Selasa, 28 Oktober 2014

AKTA, UNDANG-UNDANG DAN ENTAH APA LAGI

1.      Mahasiswa dan perhimpunan haram


Buang universiti/kolej, tarik semula kemudahan pinjaman/biasiswa/bantuan, penjarakan dan banyak lagi....

Jagindas: Mansuhkan saja semua peraturan, undang-undang, akta pelajar, akta universiti dan kolej serta apa-apa yang semaksud dengannya. Sebaliknya berikan sepenuhnya kebebasan bebas sepuas-puasnya....


2.      Seminggu Utk Hapus Mesin Judi - Kata KPN

Semoga lakonan kali ini tiada lagi unsur jenaka.


Jagindas: Selamat menggempur Khalid. Pastinya nanti Isnin depan (3/11/14) mencatatkan satu lagi sejarah negara: “Malaysia tanpa mesin judi haram”

Ahad, 12 Oktober 2014

PTPTN: PEMINJAM KIAN GUSAR


Kerja Tak Ada Nak Bayar Dengan Apa?

MENTERI berkenaan sudah mula bising kembali apabila sejumlah besar  peminjam PTPTN masih belum membuat sebarang pembayaran semula walau sesen pun setelah mereka terbabit tamat belajar. Khabarnya berbilion ringgit terbeku begitu sahaja.
Bagi yang sudah bekerja dengan pendapatan bawah RM1,000 sebulan tentulah tidak mampu membayar berdasarkan jadual pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN. Apatah lagi jika mereka berada di bandar. Demikian juga yang berpendapatan bawah RM2,000. Tiada bezanya. Sewa bilik (jika bujang) paling tidak RM300 sebulan – belum kira bil eletrik, air, kos pengangkutan dan keperluan hayat seharian iaitu makan minum dan pakaian.
           Bagi yang mak bapaknya dalam status berada, barangkali mereka ini agak tenang sedikit. Setelah menolak pelbagai kos utama, barangkali mampulah mereka membayar dalam lingkungan RM150 – 200 sebulan.
          Jika pihak berkenaan mewajibkan juga bayaran ikut jadual, maka golongan ini nampaknya akan terus berada dalam status miskin untuk jangka panjang. Memiliki rumah sendiri, berumah tangga dan memiliki kereta hanya tinggal mimpi.
Ok lah tu. Sekurang-kurangnya mereka sudah berkerja. Paling tidak bab makan minum dan pakaian tidak lagi menyusahkan keluarga. Bagaimana yang masih menganggur? Bagaimana yang masih berkerja sekejap di sana dan sekejap di sini? Bunyinya macam sudah bekerja tetapi gajinya tak sampaipun RM900 sebulan. Gaji minima? Kalau kompeni kecil mana larat dia nak bayar gaji setaraf itu....
           Saya faham, bukan mereka tak nak bayar tetapi mereka masih belum ada jaminan hidup! Betul, jasa kerajaan (pinjaman PTPTN) telah menyebabkan mereka sehingga dapat menggenggam sijil, diploma mahupun ijazah. Dan selepas itu tentulah mereka perlukan kerja tetap dan setara bagi membolehkan mereka membayar pinjaman tersebut.
Pada masa sama ada pihak yang menggalakkan orang muda segera mengambil peluang untuk membeli rumah menerusi skim-skim yang dibuat kerajaan. Yalah tu....
             Apa boleh buat...buakn salah ibu mengandung... Apapun, bagi yang sudah bekerja tetap dan memperoleh pendapatan yang agak stabil, cuba-cubalah belajar membayar. Kalau tak mampu RM300 sebulan, barangkali RM100 bulan kan? Yang penting kita ada usaha untuk mengingati jasa orang lain.
             Namun, bagi yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, berjumpalah pihak yang bertanggungjawab. Luahkanlah apa yang terbuku....

Jagindas: Hanya mampu kesian...Belumpun berkerja sudah menanggung hutang...

Sabtu, 11 Oktober 2014

TAHNIAH NAJIB! BAJET 2015 BERMANFAAT

Rakyat Mahu Harga Bahan Makanan Murah

SECARA keseluruhannya, kandungan pembentangan bajet 2015 yang dibentangkan oleh perdana menteri pada jumaat (10/10/14) menepati inspirasi rakyat. Dengan kata lain, apa yang disumpahkan Najib setelah mendapat mandat memimpin negara, dengan sedaya upaya beliau cuba melaksanakannya. Tiada yang tertinggal. Segenap sudut dan lapisan mendapat nikmatnya. Cumanya, ramai rakyat negara ini yang tidak bersyukur dan bertambah malang menyalahgunakan kebaikan negara sehingga sanggup menyusahkan negara pula. Misalnya, menyalahgunakan tujuan asal pemberian subsidi, korupsi dan sebagainya.
Beberapa veteran (rakyat) yang ditemui selepas Najib selesai membentangkan bajet merumuskan sebagai berikut:

1.      Masih ramai yang tolol mengenai GST malah para peniaga terutama peniaga runcit di luar bandar jelas keliru mengenainya meski seberan di media sudah cukup jelas menyatakannya. Rata-rata mereka tetap mengatakan harga barangan keperluan tetap naik mulai Mei tahun depan bahkan mereka mendaka kenaikannya lebih berganda dan drastik berbanding sebelum GST. Sedang, kita cuma ada kurang lebih lima bukan saja lagi sebelum sampai ke tarikh pelaksanaan sepenuhnya GST itu.
2.      Tidak kiralah apa saja dasar percukaian yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan, rakyat marhaen berpendapat malah menuntut sama sekali bahawa kerajaan perlu memastikan harga barangan keperluan harian terutama yang berkaitan dengan makan tetap sentiasa murah. Makna kata, kerajaan wajar meninggikan dan meluaskan lagi subsidi terhadapan barangan tersebut bagi memastikan seluruh rakyat mudah mendapatkan bahan makanan sama ada bahan mentah mahupun yang sudah siap-sedia. Harga makanan yang murah turut menjamin seluruh rakyat sentiasa mendapat keperluan asas yang cukup, menjamin tahap kesihatan (keseimbangan makanan) yang mapan sekaligus mendorong kepada galakan produktiviti bilamana kesejahteraan (sihat) rakyat terjamin. Langkah itu juga dapat membantu rakyat untuk lebih menabung bilamana kos ‘keperluan makanan’ menjadi murah.
3.      Bagi mereka, rakyat tidak begitu runsing dengan kenaikan harga bahan api. Malah, jika kerajaan dapat memperbaiki serta menaiktaraf sistem pengangkutan awam sama ada di bandar dan luar bandar, itu lebih bermanfaat dan terpuji. Sebagai rakyat yang berada dalam negara yang sedang membangun, perkara utama yang penting adalah setiap rakyat wajar mendapat keperluan asas khususnya bahan makanan yang cukup lagi berkhasiat. Dan, ini hanya akan dapat dicapai jika kerajaan bersedia memastikan harga bahan tersebut di paras yang rendah. Mampu dalam ertikata mampu dibeli oleh sebuah keluarga yang hanya berpendapatan bawah RM2,000 (berdasarkan suasana hari ini) – sedangkan peratusan penduduk yang berpendapatan demikian adalah golongan majoriti di negara ini lebih-lebih lagi melayu. Bagaimana pula jika mereka tinggal di bandar? Dengan sewa rumah dan kos pelbagai yang tinggi termasuk persekolahan anak-anak, apakah mampu mereka memberikan ahli keluarganya mekanan yang cukup dan berkhasiat?


Justeru, itulah sebenarnya yang amat-amat dikehendaki rakyat marhaen menerusi apa sahaja bajet yang dibentang sejak dulu, kini dan selamanya. Saya setuju dengan pandangan dan usul mereka itu. Jika ini dapat dipraktikan, saya percaya akan ramai pemuda yang lebih berani untuk berumah tangga. Dan, bila mana itu berlaku tentunya keluarga-keluarga baru ini juga lebih berani untuk memiliki ramai anak. Bukan itu amat baik untuk negara terutama selepas tahun 2020 nanti?

Jagindas: mahu tambah satu lagi

Isnin, 18 Ogos 2014

JELASLAH SUDAH KEMUNAFIKAN "MEREKA"

JAUHILAH ORANG MUNAFIK

SESUNGGUHNYA, "mereka" itu adalah satu conth yang amat jelas tentangb orang munafik. Dan, orang-orang munafik itu amat merbahaya, lebih merbahaya daripada musih dalm selimut. Justeru, jauhilah malah tolaklah mereka itu jauh-jauh melainkan dengan sebenar-benarnya mereka telah bertaubat.


Jagindas: Nau'zubillahminzalik...

Jumaat, 4 Julai 2014

USAHA MURNI UTUSAN DITERTAWAKAN ?

Apa Ada Pada Maruah (!!)


SUDAH baca di sini ?

Sekurang-kurangnya tujuh penguatkuasa terlibat secara terus dalam urusan membanteras jenayah judi dan maksiat. Antaranya; Majlis Daerah / Perbandaran / Bandaraya / bagi urusan yang berkaitan dengan penyalahgunaan lesen dan peremis perniagaan; Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi berkaitan dengan bekalan eletrik kepada perimis yang disalahguna urusan niaganya.

Khamis, 3 Julai 2014

TAK DAPAT TANDUK, TELINGA DIPULAS

Demikian Perinya Kedudukan Melayu Di Bumi Sendiri

DALAM UTUSAN MALAYSIA  semalam (2/7/14) muka suat 11, ruangan cuit tulisan Zaini Hasan, di mana beliau meluahkan keresahannya terhadap nasib peniaga melayu di bandar bandar utama yang dibayanginya akan pupus berikutan ketidakmampuan mereka bertahan dengan harga sewa perimis perniagaan yang terlalu mahal.
Menurut Zaini berdasarkan pengalamannya sendiri, sewa bulanan perimis di putrajaya boleh mencecah sehingga RM30k sebulan! Sedangkan peniaga melayu terpaksa bertarung dengan modal pusingan dan lain-lain keperluan selain masalah bayaran sewa yang terlalu mahal itu. Baca rintihannya di sini.

Selasa, 1 Julai 2014

RASANYA, ZAHID PUN TAHU...

Amaran Wayang kah atau Wayang Amaran?

Pada tulisan sebelum ini, saya semacam sudah tidak mahu lagi membicarakan masalah aktiviti bisnis haram yang dilihat bagaikan tiada pengawasan. Ini kerana, sudah dilihat banyak hal yang dirasakan ada yang tidak kena dalam badan-badan penguatkuasa kita.

Isnin, 30 Jun 2014

BUKAN SILAP TETAPI SENGAJA

Aktiviti Haram Terus Akan Bermaharajalela

DALAM akhbar Mingguan Malaysia semalam, sekali lagi akhbar itu melaporkan masalah pengoperasian mesin slot dan judi haram yang menimbulkan tanya kepada akhbar itu mengapa ianya masih tidak mampu dibanteras oleh pihak berkuasa, baca di sini.
            Namun, sebelum itu, menerusi blog ini, penulis juga telah berulang kali memperkatakannya termasuk beberapa aktiviti haram yang lain yang masih bermaharaja lela seolah-olah ada pihak yang menutup sebelah mata meski berlaku di depan mata mereka sendiri. Misalnya, aktiviti penjualan nombor ramalan haram.

Jumaat, 27 Jun 2014

MALAYSIA MERIAH DAN MEWAH

Rakyat Dapat Sedikit Sahaja
akibat dasar bina dan biar

DALAM seminggu dua ini laporan hangat media dalam negara adalah mengenai ‘kelesapan’ berjuta ringgi wang negara menerusi dua jabatan besar iaitu Lembaga Hasil Dalan Negeri (LHDN) dan Kementerian Perdagangam Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang barangkali kalau dikumpulkan sejak beberapa tahun lalu agaknya sudah menjangkau jumlah berbillion ringgit wang negara lesap begitu sahaja.

Khamis, 19 Jun 2014

KAPAL SEMAKIN KARAM

Bocor Dari Haluan Hingga ke Bontot

HARAM! Dekat dekat dengan haram jadah. Rokok haram, arak haram (minum arak itu haram), judi haram (berjudi itu haram), makanan haram, sindiket haram (diesel, dadah, jual orang dan....), pendatang haram, anak haram (maknya terlajak haram) dan entah apa lagi yang haram-haram nampaknya semakin meriah menggeledak dalam negara.

Selasa, 17 Jun 2014

FORMAT BARU 'BU' TV3 MENGGELIKAN

Format Berita Hendaklah Padat, Serius

Awal Jun lalu, TV3 mempersembahkan slot beritanya menerusi Buletin Utama (BU) dengan format baru. Selama bersiaran kira-kira dua minggu, format berita nya itu bukan sahaja membosankan malah ‘menggelikan’. Ramai peminat BU yang kurang senang.

Isnin, 16 Jun 2014

JAKIM PERLUKAN POLIS?

"KDN bersedia tempat polis di Jakim" - Zahid
 Atau Polis Yang Perlukan Jakim

BARU-BARU ini, Menteri DalamNegeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, berkata kementeriannya menunggu lampu hijau daripada Jabatan Perhidmatan Awam Malaysia (JPA) bagi menempatkan polis di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ahad, 15 Jun 2014

NEGARA DILANDA KRISIS TIRIS

Kerana Ubi Subur Dengan Batasnya
TIDAK di mahu saja-saja hendak diberi kelonggaran melainkan ada sebab mursababnya. Orang tua-tua kata, “ada ubi ada batas..”.  Demikian jugalah barangkali perangai, sikap dan jati diri yang ada di pihak-pihak berkuasa dan mereka yang diberikan kuasa menjaga negara ini. (baca Di sini). 

Isnin, 9 Jun 2014

USAH LAGI MENYIBUK PASAL HAL JOHOR

Biarkanlah, Tengok Sajalah...

MENTERI BESAR (MB) Johor nampaknya lebih arif akan apa yang dihasratnya untuk menukar satu daripada enakment pentadbiran negeri itu khsususnya bagi membolehkan sultan Johor diberikuasa eksekutif dalam hal ehwal perumahan dan tanah negeri itu.

Sabtu, 7 Jun 2014

NASIHAT BESAR UNTUK ORANG MELAYU

Tun Mahathir
Fikirlah Masak-Masak Sebelum Jual Tanah

TUN MAHATHIR kata, jual tanah cara mudah untuk dapat duit banyak tetapi duit lama lama akan habis dan tanah tetap menjadi milik orang. Jadinya, duit habis tanah pun hilang. Kesudahannya jadilah papa kedana seterusnya merempat di negara sendiri.

Bacalah tulisannya di sini.



Jagindas:  Justeru...?

Jumaat, 6 Jun 2014

SULTAN DAN KUASA EKSEKUTIF JOHOR

Mohamed Khaled
Apa Sebenarnya Yang Tersirat Dalam Minda MB

NASIHAT saya kepada kerajaan Johor adalah tak ada penyakit jangan cari penyakit. Jangan susuahkan orang kemudian.
            Meski Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Mohamed Khaled, menjelaskan kuasa eksekutif dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor masih dipegang oleh MB termasuk hal-hal dan kuasa-kuasa yang bersangkutannya, namun memabitkan istana tetap mengundang keadaan ‘serba salah’ pada suatu masa nanti.

SIAPA YANG SALAH FAHAM – YEOH ATAU KHALAYAK?

Atau Itukah Sebenarnya Terbuku Dikalbu

Pengarah Urusan Kumpuan YTL, Francis Yeoh (gambar), dibidas berikutan kebaculannya menyindir kerajaan yang kononnya Yeohmenyifatkan seolah-olah kerajaan tidak telus dalam membahagi-bahagikan kekayaan negara (menerusi projek-projek besar dan kecil). Baca di sini.
            Memang sudah dijangka, apabila berita keluar di media; pertama,Yeoh akan menyalahkan pihak media atau awam yang kononnya khalayak tersalah tafsir maksud percakapannya dan kedua, dia akan mohon maaf, sedih dan seterusnya akan menyanjung kembali negara ini.

Khamis, 5 Jun 2014

PIHAK BERKUASA TIADA KUASA ?

Aedes dikatakan mudah membiak di kawasan sebegini
Gagal Periksa Aedes Di Kedai Barang Lusuh

Batu Gajah 10.30 pagi:

BEBERAPA ketua kampung yang baru sahaja selesai bermesyuarat datang berborak-borak di sebuah kedai kopi. Masing-masing membincangkan kembali beberapa perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat mereka di pejabat tanah sebentar tadi. Kesemua mereka yang saya kenal sebahagiannya orang lama yang dilantik semula dan ada juga yang baru dilantik April lalu. Nampak secara zahirnya bersemangat sungguh. Tubuh badan pun nampak memang semangat.

Rabu, 4 Jun 2014

BERSEDIALAH HADAPI KENAIKAN HARGA BARANG (??)

Orang Bertambah Ramai, Cuaca Tak Menentu, Aliran Impot berkurangan (???)

 suatu amalan atau ketetapan pula apabila menjelang puasa (Ramadhan) kemudian diikuti hari raya puasa, maka akan berlakulah beberapa barangan makanan keperluan ‘hilang’ dipasaran dan kemudiannya harga pun naik. Cuma secara kebetulan puasa kali ini begitu hampir dengan musim cuti sekolah.
            Makanya, alasan musim cuti sekolah dijadikan sebab beberapa barangan seperti tepung dan minyak masak kurang di pasaran dan jika ada pun harganya juga luar biasa. Pecah ceritanya (story break) mula berlaku di Kedah. Hakikatnya cuti persekolah adalah serentak di seluruh negara mulai Rabu (28/5/14) lalu atau kira-kira seminggu lalu.

Selasa, 3 Jun 2014

GAZETKAN KAWASAN KHAS NELAYAN DARAT

Elak Kolam Bekas Lombong Dimonopoli

Keluhan Di Satu Sudut Kedai Kopi Di Malim Nawar:
                                                                                                             
BAGI ramai orang atau mereka yang di luar sana barangkali tidak begitu kisah sangat atau ambil pot tentang masalah nelayan ikan air tawar (nelayan darat) yang menggunakan bekas kolam lombong sekitar Kampar, Malim Nawar dan Tanjung Tualang sebagai punca utama rezeki mereka.
            Namun, masalah mereka itu sebenarnya jika tidak diambil berat oleh pihak yang bertanggungjawab boleh menjadikan isu itu menjadi lebih rumit bahkan tidak mustahil menjadi sebab berlakunya pelbagai pertikaian sehingga boleh mendorong kepada permusuhan, penganiayaan, sabotaj malah tidak terkecuali berkemungkinan berlakunya perkelahian.