Selalu Insaf Agar Tidak Lupa Diri
PENULIS tidak berkesempatan untuk
turut serta bersama puluhan ribu gelombang biru di Stadium Putra, Bukit Jalil
bagi menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, melancarkan
manisfesto pilihanraya umum ke 13 (PRU13) apa yang disebutkan beliau sebagai
Akujanji Barisan Nasional (BN).
Meskipun
penulis mengikutinya menerusi siaran langsung di TV, namun dapat dirasakan
betapa semaraknya penyokong BN dan betapa 'kelasnya' akujanji yang dilafazkan
oleh Najib. Benarlah seperti katanya, tidak ada negara lain di dunia ini yang
berani mencuba untuk mendahulukan kepentingan rakyatnya sehingga sedemikian. Biarpun
ia adalah aku janji untuk PRU13, namun pada hakikatnya kerajaan BN telah pun
melaksanakannya terlebih dahulu. Benar seperti yang didakwa beliau bahawa tidak
ada yang terpinggir dan dipinggirkan!