TAUFAN |
Dakwa Qiamat 23 - 25 Disember Ini!
MEMBACA berita
angin yang dipercayai disebarkan oleh beberapa blog dan media lain, kononnya
dunia akan bergelap selama tiga hari mulai 23 hingga 25 Disember ini di
sini , membuatkan penulis terkenang
perbualan saya dengan anak bungsu yang berusia 11 tahun pada minggu lepas.
Ketika
itu penulis bersama anak balik setelah dia selesai belajar muzik. Kata anak
itu, guru muziknya, yang beragama kristian, mengatakan dunia akan kiamat
sebelum Krismas ini.
Menurut
anak itu lagi, cikgunya kata seluruh dunia sudah tahu. "Awak tidak rasa
takutkah? Sudah fikirkah ke mana hendak lari?", tanya cikgu tersebut
kepada anak penulis.
Langsung,
dalam kereta diperjalanan pulang itu, anak penulis mahu mendapatkan kebenaran
kata-kata cikgunya itu. Agak tergamam juga penulis hendak menjelaskannya sebab
usianya masih kecil untuk memahami apa yang penulis mahu terangkan nanti bab-bab
kiamat ini.
Lantas,
sebagai bapa yang betanggungjawab terus terhadap hal ehwal agama Islam ahli
keluarga, terus saya katakan: "Qiamat itu pasti berlaku. Allah telah
tetapkan harinya adalah hari Jumaat dan waktu bermulanya peristiwa itu adalah
selepas waktu asar tetapi tidaklah diketahui jam dan saatnya kerana itu menjadi
Rahsia Allah. Namun, sebelum sampai ketika itu, Allah akan menunjukkan beberapa
tanda bagi menyedarkan manusia seperti..... blah...blah....blah...
termasuklah memberikan beberapa contoh terdekat hari ini seperti orang
meninggalkan solat, anak durhaka kepada ibu bapa dan .....
"Jadi,
cikgu itu menipulah", soal anak itu kepada penulis. Penulis katakan kepadanya
dia bukan menipu tetapi itu adalah kepercayaannya. Dan, kita tidak perlu
percaya kepada kepercayaannya kerana orang Islam mempunyai panduannya sendiri.
Lalu,
penulis tanya balik kepada anak itu:"Daripada apa yang ayah cerita dengan
cikgu itu percaya, yang mana satu kamu fikir betul?" Dan, dijawabnya:
"Ayah betul".
Alhamdulillah...!
Jagindas: Moral daripada
cerita itu tadi, zaman ini kalau anak-anak kita belajar dengan orang bukan
Islam, kita kena pantau dia. Kita kena selalu tanya apa-apa cerita lain selain
yang diajar oleh gurunya. Mak bapak juga kena miliki ilmu yang kuat kalau-kalau
anak-anak kita terhasut atau dihasut. Dan, kalau sudah berlebihan ajaknnya....kita
adukan ke pihak berkuasa!