Khamis, 1 Ogos 2013

SYIAH OH SYIAH

Tangkap Sajalah...

ALAHAI....banyak cakap pulak si-menteri yang seorang ini! di sini. Segala-galanya sudah jelas kan? Memang fahaman syiah itu bersalahan dari syariat Islam sebenar bahkan amat membahayakan orang Islam Melayu dan lain-lain bangsa, kan?
            Berdasarkan keterpesongan akidah mereka berikutan beberapa pengubahsuaian dan tokok tambah berlaku dalam ibadat-ibadat mereka seperti sembahyang dan nikah kahwin, bolehkah mereka ini di katakan terkeluar daripada Islam?

Rabu, 31 Julai 2013

DARI LAUTAN BIRU KE GELOMBANG GANAS

Zam..ombak dah jadi ganas
Peluru Boleh Muncul Tiba-Tiba

 PENULIS bersetuju dengan pandangan Tan Seri Zainuddin Maidin yang diluahkan dalam blognya Zam Kata di sini. Zam penulis tersohor, bekas wartawan, bekas ketua pengarang dan bekas menteri dan senator. Makanya, tulisannya itu dibaca dan dihayati.
            Tetapi sebenarnya, itulah yang sedang dipercakapkan oleh khalayak terhadap pentadbiran Najib sekarang. Pendek kata, ramai Melayu yang menyesal dengan Najib. Bukan menyesal dia jadi Perdana Menteri (PM) tetapi sesalkan cara dia mengendali negara terutama yang berkaitan dengan hal-hal keselamatan awam serta sensitif.

Selasa, 30 Julai 2013

TANDA PUTERA vs THE NEW VILLAGE

LPFN Tak Kenal Mana Kaca, Mana Permata

SEBUAH filem yang didakwa ramai pihak sebagai menyokong pergerakan dan perjuangan parti komunis Malaya, "The New Village" (TNV) dikatakan sudah mendapat kelulusan untuk ditayang kepada umum. Malah, dikatakan juga kelulusan tayangan filem itu lebih mudah diperolehi berbanding filem "Tanda Putera" (FTP) karya Datuk Suhaimi Baba.
            FTP menjadi kontroversi dan dipolimikan oleh pihak tertentu terutama dari parti pembangkang yang kononnya ia bersifat menghasut, menghina dan memfitnah sekali gus dikatakan boleh menyebabkan perselisihan kaum jika ia ditayangkan.

Isnin, 29 Julai 2013

DAMANHURI SYAK ANAKNYA MATI SEBAB DIANIAYA

Nafi Laporan Posmotem Pertama

DALAM entri sebelum ini, penulis ada mengisahkan kerajaan kita yang turut mengambilkira hak-hak asasi manusia sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman ke atas seseorang penjenayah.
            Di Ipoh, seorang bapa betegas akan memohon untuk membuat bedah siasat kedua bagi memastikan punca sebenar kematian anaknya. Sebelum ini,  kematian anaknya didakwa tersepit dicelahan besi tingkap ketika berusaha memecah masuk rumah jirannya lalu sesah nafas sehingga membawanya maut.   

Ahad, 28 Julai 2013

PENJENAYAH PUN KITA KENA TIMBANG DARI SUDUT HAK ASASI...

Begitulah Santunnya Kita

ENTAHLAH... Semalam penulis perkasakan perjuangan Perkasa yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali atau lebih mesra dengan panggilan Tok Him. Semalam juga, Datuk Seri Najib kata akan buat kajian menyeluruh terhadap undang-undang baharu yang menyentuh kes-kes jenayah dan penjenayah terutama yang berkaitan dengan hak asasi manusia....

Sabtu, 27 Julai 2013

NAJIB, FIKIR-FIKIRKANLAH LUAHAN PERKASA

Tok Him
Jangan Tunggu Nasi Jadi Bubur

BARU-BARU ini khabarnya Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) telah mengadap Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib, bagi menyuarakan kebimbangan orang Melayu dalam banyak hal yang menyentuh isu politik, pendidikan, sosial, budaya, agama dan ekonomi orang Melayu. Ini berikutan pelbagai hal yang tidak senonoh dilakukan oleh banyak pihak yang dikatakan telah menyentuh sensitiviti kaum bumiputera terutama orang Islam  di sini.
            Presidennya, Tok Him, berkata pertemuan itu berlangsung dalam suasana panas sejuk kerana Perkasa memberikan pandangannya sebagai pertubuhan yang memperjuangkan suara Melayu manakala Perdana Menteri memberikan pendapatnya sebagai ketua negara.

Jumaat, 26 Julai 2013

RATU CANTIK DIFATWAKAN HARAM

Bina Badan, Akuatik, Gimrama - Macam mana?

GAMBAR HIASAN
BUKAN perkara baru, tahun 1993 dan 1996 telah diwartakan sebagai fatwa mengharamkan sesiapa saja wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik yang jelas didalamnya mendedahkan tubuh badan adalah haram. Islam, di situ tidak kiralah sama ada Islam keturunan, kacukan dan sebagainya. Yang pasti dia mengaku dan pasti bahawa dia beragama Islam. di sini.
            Makanya, tertakluklah dia kepada fatwa tersebut. Dan baru-baru ini, kes yang sama timbul kembali apabila 4 orang perempuan muslim berhasrat keras menyertai pertandingan itu diperingkat dunia. Makanya, sekali lagilah mufti memperingatkannya...dan dibalaslah dengan 1001 alasan pula...(di sini)

Khamis, 25 Julai 2013

RAYUAN DITERIMA...

Pasangan Bahagia...Vivian & Alvin
Alvin, Vivian dibenar ikat jamin RM30,000 seorang

PADA MULANYA, bimbang benar pasangan porno Vivian dan Alvin akan tinggal di penjara sehingga kes mereka selesai. Kerana itulah pada mulanya yang diputuska oleh mahkamah majestrit. Tetapi hari ini, kedua-dua musibat itu telah dibebaskan dengan ikat jamin RM30k tiap seorang  di sini.
            Dah, diam! Biar mahkamah buat kerja!


Jagindas: Terjaga dari tidur!

APA MAU TAKUT, POLIS TAK BOLEH BUAT APA DENGAN SAYA

Orang Asing Pun Dah Berani Kata Begitu

ADA BLOG  menceritakan anak cina yang dibelasah Melayu baru-baru ini, mendakwa semua polis di kawasan dia berkerja ada dalam 'poket dia'  (di sini) .
            Anak cina yang dikatakan berkerja sebagai penjaga kedai judi itu dibelasah konon ada kaitan dengan geram orang melayu terhadap perbuatan menghina umat Islam yang dilakukan oleh banyak pihak terutamanya oleh Vivian dan Tan baru-baru ini menerusi iklan makan sup bak kut teh.

Selasa, 23 Julai 2013

JKKK JUGA AKAN DITRANSFORMASI

DS Najib.

Sebab, Ramai Yang Tidur

SEBELUM INI, penulis ada menulis tentang imam tua, kadi tua dan siapa sajalah pemimpin kampung atau ketua komuniti yang sudah tua dan tidak larat lagi untuk kehadapan. Dan, hari ini ada sebuah berita yang menarik perhatian penulis berkaitan isu semacam itu juga di sini ia itu mengenai Jawatankuasa Kerja, Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
            Antara lain, Perdana Menteri (PM) mahu usia penjawat JKKK tidak melebihi 60 tahun. Walaupun tidak jelas dinyatakan, namun penulis percaya ia mestilah meliputi daya kesihatan yang segar juga selain faktor umur.

Isnin, 22 Julai 2013

IMAM, NAIB KADI, BACA-BACALAH DIRI..

GAMBAR HIASAN.
Pastikan Diri Sihat Dan Mampu

APA BOLEH BUAT...kita tidak mencari tetapi dia datang dengan sendiri. Maksud penulis, kalau boleh penulis memang hendak mengelak daripada bercerita tentang salah khilaf masyarakat terutama pemimpin, imam dan ulamak. Sebab, kita pun tidak antara mana tinggi dan luas pengajiannya. Pun begitu, cerita-cerita seperti itulah yang sering datang. Dan, banyaklah pula yang dirasakan wajar dikongsi bersama dari sudut positifnya.
            Baru-baru ini, seorang rakan lama yang ditemui secara tidak sengaja di sebuah setesen minyak memberikan kami ruang untuk berbual-bual sebelum menjengah ke pasar Ramadhan.

Ahad, 21 Julai 2013

SUDAH-SUDAHLAH KAK IJAT OII...

Shahrizat (kiri), Azalina (kanan)
Azalina, Lawan Jangan Tak Lawan!

KETUA wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, sudah melepaskan sedikit taringnya memberi peringatan kepada pergerakan itu supaya jangan buat hal nak tanding-tanding jawatan nombor satu yang disandangnya itu. Angin yang bertiup sekarang, kononnya Datuk Seri Azalina Othman Said sedang berkira-kira untuk merebut jawatan tersebut. Lawak jenakanya telah dimulakan di parlimen baru-baru ini.
            Muda lagi orangnya. Masih kuat. Boleh tahan juga garangnya dan setakat ini rasanya beliau masih bujang trang tang-tang. Suatu ketika dahulu beliau pernah terseradung sedikit lantas beliau terpaksa keluar daripada basisan kabinet. Namun, dari segi politik di kawasannya, nampaknya setakat ini beliau masih berbisa.

SYABAS PEMUDA JOHOR

Dan Syabas Juga Buat KJ

SECARA majoritinya, Pergerakan Pemuda Umno Johor (PPUJ) mahu semua jawatan dalam Pemuda Umno Malaysia (PUM) dipertandingkan apabila 20 daripada 26 ketua pemuda bahgiannya menyatakan pendirian tersebut.
            Ketua PUM, Khairi Jamaludin (KJ) turut menyokong keputusan PPUJ itu malah bersedia sama sekali jika keputusan itu membabitkan pergerakan pemuda di seluruh Malaysia.
            Syabas KJ, begitulah caranya. Gentelmen dan matang.
            Bagi Majlis Tertinggi Umno Malaysia, nampaknya masih bertahan dan mempertahankan agar jawatan nombor satu dan dua tidak dipertandingkan. Konon, bagi menjadi keharmonian dan mengelak daripada sebarang perpecahan dan berpuak-puak.

JAB. AGAMA ISLAM WAJAR KAJI SEMULA PELANTIKAN PEGAWAI MASJID

GAMBAR HIASAN: ....ustaz @ostad
Makmum berimamkan Imam Fasik

SEORANG RAKAN yang baru balik dari sembahyang taraweh datang ke rumah penulis sekadar merihatkan minda. Begitulah yang selalu dilakukannnya. Selalunya di rumah inilah kami kerap bertemu pada waktu malam. Pada hari-hari bukan bulan Ramadhan pun kami kerap berbual-bual selepas Isyak ditemani kopi O dan beberapa keping biskut. Di sini rasanya lebih terjamin daripada di kedai kopi kerana banyak fitnah yang boleh dihindarkan. Kalau sebelum ini penulis paparkan kisah kasta mengkasta moreh di masjid, kali ini lagi seram ceritanya!
            Memulakan perbualannya malam tadi, beliau mengadu kepada penulis terhadap nasib jemaah di sebuah kariah di mana seorang daripada imamnya adalah jelas bertabiat fasik. Menurutnya, imam tersebut memang mahir dengan tugasnya. Bacaannya, pengetahuannya dan hubungannya dengan makmum dan masyarakat memang menyenangkan hati.

Sabtu, 20 Julai 2013

SISTEM PENDIDIKAN SATU ALIRAN

Ismail Mina - Presiden Muafakat
Mimpi Lama Yang Diulit Kembali

SISTEM pendidikan negara yang dilaksanakan sepenuhnya oleh negara ini selepas merdeka sememangnya bersemangat nasional. Hasratnya cuma satu iaitu mahu rakyat negara ini maju dalam segala bidang, menaikkan nama negara di persana antara bangsa dan pada masa sama wujud sebagai sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu menerusi satu bahasa tanpa mencacatkan ikatan agama dan budaya masing-masing.
            Namun, perkembangan pendidikan dan tuntutan aliran politik semasa, sedikit demi sedikit telah menghakis arah dan halatuju tersebut sehingga memaksa kerajaan meminda pelbagai perkara dalam sistem pendidikan itu.

Jumaat, 19 Julai 2013

MENUNGGU MELAYU MENGAMUK..

Berpadalah Bersabar Melayuku
GAMBAR HIASAN....bila dendam tidak terkawal lagi
SEMALAM, penulis paparkan sedikit detakan rasa hati melihatkan pelbagai kisah yang kian mencabar kesabaran orang Melayu dan Islam di negara ini yang datangnya tidak sahaja daripada dalam negara malah juga dari pihak luar.
            Tulisan itu penulis sifatkan sebagai "Nak Tunggu Sampai Melayu Mengamuk Ke?". Lantas, penulis teringat, pada September tahun lalu, penulis juga pernah penulis hal yang sama. Rasanya, elok juga diulang baca di sini dan di sini.


Jagindas: Minat kumpul barang lama...

Khamis, 18 Julai 2013

APAKAH PENGIRING TAK KENAL YANG DIIRING?

GAMBAR HIASAN...
Polis Buru OKT Warga Emas Lolos Dari Mahkamah

KALAU betul sekalipun masalah teknikal, kes masalah teknikal yang ini memang memalukan. Nampak sangat pihak yang berkenaan "cincai" dalam tugasnya. Adakah pesalah itu datang bersendirian ke mahkamah? Adakah anggota polis yang mengiringi pesalah itu tidak kenal dan tidak tahu menahu siapa yang dia iringi dan apa kes OKT yang diringkannya itu? Apakah anggota polis berkenaan juga tertidur semasa proses mahkamah berjalan?

Baca di sini.



Jagindas: Puasa agaknya...

NAK TUNGGU SAMPAI MELAYU MENGAMUK KE??

Hentikan Segera Kebiadapan!

SEDIKIT demi sedikit, Melayu sudah mula berani meninggi suara. Baguslah. Dalam seminggu dua ini banyak blog yang mempertikaikan cara pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahi undang-undang terutama yang membabitkan unsur-unsur hasutan dan penghinaan serta soal-soal keagamaan. Ayat paling mudahnya adalah khalayak Melayu mempertikaikan cara polis membuat tindakan terhadap isu itu jika ia dilakkan oleh orang bukan Melayu dan orang Melayu sendiri. Ada beza dan amat terasa bezanya..
            Kes-kes di bawah kanun yang sama tetapi tidak sama cara tindakannya. Ada yang mengambil masa yang terlalu lama. Oleh kerana terlalu lama  sehingga akhirnya hilang begitu sahaja.. Ada yang yang sesegera itu. Macam masak mi segera. Cepat, panas dan pedas.

Rabu, 17 Julai 2013

DIKASTAKAN SAFF MOREH BERBUKA PUASA

Indahnya Ramadhannn....
Juadah Iftar Imam, Bilal, Siak, Makmum Tak Sama!

KALAU boleh penulis tidak mahu dengar sudah cerita-cerita mengarut berkaitan masjid. Apatah lagi dalam bulan yang maha suci dan barakah ini. Tempat suci, tempat beribadat orang-orang Islam sepatutnya diurus dengan jujur dan ikhlas. Namun, penulis tidak dapat menolak apabila petang tadi beberapa rakan mula bercerita mengenai kepincangan moreh di satu kariah di sebuah masjid. Cerita yang setiap tahun pasti berlaku...dan hari ini berlaku lagi..
            Dakwanya, dalam moreh pun ada kasta. Ada peringkat yang berbeza ketika menghadapi jamuan moreh berbuka puasa. Barisan imam dan orang-orang kanannya lengkap dengan aneka lauk pauk serta pembasuh mulut selain dari nasi minyak/putih, buah kurma dan air minuman.

Selasa, 16 Julai 2013

CAIRKAH KITA...

joseph marino

Kalimah Allah: Duta Vatican City mohon maaf

KUALA LUMPUR 16 Julai - Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino memohon maaf berhubung kenyataannya yang telah mencetuskan keresahan di kalangan rakyat negara ini.
            Permohonan maaf tersebut disampaikan oleh Duta Vatican pertama ke Malaysia itu dalam pertemuannya dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra pada kira-kira pukul 12 tengah hari ini.
            Menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, Marino menjelaskan bahawa komen beliau itu tidak mempunyai sebarang niat sebagai mencampuri urusan dalaman Malaysia. - UTUSAN ONLINE



Jagindas: Selalunya cairlah.......