berputus asa...Syabas saudara!


Jagindas:  aduhai apalah malangnya nasib, ku tanam padi yang tumbuhnya lalang.....

Sabtu, 23 Jun 2012

JENAYAH JUDI HARAM DEPAN MATA (??)

Di samping media massa melaporkan indeks kadar jenayah semakin menurun di setiap negeri, pada masa sama beberapa jenayah berat turut berlaku setiap hari.
   Kisah bunuh membunuh, tembak menembak boleh dikatakan setiap hari berlaku di banyak negara. Malaysia juga tidak terkecuali. Secara berseloroh kawan-kawan berkata kejadian seperti itu bukan lagi perkara asing kerana itulah tanda negara sudah maju! Saya tak setuju walaupun secara gurauan!
   Kalangan rakan saya pula mempersoalkan bagaimana aktiviti judi haram boleh beroperasi secara bersenang hati bukan sahaja di pekan besar malah kini telah menular  di pekan-pekan kecil. Dari judi empat nombor pasaran gelap hinggalah ke judi mesin komputer.
    Menurutnya, di sesetengah pekan kecil terdapat sehingga lima peremis yang menjalan aktiviti judi mesin secara haram. Memang harampun. Sudahlah judi itu haram, kemudian aktiviti perniagaan seperti itu juga haram di sisi undang-undang negara kerana lesen tidak dikeluarkan.
   Sudah tentulah, rakan saya itu akan mempersoalkan peranan polis dalam membenteras aktiviti haram tersebut. Ada asasnya: pertama aktiviti itu dilakukan di peremis kedai yang terletak di pekan, bukan sorok-sorok. Kedua, dibuka pula sehingga 24 jam. Malah ada peremis yang menggunakan khidmat orang Islam sebagai pembantu mengurus kedainya. Lagi hebat ada orang perempuan / wanita yang menjadi pekerjanya. Menurut dia, kalau orang ramai boleh tahu, takkan polis tak tahu? Polis ada cawangan intipan, cawangan khas dan sebagainya.
   Saya mencelah, mengapa perlu dirunsingkan perkara itu kerana orang melayu dan Islam tidak perlu mengunjungi kedai seperti itu. Tetapi dibantahnya, kerana dia mendakwa kebanyakan pengunjung adalah kalangan umat melayu.  Hisy! begitukah? Saya tahu, saja-saja nak menyucuk.
   “sehingga ada yang berjual tanah dan sampai bergolok -bergadai. Ada yang sampai porak peranda rumah-tangga disebabkan bahana mesin judi tu” katanya dengan meyakinkan tetapi tidak pula dia menyatakan siapa-siapa orangnya.
    Seorang rakan saya pula menceritakan kawannya pernah menghabiskan masa di peremis seperti itu tiga hari tiga malam  dan menghabiskan sejumlah wang RM15,000 tanpa sebarang keuntungan. Paling malang, wang tersebut adalah wang pelaburan yang diamanahkan oleh kawan-kawannya untuk menjalankan aktiviti pertanian.
    Saya semakin cemas mendengarkan ceritanya itu. Sampai begitu sekalikah penangan mesin judi ni. Maklum saya hanya tahu sebut tapi tak pernah tengok pun macam mana rupa apatah lagi nak main mesin judi ni. Lalu saya pun cuba meletakkan masalah tersebut kepada khalayak untuk memecah kebuntuan minda rakan-rakan :
   “Habis, apa Jawatankauasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) buat? Apa pula peranan imam-imam, pegawai-pegawai masjid dan pegawai dari jabatan agama islam buat? Dalam mesyuarat-mesyuarat bulanan mereka, apa yang di bincangkan? Begitu juga majlis daerah dan pegawai daerah! Kalau nak dilanjutkan lagi, bagi wakil rakyat pula hal-hal seperti ini tidak termasukkah dalam ruang lingkup tugasan mereka?”
    Soalan itu tidak dijawab sebaliknya mereka terus memberitahu bahawa kes-kes ragut dan samun bukan lagi berlaku di bandar-bandar malah operasinya juga berlaku di kampung-kampung dan kebanyakan mangsa adalah orang tua.
    Secara tiba-tiba, seorang lagi rakan kami  yang sejak tadi hanya mendengar sahaja terus bersuara:
  “Agaknya pihak berkuasa nak tunggu TV3 lapor baru nak buat tindakan. Baru ada peluang gambar dan suara masuk TV! Baru glamour bang, satu Malaya tahu depa buat kerja”
    Dia yang semacam fed-up dengan tajuk perbincangan itu terus meminta diri dan kami pun bersurai kerana hilang mood disebabkan anti-klimaks yang dibuat rakan itu tadi.
     Bagaimanapun sebelum bersurai saya sempat mengatakan kepada mereka bahawa pihak berkuasa mempunyai teknikal dan prosedurnya sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan. Hanya mereka saja yang tahu, tugas kita adalah memberikan kerjasama seperti membuat laporan.


Jagindas: suka lagu Dato’ M Daud Kilau – HAAANGGGGUSS!!!

Jumaat, 22 Jun 2012

KISAH NIZAR DAN NAMEWEE - durhaka!


Kisah Nizar (bekas MB Perak) durhaka kepada Sultan Johor nampaknya masih belum reda. Rakyat Johor dan pelbagai pertubuhan serta NGO masih menuntut Nizar supaya melutut dengan penuh ikhlas. Ampun tuanku, patik memang getik Nizar ni!

Memohon ampun dan maaf memang senang. Namun mencari keikhlasan tidak semudah itu. Ini kerja hati. Hanya Allah Taala sahaja yang tahu kerja-kerja tersembunyi. Jadi, terpulang kepada Nizar!

Hah, mengampun pun sama! Sebab, dalam budaya dan agama kita (Islam) memang diajar supaya menjadi seorang yang pengampun dan belas kasihan. "Sedangkan Nabi, ampunkan umatnya, inikan kita manusia biasa!"

Begitupun, bagi pihak di sebelah sana pula, kalau ada ruang boleh menghukum mamat yang disifatkan kurang ajar ni, eloklah dihukum. Hukuman adalah sebahagian daripada proses pengajaran, itupun kalau jenis yang mahu sedar diri. Kalau jenis yang mantah barut, dihukum mati sekalipun tak kan mahu dia mengalah. Agaknya, hilang nyawa barulah hilang cerita.

Tapi takkan lah sampai ke hukum gantung atau pancung kut. Lain lah zaman kesultanan dulu-dulu, orang macam Nizar ni tentu dah lama kena pancung!

Kita biarkan Nizar dengan alam fantasi dan egois tak kena tempatnya. Banyak pihak dah buat macam-macam  malah pihak berkuasa Johor juga telah memulakan tindakan.

Nizar ni melayu, beragama Islam. Ada cerita-cerita mengatakan dia ada sedikit campuran darah cina. Tapi kalau dilihat pada wajah beliau, ada betulnya. Tak payahlah nak semak dengan DNA, tanya waris terdekat beliau akan dapatlah jawapannya.

Tajuk Nizar durhaka inilah yang menjadi topik sembang petang kami hari ini. Kali ini lebih awal, kami bertemu selepas solat Jumaat di warung kopi mamak sebab dah lama tak makan mi goreng mamak.

Macam-macam cerita, pendapat, pandangan tidak kurang juga kutukan dihamburkan. Maklum, negara kita ada raja berpelembagaan. Dalam perlembagaan persekutuan dan dalam etika rukun negara jelas menyatakan kedudukan mereka sebagai ketua negara yang mesti di hormati dan dikasihi.

Namun, dalam sembang punya sembang itu, memori kami kembali mengingatkan kisah seorang budak cina dikenali sebagai Namewee yang banyak membuat pelbagai kontroversi sebelum ini. Kesucian perlembagaan negara dan rukun negara habis di pijak-pijaknya.

Heboh satu Malaya! Rakan-rakan blogg berapi-api mengutuk mamat sepet yang dicop sebagai "haramjadah" dan bermacam-macam gelaran yang enak-enak lagi diberikan oleh orang ramai! Dato' Seri Hishamuddin teruk kena bantai oleh blogger-blogger berikutan isu berkenaan.

Rakan saya kata, dalam kes ini, Nizar memfitnah seorang sultan, iaitu Sultan Johor. Tindakan sedang dijalankan. Tetapi, budak cina tu bukan lagi memfitnah bahkan menghina satu negara, habis seisi-isinya di kutuk dan dipermainkan menerusi video haramjadahnya.

"Apa khabarnya budak itu sekarang ye?" masing-masing kami melontarkan soalan yang sama.


Jagindas:  ......agaknya dia bertambah sihat, gemok, debab, bulat macammmm b*b*..... dan  karyanya tentu semakin hebat!

BANGLA JADI TAUKEH, MELAYU JADI KULI

Pagi tadi saya dan rakan-rakan bertemu di kedai mamak untuk sarapan pagi dengan roti canai banjir. Kami betul-betul mati angin. Masing-masing macam tak ada mood nak bersembang macam selalu. Agaknya cuaca panas dan jerubu sedikit sebanyak mempengaruhi minda. Baru pukul sembilan tapi bahang panas dah terasa.
    Dalam tak ada isu itu, seorang rakan membuka ruang bicara dengan isu sudah ramai kaum bangla yang mendagang ke negara ini sekarang menjadi taukeh setelah beberapa tahun di maki herdik sebagai kuli kontrak ketika bertaukehkan cina, india mahupun melayu.
    Pandai bangla ni, dengan sedikit rupa ala-ala Shah Rukh Khan-nya, dia memikat gadis wanita melayu rakyat Malaysia. Dia tak kira dara atau janda. Tua muda pun dia tak kira! Janji boleh kahwin. Dia tahu, dengan cara itu dia boleh gunakan isterinya untuk mendaftar syarikat perniagaan. Boleh beli rumah, banglo besar ratus ribu ringgit. Boleh beli harta atas nama isterinya itu. Kereta besar, lori dan motosikal.
    Tak kurang penting juga, mereka boleh balik ke bangladesh sebulan sekali bayar "bil air" rumah bini tua di sana.
   Walaupun semua aset dan wang simpanan atas nama isterinya Malaysia, namun dia tetap berkuasa. Dia suami! Sebahagian pendapatan akan dicurahkan juga ke bangladesh. Itu persediaan untuk masa kecemasan. Apa-apa berlaku di negara ini, kalau dia terpaksa balik ke negara asalnya, dia memang sudah kaya dan senang lenang.
    Isteri mesti taat kepada suami selagi si suami tidak menyalahi hukum syarak. Lagipun perempuan tu bukan ada kerja pun.  Jadi dia kena bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh suaminya itu. Selesai..
   Punya lori, pemandunya melayu tempatan. Yang diniagakan pula hasil-hasil tempatan yang sebelum ini melambak ruak di depan mata orang tempatan. Sebelum ini tidak siapa pun yang berusaha untuk menjadi taukeh meniagakan benda-benda tersebut.
   Bila bangla berniaga, dia jadi pemborong. Orang melayu menyembah jual hasil kepada bangla. Bangla kuasai perniagaan dan harga. Melayu beli balik daripada bangla. Hasil tempatan! Melayu bawak lori bangla siap kena maki kalau lambat atau tak betul kerja. Buang kerja lagi, kalau malas atau menipu. Dia buat macam mana dia pernah kena maki masa mula-mula jadi kuli dulu. Dia belajar dari situ, dari taukeh-taukeh terdahulu.
    Pandai bangla ni dan cepat belajar. Bukan itu sahaja, mereka juga cekal dan berani.

Apa yang tak kena ni??

jagindas:  ada seorang kawan, dulu dah jadi taukeh ikan, tapi sekarang jadi orang suruhan  bangla tangkap ikan jual ikan. Bangla tu dulu pernah beli ikan ternakan dia.  hahaha... macam-macam la..

MELAYU PKR, PAS, DAP KEMBALILAH KEPADA UMNO


Sudah-sudahlah tu wahai saudaraku melayu PKR, PAS dan DAP. Sebagai manusia biasa tidak seorangpun boleh mendabik dada mengatakan dia sentiasa betul, telus dan jujur. Sedikit sebanyak pasti ada kelompangan dalam diri masing-masing.
    Namun, yang kecil-kecil itu janganlah dibuat menjadi sebesar gunung. Meroboh memang mudah tetapi membangunkan semula yang telah roboh hatta dalam dimensi baru sekalipun tidaklah semudah yang dijangka. Tak payah di ulas, telah banyak contohnya dalam negara dan di luar negara.
    Lebih baik kita pakat-pakat duduk dalam satu bumbung perelokkan mana yang kurang dan perkasakan mana yang telah cemerlang. Manakala mana-mana bahagian yang sememangnya dikenalpasti sebagai satu kesilapan besar, kita buang dan gantikan dengan yang lebih sempurna.
    Saya percaya, kalian semua sebenarnya telah menerima hakikat bahawa perjuangan melayu dan Islam melalui wadah UMNO itulah yang sebenar-benar landasan terbaik. Tetapi, bak kata pepatah melayu kerana tangan dah menyelok pekasam, maka kalian terus menyeluknya sehingga ke pangkal lengan.
    Memang, UMNO pun tidak sesempurna yang kita mahu. Bahkan, diri kita juga tidak sesempurna seperti yang disuruh oleh Allah Taala meskipun setiap saat dan ketika kita berdoa semoga Allah menjadikan kita sesempurna itu.
    Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Husin Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan sekarang Dato' Seri Najib - semuanya tidak sempurna.
Itu adalah hakikat sebagai manusia. Selain Nabi, yang dijanjikan Allah sebagai  yang maksum, maka yang lainnya sedikit sebanyak pasti akan melakukan kesilapan dan kesalahan. Namun begitu, pertimbangan hendaklah diberi  secara purata.
    Orang tua-tua pernah berkata, jangnlah nanti disebabkan celaka yang satu habis tuah yang sembilan. Tetapi nampaknya, sekarang kita sudah menterbalikkan nilai instrinsik pepatah itu sebagai sebab celaka nan satu habis tuah nan sembilan!
    Apabila kita bercakap atau membuat sebarang tindakan, hendaklah diingat bahawa Tuhan memerhati dan menilai perbuatan kita. Muhasabah dirilah masing-masing. Jangan malu mengakui kesilapan lantas kembali kepangkal jalan sebagaimana yang dilakukan oleh rakan-rakan kalian sebelum ini.
   Kalau tidak mahu kembali kepada UMNO atau masuk UMNO, tidak mengapa namun janganlah bertindak menghancurkan institusi dan komuniti orang melayu. Secara jelasnya, menyebut melayu di          Malaysia ini maka terangkaplah sama agama Islam sebagai anutannya.
    Secara peribadi, saya tidak ada halangan jika PKR dan PAS hendak terus berjuang atas parti itu. Berjuanglah. Tatapi ikutlah lunas dan peradaban yang luhur. Janganlah sampai memanipulasi hukum hakam dan fakta, sehingga yang haram menjadi harus apatah lagi halal (na'uzubillah) dan yang benar menjadi fitnah.
    Bagi saya, parlimen memang memerlukan pembangkang. Namun, pembangkang yang diperlukan adalah mereka yang beretika, membina dan boleh diterima semua. Pembangkang yang tetap memilihara keharmonian negaranya. Negara kita berbilang kaum, agama dan budaya.
    Kalau tak ada pembangkang, pemimin akan mudah leka dan lena dibuai keselesaan. Jelasnya, jika kalian memutus untuk jadi pembangkang juga (dalam konteks kerajaan pusat, BN hari ini) teruskanlah asal jangan mengelirukan khalayak atau rakyat umumnya.
    Kepada melayu yang dah masuk DAP, insaflah. Untuk diri saudara mungkin tidak jadi masalah malah tidak ada apa yang terjejas. Hayatilah sejarah lampau. Ingatlah pepatah melayu yang mengatakan tak dapat tanduk telinga dipulas. Nanti kita dan seluruh keturunan kita akan  dibegitukan. Alangkan tidak diberi ruang kita disergah, apatah lagi jika kita membuka pagar, entahkan ke mana kita di arah!

Sudah-sudahlah tu.

jagindas  teringat lagu tahun 50an kalau tak silap nyanyian Jasni: "... jangan berlagak sombong, macam katak bawah tempurung.."

TUN M, ADAKALANYA BERBICARALAH SECARA TERTUTUP


Dalam sembang-sembang  kami petang ini di warong kopi yang sama, kami membincang perihal kehebatan Tun Mahathir (Tun) bukan sahaja ketika beliau menjadi Perdana Menteri bahkan kehebatan suaranya meskipun selepas bersara. Malah, tak keterlaluan dikatakan, sana sini masih ramai khalayak yang memperkatakan kehebatan Tun.

Kami tabik hormat terhadap sikap Tun yang tidak jemu-jemu melontarkan idea dan teguran bernas terhadap kepemimpinan negara. Walaupun sudah bersara, namun beliau terus mengisi ruang politik tanahair sebagai rakyat biasa dan atas sifat kecendikiawannya.

Sekaligus, beliau mempraktikan ertikata yang dipopularkannya sendiri, iaitu "perjuangan belum selesai". Malah, adakalanya, teguran dan ideanya itu diluar kotak pemikiran kita. Seperti zaman beliau memerintah dulu, beliau sering membuat kejutan sehingga adakalanya memeranjatkan bukan sahaja rakyat Malaysia malah pemimpin-pemimpin luar negara.

Namun begitu, sebagai manusia biasa, Tun M, bukanlah maksum. Beliau juga barangkali pernah melakukan beberapa kesilapan. Ini, tidak boleh dikatakan mustahil selagi kita bernama manusia biasa.
Pun begitu, jika dalam sepuluh perakara yang dibuat, sembilan daripadanya adalah yang terbaik manakala satu yang tidak baik, maka adalah tidak wajar kita mengecap manusia itu tidak baik secara purata. Begitulah sepatutnya kita sebagai manusia yang tidak maksum ini membuat sesuatu pertimbangan hatta menghukum sekalipun.

Dalam hubungan ini, ahli sembang petang berpendapat ada beberapa teguran atau idea yang mahu dilontarkan oleh Tun, seharusnya disampaikan terus kepada Perdana Menteri, Dato Sri Najib (DSN). Lontaran buah fikiran mahupun teguran tersebut tidak  perlukan di paparkan kepada umum.

Walaupun kita bercakap atas dasar kebebasan bersuara dan hak sebagai rakyat dalam negera demokrasi ini, namun janganlah sampai hendaknya suara-suara kita itu boleh merendahkan martabat orang lain. Apa lagi isu-isu yang disebutkan adalah bersifat nasional dan global.

Sebagai contoh, jika Tun tidak puas hati terhadap sesuatu isu atau program pembangunan yang di buat oleh DSN, maka Tun bolehlah menghubunginya, berbincang atau menyampaikan pandangan Tun kepadanya secara tertutup.

Pada pandangan kami, Tun tidak lagi perlu mengejar publisiti media. Membantu pemimpin hari ini secara di balik tabir adalah lebih terhormat dan profesional. Tidak pulak bermaksud tindakan Tun selama ini tidak profesional!

Malah, tuguran yang dibuat secara tertutup itu, mendorong lebih positif dimana pihak yang ditegur menjadi lebih selesa untuk memikir seterusnya menimbang dan menerima teguran kita yang kemudiannya idea tersebut menjadi milik beliau dalam melaksanakan tugasnya.

Dengan cara ini juga, apa-apa yang di suarakan dapat dielak daripada menjadi polimik, salah erti mahupun dimanipulasi atau menjadi bahan mainan politik  oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab.

Sebagai bekas pemimpin negara yang dihormati ramai pemimpin dunia, Tun seharusnya memahami kesan, impak serta implikasi terhadap sebarang pengucapan Tun terutama dalam soal-soal pentadbiran negara kerana lidah Tun masih berbisa.

Namun, ada pihak termasuk dari luar negara yang akan menangguk di air keruh yang akhirnya perkara yang kecil menjadi besar atau digembar-gemburkan dalam edisi fitnah berikutan itu  bab-bab yang boleh diselesai secara mudah akan menemui liku-liku yang beronak.

Bukan Najib sahaja, sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin selepas ini memang memerlukan sokongan dari pelbagai pihak. Sokongan bererti termasuklah teguran, pandangan dan curahan idea-idea.

Kita harus ingat, sebijaksana mana sekalipun kita, kelebihan itu tetap terbatas. Dan, semua manusia bukanlah maksum selain dari Nabi.

Maaf Tun, sejujurnya kami membuat teguran ini dan kami percaya sebagai seorang cendikiawan dan profesional,  Tun juga akan menerima teguran ini seadanya. Dan, kepada pemimpin yang mendapat teguran olehTun,janganlah terus melatah sebaliknya fikirakanlah teguran-teguran itu dengan hati terbuka dan jiwa yang tenang demi untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.

jagindasTun M, ramai yang bercita-cita nak jadi macam Tun, namun setakat hari ini, anugerah itu hanya untuk Tun... Semoga panjang umur, sihat badan dan bernas pemikiran serta teruslah menyumbang bagi memastikan negara terus maju makmur. 

Khamis, 21 Jun 2012

BONGKAK LAH KALAU MASIH TAK BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH....

Sesekali bila balik kampong menziarahi tempat tumpah darah memang seronok. Ketemu kawan-kawan lama sambil melihat perubahan hidup mereka sebagai petani yang berjaya mengusahakan sawah padi. Dulu hidup sempit tetapi sekarang ada yang sudah mampu berumah besar dan punya kereta sendiri untuk bergerak ke sana ke sini bersama anak dan isteri.

Syukur kepada Tuhan yang memberikan nikmat dan terima kasihlah kepada kerajaan BN yang prihatin menawarkan subsidi sehingga dapat memberikan perubahan yang amat ketara terhadap golongan petani berbanding zaman mak bapak kami dulu.

Kepada petani, kenangkan zaman mak bapak kita dulu ketika menjadi petani seperti kamu sekarang, mereka hidup begitu dhaif. Sukarnya mereka nak membesarkan kita apatah lagi menyekolahkan kita. 

Bersyukurlah sentiasa semoga Tuhan melimpahkan lagi rahmatnya berterusan dan berterima kasihlah kepada kerajaan yang didorongkan Allah untuk menyalurkan pelbagai bantuan dan subsidi sehingga dapat merobah taraf hidup anda semua pada hari ini.

Saya sempat menemui seorang anak muda kampung yang berkelulusan kejuruteraan awam dari IPTA tempatan tetapi menjadi petani sepenuh masa. Semua tanah yang diusahakannya adalah di sewa dan ada yang dipajak daripada penduduk setempat. Bagi saya dia petani berjaya sebab hasil taninya bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga  di ekspot ke luar negara.

Katanya, pada mulanya dia hanya membantu bapanya sebaik sahaja habis belajar. Dia dapati pendapatan daripada usaha-tani bapanya itu begitu lumayan. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk terus menjerumuskan diri dalam bidang itu dengan meluaskan empayar bapanya meskipun tidak memiliki seinci pun tanah sendiri.

Menurutnya, sekarang bapanya hanya bertindak sebagai pemantau kerana sudah tua. Beliau menggalas semua tugas bapanya dengan dibantu oleh beberapa pekerja tetap.

Kisah anak muda ini lain sedikit sebab dia tidak bermula dari "0".  Dia boleh dikategorikan sebagai mewarisi usaha bapanya. Namun begitu, saya tabik hormat kepadanya terhadap sikap dan atitud beliau yang memilih bidang pertanian sebagai kerjaya sepenuh masanya.

Syabas anak muda! Tak ramai anak muda seperti kamu. Jangan lupa diri dan jujurlah ketika bersahabat dengan bumi.

Jagindas:  pernah beli sekeping tanah, malangnya bila jabatan pertanian buat penilaian tahap kesuburan tanah, rupa-rupanya tanah berkenaan langsung tak ada kandungan air meneral....hehehe