Sabtu, 27 April 2013

APAKAH PENGUATKUASA NEGARA SEMAKIN TERANCAM?


Siapa Dan Kementerian Mana Pula Selepas ini!

DULU PUN lagi kejadian seumpama ini pernah berlaku. Ketua Polis Negeri Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong, juga pernah ditembak mati di persimpangan lampu isyarat di bandar Ipoh di sini. Turut mati adalah pengiringnya berpangkat sarjan. Kalau tidak silap, masa ini negara masih lagi dalam usaha keras membanteras gerakan komunis Malaya.

Akhbar hari ini melaporkan:

Jumaat, 26 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (47) : SESAL DAHULU PENDAPATAN....

Janganlah jadi seperti ini...

Janganlah Sampai Nasi Jadi Bubur..

HAKIKATNYA, melayu itu memang dicemburui sejak dahulu lagi. Bukan sahaja bukan melayu, bahkan antara bangsa juga turut mencembrui melayu. Pada melayu itu banyak yang mesti dihapuskan supaya melayu itu tidak lagi disebut melayu yang istimewa. Agama orang melayu itu hanya satu iaitu Islam. Bahkan dikatakan keseluruhan melayu dirantau ini beragama Islam.
            Inilah kerja pertama dan utama yang akan dilaksanakan oleh 'orang lain' selain melayu jika mereka mengambil alih pemerintahan negara ini. Biarpun kita melayu Islam dalam satu barisan yang tidak beragama Islam, namun melayu dalam saf Umno tidak mengganggu atau menganiaya hak-hak orang lain. Justeru, mengapa ia tetap dicemburui?

Khamis, 25 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (46) : KARPAL BENJOL DI DAHI

GDDDRRBOMMM! Ayo!

Dakwa Petanda BN Kalah, Hahaha...

MULA-MULA  Datuk Azizan (Menteri Besar Kedah) tersungkur, kepeningan katanya di satu majlis tidak berapa lama dulu, kemudian Nik Aziz pula rebah akibat keletihan dan terbaru (semalam) Karpal Singh pulak tesungkur di pentas yang katanya cuma dapat benjol kecil di dahi.
            Karpal menyifatkan kejatuhannya itu perkara kecil sebagai tanda kejatuhan besar akan berlaku kepada BN dalam pilihanraya nanti (berita klik di sini)
            Beberapa tahun lalu, Karpal pernah di tampar oleh Kiayai Arshad (arwah) kerana kebaculannya mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu. Tidak berapa lama selepas itu dia jatuh sakit sehinggalah membawanya kepada menggunakan kerusi roda dan seorang pembantu membawanya ke sana ke sini.
            Siksa juga Karpal nak buang air, mandi dan sebagainya... apapun, video tersungkurnya sang Karpal Singh ada di sini.


Jagindas: Mengikut makrifat Tajul Muluk pula,  kejadian-kejadian itu sebagai petanda bahawa Allah Taala masih berkenan BN memerintah Malaysia.! 

CAKAP-CAKAP PRU13 (45) : LAPORAN AWAL KAWASAN PARLIMEN KAMPAR


Apakah Nasib P70, N40, N41, N42 ?
Lee Chee Leong (P70)

P70 KAMPAR (63,776) - M:26.87%, C:62.58%, I:10.47%, L:0.03%
1. Datuk Lee Chee Leong (BN) - penyandang (maj: 2,697)
2. Ko Chung Sen (DAP)

N40 MALIM NAWAR (24,674) - M:17.51%, C:73.9%, I:8.95%, L:0.05%
1. Chang Gwo Chyang (BN)
2. Leong Cheok Keng (DAP) - penyandang Keshvinder Singh (maj:1,362)

Chang Gwo Chiang (N40)
N41 KERANJI (21,163) - M:12.05%, C:77.47%, I:10.36%, L:0.12%
1. Daniel Wa Wai How (BN)
2. Chen Fook Chye (DAP) - penyandang (maj:4,435)

N42 TUALANG SEKAH (17,939) - M:57.64%, C:29.58%, I:12.71%, L:0.07%
1. Nolee Ashilin Mohamed Radzi (BN) - penyandang (maj:1,569)
2. Baldip Singh Santokh Singh (DAP)
3. Syed Mohamed Syed Ali (Bebas

Daniel Wa Wai (N41)
PERTAMA sekali maaflah, sebab penulis bukan profesional dalam bab kaji mengkaji khususnya dalam isu pengundi-pengundi pilihanraya. Bagaimanapun, sembang-sembang dengan akar umbi sedikit sebanyak boleh memberikan panduan tentang kedudukan parti-parti yang bertanding sebelum bertemu tarikh 30 April dan 5 Mei, ini. Untuk tulisan ini penulis beri fokus kepada Kawasan Parlimen Kampar. Di dalamnya ada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rabu, 24 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (44) : RAMAI PENGUNDI MASIH KELIRU..


Tersepit Antara Rela Dan Redo...

MENYUSURI beberapa lapisan pengundi di akar umbi di beberapa kawasan pilihanraya, penulis menyimpulkan bahawa kebanyakan pengundi terperangkap dengan beberapa isu besar dalam membuat keputsan untuk memilih wakil rakyat mereka menerusi PRU13 nanti. Isu-isu berkenaan membuatkan mereka terkeliru sehingga ada yang sehingga hari ini masih berbalik-balik membuat keputusan. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Malah ada juga yang buat keputusan tidak mahu mengundi. Tindakan itu langsung tidak bagus!
            Tidak seperti PRU yang lalu, kebanyakan pemilih sudah mempunyai 'stand' mereka sendiri dan ia memudahkan mereka apabila berada di kotak mengundi. "PRU kali ini amat menguji minda dan pertimbangan," itu kata seorang pengundi yang telah enam kali mengundi.

Selasa, 23 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (43) : BUKAN MASANYA NAK EKSYEN..

Ada beza sulah Ahmad dengan sulah Mokhtar

Komen Biasa-Biasa Sudahlah...

BERIKUT adalah komen pemerhati politik tanah air, Saudara Mokhtar Petah terhadap komen Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan, yang penulis petik daripada akhbar Sinar Online, yang antara lain..: (laporan penuh di sini)

Keputusan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai Pas semalam tidak menggugat misi Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Selangor, kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan.
Menurutnya, kemunculan Muhammad dalam arena politik selepas lima tahun berdiam diri dan menyertai Pas tidak akan memberi sebarang kesan kepada BN
. ...(ahmad maslan)
---------------------------------------

CAKAP-CAKAP PRU13 (42) : IMAM- IMAM PAS MULA MERAPU..


Kalau Tak Ada Calon Pas, Undilah DAP

"SIAPA kata Najib (Perdana Menteri) betul? RTM, TV3, surat khabar semuanya menipu rakyat. Penipu! Nik Aziz adalah sealim-alim ulamak. Tak ada orang boleh mengatasi ilmu tok guru itu. Jangan main-main dengan dia. Jangan menghina dia. Jangan percaya kepada apa yang orang Najib cakap. Semua bohong. Kalau tak ada calon Pas di sini, kita pangkah saja DAP. BN mesti dikalahkan. Kita perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar!"
            Itu adalah antara dakwaan yang terpacul dari mulut seorang Imam disebuah warung kopi di mana beberapa orang kampung sedang minum pagi. Dia adalah antara beribu imam masjid-masjid kariah yang kerajaan bayar elaun kira-kira RM750.00 sebulan. Oleh kerana dia imam, khalayak tidak menyanggahnya kerana menghormati kedudukannya dan tidak mahu menjadi kedai kopi medan pertikaman lidah.

CAKAP-CAKAP PRU13 (41) - SYAITAN YANG MANA HADI MARAH NI!

Dulu Kata Kawan, La ni Macam Mana pulak?
(BERITA HARIAN/Edisi Khas/22 April, 2013)


KETIKA Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa bahawa orang Islam boleh bersahabat dengan sesiapun termasuk syaitan, tidak pula terdapat sebarang tentangan daripada ulamak-ulamak Pas yang lain seperti Ustaz Haron Din dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang.
            Justeru, apakah jadahnya pula dalam bahang panas PRU13 ini  tiba-tiba Hadi mengungkapkan "ada calon syaitan dalam Pakatan"? Nampak macam marah, marah. Macam tidak puas hati. Macam tak setuju syaitan jadi calon!
            Dulu kata kawan, sekarang dah tak kawan ke? Susahlah kalau macam ini. Sekejap kata OK sekejap tak OK. Dalam satu bab kata boleh, dalam bab yang lain pulak kata tak boleh. Fatwa pun ada flip flop ke? P 
            

Jagindas: Yang jelasnya Parti Pas memang tidak boleh dibuat kawan apalagi nak diangkat jadi kerajaan. Justeru, marilah kita jauhi daripada Pas dan berikanlah mandat sebesar-besarnya kepada Barisan Nasional (BN). Jangan silap faham pulak, orang BN boleh berkawan dengan orang Pas kecuali syaitan!

Isnin, 22 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (40) - JAGA KESIHATAN WALAU SESIBUK MANA SEKALI PUN

Jaga Jantung, Lutut Dan Kekuda

KEMPEN, kempen juga tapi kesihatan kena jaga yop. Maklum, sepanjang dua minggu ini makan minum maklum sajalah. Bukan sahaja mewah melimpah ruah tetapi barangkali badan juga tidak mendapat rihat yang secukupnya. Itu belum termasuk hari-hari sebelum ini.
            Barangkali hal-hal yang dirumah pun banyak kali yang 'termis' . Sabarlah, bukan selalu begini. Inilah pengorbanan namanya. Sang suami sibuk berkempen, siisteri korbankanlah 'kehendak' untuk tempoh singkat ini. Bagi sang isteri yang tak lepas-lepas memegang mic, si suami pula sabar-sabarlah.

CAKAP-CAKAP PRU13 (39) - HABIS MANIS SEPAH DI BUANG

TS Muhammad Muhd Taib
...kini masuk pas

Beginikah Budi Seorang Melayu?

PADA masa akan datang tidak boleh hendak disalah atau dimarahkan golongan generasi baru dengan mengatakan mereka sebagai rakyat yang tak mengenang budi atau tidak tahu kenal dek untung!
            Kerana, golongan tua dan veteran juga nampanya semakin ghairah lupa diri, lupa budi. Pepatah orang tua-tua yang berkata sebagai; orang tua jadilah teladan manakala yang muda dengarlah nasihat, sudah tidak boleh diguna pakai lagi kerana nampaknya golongan yang tua pun sudah tidak boleh dijadikan contoh teladan.

CAKAP-CAKAP PRU13 (38) - LAWAK BODOH KEMPEN PRU

AKTA 574: Antara seksyen yang boleh disabitkan 
dengan kes gaduh..

Kurangkan Guna Tenaga, Lebihkan Guna Akal

GHAIRAH dan bersemangat itu penting ketika mendepani sesuatu yang baik-baik. Dengan kehairahan dan semangat yang kental biasanya akan memudahkan seseoran atau kumpulam manusia itu melakukan yang sukar-sukar bahkan kerap juga memberikan hasil yang lumayan.
            Namun, keghairahan dan semangat itu sewajarnya dilindungi oleh keheningan fikiran dan pemikiran agar ia tidak menyimpang atau tersasar daripada landas yang sebenar. Jika berlaku seperti itu, niat dan hasrat yang baik pun akan bertukar kepada sebaliknya. Kecantikan beralih kepada keburukan. Kebajikan bertukar menjadi musibah! Subhanallah. 

CAKAP-CAKAP PRU13 (37) - LAWAK BODOH KEMPEN PRUC

Contoh Borang Pencalonan

Macam Dah Tak Ada Orang Lain.....

SEORANG rakan memberi tahu, kononnya seorang Ketua Bahagian telah menghantar cadangan nama-nama calon untuk dipilih oleh Pengerusi BN negeri untuk PRU 13 ini bagi DUN kawasannya. Nama-nama itu katanya adalah: Dirinya sendiri, Isterinya, Anaknya, menantunya dan seorang biasa. Yang terpilih adalah anaknya.
            Lalu penulis tanya: "Mana kamu dapat maklumat ini?" Dia kata: "Ada orang bagi tau dia.."
            Maka penulis kata: "Maklumat kamu tak boleh dipakai. Maklumat macam ini boleh buatkan orang marah tak tentu pasal! Lain kali dapatkan salinan surat cadangan itu, barulah boleh buat cerita...."
            Musim-musim macam ini memang ada macam-macam cerita. Ada yang boleh didengar tapi tak boleh dipercayai. Ada yang langsung tak boleh didengar. Biasalah...
            Justeru, berhati-hatilah apabila mendengar apa saja cerita dimusim kempen ini. Ada akal guna. Jangan macam robot. Kena tapis berlapis-lapis agar tidak terperangkap.
             Setakat ini BN lah yang terbaik, maka jangan pening-pening kepala nak fikir. Macam-macam dah yang kita dengar. Macam-macam pulak yang dah kita lihat. Maka pilih sahajalah BN bila mengundi nanti. Selamat, aman sejahtera.



Jagindas:  Tapi kalaulah betul maklumat itu.... mak datok oiiii, apa punya gila dan tamaknya sipolan nih!

CAKAP-CAKAP PRU13 (36) - LAWAK BODOH KEMPEN PRU

Petugas Umno Main Tipu-Tipu...
GAMBAR HIASAN: Sebuah bilik gerakan BN

1.         KHUATIR kalau-kalau tiada orang yang datang ke majlis ceramah kempen malam itu, petugas yang mengatur majlis kempen telah meuar-uarkan dengan gula-gula iaitu barang siapa yang datang dengan motorsikal, mereka akan diberikan wang saku (duit minyak) RMxx.00, sebuah topi (tak pasti sama ada topi keledar atau jenis cap) dan sehelai baju 'T' biru bertanda BN. Maka ramailah anak muda yang datang ke majlis tersebut. Namun, selesai sahaja majlis, masing-masing buat tak tahu. Apabila diminta barang yang dijanji, tiada siapa pula yang mengaku menjanjikan 'hadiah' tersebut. Mana ade! Kesian...

2.        KERANA melihat ramai yang pakai baju 'T' biru bertanda BN, maka seorang penyokong kuat BN memintanya daripada pegawai pilihanraya di bilik gerakan  Umno. Malangnya, petugas itu memberitahu: "Kami pun tak cukup!"
            Maka, beredarlah penyokong tadi pergi ke bilik gerakan MCA dengan harapan dapat sehelai baju dan sehelai bendera BN. Lalu disergah (gurau) petugas bilik gerakan MCA itu: "Berapa lu mau? Kita ada banyak wo" Dengan senyum simpul petugas tadi menyerahkan kepadanya lima helai baju T dan beberapa bendera BN kepadanya.           


Jagindas:  Jangan buat macam itu, nanti depa tipu undi baru hampa tau...Bagi saja laaa, lagi pun bukan harta mak bapak kau pun!

Ahad, 21 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (35) - MOOD PRU13 BELUM TERASA


Pahat Sudah Berbunyi...
  
ENTAHLAH...  sememangnya begitukah ketika tiba musim pilihanraya atau kerana PRU13 ini yang menjadi rebutan tua dan muda bagaikan sudah tiada lagi akan berlaku pilihanraya selepas ini. Logiknya, yang tua merasakan tiada harapan lagi untuk kehadapan manakala yang muda pula tidak sabar-sabar menerajui kerajaan.
            Singgah di merata-rata kedai kopi dan berhubung menerusi media, akhirnya penulis dapati banyak kerusi di Perak panas membara. Bermacam sebab menyebabkan kerusi itu jadi panas. Ada yang kata pengundi sudah meluat dengan 'orang lama' apalagi yang sudah berpenggal-penggal menduduki kerusi YB.
            Ada yang kata, sepanjang jadi YB harapkan cakap sahaja berdegar-degar, kerja apa habuk pun tarak.  Mabuk publisiti. Kalau dibaca blog-blog pro yang berkenaan bagaikan nak rak! Ada juga yang kata, bapaknya dulu pun orang tak suka macam mana nak ikut anaknya.  Jika anaknya jadi YB, seperti bapaknya jugalah berada di kerusi itu. Sendiri mahu ingat la...

CAKAP-CAKAP PRU13 (34) - SALAM TAHNIAH BUAT KAMILIA


Ikutkan Rasa, Binasa; Ikutkan Hati, Mati!

SEMALAM, penulis belum pasti lagi sama ada Kamilia meletakkan jawatan dan kmeletakkan jawatan dan keahliannya dalam Umno sebaik sahaja eahlian Umno atau mengesahkan pertandingan terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.
            Akhbar pagi ini jelas mengabarkan bahawa Kamilia meletakkan jawatan dan keahliannya dalam Umno sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima borang pencalonannya.
            Bermakna, tiada syak dan waham lagi bahawa Kamilia juga penderhaka dan pembelot seperti rakan-rakannya lainnya yang tamak dan tak sedar dek untung kerana menghantar bornag pencalonan atas tiket Bebas dalam keadaan dia masih ahli Umno!
            Dan, khabar dari ibu pejabat Umno pula dengan tegas memberitahu pada Isnin ini (esok) Kamilia dijangka akan menerima surat pemecatan keahlian Umno. Alhamdulillah..
            Penulis ucapkan salam tahniah buat Kamilia dan rakan-rakan atas perbuatan dan kehendaknya sendiri. Kepada rakan tolan dan penyokong tegar Kamilia, berpada-padalah kalau bersimpat sekali pun. Tak perlulah ikut Kamilia sama-sama terjun lubuk apatah lagi kalau tuan-tuan semua tak pandai berenang. Kalau tidak sangup melihat Kamilia tercungap-cungap lemas, larilah dari tebing lebuk itu dan kembalilah ke khemah BN sebenar.


Jagindas:  Sendiri buat sendiri tanggung, jangan libatkan orang lain apatah lagi yang tak tahu apa-apa...

Sabtu, 20 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (33) - PELUANG TERAKHIR JADI YB

"Dulu, tunggulpun boleh jadi YB..."

Biarpun atas Tiket Bebas

SEPERTI yang dijangka ramai pihak, pilihanraya umum (PRU) kali ini bakal mengukir sejarahnya tersendiri berikutan ia merupakan satu titik peralihan (turning point) dari sudut kuasa dan arah tuju pengundi masa akan datang. Berdasarkan umur hayat purata rakyat di negara ini,  ada kemungkinan pengundi veteran akan kehilangan lebih 30 peratus pada PRU akan datang. Bermakna, PRU kali ini adalah titik peralihan orang muda yang bakal mengisi ruang-ruang mengundi akan datang.  Penulis pernah menghurai perkara ini sebelum ini di sini.
            Sekali gus, ramai pula terutama golongan veteran yang merasakan PRU13 ini adalah peluang terakhir untuk merebut gelaran Yang Berhormat (YB). Maka, tidak hairanlah ramai yang mencuba nasib bertanding atas tiket Bebas sama ada kerana suka-suka melihat tuah diri atau sebab diheret oleh rasa kecewa dan dendam kesumat yang sudah tidak boleh dirunding lagi. Barangkali juga, disebabkan sudah lenguh menununggu giliran untuk bergelar YB makanya jalan pintas adalah mengadu nasib di pentas "Parti Bebas" - isu inilah yang penulis ulas di sini.

CAKAP-CAKAP PRU13 (32) - JIKA MEMANG BENAR ITU BUKAN MUSTAFA


Pas Tidak Perlu Bimbang Masalah Imej

PENULIS seboleh-bolehnya tidak mahu lagi membincangkan masalah isu video seks yang pelakunya dikatakan mirip wajah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. Muak dah.. Tetapi secara kebetulan petang tadi penulis sempat berbual-bual dengan seorang kenalan yang menghadapi masalah kaki dan lutut selepas mengalami satu kemalangan setahun lalu. Namun setelah sihat doktor mengesahkan kecederaan kekal bahagian kaki dan lutu yang dialaminya itu tidak mengganggu aktiviti seksnya.
            Jadi, secara tiba-tiba penulis teringat dakwaan Presiden Pas, Datuk Hadi Awang, ketika menafikan Mustafa Ali sebagai pelaku dalam video seks itu berkata bahawa Mustafa tidak mampu 'melakukannya' kerana beliau sakit lutut. Dalam perkembangan sama pula Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Thamby, memberi komen bahawa sakit lutut tiada kaitan dengan gangguan aktiviti seks lelaki.

CAKAP-CAKAP PRU13 (31) - MAMPUKAH PARTI BEBAS KELIRUKAN PENGUNDI

Pembangkang Dijangka Serang Isu 'Pribadi' Calon Barisan Nasional
SEMANGAT... Salah satu suasana sempena penamaan calon sebentar tadi
 (gambar ihsan Utusan Malaysia) 

JAM 10.00 pagi tadi, selesailah proses penamaan calon di semua pusat-pusat penamaan calon di seluruh negera. Yang jelasnya, esok dapatkanlah akhbar-akhbar tempatan bagi melihat senarai keseluruhan calon-calon yang bertanding pada Pilihanraya Ke 13 (PRU13) ini. Setakat ini tiada yang menang tanpa tanding. Seorang calaon pun tidak ada yang 'foul' ketika mengisi borang penamaan mereka. Namun, ada kawasan yang berhadapan dengan enam penjuru apabila ramai calon bebas menawarkan diri bertanding.
            Bahkan, ada kawasan di mana Pas dan PKR atau DAP berentap 'sesama' sendiri. Sebenarnya, tidak ada apa yang pelik kerana perkataan Pakatan Rakyat (PR) hanyalah pakatan 'friendly' atau atas dasar persefahaman sahaja. Di mana ia bukanlah terdaftar secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN). Justeru, selagi ia belum diiktiraf sebagai sebuah parti bergabung yang sah, maka di mana-mana pun dan dalam pilihanraya apapun, ketiga-tiga mereka boleh bertanding serentak di satu tempat yang sama.

SEMENTARA MENUNGGU PROSES PENAMAAN CALON SELESAI

Berkempenlah Dengan Susila Akal Budi..


SEMENTARA menunggu proses penamaan calon selesai di seluruh negara hari ini iaitu tepat pukul 10.00 pagi nanti, elok kita rihatkan sebentar minda. Mari kita lihat nanti apakah corak pertandingan kali ini. Selain satu lawan satu, tentu akan wujud pertandingan tiga penjuru. Namun yang hendak dilihat nanti adalah pertandingan pelbagai penjuru!
            Kadang-kadang keghairahan menyebabkan borang penamaan calon ditolak atas sebab-sebab teknikal yang tidak boleh dimaafkan. Amat kasihanlah jika ini berlaku. Ada yang gementar, sehingga tak jadi menghantar borang penamaan. Harap-harap jangan ada yang tawar menawar pulak...Kotor begitu..
            Dan, mulai dari saat sebaik sahaja pengesahan calon-calon yang bertanding diumumkan oleh pengerusi pilhanraya di kawasan masing-masing hinggalah ke tengah malam, sebelum jam 12.00 pada 4 Mei, 2013  seluruh negara akan diisi dengan ruang kempen dan kempen.
            Masing-masing mahu memenangi hati pengundi. Masing-masing berdoa semoga semua tangan yang mengundi tidak melihat yang lain selain parti mereka yang berkempen. Dan, bagi Barisan Nasional (BN) setulusnya bermohon agar pengundi-pengundi di PRU13 ini hanya memilih BN sebagai parti yang mampu mendirikan sebuah kerajaan yang berwibawa.
            Tentunya, kedai-kedai mamak, restoran-restoran dan gerai-gerai yang menyediakan masakan Siam akan meriah dan kelam kabut. Gunakanlah apa juga peruntukan pilihanraya daripada parti masing-masing dengan sejujur-jujurnya. Banyak mata yang memerhati kerja buat tuan-tuan dan banyak hati yang sedang berkata-kata sekarang. Semuanya itu memberi kesan untuk jangka pendek dan jangka panjang...Apapun, adalah dinasihatkan selepas habis berkempen jangan lah pula mengisi ruang-ruang kelab malam, pusat-pusat hiburan sama ada yang berniaga halal apatah lagi yang haram. Jangan 'take beer', kalau dah berong nanti habis semua rahsia terbarai...
            Yang berpenjuru-penjuru itu, nanti kita lihat apa sebenarnya yang berlaku. Apapun semoga semuanya berjalan dengan lancar dan aman sentosa.

Jagindas: Berkempenlah secara berhemah. Ingatlah bahawa apapun bila  selesai PRU nanti, yang menang tidak bererti menang keseluruhannya,  begitu juga yang kalah, tidaklah bermakna kalah semuanya!

Jumaat, 19 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (30) - APA DIRAJUK AIR DI RUANG...


Kamilia Keciwa Barang Tak Dapat Yang diPinta...

NAIB Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, mendakwa sebagai pemimpin tertinggi Wanita Umno, beliau sewajarnya diberikan tempat untuk bertanding dalam pilihanraya ke 13 ini (PRU13). Namun, dakwanya lagi itu tidak berlaku sekali gus beliau merasakan pergerakan wanita Umno itu semacam terhina atau dipertidakkan pengorbanan mereka sehingga pucuk pimpinan parti melupakan erti sebuah 'pengiktirafan'  baca di sini
            Sebelum itu, bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Sharif Omar, juga telah meluahkan kekeciwaanya. Sharif, rupaya selama ini perasan jawatan wakil rakyat yang disandangnya dulu dipinjamkan sekejap kepada Timbalan Menteri Kewangan, Mohamed Nor. Rupa-rupanya "pinjam kayu ara...". Keciwa benar nampaknya dia!