Rabu, 18 September 2013

TIADA SEBAB UNTUK DISANJUNG MAHUPUN DIINGATI

Dia Bukan Warga Malaysia Tetapi Penceroboh Laknat

UTUSAN MALAYSIA, 18/09/2013


UTUSAN MALAYSIA, 18/9/2013

KALAU dia masih warga negara China, bermakna matinya terbuang dan hina. Kalau dia warga Thailand, damailah dan amanlah dia di negara itu. Kepada rakyat Malaysia, tidak perlulah melelehkan air mata mahupun terkejut beruk dengan kematiannya. Selaghzah tafakkur pun tidak wajar diberikan kepadanya.
            Sejarah tetap sejarah tetapi Ching Peng membina dan meninggalkan sejarah pahit teramat pahit khusus kepada orang Melayu di Malaysia.



jagindas: Sudah lama dinantikan kematiannya...

Isnin, 16 September 2013

DEMIKIAN FIRASAT TUN MAHATHIR

Umno Kini Ibarat Orang Tua Yg Sakit Tua...

KALAU tak sempat baca di akhbar Utusan Malaysia hari ini ini (16/9/13), bacalah di sini
            Pandangan beliau itu amat bermakna di musim merebut jawatan ini. Dan, kepada yang pemimpin golongan muda-muda, anda bukanlah sekadar pengganti tetapi perkukuhkanlah dengan jati diri serta semangat melayu yang tulen jika benar-benar berhasrat mahu bertindak sebagai pelapis. Kalau tidak, tuan-tuan juga akan jadi seperti sokong membawa rebah....
            Benar, Tun M mahukan pelapis dari golongan muda tetapi adalah muda yang berkualiti bagi menjamin kelangsungan Umno sebagai wadah perjuangan orang-orang Melayu, Islam dan Bumiputera sejagat.


jagindas:  Terlentang tertiarap, renung-renungkanlah, jika benar-benar sayangkan Umno itu dari mulut hingga ke hati nbari..Bukan sekadar mengucapkannya sahaja!

MENTERI PERINGATKAN KAUM GURU TENTANG PPPM

Jangan Protes Secara Terang....

"KOTA BHARU 15 Sept. - Pengarah Pendidikan di setiap negeri diminta supaya memantau guru-guru yang menentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) secara terang-terangan"
           
            Itu adalah antara kata-kata yang boleh disifakan sebagai amaran kepada kaum guru di negara ini yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh terhadap usaha kerajaan memantapkan bidang pendidikan negara ini menerusi program PPPM.

Ahad, 15 September 2013

SILAP-SILAP ADA YANG MATI, TUMBANG BERDIRI!

Tapi Janganlah Sampai Mati Atas Perut...

ANTARA berita kecil menarik perhatian penulis semalam adalah kisah seorang lelaki warga emas berusia 66 tahaun, yang mati sebaik sahaja dia selesai melanggan seorang pelacur di sebuah hotel bajet di Muar, Johor.

Sabtu, 14 September 2013

MASIH BERSIKAP SEPERTI DULU: KITA BUAT DIA!

Masih Ramai Orang Umno Tak Sedar Diri

BOLEH dikatakan mesyuarat cawangan umno di seluruh negara mencakupi pergerakan pemuda, wanita dan puteri sudah selesai. Malah sudah ada umno Bahagian yang sudah menjalankan mesyuarat agung masing-masing. Bagi yang sudah selesai, berehatlah sementera menunggu November atau Disember ini bagi menghingar bingarkan dewan PWTC - jika dewan itu masih lagi relvan untuk dijadikan vanue Perhimpunan Agung Umno Malaysia, seperti selalunya.

Jumaat, 13 September 2013

PERAK BUNTU, MB BAWA JUMPA MENTERI

Langkah Proaktif Bangunkan Negeri, katanya

TINDAKAN Menteri Besar Perak (MB), Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, membawa pegawai-pegawai pengurusan negeri Perak termasuk ahli-ahli exco-nya menemui menteri-menteri tertentu di pejabat pentabiran kerajaan pusat, dilihat satu inovasi yang baru.
            Zambry sendiri dalam kenyataannya mengakui tindakannya itu yang mana ia adalah satu-satunya kerajaan negeri yang melakukan proaktif seperti itu membabitkan kerajaan pusat.
            Kalau tujuannya bagi mempercepat mendapatkan peruntukan dan bantuan untuk melaksanakan sesuatu projek, itu dikira satu hal lainlah. Tetapi, jika tujuan perjumpaan itu untuk mendapatkan pandangan dan idea daripada pihak pusat dan MTEN untuk membangunkan Perak berasaskan pelbagai jenis industeri dan pelancongan, rasanya agak tidak kena. Malu la.... Itu sebab negeri lain tak buat kerja macam itu, beb!            

Khamis, 12 September 2013

ANTARA GURU DAN PENDIDIK

Hanya Cikgu Yang Boleh Menjamin Martabat Profesion Itu

SEMBANG-SEMBANG bersama rakan-rakan warong kopi sejak beberapa hari lalu masing-masing selesa menumpu kepada laporan akhbar mengenai profession guru dijawat oleh mereka yang tidak berminat terhadap tanggungjawab sebagai guru iaitu hanya sekadar mengelak daripada menjadi penganggur terhormat.
            Satu lagi, berdasarkan laporan itu juga rakan-rakan mengkaitkannya dengan masa depan program Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang sedang digahkan oleh kerajaan hari ini.

Rabu, 11 September 2013

ANTARA KUASA DAN NODA

Kerakusan Semakin Menggelikan!

MEMBACA paparan media sama ada di media sosial mahu pun di dada-dada akhbar dalam seminggu dua ini berkaitan hal ehwal dalam negeri, khususnya tentang pemilihan Majlis Tertinggi Umno (MT) dan masalah tuntutan orang kristian terhadap pemakaian kalimah 'Allah' semakin hari semakin terasa geli. Geli geleman. Geram sudah tentu! Kenapa ye?

Selasa, 10 September 2013

BERTANDINGLAH, ASAL JAGA IMEJ PARTI

Umno masih relevan untuk orang melayu
dan bumiputera Malaysia
Jangan Keras Di Pentas, Lembik Di Kerusi

NAIB PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, merasakan keghairahan ahli untuk bertanding dalam Majlis Tertingi (MT) terutama di bangku naib presiden umno Malaysia,  sebagai sesuatu ada yang tidak kena dengan pertubuhan itu mahu pun sikap ahli-ahlinya.
            Katanya, keghairahan itu mungkin disebabkan keterbukaan peraturan baru yang diperkenalkan mulai pemilihan kali ini sekali gus ia juga turut menyifatkan sikap sedemikian mencerminkan seolah-olah umno kini seperti tidak tentu arah.

Isnin, 9 September 2013

KERAJAAN BERTINDAK PROFESIONAL

Jangan Politikan KDN


MENYINGA Datuk Seri Zahid Hamidi (gambar) apabila ada pihak kaitkan ketegasan beliau menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai 'wayang' menjelang pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno tahun ini. Siapa lagi kalau tidak datangnya dari mulut pembangkang. (di sini)
            Zahid kata, beliau dan anggota KDN bertindak profesional. Tindakannya itu di atas nama tanggung jawab dan kehendak rakyat, bukannya atas kepentingan politik. Betul. Penulis percaya dan yakin terhadap keikhlasan kata-katanya itu.

Ahad, 8 September 2013

MINYAK NAIK, BARANG NAIK

Mampukah Kerajaan Mengawalnya?

"Saya: Kenapa hari ini bayar lebih 50 sen?
Taukeh: Harga serupa, kos hantar saja naik 50 sen
Saya: Pasal harga minyak naik, ye?
Taukeh: Itu macam la..."

Khamis, 5 September 2013

KENAPA TAKUT MELUCUTKAN KERAKYATAN

Takut Kalah Pilihan Raya ?

BANYAK pihak mahu kerajaan lucutkan hak kerakyatan atau menarik semula hak itu (jika telah terberi) bagi rakyat negara ini yang sudah teramat kurang ajar dan durhakanya terhadap tanah tumpah darahnya sendiri.

Rabu, 4 September 2013

MENGAPA FILEM "TANDA PUTERA" DIBENCI CINA

Dan Dangkalnya Pandangan KJ




BACALAH tulisan sejujurnya daripada Zam Maidin di sini dan di sini.



jagindas: Cina nak apa lagi?

SERONOKLAH PENERIMA BR1M....

Berterima Kasihlah Kepada Orang Senang

KENAIKAN HARGA bahanapi petrol dan diesel hari ini bukan sesuatu yang memeranjatkan lagi meski rata-rata rakyat Malaysia terkejut beruk dengan pelbagai spekulasi. Berdasarkan kepada sembang-sembang orang awam dan beberapa catatan serius dan sinis di media-media maya, bolehlah dikatakan bahawa khalayak menerima keputusan kerajaan itu secara terbuka kerana faham masalah ini bukanlah masalah Malaysia tetapi dunia.
            Namun, apabila tindakan itu dikaitkan dengan lebih keupayaan kerajaan untuk memberi BR1M yang lebih besar nilainya berbanding sebelum ini agak sedikit menyakitkan hati dan telinga.

Selasa, 3 September 2013

BENARLAH KATA PEPATAH...

Indah Lagi Hujan Batu Di Negeri Sendiri...
  
SEMENTARA menunggu maghrib tiba, anak perempuan saya yang kini menuntut di tingkatan enam menceritakan beberapa babak menarik hasil perjumpaan singkatnya dengan rakannya yang kini sedang cuti belajar. Rakannya itu ketika ini melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti terkenal di Jordan dalam jurusan Usul Fiqh. Barangkali dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam.
            Satu daripada antara citera-citeranya itu mengisahkan betapa sengsaranya kehidupan pelajar-pelajar Malaysia di sana berikutan nilai matawang dan kos hidup seharian yang tinggi di Jordan. Kata rakannya itu, keadaan itu amat terasa terhimpitnya bagi mereka yang datang dari keluarga sederhana dan miskin.

Isnin, 2 September 2013

PENAGIH JUDI MESIN SOKONG TINDAKAN PIHAK BERKUASA

Hapuskan Semua Bentuk Judi

"RESAH GELISAHNYA jika tidak menghadap mesin judi komputer lebih hebat daripada orang kena penyakit angau. Bukan sahaja makan tak lalu, tidur tak lena malah hati mengirap-ngirap dan jantung berdebar-debar kalau sehari tidak bermain mesin itu. Deminya, penagih mesin judi rela berbuat apa sahaja walau terpaksa menggadai rumah dan tanah ladang..."
            Itu kata-kata yang pernah diungkapkan kepada penulis oleh beberapa penagih mesin judi haram terhadap tabiat buruk mereka itu apabila penulis cuba mendapatkan reaksi mereka terhadap aktiviti buruk itu.

Ahad, 1 September 2013

MENILAI SEMULA ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN

Tingkatkan Martabat Bangsa Dan Agama

PENULIS teringat ungkapan kata-kata seorang Ketua Biro salah sebuah akhbar arus perdana tanah air setelah saya diperaku sebagai pemberita sambilan yang katanya lebih kurang begini:
            "Aku dapati kamu sudah boleh memahami dan menyampaikan apa itu berita kepada masyarakat. Sekarang, terpulang kepada kamu untuk meningkakan martabat kamu sebagai pemberita. Tidak ada orang lain yang boleh meletakkan kamu ke atas melainkan kamu sendiri. Jika kamu mempermudah-mudahkannya, bermakna kamu sengaja meletakan martabat kewartawanan yang ada pada kamu ke bawah dan kamu ditak akan berjaya atau menjadi penulis yang baik..."

Jumaat, 30 Ogos 2013

PENENTANG TETAP AKAN KACAU PROGRAM KERAJAAN

Walau Sebaik Manapun...

KEGEMBIRAAN amat terserlah apabila golongan pembangkang berjaya membatalkan penayangan filem "Tanda Putera" yang kononnya menurut mereka hanya membawa unsur memecah-belahkan kaum, menyimpang daripada fakta sebenar serta berunsur fitnah.
            Namun, setelah kerajaan menimbang semula setelah di desak oleh pelbagai pihak dan filem itu mula dibenarkan masuk panggung mulai hari ini (29/8/13), kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE) telah mengharamkan penayangannya di seluruh panggung di negeri itu.

Khamis, 29 Ogos 2013

CAKAPLAH APAPUN ATAS NAMA KEBEBASAN BERSUARA

Tetapi Jangan Sampai Macam Orang Gila...

"Bodohnya... Tayangkan ajelah Tanda Putera tu kat TV1... Patriotiklah sangat... Bikin filem sebab nak duit... Bukannya kerana nak bagi kesedaran kepada anak bangsa..."

            Kenyataan di atas penulis salin daripada satu post di dinding muka buku (fb) penulis yang ditulis oleh seorang pemilik fb. Meneliti post-post yang dimuatkannya dapatlah ditelah bahawa pemilik fb berkenaan celupar orangnya, berani dan kuat menyokong kerajaan BN. Macam kandungan fb orang lain juga, entrinya itu ada yang boleh dipakai dan ada yang sekadar untuk hiburan sahaja.

Rabu, 28 Ogos 2013

ANTARA GAPENA DAN DONG ZONG

Siapa Kuat? 
Dari Kiri: Dr. Abd Latif (Gapena) dan Sin Tian (Dong Zong)
SECARA prinsipnya Gabungan Penulis Nasional (Gapena) adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang secara terus berada di belakang kerajaan dalam memastikan dasar-dasar pendidikan negara dilaksankaan dengan sebaik mungkin di negara ini berlandaskan perlembagaan persekutuan dan dasar-dasar pendidikan negara yang dimaktubkan oleh pemerintah dari masa ke semasa.
            Secara jelas, Gapena memang menyokong umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) meski ada beberapa tegurannya agak menyongsang arus bagaikan. Namun, semua itu dibuat demi mempertahan hak negara dan orang melayu di bumi bertuah ini menerusi isu pendidikan dan pemilikan ekonomi melayu.